Sunday, February 15, 2009

KISAH PELACUR YANG DIAMPUNKAN ALLAH


Hadis Abu Hurairah r.a:

Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya seorang wanita pelacur melihat seekor anjing sedang mengelilingi sebuah telaga pada hari yang sangat panas. Anjing itu berusaha menjelirkan lidahnya kerana kehausan. Beliau kemudian menggunakan kasutnya yang dibuat dari kulit iaitu khuf untuk mengambil air telaga tersebut sehingga anjing tadi dapat minum. Oleh kerana perbuatannya itu, dosa wanita tersebut diampunkan. ( Hadis Riwayat Imam Muslim ).

1 comment:

hisyamrahman said...

sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Pemurah...Allah Hu Akhbar