Wednesday, November 24, 2010

MAKIN TAK PERCAYA KEBENARAN MAKIN NYATA





kaum ad & samud antara yang disebut dalam alquran. dan antara kaum yang dibinasakan oleh allah s.w.t kerana kesombongan. antara sebab kesombongan mereka adalah kekuatan yang dimilik. rujuk surah fussilat ada cerita sedikit tentang kesombongan mereka. cara dibinasakan adalah melalui angin. mungkit taufan.puting beliung dan sebagainya.
makin manusia meragui ' betul ke besar kaum ad nih! hebat sangat ke! makin banyak bukti sejarah ditemui...
antara gambar-gambar yang diperolehi untuk sama- sama menilai. sama ia fakta atau auta, antara kenyataan atau khayalan. realiti atau provokasi...


Monday, November 22, 2010

BASIKAL POLIS


biasa kita dengar motor polis. kereta polis.tapi sebenarnya di malaysia ada basikal polis. barangkali polis di malaysia malu untuk mengunakannya. jika di negara2 lain basikal adalah kenderaan yang paling sesuai untuk meronda-ronda kawasan bandar. selain senang untuk meronda ia juga menjimatkan minyak. malah elok untuk kesihatan. kempen menunggang basikal perlu diadakan dikalangan angota polis agar basikal2 seperti gambar di atas tidak dibiarkan reput.

Sunday, November 21, 2010

ADA DUIT SEMUA SENANG

ada duit semua senang. itu la hakikatnya. dulu susah jugak wife nak kena streka baju teman. sehelai dalam 10 minit gak. kalau 200 helai 200 minit. lama kan. sekang nih dah tak de masalah lagi. perkhidmatan mengstrika baju disediakan di inderapura. sehelai bukan banyak pun dalam rm 1.50 jer. kira sedekah ke mak cik yang keje tuh sian gak ke diakan. terima kasihlah kerana menyediakan perkhidmatan meng'iron baju.

SEKITAR KORBAN DI SURAU AL HILAL SG KOYAN

surau al hilal mmg banyak kenangan kepada teman. tamat pengajian dari jordan tahun 2000. di sinilah teman mula mengasah bakat berdakwah.memberi tazkirah.berceramah. menjadi imam. pengkhutbah. semua nya di sini. tahun 2001. teman meninggalkan sg koyan untuk setia berkhidmat dengan shahputra sehingga hari ini.sg al-hilal hanya di sg koyan 3. daripada imam.bilal. ajk. semua drpd org sg koyan 3 yang kebanyakan adalah tentera2 pencen. surau al hilal setiap tahun mengadakan pengurusan untuk org melakukan korban. baru2 nih sahaja ada 7 ekor korban diadakan.
peserta yang terlibat dengan korban dikehendaki berada berhampiran lembu masing2 mengikut nama yang telah ditetapkan. peserta yang bertenagan muda dan pekasa diminta bantu untuk mengorek lubang. bagi menambus darah sembelihan.supaya tak busuk nanti. gambar; kelihatan peserta mengorek lubang.
antara anak-anak yang hadir untuk melihat lembu. suasana meriah menyelubungi kawasan surau ini.terutama kanak2. apa yang seronoknyer teman tak tau. ituh la seronok zaman kanak2.

lembu berjaya ditumbangkan sebelum disembelih.

susah jugak nak uruskan lembu nih.dari dia duk tegak. nak tumbangkan. dah tumbang nak ikat empat2 kaki.bila dah ikat pegang lagi time nak disembelih.siap sembelih semua ikatan dileraikan.
acara memotong daging dan mengagaih2kan daging kepada masyarakat keliling.