Saturday, November 1, 2008

ZULKIFLI NORDIN MEMBELA NASIB ISLAM

'Kenyaatan saya tidak bercanggah dengan dasar PKR'

KUALA LUMPUR 1 Nov. - Ahli Parlimen Kulim/Bandar Bahru, Zulkifli Noordin (gambar) berkata, kenyataan yang dibuatnya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berhubung hak orang Islam di dalam Perlembagaan tidak bercanggah dengan dasar yang ditetapkan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pilihan raya umum lalu.

Sambil menyatakan kesediaan untuk bertemu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memberikan penjelasan, Zulkifli berkata, apa yang beliau bangkitkan dalam wawancara berkenaan selaras dengan dasar parti tersebut yang mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

''Setakat ini saya tidak nampak ada sebarang kekeliruan. Dalam wawancara berkenaan saya hanya menyatakan hak orang Islam menurut Perlembagaan.

''Langkah ini samalah juga seperti mana PKR kelihatan berjuang habis-habisan berhubung hak kaum Cina, India dan kaum lain di dalam Perlembagaan,'' katanya ketika dihubungi di Kulim, hari ini.


...SYUKUR..MASIH ADA LAGI YANG LANTANG BERSUARA MEMPERTAHANKAN HAK ORANG ISLAM.MELAYU LA MEJORITINYE...PEMBANGKANG MACAM NIH YANG AKAN MEMAJUKAN NEGARA...KITA KALAU DAH PERJUANGKAN ISLAM..PERJUANG KAN AGAMA ALLAH S.W.T...HAK ALLAH S.W.T..JANGAN BIMBANG LA SAUDARA ZULKIFLI NORDIN..PASTI ALLAH S.W.T BERSAMA ANDA..TAKKAN ADA YANG AKAN MENANG NYE JIKA ALLAH DAH TOLONG SAUDARA...SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMELIHARA SAUDARA..JIKA BENAR PERJUANGAN SAUDARA...AMINNNN YA RABBAL ALAMIN....

No comments: