Thursday, April 9, 2009

PANDANGAN TOKOH POLITIK TENTANG KABINET BARU NAJIB

Dr. M :

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti 'pembersihan dalam parti' sedang berlaku.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini di Tingkat 86, Menara Petronas.

Harakah :

Banyak kesangsian dalam Kabinet Najib
Mat Zain Mat Isa
Thu | Apr 09, 09 | 6:51:21 pm MYT

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.

DS Khir Toyo:

Barisan kepimpinan baru yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mencapai hasrat itu kerana ia bersesuaian bagi memastikan agenda pembangunan negara dan rakyat dapat ditingkatkan.

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam:

Kerajaan negeri agak kecewa dengan barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya, Melaka mengharapkan Perdana Menteri dapat melantik salah seorang dari dua timbalan menteri dari negeri itu iaitu Datuk Wira Abu Seman (Kementerian Pertahanan) dan Datuk Idris Harun (Kementerian Pengajian Tinggi) sebagai menteri penuh dalam senarai barisan Kabinet baru.

Suarakeadilan:

“Najib menolak Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno di dalam kabinet beliau semata-mata kerana Khairy bukan kroninya,”

blogger: Kata2 orang kadang2 kene amik kira juga..tapi tak semestinya ikut..iye la yang bercakap tuh pun manusia biasa jugak kan...apa yang penting laksana amanah yang diberi...kalah sekali tak bermakna kalah selama2nya..menang sekali tak bermakna takkan kalah untuk selamanya...

No comments: