Tuesday, December 16, 2008

HUKUM BERSEDEKAH & MENOLAK SEDEKAH

Sedekah adalah suatu amalan yang mulia dalam Islam. Tajuk sedekah nih aku penah mengutarakannya dalam koleksi blog2 aku yang terdahulu. tapi hari nih aku nak cerita sedikit pasai hukum menolak sedekah atau hukum ambil sedekah dari sumber yang baik lah.

dalam Islam hanya rasulullah s.a.w dan ahli keluarganya sahaja diharamkan untuk menerima sedekah, tapi boleh terima hadiah. hadiah & sedekah berbeza ye. ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abu hurairah r.a : Suatu hari rasulullah s.a.w mendapati terdapai sebiji kurman di rumahnya, lalu baginda ingin memakannya, namun baginda tidak berbuat demikian kerana dikhuatiri kurma tersebut adalah sedekah ( Riwayat Muslim ).

manakala dalam sebuah hadis lain daripada Aisyah r.a juga: Rasulullah s.a.w menerima hadiah berupa daging ( Riwayat Muslim ).

Manakala bagi orang awam pula, menuruh imam An-Nawawi : digalakkan menerimannya.

Apabila kita menolak sedekah ia tidak bermakna kita mengikut sunnah baginda s.a.w, ini disebabkan baginda telah diharamkan menerima sedekah oleh Allah s.w.t bagi memelihara kemuliaannya.

persoalan seterusnya adalah hukum menolak sedekah ?. Menurut Ibn Qudamah : tidak menjadi kesalahan jika menolak sedekah jika tidak memerlukan dan tiada paksaan untuk menerimannya .

Walau bagaimanapun disarankan untuk menerimannya, ini bertujuan untuk memberi pahala kebaikkan kepada si pensedekah. dalam suatu hadis Rasulullah s.a.w penah bersabda yang bermaksud : jika kita berniat untuk merbuat kebaikan Allah s.w.t akan memberi ganjaran 1 pahala, apabila kita melakukannya kita akan mendapat 10 kali ganda pahala.. Maka adalah lebih baik kita menerimanya terlebih dahulu sebelum kita menyedekahkannya semula ke masjid atau sesiapa yang lebih memerlukan.

Jika di felda atau dimana2 sahaja.. apabila ada kematian, selepas solat jenazah, kebiasaannya waris si mati akan menunggu dibelakang untuk memberi sedekah untuk si mati, kebiasaannya orang ramai menolaknya..kita seolah2 tidak mahu memberi kebajikan kepada si mati...antara amalan yang diterima oleh si mati adalah sedekah jariah... maka adalah lebih baik kita menerimannya kemudian menyedekahnya semula ke masjid ini kerana menerima h adalah dituntut, menolak sedekah pulan bukan sunnah rasulullah s.a.w...

kadang2 kita tak terima disebabkan takut menyusahkan lagi keluarga si mati...kalau tak bagi..tak menjadi masalah..ini yang memberi..biasanya berkemampuan..dan duit tersebut mmg disimpan untuk sedekah ketika dia mati (nih kisah benar dari ex ci di kolej shahputra..emak dia simpan duit untuk kegunaan ketika mati.. ) . Maka terima terlebih dahulu duit tersebut kemudian letak semula dalam tabung masjid, atau masukkan semula dalam poket tukang bagi duit tuh....fikir2kan lah.....

al-fatihah untuk arwah cik din..pilot kolej kegemaran ku...


2 comments:

jipangmenjerit said...

salam ustz..
saye bdk Shahputra nie..hehe..

ade satu soalan saya nak tnye nie..
maklum laa org skrg ni bnyk buat kenduri kahwin..lagi2 mawi & ekin..
jadi soalannya, kenapa wali harus keluar dari tempat nikah?

apa yang saya maksudkan adalah, selepas wali (bapa perempuan) yang seharusnya mewalikan pernikahan menyerahkan tugasnya kepada tok kadi, wali tu harus keluar atau dalam erti kata lain tidak boleh mendengar atau melihat sendiri proses akad.

harap ustz dapat terangkan..
panjang pn tak kesah..
saye bace punye..hehe..

KOYAN said...

aik...tak penah lak aku dengor citer camtuh jipang.boleh je la...kat mana terjadi tuh.....

tak de hukum yang menyuruh wali keluar dari tempat nikah setelah menyerahkan kepada wali...

tak tau la kot2 aku dok jumpe selama aku belajo....

boleh je dia nak duk situ sekali...kat kampung ku..tak de lak wali kelaur....