Sunday, December 6, 2009

SUJUD


Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Luruskanlah badan ketika bersujud dan janganlah salah seorang dari kamu mendamparkan kedua lengannya iaitu merapatkan siku ke tanah seperti anjing mendamparkan kaki hadapannya

Tuesday, December 1, 2009

SEMBAHYANG ORANG MUNAFIK



Hadis Anas bin Malik r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a katanya: Sesungguhnya beliau datang menemui Anas bin Malik di rumahnya yang terletak di Basrah, ketika itu Anas baru saja selesai mendirikan sembahyang Zuhur. Rumahnya terletak berdekatan dengan masjid, sewaktu kami menemuinya dia terus bertanya: Adakah kamu sudah sembahyang Asar? Kami menjawab: Sesungguhnya kami baru saja selesai dari sembahyang Zuhur. Tetapi Anas berkata: Sembahyanglah Asar. Maka kami pun mendirikan sembahyang. Setelah kami selesai mendirikan sembahyang, Anas berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Itulah sembahyang orang munafik. Dia duduk menunggu iaitu memerhati matahari sehingga sampai antara dua Tanduk Syaitan iaitu telah menguning sinarnya maka barulah dia bergegas mendirikan sembahyang empat rakaat dengan cepat dan tidak banyak berzikir mengigati Allah: hadis riwayat imam muslim

emmm....so camne..ade2 gaya macam kita sembanhyang...tunggu nak habis zohor baru kelam kabut solat..pastu terus sambung solat asar....sama dak macama yang diceritakan oleh hadis di atas...

renung2kanlah ye.....

Monday, November 30, 2009

BERAYA DI KONTI PAHANG FM

nih tengah tunggu turn kat ruang menuggu di luar konti...

tahun nih pengalaman baru aku...biasanye balik kampung tapi kali nih 2 perkara terlepas 1- tak dapat join rombongan ke UK 2nd-tak beraya kat kampung..kali pertama beraya di taman seri inderapura...sebb nak memenuhi jemputan prog gema jumaat bulan ini yang jatuh pada hari raya haji...so tapok pun pasai raya korban..... lepas solat raya di masjid l-hidayah..terus gerak ke rtm pahang...

dj yang bertugas pun bukan dengan abang nan..kali nih ngan afni suhaimi...dj baru yang mula start bertugas pada bulan september 2009...apa2 dia sangat2 ok..gambar tak dapat nak amik..kamera abis bateri lak.....


Sunday, November 29, 2009

HUJAN OH HUJAN FITNAH!


Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat : hadis riwayat muslim...

Hadis Abu Musa r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan Allah Azza Wa Jalla mengutusku menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti titisan hujan yang telah membasahi bumi. Manakala bumi tersebut sebahagian tanahnya ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rumput dan sebahagian lagi berupa tanah-tanah keras yang dapat menahan air, lalu Allah memberi manfaat kepada manusia sehingga mereka dapat meneguk air, memberi minum dan menggembala ternaknya di tempat itu. Ada juga titisan air hujan tersebut jatuh di tanah yang lain, iaitu tanah gersang yang sama sekali tidak dapat menahan air dan tidak dapat menumbuhkan rumput rampai. Manakala itu semua adalah perumpamaan orang yang bijak pandai tentang agama Allah dan memanfaatkannya setelah aku diutus oleh Allah. Maka baginda tahu dan mahu mengajar apa yang diketahuinya dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mahu menerima petunjuk Allah yang kerana-Nya aku diutuskan : hadis riwayat muslim.


Hadis Usamah r.a:
Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan
: hadis riwayat muslim...