Wednesday, September 2, 2009

USAH BIMBANG JIKA BETUL2 CARA ISLAM

hari nih dalam sinar..terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh pengerusi penyokong pas kebangsaan hu pang chaw yang secara kesimpulannya berkaitan dengan suara mereka tidak diambil kira dan hak mereka dipinggirkan.

usahlah bimbang jika dasar islam tersebut betul2 dilaksanakan kerana ia pasti akan memelihara hak. mungkin dia boleh merujuk buku2 sejarah islam yang banyak terapat di kedai2 buku. sama ada dalam bahasa melayu inggeris atau sebagainya. bagaimana sejarah pimpinan islam yang diterajui oleh rasulullah s.a.w dan para sahabat mampu membawa kecemerlangan dan kesejahteraan kepada seluruh umat manusia bukan islam sahaja. mungkin sekarang orang non islam takut, hanya mereka akan dihukum jika melaksanakan hukum islam...lagi pun sekarang nih ramai suka menjatuhkan hukum sangat..bercakap pulak dalam nada agak bongkak..memperkatakan tentang islam..faktor tidak tertarik...membaca sejarah2 islam adalah satu cara terbaik dicadangkan kepada hu pang chaw bagi mengurangkan kerisauan tersebut.

namun jika sebaliknya islam atas kepentingan politik atau sebagainya...kawe tak berani nak jamin lah.....

blogger ingat satu ketika berborak dengan orang asli di cameron, tanya kenapa tak peluk islam kalau dah tau banyak pasal islam..jawapan yang diterima islam teruk sangat..suka gaduh2...dalam tv cite gaduh2..dalam surat kabar..cite gaduh...pemimpin pun suka gaduh2... kefahman orang asli nih adalah orang islam adalah melayu....patut la pun....

Monday, August 31, 2009

JANGAN ABAIKAN BERSAHUR

Bersahur bermaksud makan dan minum setelah berlalunya malam sebelum masuk waktu subuh. Ia merupakan salah satu daripada amalan yang dituntut agar dilakukan oleh umat Islam ketika berpuasa khususnya di bulan ramadhan. Kebiasaannya, kebanyakan kita akan bersemangat untuk melakukan amalan ini di awal-awal ramadhan sahaja, namun apabila berada dipertengahan bulan, amalan ini makin tidak gemar untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Hal disebabkan kita sudah terbiasa dengan keadaan lapar di siang hari dan mungkin selesa manjamah makanan sebelum kita tidur.

Islam telah meletakkan amalan bersahur ini sebagai penanda aras kepada kewujudan amalan baik umat Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad dalam kitabnya, rasulullah s.a.w telah bersabda: umat aku masih lagi dalam keadaan kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan bersahur ini adalah cermin kepada diri sendiri terhadap amalan kebaikan yang kita lakukan seharian sepanjang ramadhan.

Melalui bersahur juga kita berpeluang untuk memperolehi keberkatan dalam kehidupan, ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda hendaklah kamu bersahur kerana terdapat di dalamnya keberkatan (riwayat muslim). Justeru pada bulan ramadhan ini seharusnya kita tidak mengabaikan amalan ini agar memperolehi keberkatan dalam setiap amalan harian kita. Sekali pun tiada selera untuk kita menjamah makanan sekurang-kurangnya kita boleh bangun untuk bersahur dengan segelas air pun memadai. Hai ini turut disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, bersahurlah walaupun dengan segelas air. Hadis ini merupakan suatu galakan kepada umat Islam agar tidak sekali-kali melepaskan peluang bersahur ketika kita hendak berpuasa, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Amalan ini juga turut membezakan cara umat Islam berpuasa dengan ahli kitab berpuasa. Bagi ahli kitab ibadah puasa mereka tidak dituntut agar bersahur, hal ini telah diterangkan oleh dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Amru Bin Ash r.a, sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda yang membezakan cara kita berpuasa dan ahli kitab adalah bersahur (riwayat muslim).

Berdasarkan daripada hadis-hadis yang telah disebutkan, kita dapati walaupun bersahur ini bukanlah suatu yang diwajibkan kepada umat Islam, namun ia sangat dituntut agar dilaksanakan oleh kita. Ini kerana jika kita mengkaji tentang amalan bersahur dari sudut kesihatan, kita akan dapati terdapat banyak kebaikannya kepada umat manusia. Secara fizikalnya jika kita bersahur kita akan dapati diri kita lebih bertenaga di siang hari untuk melakukan pekerjaan harian kita dan kita telah memendekkan masa untuk lapar dan dahaga di siang hari lebih-lebih lagi jika kita melewatkan bersahur.

Malah menurut Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi untuk menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Manakala kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru tidak hairanlah mengapa kita sangat digalakkan supaya bersahur sebelum menjalani ibadah puasa di siang hari.

Selain itu, bersahur juga mempunyai faedah dalam bentuk kerohanian kepada umat Islam. Apabila kita bersahur, secara tidak langsung sebenarnya kita boleh mendekatkan diri dengan allah s.w.t melalui ibadah-ibadah lain seperti membaca al-Quran, memohon keampunan kepada allah s.w.t, qiamullail dan bermunajat kepada Allah s.w.t serta tidak terlepas untuk memperolehi keberkatan lailatul qadr kerana telah berjaga untuk tujuan yang baik pada malam tersebut. Malah jika kita melewatkan bersahur, kita turut dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama keluarga di rumah atau di masjid. Bukankan amalan-amalan ini akan memberi keberkatan dalam kehidupan kita. Justeru, janganlah sesekali kita mengabaikan amalan bersahur yang telah dijanjikan keberkatan di dalamnya.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52

Tuesday, August 25, 2009

TIME KUNYAH NASI AZAN BERKUMANDANG

pagi tadi aku dapat msg dari seseorang.kalau tak student shabat2 la..sebab derang je pun yang ada simpan..soalan berkaitan dengan kisah camni..dia bangun agak lambat...so dia pun kelam kabut la buat air dan makan nasi sejuk (aku rasa student nih sbb nasi sejuk)..di saat akhir tengah kunyah tetiba azan...dia pun teguk air yang ada kat tepi tangan..takut mengkelan (tercekik)...kawan dia kata batal dah pose dia pasai dah azan..

kalau nak jawab soalan itu ada baiknya kita merujuk kepada time bila sahur berakhir...al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187... maksud benang putih ngan benang hitam tuh..ialah masa betul2 dah msuk waktu subuh..

berkaitan masalah di atas tuh..pastikan dulu, azan tuh dah habis masuk waktu atau belum..nak tau dengan tepat masuk waktu atau tidak..beli surat kabo..tengok time subuh bagi kawasan kuantan..kalau duduk di kuantanlah...itu adalah time terakhir bersahur..imsak tuh time berjaga2 sahaje....boleh makan lagi sehingga time azan.

jika sedang melakukan kunyahan terakhir, tetiba azan..azan tersebut mmg menandakan masuk waktu..ape yang perlu dilakukan adalah...selesaikan kunyahan tersebut dengan sesegera mungkin..minumlah air untuk mendapatkan kelegaan tekak..iye la takut cekik ke ape ke...selesai minum..berenti makan dan minum dengan segera...ini merujuk kepada hadis AbuDaud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani)... Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi. (petikan dr pandangan Dr Asri).

itu adalah jawapan kepada permasalah yang terjadi kepada penanya pagi tadi....terima kasih tanya..setiap pertanyaan akan aku paparkan dalam blog ini....