Monday, August 31, 2009

JANGAN ABAIKAN BERSAHUR

Bersahur bermaksud makan dan minum setelah berlalunya malam sebelum masuk waktu subuh. Ia merupakan salah satu daripada amalan yang dituntut agar dilakukan oleh umat Islam ketika berpuasa khususnya di bulan ramadhan. Kebiasaannya, kebanyakan kita akan bersemangat untuk melakukan amalan ini di awal-awal ramadhan sahaja, namun apabila berada dipertengahan bulan, amalan ini makin tidak gemar untuk dilaksanakan oleh umat Islam. Hal disebabkan kita sudah terbiasa dengan keadaan lapar di siang hari dan mungkin selesa manjamah makanan sebelum kita tidur.

Islam telah meletakkan amalan bersahur ini sebagai penanda aras kepada kewujudan amalan baik umat Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Imam Ahmad dalam kitabnya, rasulullah s.a.w telah bersabda: umat aku masih lagi dalam keadaan kebaikan selagi mana mereka menyegerakan berbuka dan melewatkan bersahur. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa amalan bersahur ini adalah cermin kepada diri sendiri terhadap amalan kebaikan yang kita lakukan seharian sepanjang ramadhan.

Melalui bersahur juga kita berpeluang untuk memperolehi keberkatan dalam kehidupan, ini dijelaskan dalam sebuah hadis yang diriwayat oleh Anas r.a, Rasulullah s.a.w bersabda hendaklah kamu bersahur kerana terdapat di dalamnya keberkatan (riwayat muslim). Justeru pada bulan ramadhan ini seharusnya kita tidak mengabaikan amalan ini agar memperolehi keberkatan dalam setiap amalan harian kita. Sekali pun tiada selera untuk kita menjamah makanan sekurang-kurangnya kita boleh bangun untuk bersahur dengan segelas air pun memadai. Hai ini turut disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda, bersahurlah walaupun dengan segelas air. Hadis ini merupakan suatu galakan kepada umat Islam agar tidak sekali-kali melepaskan peluang bersahur ketika kita hendak berpuasa, lebih-lebih lagi di bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Amalan ini juga turut membezakan cara umat Islam berpuasa dengan ahli kitab berpuasa. Bagi ahli kitab ibadah puasa mereka tidak dituntut agar bersahur, hal ini telah diterangkan oleh dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Amru Bin Ash r.a, sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda yang membezakan cara kita berpuasa dan ahli kitab adalah bersahur (riwayat muslim).

Berdasarkan daripada hadis-hadis yang telah disebutkan, kita dapati walaupun bersahur ini bukanlah suatu yang diwajibkan kepada umat Islam, namun ia sangat dituntut agar dilaksanakan oleh kita. Ini kerana jika kita mengkaji tentang amalan bersahur dari sudut kesihatan, kita akan dapati terdapat banyak kebaikannya kepada umat manusia. Secara fizikalnya jika kita bersahur kita akan dapati diri kita lebih bertenaga di siang hari untuk melakukan pekerjaan harian kita dan kita telah memendekkan masa untuk lapar dan dahaga di siang hari lebih-lebih lagi jika kita melewatkan bersahur.

Malah menurut Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi untuk menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.
Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil. Manakala kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru tidak hairanlah mengapa kita sangat digalakkan supaya bersahur sebelum menjalani ibadah puasa di siang hari.

Selain itu, bersahur juga mempunyai faedah dalam bentuk kerohanian kepada umat Islam. Apabila kita bersahur, secara tidak langsung sebenarnya kita boleh mendekatkan diri dengan allah s.w.t melalui ibadah-ibadah lain seperti membaca al-Quran, memohon keampunan kepada allah s.w.t, qiamullail dan bermunajat kepada Allah s.w.t serta tidak terlepas untuk memperolehi keberkatan lailatul qadr kerana telah berjaga untuk tujuan yang baik pada malam tersebut. Malah jika kita melewatkan bersahur, kita turut dapat menunaikan solat subuh secara berjemaah bersama keluarga di rumah atau di masjid. Bukankan amalan-amalan ini akan memberi keberkatan dalam kehidupan kita. Justeru, janganlah sesekali kita mengabaikan amalan bersahur yang telah dijanjikan keberkatan di dalamnya.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE 52

Tuesday, August 25, 2009

TIME KUNYAH NASI AZAN BERKUMANDANG

pagi tadi aku dapat msg dari seseorang.kalau tak student shabat2 la..sebab derang je pun yang ada simpan..soalan berkaitan dengan kisah camni..dia bangun agak lambat...so dia pun kelam kabut la buat air dan makan nasi sejuk (aku rasa student nih sbb nasi sejuk)..di saat akhir tengah kunyah tetiba azan...dia pun teguk air yang ada kat tepi tangan..takut mengkelan (tercekik)...kawan dia kata batal dah pose dia pasai dah azan..

kalau nak jawab soalan itu ada baiknya kita merujuk kepada time bila sahur berakhir...al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187... maksud benang putih ngan benang hitam tuh..ialah masa betul2 dah msuk waktu subuh..

berkaitan masalah di atas tuh..pastikan dulu, azan tuh dah habis masuk waktu atau belum..nak tau dengan tepat masuk waktu atau tidak..beli surat kabo..tengok time subuh bagi kawasan kuantan..kalau duduk di kuantanlah...itu adalah time terakhir bersahur..imsak tuh time berjaga2 sahaje....boleh makan lagi sehingga time azan.

jika sedang melakukan kunyahan terakhir, tetiba azan..azan tersebut mmg menandakan masuk waktu..ape yang perlu dilakukan adalah...selesaikan kunyahan tersebut dengan sesegera mungkin..minumlah air untuk mendapatkan kelegaan tekak..iye la takut cekik ke ape ke...selesai minum..berenti makan dan minum dengan segera...ini merujuk kepada hadis AbuDaud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani)... Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal.

Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi. (petikan dr pandangan Dr Asri).

itu adalah jawapan kepada permasalah yang terjadi kepada penanya pagi tadi....terima kasih tanya..setiap pertanyaan akan aku paparkan dalam blog ini....

Monday, August 24, 2009

PERMASALAH PUASA DI BULAN PUASA

assalamualaikum w.b.t..ust... ye saya..ust sibuk ke...emm...nampak sibuk ke saya nih...tak de la..he he he.. nak tanya sket boleh....boleh je..mendenye.... mende hukum orang tuh puasa tapi tak sembahyang... jom g ofis ust..kita borok2 sane yek...

sebelum nak jawab persoalan tuh, ust nak citer dulu hukum tinggal solat nih..hukum dia berdosa..tau kan...sambil mengangguk2 paham...orang tinggal solat nih ada 2 jenis 1 tinggal sebab dia maleh..2 dia tinggal solat sebab dia menolak hukum allah s.w.t...

kalau tinggal solat sebab menolak hukum allah, hukum kafir lah...kalau dia dah kafir..segala amalannya akan terbatal....

kalau kita tinggal solat sebab malas, itu menunjukkan kelemahan iman kite..rapuhnye iman kite...nipisnya iman kita...tapi pose kita insa'allah puasa kita ada nilai di sisi allah s.w.t..ini merujuk kepada firman allah s.w.t: setiap perkara (amalan) kecil atau besar tetap akan dicatit (al-qamar:53).. dan sesiapa yang berbuat baik sebesar zarah pasti akan diperlihatkan amalannya, dan sesiapa yang berbuat kejahatan sebesar zarah turut akan diperlihat amalannya (al-zalzalah:7,7).

masalah nye sekang nih..kalau kerap tak solat, kita takut iman hilang..maka kita akan jadi kafir la..macam pokok yang tak penah kene siram...lama2 dia layu..layu ok la...idup lagi..tuh tahap iman kite lemah la tuh..time dia dah mati..siram air pun dah tak gune....

kawan umah tak sembahyang ke...mengangguk22 tanda iye....so doa2kan lah supaya dia solat.. tq ust..ade kelas lak nih...

itulah yang senario sebenar yang berlaku dikalangan anak2 remaja..

NASIB SIAKAP SWEET SOUR

keadaan ikan sebelum digoreng

setelah digoreng..disebabkan kauli kecik tak cukup saiz untuk ikan siakap nih.gituh la jadinye dia..berkerekot..
setelah disiram dengan sos sweet sour... main menu berbuka hari ini..tepat jam 700 ikan nih siap dimasak....
setelah dimakan oleh 2 hamba allah yang telah ditakdirkan untuk menghabiskan isi2 ikan ini.... nak sediakan masakan nih sangat mudah...boleh siapkan dalam 15 minit sahaja jika bahan telah tersedia..ikan dah digoreng...nak resepi..bleh je...kalau ade sape2 nak...tnggal msg yek...


Sunday, August 23, 2009

SOLAT JAMAK

tajuk ini merujuk kepada permintaan seorang pengunjung blog ini yang bertanyakan perkara berkaitan dengan solat jamak.

sebagai muqaddimah nak bagi tau solat jama' ini asalnya adalah solat yang dilakukan untuk orang2 yang bermusafir, ini berdasar maksud hadis nabi: daripada ibn abbas r.a berkata: dahulu rasulullah s.a.w menghimpunkan sembahyang zohor dan asar apabila dia bermusafir dan menghimpunkan solat nagrib dan insyak (hadis riwayat bukhari).

solat jamak bermaksud kita menghimpun 2 solat dalam 1 waktu iaitu solat zohor dengan asar, magrib dengan insyak. subuh tidak boleh dijamak. hanya 4 waktu seperti yang disebut sahaja.

Ulama' membahagikan solat jamak kepada 2 iaitu: jamak taqdim dan jamak takhir.
jamak taqdim ialah menghimpukan solat yang terkemudian dalam waktu yang awal contoh; melakukan solat asar dalam waktu zohor..itu yang dikatakan jamak takqdim begitu juga dengan solat insyak dalam waktu magrib.
jamak takhir ialah melakukan solat dalam waktu yang terkemudian. contoh mudah solat zohor dalam waktu asar, maknanye time tuh, waktu solat zohor sudah habis, begitu juga solat magrib dalam waktu insyak.

hadis berkaitan jamak takdim dan takhir nih telah disebut dalam sebuat hadis yang diriwayatkan oleh abu daud dan imam al-tarmizi di dalam kitab hadis mereka. daripada ma'az r.a berkata; ketika peperangan tabuk, apabila bergerak sebelum naik matahari, baginda akan mengakhirkan solat zohor dalam solat asar, baginda melakukan solat jamak, namun jika matahari sudah tergelincir baginda akan melakukan solat zohor serta diawalkan solat asar..kemudia baginda meneruskan perjalanannya....begitu juga solat magrib dan insyak (rujuk hadis 1208 abu daud, dan hadis 553 sunan termizi).

solat jamak taqdim dan takhir mempunya syarat2 tertentu seperti berikut:
  1. tertib: maksudnye kalau nak buat solat taqdim, solat dahulu zohor kemudia asar, kalau nak buat takhir mana-mana dulu pun boleh. sebab dua2 waktu dah masuk.
  2. niat solat jamak. lafaz kene la hafaz.kalau tak reti nak lafaz cukup sekadar niat dalam hati.
  3. berturut2 dilakukan. lepas habis bagi salam solat magrib sambung terus solat insyak pula. kalau tidak jamak akan terbatal...
itu antara syarat yang perlu dijaga ketita nak solat jamak. lupa nak bagi tau, syarat yang dibolehkan jamak:
  1. musafir melebihi 81 km
  2. matlamat musafir itu jelas. contoh dari kuantan nak pergi ipoh perak. itu yang dikatakan jelas. tapi kalau rasa kejap nak bermalam kat maran dulu, kejap rasa nak lepak genting..itu tidak dibenarkan.
ini point penting juga: solat jamak juga boleh dilakukan jika berlaku salji yang teruk di musim sejuk. harus dilakukan jamak. taaaapiiiiiii solat tersebut hendaklah dilakukan di masjid dan jamak taqdim sahaja.

ini sahaja antara maklumat ringkas yang dapat diberi. jika ada masalah atau tidak clear tinggal sahaja komen anda..

DEMO : MEE GORENG BASAH 1/4


nih je video yang dapat diupload untuk tontonan sahabat sekalian. peristiwa ini berlaku pada hari puasa yang kedua..maksud nye sahur buat kali ke dua la..aku masak mee goreng basah... siap dalam masa 15-20 minit sahaja..dengan syarat barang2 dah stand by....kalau ada yang nak resepi dia bagi tau le.. he he he...sahur seterusnya..aku nak buat mee goreng mamak.....

DEMO : MEE GORENG BASAH 3/4

Saturday, August 22, 2009

DEMO : MEE GORENG BASAH 4/4

KEJUTAN DI AWAL RAMADHAN


anak kawe nih umur dah setahun 3 bulan dah..tak reti2 nak berjalan..alhamdulillah awal ramadan nih dia dah berani2 nak berjalan....ini rakaman yang berjaya diambil...

BERBUKA DENGAN NASIK GORENG UDANG

dah siap untuk berbuka puasa...first puasa nih...

untuk 2 orang..
kalau sesiapa nak resepi kabo le yek....

SANTAPAN UNTUK BERSAHUR

nih la lebih kurang rupe kuew tiaw udang yang dah siap untuk dihabiskan...

2 orang makan..

Friday, August 21, 2009

RESIPI BERSAHUR 1: KUEW TEOW UDANG

gambar di atas adalahbahan2 yang diperlukan untuk memasak. disarankan bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak disediakan sebelum masuk tidor. masakan ini sesuai dimasak untuk bersahur. bahan-bahan;
  1. bawang besar, bawang putih dan halia dimayang2...sebanyak mana adalah bergantung kepada selera. yang penting halia mungkin cukup sekadar 3 hirisan sahaja.
  2. lobak merah dipotong mengikut reka bentuk yang digemari. begitu juga dengan bunga kubis. agak2 sendirilah ye nak banyak mana. sedikit daun kailan supaya nampak hijau sedikit nanti.
  3. bahan2 lain seperti sos tiram, udang sebanyak mana yang anda suka,gula, garam dan tepung jagung...

cara nak buat...senang aje..amik masa dalam 15 minit je dengan kadar api yang panas mencukupi...mula2 tumis bawang n halia sekali....biar naik bau..bau sedap2...masukkan air secawan..cawan kecik je....kemudian disusuli dengan memasukkan lobak dan bunga kobis ye....bila menggelegak je....masukkan udang..beserta air lagi secawan kecik....biar sampai gelegak atau mendidih....masukkan sos tiram sikit..kalau tak suka tak yah masuk pun tak pe...then kachao2...masukkan kuew teow untuk 2 oarng makan..lebih kurang setengah bungkus lebih sket la....kecik kan api sedikit..biarkan seketika....masukkan garam..kasi rasa sedikit ok ke dak..kalau ok....masukkan daun kailan...pecahkan 2 biji telor..cuba control agar telur merah tuh tak pecah....biar seketika sampai telur tuh agak2 ok....tutup api....siap di hidang....rujuk gambar dan demo yek....selamat mencuba....

Thursday, August 20, 2009

daripada: asmadi bin abdul rahman , cikgu nor hasnida dan anak2

Wednesday, August 19, 2009

HUKUM DERMA DARAH

hari nih jam 1030 pagi ada kelas dengan student pre medic...soalan yang menarik diajukan sebelum kelas tamat adalah apakah hukum menderma darah ?... aku katakan ianya harus dan amat dituntut untuk melakukannya. ini disebabkan ia adalah sedekah..

soalan yang seterusnya...bagaimana kalau darah tersebut diberi kepada orang bukan Islam.... emm...aku katakan: kita bersedekah untuk orang yang memerlukan darah tersebut untuk tujuan meneruskan kehidupan di dunia ini. tetapi jika darah tersebut diberi kepada bukan islam pun, itu adalah urusan badan yang bertanggungjawab..pihak hospital lah... cuma pada aku ia tidak menjadi masalah pun..mudahan dengan darah dari kira mengalir ke badan mereka...terbuka hati untuk menerima islam... merujuk kepada sebuah hadis yang berkaitan sedekah :

Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu ; riwayat muslim... mungkin hadis nih boleh menjawab persoalan tadi.... yang baik itu datang dari allah s.w.t ...

PESANAN SARJANA ISLAM PALING BERPENGARUH

mustafa al-syibaiy ( 1915-1964 ) : "hidup ini perlu kaya dengan pekerjaan-pekerjaan yang agung dan pendek angan-angan"

Dr Yusuf Musa ( 1899-1963 ) seorang ulama' reformis dan ahli falsafah al-azhar: sesungguhnya umat ini tidak sunyi aripada orang yang pakar dalam perundangan Islam pada setiap zaman.

Monday, August 17, 2009

SELAGI TAK SYIRIK INSA'ALLAH SYURGA

sambungan dari citer stdnt semalam...aku sambung...harun sani cakap pun betul jugak..mmg tak de nas pun orang pas masuk syurga..kalau orang islam sure ada peluang masuk surga...kalau orang pas tuh islam...dan mati dalam keadaan tidak syirik kepada allah s.w.t..insa'allah masuk la dalam syurga....allah maha pengampun hambanya...sifat pengampun allah s.w.t diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh termizi, hadis nih mempunyai darjat hassan sahih: daripada anas bin malik r.a: aku dgr rasulullah s.a.w bersabda: allah s.w.t berfirman: wahai anak adam! kalau dosa engkau sebesar 7 petala langit, kemudian engkau memohon keampunan aku, aku ampunkan engkau. wahai anak adam! kalau engkau buat salah kepada aku sebanyak tujuh petala bumi, selagi engkau tidak syirik kepada aku, aku akan datangkan keampunan lebih besar dari 7 petala bumi.. yang beza adalah cara umat islam dimasukkan ke dalam syurga, seperti yang diceritakan oleh rasulullah s.a.w orang yang terakhir sekali akan dimasukkan ke dalam syurga akan datang dalam keadaan merangkak..Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas'ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya...

manakala dalam sebuah hadis lain pula menceritakan keadaan kebangkitan nanti:

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Abu Az-Zubair r.a katanya: Bahawa beliau pernah mendengar Jabir bin Abdullah r.a ditanya tentang kebangkitan di akhirat. Maka beliau berkata: Kita dibangkitkan pada Hari Kiamat begini dan begini. Lihatlah! Ertinya: Kedatangan manusia itu mengikut darjat masing-masing. Lalu dipanggil umat-umat dengan berhalanya dan apa yang mereka sembah suatu ketika dahulu, secara berturutan. Setelah itu, Tuhan datang kepada kita lalu berfirman: Siapakah yang kamu tunggu? Maka mereka pun menjawab: Kami menunggu Tuhan kami. Allah berfirman: Akulah Tuhan kamu. Mereka akan berkata: Sehingga kami melihatMu dulu. Terserlah pada mereka Tuhan tertawa. Lalu Dia membawa mereka dan mereka pun mengikuti-Nya. Setiap seorang di antara mereka samada munafik atau mukmin akan diberi nur iaitu cahaya. Kemudian mereka mengikuti cahaya tersebut melalui jambatan Neraka Jahanam, terdapat besi-besi pengait dan berduri yang boleh meragut sesiapa saja yang dikehendaki oleh Allah. Kemudian nur iaitu cahaya orang-orang munafik padam, sedangkan orang-orang mukmin selamat. Selamatlah rombongan pertama yang terpancar pada wajah mereka bagaikan bulan purnama seramai tujuh puluh ribu orang tanpa dihisab. Kemudian orang-orang berikutnya seperti terangnya bintang-bintang di langit, demikianlah seterusnya. Kemudian syafaat diizinkan. Mereka pun meminta syafaat, sehingga mereka dapat mengeluarkan dari Neraka sesiapa yang melafazkan: لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan di hatinya terdapat kebaikan seberat biji gandum. Mereka akan ditempatkan di halaman Syurga lalu Ahli Syurga akan memercikkan mereka dengan air sehinggalah daging mereka tumbuh bagaikan tumbuhnya sesuatu tumbuhan selepas banjir dan hilanglah hangusnya. Kemudian dia iaitu orang terakhir meminta, sehingga diberikan kepadanya dunia dengan sepuluh kali ganda

kesimpulannya kalau nak makan buah dokong pansenam...kena la oder kat orang pangsenag...kalau nam makan durian..tanam la pokok durian..tak pun beli la buah durian..baru dapat durian...camtuh gak kalau nak masuk syurga..buat la perangan ahli syurga...takkan la tuh pun tak leh nak pikir...guane gamok.....






PENING YANG MEMENINGKAN

itulah yang terjadi kepada aku hari nih...student mamg suka tanya isu2 yang pelik2 tapi benar..benar yang derang baca cerita tersebut. dalam utusan : nik aziz kata: undi umno tak masuk syurga, harun sani kata: takde nas tak masuk syurga...isu2 camni mmg certain2 student suka tanya...itulah yang ditanya kepada aku hari ni tat kala aku tengah pening2 lalat kerana baru pas donate darah...pagi hanya makan separuh roti canai kongsi sama anak lelaki ku...pastu radix secawan...sebabtuh penin ...

aku punya jawapan..mungkin pembaca bleh bagi komen nanti:

1- paper cakap camtuh kot, maybe salah terjemah maksud kedua2 tokoh agama tuh...jawapan nih nak cover je...tau student tuh leh cakap... ok ust andaikan mende tuh betoi... bleh lak dia pusing soalan camtuh... aku memikir le kejap....

2- menurut maksud firman Allah s.w.t dalam surah an-nisa' ayat 48: sesungguhnya allah s.w.t tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik menyekutukan allah s.w.t dan akan mengampunkan dosa selain daripada mensyirikan allah sesiapa yang dikehendaki.. siapa yang syikir dengan allah memang lah allah sw.t mengharamkan daripada masuk syurga....bukan ust yang cakap..kata ku kepada student yang macam nak tau sangat nih..ini merujuk firman allah s.w.t dalam surah al-maidah ayat yang ke 72: sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan allah s.w.t diharamkan kepadanya untuk masuk syurga... memang confident je aku baca ayat tuh..sebab budak depan akuu nih kawan dia budak tahfiz..dah habis hafal 30 juzuk beb...tapi selalu kata saya bukan al-hafiz ustad..al-habis je..sungguh merendah diri....

kembali topik utama kita ye...so aku kata ayat2 tadi ape yang ko paham...dia cakap dia paham dah....betullah aku kata ahli umno tidak akan masuk syurga kalau dia tuh bukan beragama Islam..kalau dia beragama islam dan tidak syirik kepada allah s.w.t...insa'allah masuk... masuk syurga nihkan atas rahmat allah je....nabi pun kata dia masuk syurga kerana rahmat allah...

Hadis Abu Hurairah r.a:
Daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda: Amalan seseorang tidak akan dapat menyelamatkan diri masing-masing. Seseorang bertanya: Walaupun engkau wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Ya! Walaupun aku tetapi Allah telah meliputi rahmat-Nya kepadaku. Tetapi kamu berusahalah sungguh-sungguh!


.

TIP PERSIAPAN RAMADHAN

  • cuba mulakan membaca al-quran setiap hati dan tambahkan bilangan jumlah ayat. elakkan dari berusaha untuk menghabiskan al quran sehingga mengabai pengajaran dan kaedh bacaan. adalah lebih baik membaca al quran yang mempunyai tafsiran ayat seperti tafsir al rahman dengan cara yang smart.
  • jika tidak berapa upaya untuk membaca al quran, cuba-cuba rajin mendengar bacaan al-quran. cari yang ada terjemah lagi bagus. kalau takde bacaan sahaja pun ok lah.
  • tidur lebih awal supaya dapat bangun bersahur di julai waktu. jangan amalkan tabiat bersahur dahulu sebelum tidor. itu tidak dinamakan bersahur tapi makan tengah malam. bersahur nih bermaksud hendaklah ketika sudah dikatakan waktu diawal pagi..setelah bersahur sertai dengan membaca al-quran sehingga subuh.. then bleh sambung sekejap tido...kalau hari2 cuti boleh la pasang kaset mengaji kalau takut kering tekak membaca al quran.
  • muhasabah diri setiap hari....apa amalan sunat yang kita dah tinggal untuk puasa hari ini...tuh pun dah bleh nilai...nilai untuk diri sendiri je..tak yah la susah2 nak cite kat orang lain...
  • rajin2kan bersedekah...bermula nilai sedikit sehingga nilai yang termampu oleh kita....
  • rajin2 membantu.khususnya orang2 miskin...
  • kurang bercerita..bergosip2..tengok citer2 karut dll.
diriwayatkan daripada abu hurairah r.a: sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda: allah s.w.t berfirman: semua amalan anak adam adalah untuk dirinya kecuali berpuasa. sesungguhnya puasa itu adalah untukku aku akan membalasnya : riwayat bukhari.

Friday, August 14, 2009

SEKADAR RENUNGAN

masuk je kelas hari nih..ada setudent perenpuan tanya..ust macam mana nak sucikan hati kita ? emm...aku kata first kene jaga solat..dia sambung..tapi kenapa ramai orang sembahyangtapi macam emm.... aku pintas akap dia..macam ape..bagi contoh... dia kata; kuat mengata orang, kedekut... aku gelak je..ha ha ha..orang pompuan la tuh kan...dia kata dokkk eh.orang laki pun sama....

dalam nada agak serius aku kata..maybe dia tak jaga solat dia...student lain nyampuk...jaga camne ust...dalam hati aku..sah la aku tak ngajo seperti sepatutnya... banyak kene jaga...perkara-perkara yang wajib dijaga sebelum solat, ketika solat dan selepas solat... ku tengok muka bebudak nih makin blurr je...aik takkan tuh pun tak tahu..kata dalam hati la...aku pun mulalah bercerita...dari pada kene jaga kebersihat..wuduk..bla..bla..2 sampailah masuk waktu..semua tuh kene jaga.bila dah masuk waktu..ketika kene sembahyang kene jaga rukun..aku terus tanya..rukun solat ada berapa wok!!!ada jawab sebelas..ada jawab 13 belas...paling best jawapan selamat...tak sure...ok aku kata ada tiga belas...aku pun mengayakan 13 rukun tersebut..aku tak bg tau direct menda apa 13 tuh..satu2 aku gayakan..biar derang ingat dan tahu...

time aku cakap topik kene tahu maksud bacaan...aku pelajar lelaki mencelah...kalau tak tau camne ust..susah nak hafal....aku bagi jawapan yang selamat je la...aku cakap kene ada usaha nak tingkatkan qualiti solat la...dari tak solat..kene solat..pas solat..jaga masa...cuba berjemaah...cuba faham..yang penting niat nak menigkat kualiti solat tuh ada la....

kelas senyap seketika..ok lah dalam hati aku....harap2 derang leh paham....last2 aku cakap..kalau solat tuh dah terpelihara..hati tuh ok la...kalau masih buruk perangai...ada la tak kene solat tuh.......

Thursday, August 13, 2009

TINGKATAN & DARJAT PUASA



menurut imam al-ghazali, puasa itu mempunyai martabat yang tersendiri. ia terbahagi kepada 3 martabat, iaitu:

  1. puasa orang kebanyakan. puasa jenis ini bagi mereka yang sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, serta menjaga syahwat. darjat macam nih biasa kita dapat. sekadar kita niat untuk berpuasa tetapi mulut betah berkata untuk mencela, mata melilau2 mencari ruang2 terbuka yang boleh merangsang deria2 manusia.
  2. puasa khusus صوم الخصوص. ini merupakan puasa orang-orang soleh iaitu orang-orang yang berpuasa bukan sekadar menahan lapar, dahaga dan syahwat sahaja, bahkan berusaha untuk menjaga pandangan dari melihat perkara yang mengurangkan pahala, kurang berbicara tetapi banyak berzikir, memelihara telinga, menjaga angota badan dari melakukan perkara2 tercela, tidak membazir dan memelihara agar sentiasa positif. martabat ini kita boleh berusaha untuk mendapatkannya.
  3. puasa golongan yang khusus daripada khusus صوم خصوص الخصوص . ini merupakan puasa-puasa para nabi, as-siddiqun & al-muqarrabin. puasa mereka ini berada dikedudukan paling tinggi sekali.

Wednesday, August 12, 2009

KASIH

rasulullah s.a.w mencium Hasan bin ali dan di sisinya al-akra' berkata; sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka. maka rasulullah s.a.w memandangnya lalu berkata: sesiapa yang tidak memberi kasih dan sayang, maka dia tidak akan diberi kasih dan sayang ( riwayat bukhari ).

tip untuk kekasih
  • kasihlah allah s.w.t kerana itulah kasih yang sejati dan abadi
  • kasihi dahulu kemudian baru dikasihi
  • kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tidak akan berpanjangan.
  • jangan mengharap balasan, kasih yang suci tidak mengharap balasan.
  • jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika tidak mampu mengasihi
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::solusi 10:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Tuesday, August 11, 2009

KOLAM KELI

kolam setelah dicuci..sebelum dikeringkan...

pokok keladi bunting dilembang ke ceruk

PROSES MENUAI KELI : SETELAH AIR KERING

PROSES MENUAI KELI




mula bela ikan keli nih ujung bulan mac..kira2 bulan april la start..hari isnin 11 ogos aku membersihkan kolam untuk melihat apa yang terjadi pada keli-keli peliharaan aku nih...sama-sama saksikan dalam video di atas...

Sunday, August 9, 2009

SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN

terima kasih kepada anak2 dara yang membasuh pinggan

tukang solek ....

menghias bakul buah....

SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN 8 OGOS 2009

doa selamat..setelah pinangan diterima..doa dibacakan oleh hj noh..

tn haji abdul rahman..ayah aku mendengar ucapan wakil pihak lelaki...

razali buyong..bersama rombongan lelaki...

GEMA JUMAAT: 7 OGOS 2009

alhamdulillah..selesai dah slot aku untuk gema jumaat bebaru nih. kali nih aku bawa topik ramadhan la..biasala...dah nak masuk bulan posa nih kan...aku sampaikan 9 kelebihan bulan ramadhan compare dengan bulan2 yang lain......
  1. hanya bulan ramadan disebut dalam al-quran. bulan2 islam lain tak de.. lihat surah al-baqarah 185.
  2. bulan yang dipilih allah untuk menurun kan al quran ke baitul izzah-hadis ibn abas. wahyu pertama juga diturunkan pada bulan ramadhan kepada rasulullah s.a.w.
  3. satu2nya bulan yang diawajibkan kepada umat islam berpuasa...selain wajib puasa ganti dan nazar.
  4. bulan yang diturunkan lailatul qadr. terima kasih en mohamad..buat pembetulan..pasai lebih baik dari seribu bulan...
  5. bulan yang dibuka seluruh pintu syurga.
  6. bulan yang ditutup pintu kejahatan.
  7. bulan yang dibelenggu syaitan dan iblis. jin tak termasuk, sebab tuh till ada gangguan makhluk halus di bulan ramadhan.
  8. bulan yang digalakkan untuk umat islam mendirikan solat taraweh.
  9. bulan yangh digalakkan melipat gandakan kebaikan-khususnya bersedekah.
terima kasih kepada yang bertanya...teruskan mendengar GEMA JUMAAT di PAHANG F.M secara langsung setiap jumaat jam 915 am-10.00 am...di hoskkan oleh abang adnan majid...mantap beb!..tagline abang nan..

Monday, August 3, 2009

Saturday, August 1, 2009

WAJIB DENGAR

SYUKUR..DAPAT JUGAK AKU JUMPA..


dah lama aku mencari 2 orang tokoh pebandingan agama nih aku cari..bebaru nih berpeluang jumpa n borok sambil2 tuko no phone. pada aku derang nih lah pejuang dan pendakwah sebenar...sentiasa mengintai peluang untuk berdakwah..dah tak jemu2 untuk berdakwah...itu lah tuan haji ayop abdul rahman bin abdullah..bekas paderi (bapok segala paderi dulu)..sorang lagi..lim jooi sun...(menganut 2 agama lain sebelum islam)..