Wednesday, August 19, 2009

HUKUM DERMA DARAH

hari nih jam 1030 pagi ada kelas dengan student pre medic...soalan yang menarik diajukan sebelum kelas tamat adalah apakah hukum menderma darah ?... aku katakan ianya harus dan amat dituntut untuk melakukannya. ini disebabkan ia adalah sedekah..

soalan yang seterusnya...bagaimana kalau darah tersebut diberi kepada orang bukan Islam.... emm...aku katakan: kita bersedekah untuk orang yang memerlukan darah tersebut untuk tujuan meneruskan kehidupan di dunia ini. tetapi jika darah tersebut diberi kepada bukan islam pun, itu adalah urusan badan yang bertanggungjawab..pihak hospital lah... cuma pada aku ia tidak menjadi masalah pun..mudahan dengan darah dari kira mengalir ke badan mereka...terbuka hati untuk menerima islam... merujuk kepada sebuah hadis yang berkaitan sedekah :

Hadis Abu Hurairah r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Seorang lelaki berkata: Aku akan memberikan sedekah pada malam ini. Lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan seorang perempuan yang berzina iaitu pelacur. Keesokannya orang ramai mula memperkatakan mengenai perempuan tersebut yang telah diberikan sedekah pada malam tadi. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada wanita yang berzina. Aku akan bersedekah lagi, lalu dia keluar membawa sedekahnya dan meletakkannya di tangan orang kaya. Keesokan harinya orang ramai mula memperkatakan mengenai seorang kaya yang telah diberikan sedekah. Lelaki itu berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian. Sedekahku telah aku berikan kepada seorang yang kaya. Aku akan bersedekah lagi, lantas dia keluar dengan membawa sedekah dan meletakkannya di tangan seorang pencuri. Esoknya orang ramai mulai bercakap-cakap mengenai seorang pencuri telah diberikan sedekah. Dia berkata: Wahai Tuhanku! Hanya buatMu segala puji-pujian! Sedekahku telah aku berikan kepada seorang perempuan zina, pada orang kaya dan pada pencuri. Lalu dia didatangi seseorang dan dikatakan kepadanya: Sedekahmu benar-benar telah diterima. Boleh jadi perempuan zina itu berhenti dari berzina kerana sedekahmu. Orang kaya itu pula dapat mengambil pengajaran dan mahu membelanjakan sebahagian dari harta yang telah dianugerahkan oleh Allah kepadanya dan mungkin juga pencuri itu akan berhenti dari mencuri kerana sedekahmu itu ; riwayat muslim... mungkin hadis nih boleh menjawab persoalan tadi.... yang baik itu datang dari allah s.w.t ...

1 comment:

Anonymous said...

saya setuju ustaz...apa-apa sahaja kita buat adalah bermula dengan nawaitu seseorang manusia...