Sunday, November 30, 2008
STUDENT AKU YANG DAH KAWIN SETAKAT AKU TAHU
KETUANAN MELAYU
Kenyataan Soi Lek biadab
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pewaris menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang menolak konsep ketuanan Melayu sebagai kurang ajar dan biadab.
Timbalan Presidennya, Rahimuddin Md. Harun berkata, kenyataan itu boleh menimbulkan provokasi di kalangan bangsa Melayu dan bangsa lain di negara ini.
"Kenyataan berbaur perkauman itu tidak sepatutnya keluar dari mulut Sio Lek hanya semata-mata untuk menaikkan populariti beliau yang pernah mempunyai skandal seks dahulu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ketuanan Melayu tidak lagi relevan - Mei Fun
KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.
letak kepala babi kat pagar rumah orang..mmg la orang terbakar..ko kancau hak orang melayu memang la orang marah....nak cakai tak tentu pasai tentang agama islam memang la orang marah....mentang2 la ade orang meLAYU yang setuju supaya ketuanan melayu dihapuskan ..berani la cakap....semua ahli politik yang ada kepentingan individu je cakap...sama2 kita fikir macam mana nak hidup aman...kekal keamanan yang ada...cuma kene tukar pemimpin yang takde berotak je....
MOTIVASI DIRI
Kali ni, saya berkata tentang perkara yang menurunkan motivasi Anda. Kalau Anda
selalu buat 3 perkara ni dan dekat dengannya, ia akan menjadikan motivasi Anda
'down' lalu Anda akan jadi tak bermaya, tak bermotivasi dan takde inspirasi untuk
meneruskan apa saja yang Anda usahakan.
Pertama, jauhkan diri dari berkata tentang keburukan orang lain. Saya tahu bunyinya
remeh, tapi Anda tetap akan terbuat juga tanpa Anda sedari.
Ia bermula dari apa yang Anda tak puas hati, yang Anda sakit hati dan yang membuat
Anda tak senang. Bila Anda sudah terbiasa begini, gelombang negatif akan bersarang
di dalam minda Anda, hati Anda dan seterusnya jiwa Anda, menyebabkan motivasi yang
bergelombang positif tertolak keluar dibuatnya.
Kedua, elak dari mendengar berita yang buruk-buruk. Sejurus mendengarnya, Anda akan
berasa marah, sedih, kecewa dan segala macam emosi negatif akan turut sama dirasa.
Kesannya, motivasi Anda menurun.
Ketiga, kawal rasa marah, tertekan, tak puas hati dan yang negatif, walaupun
sedikit!. Sila teliti dengan jujur akan kata-kata keramat ini , selagi emosi negatif
ni ada dalam hati kita, selagi itulah kita susah nak jadi orang yang bermotivasi dan
susah nak jadi ceria selagi kita tak lepaskan keluar semua emosi negatif tu.
Dari pengalaman sendiri, Anda tentu bersetuju dengan pendapat saya, Tertekan, marah
dan emosi-emosi negatif ni kalau dilayan berterusan, memberi kesusahan pada diri
sendiri.. jadikan kisah benar saya sebagai pengajaran, jangan biar ia terjadi pada
Anda pula.
Wednesday, November 26, 2008
KENAPA BABI HARAM DIMAKAN ?
Sebab Pertama: haiwan ini jelas telah diharamkan di dalam al Quran pemakanan dagingnya..walaubagaimanapun diharamkan kepada manusia juga menzalimi haiwan. So jangan anggap bila haiwan tuh haram..kita boleh sekse dia sesuka hati kite je ye...terdapat 4 ayat mengharamkan makan daging babi :
1. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah dia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihan ( Al-Baqarah: 173 ).
2. Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah ( al-Maidah:3 ).
3. Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.( al-An'am:145 ).
4. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani ( al-nahl:115 )
Ayat2 di atas memang jelas mengharamkan makan daging babi…
Sebab Yang Kedua : Babi juga diharamkan makan dalam kitab Bible....bukan al-Quran sahaje Bible pun telah mewartakannya sebagai haiwan yang diharamkan makan dagingnya...Kalau kita buka kitab Bible, rujuk LEVITICUS, Chapter 11: Ayat 7 & 8 : dia tulis
’And the swine ( pig ), though divides the hoof, having cloven hooves yet does not chew the cud, is unclean to you. Their flesh you shall not eat, and their carcasses you shall not touch. They unclean to you’.
Sebab Yang Ketiga: Makan daging babi boleh menyebabkan tidak kurang daripada 70 jenis penyakit sains kalau tak percaya..pergi kat google.com, cari maklumat tentang bahaya daging khinzir nih..nanti kita akan tau...
Sebab Yang Keempat : Tahukah anda bahawa khinzir mempunya muscle yang sedikit walaupun badan dia besar...yang besar itu disebabkan badannye penuh dengan lemak2 yang boleh menyebabkan penyakit serangan jantung dan hypertension....
Sebab Yang Kelima: Haiwan paling pengotor di dunia. letak la tempat bersih macam mana pun dia akan cuma mewujudkan suasana kotor...
Tuesday, November 25, 2008
TUGASAN....
Assalamualaikum......
Aku pung kene tag gak..buat camni ke…iye le kot..nih jawapan ikhlas aku…
THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU
1. edy-bdk kg aku pangil..jiran2 aku kat koyan.
2. puyeen@landak – waktu kat Batu Talam SMA Al-Falah...
3. madi…nama biasa orang pangil sampai hari nih oleh kawan2….aku tambah 1 lagi..mak ayah + mak sedara n pak sedara pangil aku adi je…. He he…
THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE
1. 8.4.1976
2. 12.01.1979
3. 4.6.2004 – tarikh nikah….
THREE WAYS TO BE HAPPY
1. Layan anak aku…aku jadi raksaksa.. dia biasa la..ultramen…nak jadi hero sokmo dia…
2. Layan kebun kat keliling rumah……
3. layan internet kat rumah…akukan ada broadband..he he he…..
THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW
1. asal pasang aku layan je….tak kira lagu mende pun…
2. lagu2 arab waktu aku duk
3. lagu2 yang meletop waktu tahun 1995…hujung2 tahun dah..lagu mende tah..aris ariwatan nyayi…..
THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST
1. Pensyarah yang jadi supervisor aku waktu buat final year punya projek…Dr Zainal Abidin Al-Badhowi…orang
2. Ustaz lama aku kat Batu Talam….
3. Sahabat2 yang pernah kerja sekali kat KSP pekan..yang selalu g kuar makan nasi lemak..tongkat ali cni…mee goreng telor mata…
THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE
1. Duit arr….
2. Asal bende berharga..dan tak susahkan aku bila aku terima….
3. Komen membina dari orang yang aku boleh komen…kalau orang cakap tak serupa bikin nak komen aku..aku dengor je la..
THREE OF YOUR FAVORITE
1- Naik motor pusing2 taman time2 petang.
2- bawak keluarga aku jalan2 pusing2 kawasan perumahan..tengok rumah lawa2…tengok je la nak buat tak mampu…..
3- memasak kot…
HOBBIES
1. Memasak
2. Bekebun….orang kampong…
THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION
1. Ronda2. seluruh
2. Mekah dan Madinah….
3. nak gak g Europe..tapiii…….
THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER
1. Tom N Jery
2. Ben 10 – layan akan aku je nih…
3. Doremon-anak aku nye keje la nih....
THREE MALLS YOU USUALLY GO TO
1. Tak de minat sangat….biasa aku g pun layan bini aku je…
2. Giant aku suka gak...sebab ada tempat budak main..anak2 aku main..aku tengok gelagat....bini aku g shoping kalau anak aku duk main lagi....
3. Kuantan Parade....sebab tak ramai orang dah sekang nih....
THREE FAVORITE DRINKS
1. Tea O nipis giler. 2. Sirap 3. Air Hi-O
THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG
Tak bawak beg gak..bawak dompet je….dalam poket ada tepon bimbit…tu je…
THREE FAVORITE COLOURS
1. Putih
2. Kaler gelap2…
3. seme ok kot..asal sesuai ngan seluar dah….asal wife aku beli….
TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. Roti canai….
2. Mee goreng mamak,
3. Laksa
TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
1. semua menda yang baik orang buat kat aku…..
2. Bila anak aku kata 'me-a-cih ayah'...
TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
Tanya kawan2 yang rapat ngan aku….
TOP THREE FACES YOU LIKE
1. Mak Ayah aku..
2. Wife & anak2 aku…
3. Sahabat2 yang tak serabut kepala….walaupun muka serabut..sebab dia akan menenangkan kepala aku semula….
THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
1. Makan & Minum
2. Layan internet…
3. Rehat2 sambil layan anak aku yang tak reti aku tengah penat balik dari kerja….
TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
1. Pendaftaran pelajar baru.
2. laksana perintah bos2 aku…
3. Layan karenah anak2….
siappppp keje aku dah.......
MATI SYAHID
Umumnya mati terbahagi kepada 2, iaitu mati biasa dan mati syahid. Apa yang hendak dibincangkan adalah berkaitan dengan mati syahid.
mati syahid pula terbahagi kepada 3 iaitu 1. syahid dunia dan akhirat. 2. syahid dunia sahaja 3. syahid akhirat sahaja.
1. syahid dunia dan akhirat adalah syahid yang terjadi kepada pejuang-pejuang Islam yang berjuang kerana Allah s.w.t dan mati mereka jua adalah kerana Allah s.w.t. Syahid jenis ini berlaku dalam keadaan peperangan antara Islam dan Kafir.. kebiasaannya jenazah tidak dimandikan, sebaliknya akan dikafankan bersama pakaiaannya.
2. syahid dunia sahaja. keadaan ini terjadi kepada pejuang2 Islam yang mati dalam medan peperangan, kelihatan mereka memperjuangkan agama Allah s.w.t tapi rupa2nya kerana bangsa mereka atau ingin menjadi wira. Hal ini hanya diketahui oleh Allah s.wt dan rasul nya...Pernah terjadi dalam peperangan Islam, jika tidak silap peperangan Badar, sampai dia satu jenazah, Rasulullah s.w.t menguis2 dengan kakinya mayat tersebut, lalu sahabat tanya mengapa baginda melakukan demikian, lalu Rasulullah s.a.w menjawab, dia bukan mati syahid tetapi kerana ingin menunjukkan kelakiannya.....
3. syahid dunia. Syahid dunia bermaksud mereka akan mendapat balasan diakhirat sepertimana orang mati syahid disebabkan peperangan. bezanya di dunia ini mereka akan dimandikan, dikafankan , disembahyangkan kemudian di kebumikan. syahdi jenis ini telah disebut di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh abu Hurairah r.a : Rasulullah s.a.w bersabda, terdapat 5 golongan yang mati syahid : 1. mati kerana penyakit taun, 2. mati kerana sakit di dalam perut, 3. mati kerana lemas, 4. mati kerana runtuhan atau kemalangan, 5. mati kerana berjuang dijalan Allah s.w.t...mati kerana sakit dalam perut termasuk juga mati ketiga bersalin...terdapat hadis lain menceritakan bahawa mati terbakar juga merupakan mati syahid.
walau bagaimana pun, hak mutlak bagi mengenalpasti siapa yang syahid atau tidak adalah hak Allah s.w.t. Manusia hanya menilai berdasrkan apa yang dilihat sahaja. sebaik-baiknya hendaklah sentiasa menilai positif kepada sesiapa pun......
PERANG MENURUT ISLAM
Terjemahan ini memberikan kefahaman yang jelas bahawa Islam adalah ditegakkan dengan mata pedang dan dikembangkan dengan peperangan. Apabila di sebut ’perang’ tentulah merupakan tindakan membunuh dan menyerang, menawan musuh dan mengambil tindakan keras kepada sesiapa sahaja yang menentangnya.
Orang Islam sendiri, kerana kekurangan pengetahuan dan tanpa menyedari konsep sebenarnya jihad, sering juga memberikan pentafsiran kepada jihad itu sebagai perang sabil, iaitu perang kerana jalan Allah, fi sabilillah, dalam pengertian bahawa jihad itu adalah tindakan mengangkat senjata menentang musuh yang melibatkan pertumpahan darah. ss
Sebenarnya di dalam kitab suci al-Quran tidak disebut sesuatu yang boleh diterjemahkan sebagai holy war iaitu satu tindakan Islam untuk menyerang musuh atau menceroboh orang lain. Jihad tidak boleh diterjemahkan sebagai peperangan dalam konsep hanya mengangkat senjata dan menggunakan kekerasan untuk memerangi orang lain seperti yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ketika menyerang negara Afghanistan, atau pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.
Jihad menurut Islam ialah perjuangan dan tindakan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh orang Islam sejajar dengan ajaran Allah s.w.t. bagi menentang hawa nafsu di dalam dan di luar dirinya, mempertahankan diri, harta benda, maruah, keluarga dan negaranya daripada serangan dan pencabulan musuh.
Seorang Islam mestilah berjuang untuk mempertahankan kehormatannya dengan beberapa cara yang tertentu, iaitu sama ada dengan harta benda, ilmu dan kebijaksanaannya, kuasa dan jiwanya sendiri. Maka dalam konteks ini jihad tidak memberi sebarang pengertian yang membolehkan seorang Islam menyerang dan menceroboh orang lain yang tidak menyerang atau menceroboh haknya.
Di dalam al-Quran terdapat istilah yang menunjukkan makna peperangan, iaitu al-qatl atau al-qital. Beberapa ayat al-Quran di bawah menjelaskan tentang tindakan peperangan ini:
Dan perangilah pada jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang melampaui batas. (Al-Baqarah, ayat 190)
Dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi, dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah belaka. Jika mereka berhenti (dari memusuhi kamu) maka tidak ada permusuhan (lagi), kecuali terhadap orang-orang zalim. (Al-Baqarah, ayat 193)
Ayat-ayat ini menjelaskan tentang waktu dan bentuk peperangan yang boleh dilakukan oleh orang Islam iaitu sebagai tindak balas kepada musuh-musuh yang menyerang dan memerangi mereka, maka dalam keadaan ini orang Islam haruslah bertindak mempertahankan diri mereka dengan melakukan tindak balas yang sewajarnya.
Namun begitu Allah s.w.t. mengingatkan supaya dalam bertindak mempertahankan diri itu orang Islam tidak seharusnya melampaui batasan yang sewajarnya. Dalam hal ini, Islam mengutamakan tindakan yang adil dan mengutamakan sifat mulia dan beretika dalam melindungi hak manusia dan kehormatan moral mereka. Dengan itu Islam juga menyeru pihak musuh supaya menjaga hal yang sama ketika berlaku persengketaan, sebab itulah ditegaskan bahawa hak agama Allah itu sendiri mestilah dihormati dan dijaga dengan sebaik-baiknya.
Dari sudut yang lain, Islam juga meletakkan garis panduan yang baik tentang kewajipan mempertahankan diri dan membalas tindakan dan pencerobohan musuh. Strategi Islam ialah menjaga keselamatan dan keamanan, di samping mencari perdamaian dengan musuh. Allah s.w.t. menjelaskan tentang sempadan-sempadan yang seharusnya dipelihara oleh orang Islam ketika menghadapi pencerobohan musuh, iaitu di dalam firman-Nya: Barang siapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, yang seimbang serangannya terhadap kamu. Bertakwalah kepada Allah, dan ketahuilah bahawa Allah berserta dengan orang-orang yang bertakwa. (Al-Baqarah, ayat 194)
Namun begitu dalam keadaan yang tertentu, iaitu ketika musuh telah bertindak ganas, seperti yang berlaku kepada Rasulullah s.a.w. ketika Baginda menghadapi pencerobohan yang menyeluruh daripada kaum musyrikin yang ingin membinasakan orang Islam dan agama Allah dengan serangan yang berlarutan dan tidak lagi berperikemanusiaan, maka Allah s.w.t. membenarkan orang Islam bertindak balas dengan menyeluruh juga seperti yang diterangkan oleh ayat yang berikut:
Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpa mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka mengusir kamu (Mekah).
Ayat ini menjelaskan bahawa orang musyrikin Mekah telah bertindak di luar batasan perikemanusiaan dengan mengusir orang Islam dari tanah tumpah darah mereka dan bertindak sewenang-wenangnya membunuh orang Islam. Dalam keadaan ini orang Islam harus membunuh mereka dan mengusir mereka dalam proses menegakkan keadilan dan mempertahankan diri dan negara mereka.
Bagaimanapun dalam al-Quran terdapat beberapa ajaran yang berikut yang harus dipatuhi, iaitu:
(1) Sekiranya pihak musuh ingin berdamai, maka orang Islam hendaklah bersedia untuk berdamai.
(2) Peperangan dibenarkan kepada orang Islam kerana mereka telah dizalimi.
(3) Dalam peperangan, orang Islam haruslah memelihara etika dan adab peperangan, iaitu tidak mencabuli tempat-tempat suci agama, orang yang beribadat dan sebagainya.
(4) Tawanan perang haruslah dilayan dengan baik:
Dan jika seorang di antara orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia, supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui. (At-Taubah, ayat 6)
Secara ringkasnya, orang Islam dan bukan Islam haruslah memahami konsep jihad dan peperangan ini mengikut perspektif Islam yang sebenarnya, supaya kedua-dua golongan tidak menyalahertikan konsep jihad dan perang mengikut kefahaman masing-masing yang tidak bersandarkan ilmu pengetahuan dan konteks sejarah serta tamadun agama ini.
Kalau dilihat dari perspektif Islam yang sebenarnya, maka kuasa-kuasa besar dan negara-negara maju, merupakan para penceroboh yang besar dalam peperangan dan serangan yang berlaku pada hari ini, kerana serangan dan peperangan yang dilakukan amatlah mencabuli hak asasi dan kehormatan manusia sejagat. Bukanlah jihad yang disalahertikan itu.
Jika ditanya adakah fenomena meletupkan diri, bagi tujuan menghapuskan musuh Allah s.w.t merupakan jihat ?. bagi menjawab persoalan ini, perlu dirujuk kepada beberapa keadaan , jika ianya berlaku di tengah-tengah askar Israil atau Amerika yang menyerang Islam mungkin ia adalah Syahid…jika sebaliknya hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahuinya. Bukankan disebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam peristiwa Badar, terdapat lelaki yang mati kerana inginkan dilihat sebagai wira….hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.
Sunday, November 23, 2008
GAMBAR SIAPA NI ?
Menghormati agama bangsa lain, adalah suatu tuntutan dalam Islam sepertimana Firman Allah s.w.t dalam Surah Kafirun : Bagi kamu agama kamu, dan bagi ku agama ku. Namun begitu umat Islam dilarang sama sekali, meniru, mengayakan atau menghidupkan atau membudayakan agama tersebut. Tidak menjadi kesalahan jika dikalung bunga tersebut, tetapi menjadi dosa yang besar jika kita menyalakan api tersebut untuk tuhan menurut kepercayaan mereka. Bukan dituju khas kepada orang dalam gambar tu sahaja..untuk semua umat islam tak kira agama pangkat jawatan dalam mana-mana parti politik pun. Asal dia Islam yang pure..bukan sekadar nama je….haruslah beringat..penasihat2 agam kene berani bercakap benar..jangan main ngampu je..kalau boleh kata boleh kalau tak..kata tak..jangan takut elaun kene potong..takut sikit kat azab Allah s.w.t…nampak
KRISIS KEPIMPINAN WANITA UMNO
Krisis kepimpinan di Malaysia sudah merebak dalam Wanita Umno la pulak. Kalau dulu selepas PRU12, kita dapati banyak pihak yang mendesak PM meletak jawatan, sehingga wujudnya pelan peralihan pada Mac 2009, kini Wanita Umno la pulak. Tidak pasti mana satu pemimpin yang benar-benar nak memeperjuangkan nasib wanita Islam melayu di Malaysia nih. Pelan peralihan yang sepatutnya berlaku pada bulan Julai 2009 mungkin tidak akan berlaku. Ini disebabkan Syarizat ingin bertanding untuk merebut jawatan no 1 dalam wanita Umno pada Mac 2009 dengan kaedah 1 lawan 1. dalam maksud kata yang lain Syarizat telah mencabar Rafidah untuk bertanding. Hal ini membangkitkan rasa tidak puas hati rafidah. Berita Utama TV3 telah menyiarkan tentang ketidakpuasan hati rafidah, beliau mengatakan kalau menang dia akan mempertahankan satu penggal lagi sebagai Ketua Wanita Umno, batal peralihan kuasa Julai 2009. Kalau ditolak campur beza 4 bulan sahaja, jadi kalau ikhlas ingin membawa perubahan dalam Wanita Umno, bagi sahaja kepada oarang lain jadi pemimpin. Lebih bagus berundur dalam keadaan berada di puncak macam Tun Dek buat, macam Pak Lah nak buat. Sekarang nih orang nampak Sharizat nak bawa perubahan, antara perkara positif yang blogger tahu adalah menjalinkan hubungan dengan muslimat pas untuk memperjuangkan hak wanita Islam, Rafidah nih tak tau nak kata macam biasa je sehingga hari ni...tapi tak tau la kot-kot Syarizat pun gila kuasa jugak....sebab tak sabar tunggu bulan Julai yang memang kompem dia akan menjadi Ketua Wanita Umno...tu pun kalau Rafidah kotakan janjinya..... Mengikut bilangan pencalonan memang la tercicir Syarizat berbanding dengan Rafidah, tapi tak tau la...kot2 ada yang main politik wangkan..nauzubillah......so Wanita Umno sebelum bulan Mac 2009, rajin-rajin la buat solat hajat dan solat istikharah nak pilih siapa yang akan memperjuangkan nasib wanita islam di Malaysia nih... Umat akhir zaman nih berebut nak jadi ketua yek...sebab
Tuesday, November 18, 2008
LERAIKAN TIGA IKATAN
Hadis
DUNIA DAH TERBALIK
Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.
Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.
Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan.
Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal.
Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina.
Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku.
Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanita yang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).
Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’.
Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing.
Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..
Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’.
Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa.
Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya.
Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.
Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan.
Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu saya ulangi:
“Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail).
Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..
Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.
Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.
Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya.
Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis.
Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw:
“Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya.
Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d.
Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina.
Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.
Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas.
Kata Dr Yusuf al-Qaradawi:
“Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net).
Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.
Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga..
DR ASRI ZAINAL ABIDIN
MUFTI PERLIS.
SAIDATINA AISYAH R.A DIFITNAH
Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina
Sunday, November 16, 2008
ORANG ISLAM TERAKHIR KELUAR DARI NERAKA
Thursday, November 13, 2008
PENYANYI NASH
Sumpah nafi lerai kemelut
HULU KLANG: “Alhamdulillah, semuanya selesai dan saya rasa elok sama-sama ‘bertaubat’ untuk ke jalan yang lebih baik,” kata penyanyi kumpulan Lefthanded, Nash atau Jamaluddin Elias, 48, di luar Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini, semalam...BERITA PENUH....KALAU DAH ISTERI LA KE...SUAMI YANG MENINGGALKAN RUMAH KE..CERAI JE LA ISTERI TUH KALAU DAH TAK SEHALUAN...INI DOK..SIMPAN JE..SEKSE PEREMPUAN TUH..BILA PEREMPUAN TUH KAWIN JUGAK .BARU TERHEGEH2 NAK TUNTUT KAT MAHKAMAH.SURUH PISAHKAN...APE NIH...KAN KUASA DI TANGAN ANDA...AKU RASA LA...KORANG RASA APE AKU TAK TAU LA....
Tuesday, November 11, 2008
Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis yang dipengerusikan oleh Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin yang bermesyuarat pada September 2008 telah memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibubapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut;
“Anak yang lahir kurang daripada 6 bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”
Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn DYMM Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008...BERITA PENUH....
AKU SETUJU SANGAT PANDANGAN DAN CADANGAN NIH..KALAU BOLEH..SEGERAKAN PANDANGAN INI....DULU ADA KAWAN2 AKU BERTANYA..AKU CAKAP SEPATUTNYA BOLEH..CUMA UNDANG2 KAT MALAYSIA JE TAK BOLEH....SEKANG NIH DAH ADA ORANG YANG AUTORITI BERCAKAP..MAKA AKU SANGAT SETUJU SEMOGA DISEGERAKAN..DAN DIPERSETUJUI OLEH SEMUA MAJLIS AGAMA...DEMI MEMELIHARA MARUAH ANAK YANG TIDAK BERDOSA.....
Monday, November 10, 2008
SARANAN SHAHRIZAT DITOLAK RAFIDAH
Saranan saya ditolak – Shahrizat
KUALA LUMPUR 10 Nov. – Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu isu peralihan kepimpinan dalam pergerakan itu dirunding bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Berikut adalah kenyataan beliau yang dikeluarkan di sini sebagai respons kepada keputusan mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO hari ini:
“Mesyuarat Exco Pergerakan Wanita UMNO mahu satu perundingan melibatkan Datuk Kamilia Ibrahim (yang layak bertanding Naib Ketua Wanita) diadakan...BERITA PENUH...
RAFIDAH TOLAK SARANAN SHARIZAT
Sunday, November 9, 2008
OBAMA:ANTARA KITA DENGAN AMARIKA OLEH DR MOHD ASRI
Dunia hari ini nampaknya memberikan harapan yang besar kepada Barack Obama, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baru sahaja memenangi pilihan raya Presiden dengan cemerlangnya. Sokongan dan harapan diluahkan seakan beliaulah penyelamat dunia dari penyalahgunaan kekuatan oleh beberapa presiden AS sebelumnya.
Ketika pilihan raya itu berlangsung, saya berada di Jakarta atas lawatan kerja bersama Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Nampaknya, orang Indonesia pun ramai yang sokong Obama. Ada poster dan kain rentang yang menyatakan sokongan kepadanya. Tidak pasti, sama ada kerana dia pernah tinggal di Indonesia, atau kerana dia dilihat lebih baik dari ‘para penghisap darah manusia’ yang berada di tampuk itu sebelumnya.
Bersama DYTM Raja Muda Perlis di hadapan Pejabat Majlis Ulama Indonesia, Jakarta pada 5hb November 2008.
Beberapa pihak lain juga dengan pantas menyatakan sokongan kepada Obama. Saya masih belum dapat membuat keputusan yang pasti. Politik itu boleh merubah banyak perkara terutama watak dan sikap manusia. Namun, saya mengharapkan sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan mudarat Amerika kepada dunia yang banyak berlaku sebelum ini, terutama dalam isu Iraq dan Palestin...BERITA PENUH...
MAMAT KHALID
Malam bersejarah Mamat Khalid
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin dan Zul Husni Abdul Hamid
Mamat Khalid |
KEMENANGAN berganda Mamat Khalid dan Rosyam Nor menerusi filem Kala Malam Bulan Mengambang (KMBM) pada Anugerah Skrin (ASK 2008) yang berlangsung Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sememangnya sudah dijangka.....BERITA PENUH...
BILA AKU COPY PASTE CERITA NIH..MAKNANYE TAK SEMPAT NAK MENULIS..TAPI HARI2 NAK UP DATE BLOG.....LAGI PUN KEBANYAK YANG AKU PASTE RATING DIA TINGGI DI AKHBAR....
BANGANG PUNYA BAPAK DAAA..
Bapa bakar tangan anak
Oleh Mohd Nur Asnawi Daudasnawi@hmetro.com.my
Menurut sumber, tindakan kanak-kanak itu tidak mengaku mencuri wang bapanya menyebabkan lelaki itu berang lalu mengikat tangan anaknya sebelum memukul dan mencampakkannya ke lantai.
Selepas masih gagal mendapat pengakuan daripada anaknya, lelaki terbabit bertambah berang lalu mengambil suratkhabar dan membakarnya serta mengugut mencucuh tangan kanak-kanak itu jika masih tidak mahu mengaku.
Bagaimanapun, kanak-kanak itu yang tidak tahu menahu mengenai kehilangan wang berkenaan masih enggan mengaku menyebabkan bapa terbabit bertindak kejam membakar tangannya...BERITA PENUH..
BIASANYA ROTAN JE LA....NIH SAMPAI BAKAR...APE PUNYA BAPAK DAA...MENSTI KENE RASUK SYAITAN TUH....