Thursday, June 3, 2010

DAH 6 TAHUN BERUMAHTAGGA

masih lagi usia kanak2 perkahwinan teman dengan isteri tercinta pn nor hasnida zainal abidin. pelbagai rasa dah dilalui oleh teman sepanjang kehidupan berumahtangga. ada pahit.ada manis.ada masin.ade tawar dan sebagainya. alhamdulillah teman berjaya mengharungi dengan tabah. dalam usia 6 tahun perkahwinan tersebut.teman dah dikurniakan 2 zuriat. dua2 lelaki 'adi zahin & 'adl zahin. org kata nama pelik. teman rasa biasa je. terima kasih allah kerana mengurniakan zuriat yang sehat2 sejahtera.

terima kasih juga kepada isteri teman kerana sentiasa menemani teman setiap hari dan membesarkan anak2 teman. iye! usia 6 tahun telalu muda lagi pada teman. hari2 teman berdoa agar allah s.w.t mengurniakan kekuatan untuk teman & keluarga hadapi kehidupan akan datang.dan sering teman berdoa agar allah tidak menguji teman dengan sesuatu yang teman tidak mampu hadapi.

teman sentiasa berusaha untuk menhasilkan keluarga yang bahagia di dunia dan akhirat.semoga allah s.w.t memperkenankan doa teman hari2. amin.


MUSAFIR HARI JUMAAT: BOLEH TAK BUAT QASAR ATAU JAMA' SOLAT JUMAAT DENGAN ASAR

time teman dah nak balik rumah. ade org talipon teman.tanya soalan begini:

- boleh tak dia lakukan solat jama' sembahyang jumaat dengan solat asar ?

teman pun kata. setakat teman tahu hasil membaca buku2 dan belajar dulu.tuh pun kalau betul kefahaman teman la. kalau nak solat jumaat tak boleh jama' dengan zolat asar. pandagan nih merujuk kepada kitab majmu' fatwa.maknanye dia kene sembanyang asar bila dah masuk waktu nanti.

tetapi kalau dia solat zohor sahaja.tidak berniat untuk solat jumaat.diharuskan untuk solat jama' atau qasar.

kalau ditanya antara jama' dengan qasar mana yang lebih afdal.pada teman qasar.kerana ia lebih ringan.

wallahu 'alam.

Wednesday, June 2, 2010

41 PERATUS PENJAWAT AWAM TERBABIT RASUAH TAHUN LALU: CUEPACS

biar betoi! gaji tak cukup ke kakitangan kerajaan nih..

Tuesday, June 1, 2010

NUTP MINTAK CIKGU KERJA 5 HARI SEMINGGU !

s
pagi nih on de way nak kerja.dengar berita NUTP nak mintak kerajaan pertimbangkan semula agar guru kerja 5 hari je seminggu. hilang jap masalah GAZA bila dengar cite2 NUTP camtuh. teman bukan cikgu pun.tapi isteri & kawan2 teman ramai yang jadi cikgu. kalau dulu kita boleh kata lain padang, lain belalang. zaman nih boleh cipta 1 lagi : lain sekolah lain gurunyer. termasuk la pengetua. pada teman la. kuasa paling besar yang menentukan cuti ke tidak sesebuah sekolah tuh adalah pengetua nyer. setiap kali pengetua bertukar setiap kali tuh la polisi akan bertukar. kalau tak percaya tanya la cikgu2 di luar sana nuh.

teman rasa bukan takat 2 kali sabtu je kene kerja. ada sekolah setiap sabtu kene kerja pun ade. kalau sabtu je ok lagi dengan hari2 ahad pun kene kerja jugak.kerja pun biasa dia buat kelas tambahan la.tak pun gotong royong.kalau buat skan ke ape ke.dapat la cuti peristiwa.

kelas tambahan tuh bagus sebagai sumbangan cikgu2 untuk anak2 malaysia. yang tidak bagusnya adalah perancangan untuk mengadakan kelas tersebut. sepatutnya dah boleh rancang awal2 lagi.maklumkan kepada parent diawal tahun. bukn time2 nak cuti.time2 tuh pengetua menunjukkan kebijaksanaan nak buat kelas tambahan. ini akan mengganggu cuti2 guru. dah la ujung minggu terganggu. hari cuti pun tergangu juga. teman rasa baik NUTP perjuangkan tentang cuti sekolah guru perlu rehat minda. lagi bagus biar la 2 sabtu perlu bertugas.