Friday, October 31, 2008

BETULKAH INI KHAIRI JAMALUDIN

persoalannya..betulkah ini calon pemuda umno...khairy jamaluddin..menantu PM..atau provokasi pembangkang semata2..siapa di sebelah beliau....kalau sahih gambar ini beliau..renungkanlah hadis di bawah.....hanya Allah s.w.t yang pasti tahu siapa dia dalam gambar tersebut....

Hadis Sayidina Ali k.w:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan ( Riwayat Muslim )...tidak perlu kita mentaati pemimpin yang zalim..dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t....

POKOK / ULAMAN DI SEKELILING RUMAH

ini antara deretan pokok2 ulaman di rumah aku..yang banyak menjimatkan duit dan tenaga untuk kekedai...halia...kunyit..ulam raja..peria katak..lada beso....ada belaka..termasuk la pokok2 herba..jarum tujuh...sabung nyawa..halia bara..hempedu bumi...bonglai..dan pelbagai lagi...nak tanam abik benih kat umah aku....
nih pokok pegaga kat umah aku..memang tak penah beli nih ulam nih...makan pun kadang2 je..kalau teringin datang la amik...nak tanam pun senang je....kalau sekali beli rm 1 ..ada lah dalam secekak kot..nak free tanam je....
nih pokok daun kesum sebenarnya..aku dah kerat dah..nak biar tumbuh pucuk baru..pakai kalau masak laksa ke..asam pedas ke..tak pun sedekah je kat jiran2..banyak dah jasa pokok nih kat jiran2...kalau sesapa nak tunggu dia berkembang biar semula la yek....
pokok nih kalau tak kenai melampau la..cabai kecik..pedas gile..amik kat sg koyan...pokok ini usia dia kat2 10 bulan kot..ke lebih tak pasti la...sekang nih buah pun dah kurang sket..may be dah tua agaknye....tapi pelapis dia ada dah...nak benih datang la amik...

PELAJAR HILANG DI AUSTRALIA

7 pelajar di Australia lesap



Norzarifah

KUALA LUMPUR: Tujuh pelajar Malaysia tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di beberapa universiti di Australia dilaporkan 'lesap' tanpa diketahui ke mana mereka menghilangkan diri.


Tiga daripada pelajar terbabit termasuk Norzarifah Kamarauzaman, 21, menuntut di universiti sama - Curtin University of Technology, manakala empat lagi di universiti berasingan, semuanya di Perth.


Kehilangan pelajar itu didedahkan Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semalam selepas menerima aduan ibu bapa mereka serta sumber di Australia..BERITA PENUH..

...PELAJAR NIH HILANG KE BERHENTI BELAJA..SEMALAM BERITA TV3 MAKLUMKAN..PELAJAR2 NIH KEBANYAKKAN BERHENTI BELAJO..THEN KERJA....PELIK KE TAK..PELAJAR YANG CERDIK ..IALAH DAPAT 9A..KALAU KAT MALAYSIA KIRA CERDIK LA...BOLEH BERHENTI BELAJAR..DAH SEMESTER AKHIR BARU TAK MINAT...TAK LOGIK LANGSUNG..BANYAK DAH PERABIH DUIT KERAJAAN TUH..WALAUPUN SYARIKAT GLC....KESIAN LA SKET KAT MAK AYAH..ENTAH2 SEBELUM G SANA DULU SIAP BUAT KENDURI LAGI...MALU OOO MAK AYAH.....KITA NIH BIAR TAKDE RUPE..TAPI JANGAN TAKDE OTAK....TAK GUNA OTAK LA MAKSUD NYE....

PELAJAR KOLEJ BERGADUH GUNA PARANG

Tiga penuntut kolej parah akibat ditetak

PERMASURI: Tiga penuntut sebuah kolej swasta di sini, parah akibat ditetak dengan parang dalam satu pergaduhan di asrama kolej itu, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai bermula apabila dua penuntut bertengkar kerana masalah peribadi, sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang dan menyerang mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden, Sheikh Othman Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata, mereka kini dirawat ke Hospital Setiu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini..BERITA PENUH...


GANAZ BEBUDAK ZAMAN NIH..CERDIK..CERDIK DAH TAPINYE TAK PANDAI GUNA OTAK RASANYE...NAK GADUH JE KE...HANTAR KE PALASTIN SURUH GADUH NGAN ISRAIL BARU TAHU...NAK TUNJUK HANDAL SANGAT....

LAGI KISAH PEMBEBASAN RAZAK BAGINDA

Keputusan bebas Razak Baginda tiada campur tangan politik

SHAH ALAM: Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tidak membabitkan campur tangan politik..BERITA PENUH...

Bapa Altantuya Kecewa, keputusan cemar imej kehakiman

M Khaleel Kas
Fri | Oct 31, 08 | 12:34:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan..BERITA PENUH..

RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN

BEBAS: Abdul Razak Baginda (tengah) tersenyum selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Manakala gambar bawah, anak perempuan, Rowena Abdul Razak (kiri) dan isteri Mazlinda Makhzan turut bersama Razak di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - Foto AP


HARGA PETROL TURUN LAGI

Harga petrol turun lagi 15 sen

31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan...BERITA PENUH


SYUKUR ALHAMDULILLAH..BOLEH SAVING BANYAK LAGI DUIT....HARAP2 NYE TURUN LAGI LA BULAN DEPAN....TURUN DAN TAK NAIK2 DAH..BOLEH KE.....

Thursday, October 30, 2008

HATI ABBY ABADI TELAH TERTUTUP



‘Hati saya sudah tertutup’


KUALA LUMPUR: “Saya tak mahu terbabit dalam peristiwa yang berlaku terhadap suami saya (Norman Hakim). Itu masalah dia, jadi biarlah dia selesaikan sendiri.

“Walaupun dia ingin menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu (semalam), saya tak mahu ambil tahu,” kata Abby Abadi, 30.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas kes ‘tangkap basah’ Norman, 32, bersama pelakon baru Suhaiza Suhaimi, 20, atau Memey, awal pagi semalam.

Ketika dihubungi, Abby berkata dia mengetahui Norman ditangkap kerana disyaki berkhalwat apabila menerima kiriman SMS daripada seseorang...BERITA PENUH....

..emmm..macam mana perasaan seorang isteri kalau suami kene camnih...ada sapa2 ada pengalaman..sabo abby..jangan buat keputusan waktu tengah marah..sebab syaitan akan jadi penasihatnya...tenang2kan jiwa dulu....tengok muka anak2 tuh....buat solat istikharah dulu...zikir 1000 kali....naca al-fatihah 333 kali...tengok camna hati tuh rasa..baru wat keputusan yek....

NORMAN HAKIM & MEMEY DITANGKAP KHALWAT

Norman Hakim, Memey ditangkap khalwat





Jais serbu pejabat jam 2 pagi berikutan aduan orang ramai

KUALA LUMPUR: Pelakon popular, Norman Hakim ditahan dalam satu operasi cegah maksiat di sini, semalam kerana disyaki berkhalwat dengan seorang lagi pelakon, Suhaiza Shahimi atau lebih dikenali sebagai Memey.

Mereka ditahan sepasukan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam satu serbuan kira-kira jam 2 pagi di sebuah pejabat di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana, di sini berikutan maklumat daripada orang ramai..BERITA PENUH...


KOT2 YANG MENANGKAP DERANG ADA MASUK BLOG NIH..BNAGI KOMEN SKET....

NORMAN DICEKUP...

Memey, Norman dicekup

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terkejut apabila mendapati ‘lembaga hitam’ yang ditemui dalam sebuah bilik kecil sebenarnya seorang pelakon terkenal yang cuba mengelak daripada diberkas kerana disyaki berkhalwat...BERITA PENUH...

AKU BACA2 3 3 BERITA PASAI NORMAN NIH...BUKAN APE ..SAJE MASUK DALAM BLOG NIH..KORANG BACA LA 3 3 AKHBAR..BUAT KESIMPULAN SENDIRI....

BAYI DICULIK ...

Cemas bayi diculik 7 jam
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Sepasang suami isteri terpaksa melalui detik mencemaskan apabila bayi lelaki mereka, Mohd Aidin, yang baru berusia sebulan dilarikan seorang wanita yang bersubahat bersama dua lelaki lain dari rumah mereka di Galing Besar, dekat sini, petang kelmarin, sebelum ditemui semula dalam keadaan selamat, tujuh jam kemudian...

Sebelum kejadian, ibu bayi itu, Zaiton Awang Besar, 37, yang bersendirian di rumah didatangi seorang wanita yang juga kenalan anak saudara lelakinya dan seorang lelaki tanpa mengesyaki niat buruk suspek terbabit, kira-kira jam 6 petang. ..lagi berita sepenuhnya...

BAHAYA ZAMAN SEKARANG NIH..MEMANG SUSAH DAH NAK PERCAYA KAT SAPA2...SAMBIL TUMPANG RUMAH JE BOLEH CULIK BUDAK KECIK TUH...SAMA2 LA KITA JAGA ANAK KITA..PINTU PAGAR TUH AMALKAN LAH SELALU BERKUNCI..BUKAN KEDEKUT TAK MAU BAGI ORANG DATANG..TAPI KEADAAN MEMAKSA KITA BUAT CAMTUH DAH....berlaku kat kuatan pulok tuh.....

Norman Hakim perjelas kes khalwat: Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA


Norman Hakim keluar dari Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Selangor, selepas memberi keterangan berhubung kes khalwat, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Pelakon drama bersiri Gerak Khas, Norman Hakim yang ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon baru di sebuah premis perniagaan di Jalan UP 1/2, Ukay Perdana dekat sini awal pagi tadi mendakwa kejadian itu berlaku secara kebetulan..click di sini untuk berita lanjut..


Apa dah jadi..apa dah jadi....isteri pun tak terkejut nih...emm...kita nih kalau buat tak baik sekali...allah lepas kan..buat 2 kali..allah lepaskan..maknanya Allah tuh nak bagi peluang bertaubat...tapi kalau buat lagi..tetiba kene kes macam nih...tuh pun allah bagi petunjuk jugak tuh...maknanya..suruh lebih berhati2 pasnih..dia nak hapus dosa2 kita...sendiri mau ingat la.....



IRI HATI

Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain ( Riwayat Muslim )... terdapat hanya 2 jenis iri hati yang dibenarkan oleh Allah s.w.t kepada Umat islam... yang disebut dalam hadis tersebut....

Wednesday, October 29, 2008

KEMESRAAN DSAI ( PKR ) DENGAN PEMIMPIN UMNO

Dalam Parlimen bukan main lagi hantam...kat dalam ceramah2 pun sama gak..kat luar ok je..mesraaa....agak2 nye ape derang pikir yek...cuba tengok gambo dalam tuh..rasa seme kenai siapa kan...boleh je bebaik...harap2 mereka membincangkan perkara yang memartabadkan melayu...aku berfikiran positif je terhadap gambar yang aku dapat dari blog orang lain...

HUBUNGAN BAIK ANTARA PEMIMPIN PAS-UMNO



Kalau pemimpin sesama pemimpin boleh berbaik-baik..kenapa yang golongan2 awam tak berjawatan nak bebolok sesama sendiri..lebih malang lagi kalau sesama Islam pulak...

PKNS BAKAL DITERAJUI SEMULA BUMIPUTERA

PKNS: Pas serah nama

SHAH ALAM 29 Okt. - Pas akan menyerahkan nama dua tokoh korporat bumiputera untuk mengisi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Samad berkata, calon tersebut dipilih berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang dimiliki.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sebaliknya Pas yakin mereka antara yang layak untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.

"Setakat ini kita ada dua nama yang sesuai berdasarkan kebolehan mereka. Kedua-dua individu itu tidak semestinya pegawai dari PKNS," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS..berita seterusnya..click di sini...


Baru la orang melayu selangor rasa lega sikit...

Tuesday, October 28, 2008

DEBAT: ISU KETUA PEMUDA UMNO


Mukhriz tetap enggan

JITRA 28 Okt. – Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyertai debat terbuka untuk calon-calon yang mahu merebut jawatan tersebut walaupun dua pencabarnya sudah bersetuju meneruskan rancangan berkenaan bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Ahli Parlimen Jerlun itu yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa debat ala Amerika Syarikat tersebut kurang sesuai kerana bakal mendedahkan masalah parti untuk tatapan umum berkata, ia juga tidak membawa kepada pengukuhan dalam parti...berita lanjut click sini



Debat bukan mahu bercakaran - Khairy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka bagi calon yang mahu merebut jawatan tersebut bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana menyahut cadangannya itu berjanji debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib...berita lanjut..click di sini..


Sorang nak debat..sorang lagi tak berapa setuju...guana cerita nih..nak debat..debat la...jangan main jahat cukup..2..2..ada pengaruh besar tuh....banyak2 doa..wat solat hajat..tiap2 malam...kalau Allah s.w.t tolong sure menangnye...tak yak harap bac up pun tak pe...jangan menang sorak kampung tergadai sudah le...

CERITA ANGKASAWAN PERTAMA MALAYSIA

Ceramah Sheikh Muszaphar RM8,000 sejam?
Azamin Amin
Fri | Oct 24, 08 | 9:28:54 am MYT

Angkasawan pertama negara, Dato' Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha didakwa mengenakan bayaran sejumlah RM8,000.00 untuk satu jam berceramah, semenjak menerima pelbagai jemputan di seluruh negara setibanya dari angkasa lepas 21 Oktober tahun lalu...Berita lanjut click di sini...

betoi ka..patut ka...komen sket....

CERITA PELAJAR PEREMPUAN

Pelajar perempuan tendang guru disingkir

28/10/2008 7:11pm

KANGAR 28 Okt. — Seorang pelajar perempuan yang bertindak ganas dengan menendang seorang guru wanita di Sekolah Menengah Kebangsaan Perlis dekat sini baru-baru ini disingkir daripada sekolah itu berkuatkuasa hari ini.

Pengarah Pelajaran Perlis Mansor Lat ketika dihubungi Bernama hari ini berkata keputusan menyingkirkan pelajar tingkatan dua itu diputuskan Jawatankuasa Disiplin sekoleh itu namun beliau tidak menyatakan bila keputusan itu dibuat.

Sebelum ini, pelajar berusia 14 tahun itu yang menendang guru sivik, Azhana Ibrahim, 27, di dalam bilik darjah sekolah itu pada 16 Okt lalu telah digantung persekolahannya selama seminggu untuk siasatan.

Bagaimanapun setelah siasatan selesai, jawatankuasa itu memutuskan pelajar itu disingkir daripada sekolah yang sebahagian besar pelajarnya berketurunan Cina...berita lanjut click sini...


Cina kat semenanjung ni berbeza sedikit dengan cina dekat sabah&sarawak kot...kat sana bagus2 la aku rasa..setakat yang aku penah jumpa la...anak2 murid wife aku semua cina waktu kat Sarikei dulu..tapi hormat orang tahap maksima...kurang hajo tuh ada..tapi time kene marah dia diam je..wife aku kata la...kat semenanjung nih tak semua la kot..ada hok aku kenai baik je..anak jiran aku ..bagus je..setakat hari nih la...

ADAB MAKAN DAN MINUM

adis Umar bin Abu Salamah r.a katanya:
Aku pernah berada di bawah penjagaan Rasulullah s.a.w. Ketika waktu makan, tanganku terhulur hendak menjangkau talam, lalu Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: Wahai anak muda! Bacalah Basmalah, makanlah dengan tangan kanan dan mulakan dengan makanan yang terdekat denganmu ( Riwayat Muslim )..nih adab kalau makan berhidang la...bebaru nih aku jumpa anak kawan aku makan tangan kiri..aku tanya bapak dia..dia kata anak dia dah biasa..aku cakap ..kene ajo anak tuh makan tangan kanan..syaitan je makan tangan kiri...sebab tuh nabi suruh makan tangan kanan...kalau pakai sudu camne yek...sudu pun ok..tapi time suap belah kanan la...janji kanan...yang penting jangan mencela makanan..dalam riwayat lain daripada Abu Hurairah R.A mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan..jika suka dia makan..jika tidak dia tinggalkan ( Riwayat Muslim ).... so...sendiri pikir la bro...


Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w biasanya minum dengan tiga kali bernafas ( Riwayat Muslim ).. kita biasa berapa kali nafas...hadis nih bermaksud minum dalam cawan atau gelas yang sedang2 je saiz nye..jangan la sekali nafas je....tak ikut sunah la...time dahaga memang senafas je dok...maksud tiga kali nafas tuh..jarak kan gelas dari mulut..bukan mernafas dalam air...makruh hukumnye..dalam kitab sahih muslim ada hadis tentang makruh bernafas dalam air...sebab nye..aku penah baca la kan..kalau salah..betulkan..kita mengeluarkan karbon dioksida kan..ke salah.. he he..pastuh air tuh plak..dia terdiri dari unsur H2O..jadi bila karbon dia gabung dengan H2O...dia jadi asid..dok begituh..he he....


Monday, October 27, 2008

SELANGOR : APA DAH JADI PKNS...

Siew Moi pemangku Pengurus Besar
SHAH ALAM 27 Okt. - Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun..berita lanjut di Utusan online...

SHAH ALAM 27 Okt. - Lima persatuan kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung pelantikan Low Siew Moi sebagai pemangku Pengurus Besar anak syarikat kerajaan negeri itu esok..berita lanjut di utusan online...

adakah negeri selangor kini ketandusan pemimpin melayu yang berdedikasi seperti yang dicari oleh MB selangor...sabo je la orang selangor..ada hikmah tuh..mana tau berkat jawatan yang dipegang oleh low siew moi dia masuk Islam....harap2 takde la ada kepentingan politik....sian..sian...

Saturday, October 25, 2008

SURAU HARAM ?

Surau haram dikompaun

SHAH ALAM 24 Okt. - Kerajaan negeri akan mengenakan kompaun terhadap rumah ibadat termasuk masjid dan surau yang dibina secara haram di Selangor.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar (gambar) berkata, tindakan itu bertujuan bagi menyusun semula pengurusan rumah ibadat di negeri ini....


ada jugak surau haram yek..surau camne yek...ada tempat buat dadah ke dalam tuh..ada tempat orang berzina ke disediakan dalam tuh...ke jadi tempat main judi...isap dadah kot....banyak ceramah politik sgt kot..sepatutnye haramkan orang tuh je bukannye surau.....aku ingat pendatang haram je wujud..surau pun ada..nih masalah kalau yang nak bercakap tuh orang bukan Islam...nak buat penyusunan semula rumah Ibadat...kalau dah tempat mende orang buat baik..bior je la...nak runtuh watpe...suh jaga molek2 dah la...bukan tempat sembahyang je surau tuh..macam2 boleh...tempat study...tempat rehat musafir2...nak wat kenduri..nak buat pusat study..buat bilik aduan ahli politik...macam2 boleh lah..orang2 tertentu je tak berapa cerdik nak memikir surau tuh bleh wat ape...ini punca kes roboh kuil la nih....pergi la cari menda lain nak roboh kan..robohkan pusat2 maksiat kat selangor nuh lagi baguih la.....mana pemimpin Islam kat selangor nye..takkan taknak berbunyi langsung ....nih la masalah nye pemimpin Islam nih...takkan nak suruh Zulkifli Nordin je berbunyi..bersepah lagi rasanye pemimpin Islam kat Selangor nun...siap MB lagi Islam...

ISU SURAU

Gambar Hiasan

Kompaun surau: JAIS minta PBT teliti dahulu

SHAH ALAM 25 Okt. – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) meneliti status tanah surau di negeri itu sebelum mengenakan sebarang tindakan kompaun atau meroboh......

Kesian kat surau2 yang bakal di kompaun yek...mana la pemimpin Islam yang nak berbunyi sikit pasai isu nih...rasanye ramai pemimpin islam kat Malaysia nih... .yang best nye ...yang menimbulkan isu nak kompaun tuh..yang bukan Islam..takkan la tak tercabar langsung pemimpin Islam lain.... sepatutnye..keluar la isu nak robohkan rumah urut ke..dah bersepah ruah rasanye kat bandar2 kat Malaysia nih....isu nak tutup disko yang dibuka sampai ke pagi ke...nak roboh sarang2 penagih ke...ini nak roboh surau...renti ke le mannnn......



Tuesday, October 21, 2008

FAKTA SEBENAR BERSEDEKAH

Kadang2..bila kita nampak orang mintak sedekah..mula2 kita rasa nak bagi..tetiba je terlintas dalam hati mengatakan bahawa derang nih bukan miskin..sesaja mintak sedekah..malas keje...pastu kita pun masuk semula duit dalam kocek...tak pun..orang2 yang datang mintak derma nak buat masjid lah..pondok lah..asrama lah...mesti ada syak dalam diri kan....jangan bimbang..tuh bukan masalah kita....kalau kita sedekah ketahuilah sedekah kita tetap diterima Allah s.w.t..masalah orang tuh nak tipu ke dak ke..lantak dia la..yang penting kita telus...hal nih diceritakan dalam sebuah hadis...
Hadis Abu Hurairah r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu ( Riwayat Muslim )... berdasarkan hadis nih..so janganlah kita bimbang lagi untuk sedekah k.....

FALSAFAH SEDEKAH

Kita selalu beranggapan bahawa bila kita kaya baru kene sedekah..bila ada duit lebih baru kene sedekah betul tak....sebenarnya dalam sebuah Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Apakah sedekah yang paling utama? Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau bersedekah ketika engkau masih sihat dan harta tersebut masih disayangi, engkau bimbang menjadi fakir dan bercita-cita untuk menjadi kaya. Jangan kamu tangguhkannya hingga roh sampai di halkum. Dalam keadaan tersebut barulah engkau berkata: Berikannya kepada Si Polan ini dan Si Polan itu. Sememangnya itu adalah hak Si Polan ( Riwayat Muslim )..

Jadi merujuk kepada hadis di atas..adalah lebih dinilai oleh Allah s.w.t jika kita nih rajin bersedekah di kala mana kita memerlukan duit tersebut..tapi takde la sampai kite kebulur..tapi jika kita ada cukup2 je nak makan..tetiba ada orang minta..kene kene bagi jika dia lebih memerlukannya....fikir2 kan lah....

DOA


Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah s.w.t berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak( Riwayat Muslim ).

Hadis di atas adalah berkaitan dengan doa..doa akan mudah termakbul apabila kita sentiasa mengigati Allah s.w.t..sebab tu hadis di atas dengan jelas mengatakan bahawa Allah s.w.t akan mengigati akan kita jika kita selalu mengigatinya......tapi malang nye kita nih..time terdesak baru nak ingat Allah s.w.t..dah tu guane gaya nye.....

Thursday, October 16, 2008

GAME TO RELEASE TENSION


nak relek2 kepada..nak kasi segar mata di kala ..otak tengah penuh..DOWNLOAD HERE...game yang pasti menyebabkan otak anda menjadi clearrrr...buka je file ini dia akan tulis COMPLETE...THEN RIGHT CLICK....CLICK PLAY..BACA ARAHAN....BLEH START...GOOD LUCK..BAGI TAU BEBUDAK YANG NAK XM..SUH CUBA GAME NIH..INSA ALLAH..CERAH MASA DEPAN...

Wednesday, October 15, 2008

SERANGAN JANTUNG : RAWATAN DIRI SENDIRI

tiba-tiba kita diserang sakit jantung...kalau bukan kita pun orang lain...bagaimana nak cuba selamatkan nyawa orang tersebut.....DOWNLOAD SINI...nak tau macam mana...ilmu nih..senang je nak buat..nyawa pun bleh selamat....

Monday, October 13, 2008

YANG TERAKHIR


ini tetamu terakhir ust mat yie yang datang kat pukul 10 dah..nasib baik lauk ada lagi..kalau dok aku goreng telur je...sorang lagi tuh jiran aku...

TANPA DIDUGA


Tak sangka kali nih BOD pun datang jugak...perasaan ada 2..gumbira..sebab derang datang...ralat sket..sebab duduk tak beralas...Tq Datin Suzi..Abah..Kak Cik dan COO...mintak maaf le bebanyak duk atas lantai je...kalau tau datang..memamng aku siapkan kat atas meja dalam umah dah..iye la..derang kan Bos kita..aku pun bekerja untuk derang , kerana Allah s.w.t...harap tak serik untuk datang lagi...lauk pun dah nak habis time derang datang tuh..ish..ish..ish....

SAHABAT YANG DATANG

ita.zetti.ida & sedara zeti..

nasril.along.aweq along.tak tau nama sorang lagi tu.tp tau lecturer kolej. tq sudi datang..
atas kerusi pulak ustaz yazid bersama anak & isteri

hasman saidi.bibah wife dia classmate aku dulu & anak-anak.

hadisah.dayah & bullet.


dari kanan: lan panjang ( rosmazlan ). denan.normad.nash ( sahabat sekoyan.tak lama lagi jadi jiran aku plak ).pakcik tuh jiran aku. yang nampak tangan tuh wife dia...nama tak ingat dah...tapi aku mesra je ngan dia...

Terima Kasih banyak2 la kepada sesiapa yang datang jamuan raya umah kami nih ye. gambo2 yang kat atas tuh yang sempat amik je..time sibuk sangat mmg tak dan nak amik la...kepada sahabat2 yang aku lupa nak jemput tuh...datang je al bila-bila..mana yang aku jemput dah berkali2 tapi tak reti nak datang..pas nih aku tak jemput dah la..hu hu hu...

RUMAH TERBUKA KAMI : MENU



Rendang Daging Kerbau



Antara bahan-bahan nak buat lodeh



Ayam Masak Merah Ufuk Timur


Kek Isteriku

Ini adalah sebahagian menu pada hari terbuka rumah kami. Semua masak sendiri, tukang masak utama aku sendiri, penolong tukang masak isteri aku, dan di bantu oleh 2 orang adik aku....mula masak pukul 8 pagi siap sepenuhnya jam 5 petang. Pukul 530 ptg kawan2 mula datang......

Saturday, October 11, 2008

MAJLIS HARI RAYA : M.S GARDEN

..sorry gambar memang tak de malam tu...tak bawa kamera..sibuk melayan anak aku yang sibuk nak ikut..nasib baik adik dia tak ikut..duduk dengan maksunya di rumah...Majlis bermula dalam pukul sembilan..dirasmikan oleh Abah...pada aku majlis yang sangat baik untuk merapatkan hubungan kekeluargaan antara staf...memang sangat bagus...persembahan yang melihatkan kerjasama yang sangat bagus antara jabatan...baru seronok bekerja...

suara tak puas hati..biasala..nama pun manusia..mana nak puas hati...allah dah cipta sempurna pun tak puas hati..ia ye..kalau tubuh tak berapa nak kecik tuh..sibuk la dia dok ngomel..dah diet..tp berat tak turun2...kalau yang kurus pun..ngomel dok gemuk2...mana muka rasa dok berapa comel tuh..macam2 dibuatnye....memang ada je tak puas hati.....tapi kene banyak bersyukur..syukurlah ada gak majlis yang disponser penuh...oleh shahputra..tapi guna duit kekas ke dak tak sure...kita ada bayar RM 5 gak tiap bulan..aku dah 7 tahun kat sini..kira la berapa...kira sedekah je la....mula kan dengan berkata...alhamdulillah..ada gak kolej buat jamuan raya...kan bagus gituh..ini dok...itu dok sedap lah..makan ciput lah..tempat sempitlah...bising lah...apa-apa aje lah....

malam tu nasib tak berapa nah baik..sebab tak dapat hadiah cabutan bertuah...tak berharap pun..datang nak meraikan sahabat aje...kul 11 aku pun berangkat meniggalkan majlis..paling best..abang wan nyanyi la...penuh perasaan..sebabtuh sedap..persembahan lain tuh...emm..no komen la..terima kasih la kat derang....

Friday, October 10, 2008

ANDAINYA BENAR



ANDAINYA BENAR MEREKA CEMBURU DEK KERNA KERUSI BURUK MU,
BIAR KERUSI TERSEBUT BIAR MEREKA DUDUK,
BUKA BERMAKNA KITA MENUNDUK
KITA PERLU LEBIH JAUH MERANDUK ARUS PERJUANGAN
UNTUK MERANDUK HARUS PERJUANGAN TIDAK PERLU UNTUK DUDUK..
BIAR MEREKA DUDUK MACAM PAK KADOK....

SUDAH LUMRAH ORANG BERDAKWAH...MANA ADA ORANG SUKA KITA BERCAKAP BENAR..MEMANG MEREKA SURUH KITA SOKMO DENGAR KATA..TAPI MEREKA LUPA ALLAH MAHA BERKUASA..JANGAN SAUDARA TERLALU KECEWA...RASULULLAH PUN PENAH DITOLAK DAKWAHNYA..DIA TAK KECEWA..RUPA-RUPANYA...ALLAH SW.T TELAH MENYEDIAKAN DIA TEMPAT YANG PENUH DENGAN PENGIKUT YANG SANGAT SETIA....NAK KECEWA BUAT APA..NAK MERINTIH BUAT APA..ORANG YANG BENAR TAKKAN MERASA KECEWA..KERANA ALLAH PASTI TUNAI JANJI-JANJINYA..BIAR MEREKA DENGAN LABU-LABUNYA..SUATU HARI PASTI AKAN MERASA HINA APABILA AJAL DAH NAK JEMPUT TIBA..MASA TUH BARU HEGEH-HEGEH CARI KITA...JANGAN KITA LUPA DIA JUGA MANUSIA..MAAFKAN SAHAJA LA...ENTAH-ENTAH KITA YANG BANYAK BERDOSA..ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA...MELALUI INI CARANYA...MANA LAH TAHU...TIME ADA JAWATAN DULU KITA RASA KITA BERKUASA...SENTIASA BERBICARA TENTANG APA-APA...RASA BANYAK PAHALA...LALU ALLAH NAK AMPUNKAN DOSA KITA SECARA SEGERA..UJIAN INI LAH MENIMPA...KALAU TAKPUN MEMANG ALLAH NAK ANGKAT MARTABAT SAUDARA...REDHA SAHAJA DENGAN KEHENDAKNYA....

Wednesday, October 8, 2008

RENUNGAN

Adakah kau lupa
Kita pernah berjaya
Adakah kau lupa
Kita pernah berkuasa

Memayungi dua pertiga dunia
Menrentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan
Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang

Sejarah telah mengajar kita
Budaya Islam di serata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Surah Al Fatihah

Surah Al-Fatihah
download sini

Monday, October 6, 2008

PUASA ENAM SYAWAL

Assalamualaikum w.b.t....

Dari Abi Ayoub, R.A, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun ( Riwayat Muslim ).

Soalan :
Ust..macam mana puasa tuh boleh jadi setahun pulak..bukan 36hari je la....

Ustad : dari satu hadis yang diriwayatkan oleh ibn majah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, Allah s.w.t gandakan setiap hari tersebut seolah-olah berpuasa 10 hari biasa, kemudian diikuti 6 hari di bulan ramadhan maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun ( Riwayat Ibn Majah ). jadi kalau kita kira sedniri 30 X 10 ganjaran = 300 kan, so tambah lagi 6 hari syawal X 10 = 60....campur dua-dua puasa tak ke jadi 360 hari..so setahunlah lebih kurang...

Soalan :
kene puasa berterusan ke ustaz...atau boleh selang seli je.....

Ustad : banyak pandangan ulama' tentang macam mana kita nak puasa...kalau ikut Imam As-Syafie : kene berterusan selepas hari raya...ini berdasarkan sebuah hadis...Sesiapa yang berpuasa 6 berterusan selepas Aidil Fitri, seolah-olah berpuasa setahun..hadis nih dikeluarkan oleh Tabrani..taraf dia daif..jadi sebahagian ulama' menolaknya..maknanya tak bulih pakai sangat la. Manakala pandagan ulama' lain sepeprti Imam Ahmad dan Waqi' pula : mereka mengatakan tiada beza sama ada berpuasa berterusan atau selang seli..yang penting berpuasa 6 hari di bulan syawal. terdapat satu lagi pandagan yang dikeluarkan oleh 'Ato pula: tidak digalakkan berpuasa di awal2 syawal sebab..hari untuk makan dan minum...wallah hualam...

itu adalah sebahagian pandagan ulama' sahaja...pada ustaz buat sahaja mana-mana cara yang agak selesa..jika tiada masalah buat berterusan..tapi jika ada kekangan lain..buat yang termampu...kerana s.w.t tidak menyusahkan hambanya...hadis yang berkaitan dengan puasa 6 tersebut bersifat mutlak....

soalan : boleh tak kalau kita gabungkan puasa sunat syawal dengan qada' sekali...

ustaz : dalam satu riwayat oleh Umm Salmah : Beliau berpesan kepada ahli keluarganya. Sesiapa yang perlu mengantikan puasanya bersegeralah berpuasa....

Berdasarkan hadis nih ulama' berpendapat hutang kepada Allah s.w.t perlu dilangsaikan dengan segera..jadi kalau kita tidak berpuasa di bulan ramadhaى..kenelah segera mengantinya...mungkin ada pandangan lain ..hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui..ust cakap nih berdasarkan ilmu yang ust ada je la ye....

wassalam....




Sunday, October 5, 2008

MY FAMILY

Barisan Depan Dari Kiri : Ina, E-Da, Ct & 'Adl Zahin
Barisan Belakang Dari Kiri: 'Adi Zahin, Aku, Abah Aku, Emak Aku & Isteriku.

Gambar ini diambil pada hari raya pertama di Sg Koyan. Tahun nih turn beraya kat Koyan..so hepi sangat2 la mak aku..sebab semua dapat berkumpul...dalam gambar tuh ada sorang lagi tak de...adik lelaki aku... SELAMAT HARI RAYA SEMUA....