"Ketika berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1985, sepanjang 15 tahun saya bekerja keras dan jarang berkongsi rezeki dengan orang lain. Akhirnya saya tidak mempunyai apa-apa pun.
"Kemudian pada 1995 saya bertemu tokoh agama dan menasihatkan saya supaya selalu bersedekah. Beri dulu tanpa mengharapkan balasan serta merta, suatu hari nanti pasti Tuhan akan membalas segala kebaikan itu. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak rezeki masuk.
'Kejayaan yang dinikmati hari ini berkat usaha dan doa semua kakitangannya. Dalam melakukan apa jua perkara kita mesti berdoa kerana doa mengatasi segala kepandaian serta kepakaran manusia. Jika kita lupakan Tuhan, rezeki akan lari daripada kita'.
ini adalah antara resepi kejayaan yang telah dipraktikkan oleh David Teo. walaupun beliau bukan orang islam..cara amalan dia adalah islam..
untuk muhasabah diri kita..zakat camne..dah bayar ke lum..setakat zakat fitrah tok sah kira la...zakat simpanan kita..dah bayo ke belum....
karut betul setengah2 orang nih..yang tak best kalau dia kata...ada ustad kata ada azan la....ini jenis manusia yang bila bercakap..seolah2 dia tahu belaka..dialah paling banyak membaca..dia la paling awal masuk syurga..dia la paling warak...pada hal cam hampeh je...cuma kita la tak gamak nak kata hampeh kat dia.....
hari raya memang tiada azan atau iqamah jika merujuk kepada hadis berikut:
Hadis Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a: Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun ( Riwayat Muslim ).
jadi dalam bab hukum-hukum nih tanyalah yang berpengetahuan...ust2 pun kadang main cakap ikut dan je...nih lah yang terjadi... harap2 dapat meleraikan kekusutan orang yang bertanya ye....
mana bleh puasa time hari raye bro. ada jugak makhluk allah bergelar manusia nak puasa. tuh bukan dapat pahala dah tuh. dapat dosa adala.. merujuk kepada sebuah hadis
Hadis Abu Said Al-Khudriy r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu, iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka dari bulan Ramadan (Aidilfitri) (Riwayat Muslim).
Hadis Ibnu Umar r.a: Seorang lelaki datang menemui Ibnu Umar lalu berkata: Aku telah bernazar untuk berpuasa satu hari yang kebetulan bertepatan dengan Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Aidilfitri. Ibnu Umar r.a berkata: Allah telah memerintahkan agar menunaikan janji dan Rasulullah s.a.w melarang berpuasa pada hari ini ( Riwayat Muslim )
Berada diakhir 10 Ramadan merupakan kemuncak kepada kemanisan ibadah seorang hamba yang mencari ketakwaan dan keampunan Allah s.w.t. Jika kita berada di awal Ramadan dan pertengahan Ramadan kita hanya digalakkan untuk menunaikan solat taraweh di masjid, sebaliknya pada akhir Ramadan Rasulullah s.a.w telah mengalakkan kita supaya beriktikaf di masjid, seperti mana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Daripada aisyah r.a : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w beriktikaf di masjid pada akhir 10 ramadan sehingga beliau wafat.. Amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w merupakan galakkan kepada umatnya supaya makin mempertingkatkan lagi amalan ibadah ketika berapda di penghujung Ramadan ini kerana pada malam 10 terakhir Ramadan terdapat suatu malam yang penuh dengan keberkatan dan kesejahteraan kepada umat Islam yang beramal padanya, malam tersebut dikenali sebagai Lailatul Qadr. Malam ini tidak akan dinikmati oleh orang lain melainkan mereka yang beriman dan sering beribadah kepada Allah s.w.t sahaja.
Kehebatan dan kelebihan pada malam Lailatul Qadr ini telah diceritakan oleh Allah s.w.t kepada umat Islam di dalam Al-Quran melalui dua firmannya iaitu pertama di dalam surah Al-Dhukhan yang bermaksud : Haa, Miim, demi kitab Allah yang menjelaskan. Susungguhnya kami turunkannya pada malam yang penuh keberkatan, malam tersebut dijelaskan segala urusan dengan penuh hikmah.Urusan yang besar dari sisi Kami, Sesungguhnya kami adalah yang menggutus rasul. Rahmat dari tuhan kamu, Dia yang maHa mendengar dan maha mengetahui. ( Surah al-dukhan:1-6 ). Kemudian Allah s.a.w menceritakan tentang kelebihan Lailatul Qadr secara khusus di dalam firmannya yang bermaksud :Sesungguhnya kami telah menurunkannya ( al-Quran ) pada malam Lailatul Qadr. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul Qadr. Malam yang terdapat kemuliaan padanya melebihi 1000 bulan. Pada malam tersebut, turun malaikat-malaikat jibril dengan izin tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam tersebut penuh kesejahteraan sehingga terbit fajar. ( surah al-Qadr:1-5 ).
Daripada kedua-dua surah tersebut adalah surah makiyyah yang mengandungi firman Allah s.w.t yang bermaksud : Sesungguhnya kami telah menurunkannya, Nya di dalam ayat tersebut merujuk kepada ganti nama bagi Al-Quran al-Kareem yang telah diturunkan oleh Allah s.w.t pada malam Lailatul Qadr. Ini merupakantanda pertama kebesaran dan kehebatan malam tersebut yang dituntut oleh agama supaya berlumba-lumba untuk memperolehinya. Persoalannya di sini bagaimakah Allah s.w.t menurunkan al-quran pada satu malam sahaja, sedangkan kita sedia maklum bahawa al-quran diturunkan kepada Nabi s.a.w selama 23 tahun secara berperingkat-peringkat. Bagi menjawab persoalan ini, terdapat riwayat daripada Ibn Abbas yang meyatakan bahawa Al-Quran diturunkan dalam jumlah yang satu ke langit dunia, kemudian meletakkannya di Bait Al-Izaah pada malam Lailatul Qadr, kemudian diturunkan ke dunia lebih kurang 23 tahun ( Sunan An-Nasa’e). Manakala menurut Abdullah Bin Hussin Al-Halimi (403H) dan Imam Abi Hussin Al-Mawardi ( 450H )beliau berpendapatbahawa al-quran diturunkan secara berperingkat ke langit dunia setiap lailatul qadr selama 23 tahun sebelum diturukan kepada Nabi s.a.w. menurut Al-Halimi juga, pada malam tersebut Allah s.w.t akan memaklumkan kepada malaikatnya apa yang akan terjadi kepada anak-anak adam sehingga kepada Lailatul Qadr yang akan datang. Jika diteliti di dalam 5 ayat pertama surah Al-Dukhan, Allah s.w.t menerangkan kepada kita bahawa Lailatul Qadr adalah malam yang penuh dengan mubarakah ini disebabkan pada malam tersebut, diturunkan kepada hambanya yang soleh segala kebaikan dan keberkatan untuk kehidupannya yang mendatang. Pada malam tersebut juga Allah s.w.t akan menetapkan segala urusan hambanya yang berkaitan kehidupan hariannya dengan kekuasaan yang dimilikinya sehingga Lailatul Qadr akan datang.
Manakala di dalam Surah al-qadr pula Allah s.w.t telah menjelaskan secara khusus tentang kelebihan malam tersebut. Melalui surah al-qadr , diterangkan lima kelebihan Lailatul Qadr iaitu pertama : malam yang diturunkan Al-Quran, seperti yang telah diterangkan di dalam ayat surah Al-Dukhan. Kedua, disebut dalam surah tersebut bahawa Lailatul Qadr merupakan malam yang lebih baik 1000 malam iaitu ibadah pada malam tersebut lebih baik daripada beribadah 1000 malam biasa yang tidak terdapat lailatul qadr. Pada malam tersebut ibadah yang dilakukan oleh hamba yang soleh akan dilipat gandakan ganjarannya, doanya akan diperkenankan oleh Allah s.w.t disamping mendapat keredaan allah dalam kehidupannya. Menurut sebuah riwayat: malam tersebut dianugerahkan kepada umat Islam, memandangkan umur yang singkat tidak sepeprti umur-umur umat yang terdahulu, justeru itu dengan umur yang singkat pasti amalan umat Muhammad tidak mampu menyamai amalan umat terdahulu, sedangkan umat Muhammad adalh sebaik umat manusia, maka Rasulullah s.a.w memohon kepada Allah sesuatu, lalu diperkenankan lailatul qadr ( riwayat imam Malik ). Manakala menurut Imam Baihaqi pula Rasulullah s.a.w telah menceritakan tentang tentang seorang lelaki daripada keturunan bani Israel yang berjihad di jalan Allah s.w.t selama seribu tahun, perkara ini menakjubkan orang mukmin ketika itu, maka turunlah keterangan tentang Lailatul Qadr. Kedua-dua hadis di atas diragui tentang tahap kesohehannya, namun apa yang pasti Lailatul Qadr adalah kurniaan Allah s.w.t kepada umat Muhammad berdasakan kehendaknya. Hal ini telah disebut dalam sebuah hadis soheh yang bermaksud : Sungguhnya rasulullah s.a.w telah bersabda, perumpamaan kamu dan ahli kitab adalah seperti membayar upah orang gaji. Maka Rasulullah s.a.w bertanya: siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada terbit matahari sehingga separuh hari dengan upah qirat. Orang yahudi melakukannya. Kemudian beliau bertanya lagi : siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada tengah harisehingga Asar dengan upah qirat. Maka yahudi melakukannya. Kemudian beliau bertanya lagi : siapakah ingin berkhidmat untuk ku dari pada asarsehingga tengelam matahari dengan upah 2 qirat. Maka kamu melakukannya wahai orang islam. Yahudi dan nasrani menjadi marah, lalu mereka berkata: Mengapakah kami melakukanpekerjaan yang sama tetapi mendapat sedikit ? lalu rasulullah bertanya adakah kamu mendapat kurang daripada hak kamu, mereka menjawab, tidak, maka rasulullah s.a.w berkata: maka kemuliaan ku ingin memberi kepada sesiapa yang aku kehendak.( Riwayat Bukhari Di Dalam Jamik Sohih ). Merujuk kepada hadis ini, Lailatul Qadr adalah kehendak allah s.w.t untuk dikurniakan kepada umat islam, pendapat ini yang paling disokong.
Manakala kelebihan Lailatul Qadr yang ketiga ialah malam yang dikunjungi oleh para malaikat yang diketuai oleh Jibril a.s bagi memperlihatkan betapa ramai hamba-hamba Allah s.w.t di dunia ini sedang berpesta ibadah dengan sujud beribadah dan memohon keredaan kepada Allah s.w.t. Terdapat riwayat yang mengatakan Allah s.w.t mengizinkan malaikat turun pada malam tersebut bertujuan untuk menafikan pandangan malaikat yang mengatakan ciptaan manusia hanya akan mengundang perbalahan dan pergaduhan sahaja di awal ciptaan Adam a.s. Kelebihan keempat Lailatul Qadr adalah malam yang penuh kesejahteraan bagi hamba yang soleh, malam yang tidak diturunkan oleh Allah s.w.t melainkan kesejahteraan ke atas hambanya yang beribadah kepadanya pada malam itu. Menurut ibn Abbas pada malam tersebut malaikat akan mengucapkan salam kepada seluruh umat islam kecuali peminum arak dan pelaku maksiat. Sesiapa yang didoakan kesejahteraanoleh malaikat maka akan diampunkan dosa-dosanya. Manakalakelebihan yang terakhir Lailatul Qadr seperti yang yang telah disebut di dalam surah Al-Qadr ialah memperoleh kemulian dan kebesaran di sisi Allah s.w.t. pada malam tersebut pintu-pintu rahmat akan dibuka oleh Allah s.w.t daripada awal malam sehingga tengelam matahari.
Kesemua kelebihan ini adalah khusus untuk umat Islam sahaja. Sama-sama kita melipat gandakan ibadah pada akhir 10 ramadan ini semoga memperoleh Lailatul Qadr dan dendapat keampunan Allah s.w.t. rasulullah s.a.w bersabda :Barang sesiapa yang beramal dimalam lailatul qadr dengan keikhlasan dan keimanan, diampunkan dosa-dosa yang terdahulu ( Riwayat Bukhari ).