Tuesday, October 28, 2008

DEBAT: ISU KETUA PEMUDA UMNO


Mukhriz tetap enggan

JITRA 28 Okt. – Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir tetap dengan pendiriannya tidak mahu menyertai debat terbuka untuk calon-calon yang mahu merebut jawatan tersebut walaupun dua pencabarnya sudah bersetuju meneruskan rancangan berkenaan bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Ahli Parlimen Jerlun itu yang mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa debat ala Amerika Syarikat tersebut kurang sesuai kerana bakal mendedahkan masalah parti untuk tatapan umum berkata, ia juga tidak membawa kepada pengukuhan dalam parti...berita lanjut click sini



Debat bukan mahu bercakaran - Khairy

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka bagi calon yang mahu merebut jawatan tersebut bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

Beliau yang berterima kasih kepada seorang lagi calon bagi jawatan itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo kerana menyahut cadangannya itu berjanji debat tersebut akan dijalankan dengan tanggungjawab dan tertib...berita lanjut..click di sini..


Sorang nak debat..sorang lagi tak berapa setuju...guana cerita nih..nak debat..debat la...jangan main jahat cukup..2..2..ada pengaruh besar tuh....banyak2 doa..wat solat hajat..tiap2 malam...kalau Allah s.w.t tolong sure menangnye...tak yak harap bac up pun tak pe...jangan menang sorak kampung tergadai sudah le...

No comments: