Monday, November 3, 2008

'Saya dinasihat bercerai cara baik' - Abby

'Saya dinasihat bercerai cara baik' - Abby

KUALA LUMPUR 3 Nov. - Pelakon popular, Abby Abadi gagal memfailkan perceraian dengan suaminya, Mohamed Norhakim Zaidon atau Norman Hakim, 32, yang ditangkap khalwat dengan seorang pelakon baru Khamis lalu, selepas tidak dapat menyediakan dokumen lengkap dalam permohonannya.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaeyah Abdul Manan, 29, yang datang seorang diri ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini hari ini berkata, dia berhasrat mengemukakan tuntutan fasakh tetapi dimaklumkan tuntutan itu akan mengambil masa.

Berikutan itu, katanya, dia telah dinasihatkan oleh pihak mahkamah agar bercerai secara baik (dengan lafaz cerai di mahkamah) supaya tidak mengaibkan mana-mana pihak.

''Namun hari ini saya gagal hendak failkan perceraian kerana banyak maklumat tidak tahu seperti alamat (Norman) kerana nanti kalau main tulis, surat mahkamah tak sampai,'' katanya....BERITA PENUH...

EMMM..KITA NIH BOLEH KOMEN BERDASARKAN KENYATAAN AKHBAR JE LA....KESIAN ABBY YE..BARU 45 HARI TUH..JANGAN KENE MEROYAN DAH...KAWAN2 SAHABAT HANDAI..SAUDARA MARA KENE BAGI SOKONGAN....ALLAH S.W.T..NAK HAPUSKAN DOSA2 LAMA TUH....BANYAK2 SABAR YE...PIKIR BANYAK LAGI MENDE BAHAGIA DISEKELILING KITA...CONTOHNYE...EMM..MASIH ADA ANAK-ANAK..ADA SAUDARA MARA YANG AMIK BERAT..SAHABAT HANDAI.....MASIH ADA KERJA LAGI...SESUATU YANG BERLAKU KENE PANDANG SUDUT POSITIF..MUNGKIN ALLAH S.W.T NAK KITA BERUBAH..IYE LA.BIASANYE TIME SUSAH BARU KITA INGAT ALLAH...SABAR DAN TERUS BERSABAR.........

No comments: