Wednesday, October 28, 2009

SEKOLAH SATU ALIRAN

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

saranan yang baik pada dasarnya dalam usaha mewujudkan gagasan 1malaysia. sebelum itu adalah lebih baik juka kerajaan mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan yang akan wujud jika sistem tersebut terlaksana. tak mahu jadi cam mengajar sains dan mate dalam bahasa isnggeris...dulu lain katanye..sekarang nih lain pulak katanye..

bagus DAP pun sokong tapi..apa dia kata...gini katanya:

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

so apabila sistem ini dilaksanakan adakah sekolah MRSM, INTEGRASI DAN sealiran dengannya akan dilupuskan..atau dibuka dengan seluas-luasnya peluang untuk bangsa-bangsa lain...maka adakah wujud lagi kelebihan untuk pelajar2 melayu....

bagaimana pulak sekolah2 agama SMA, SMKA. ma'ahad tahfiz, sekolah2 pondok....... agak2 ada dak pemimpin2 akan mencadangkan agar ia akan dikaji..dan last2 boleh ambil beberapa subjek sahaja.... jadi macam SPM... pelajar SMA@SMKA boleh ambil 12 subjek sahaja...

emmm.......................


Friday, October 23, 2009

GEMA JUMAAT: AKHLAK KITA

hari nih 23 oktober 2009..bersamaam 4 dzu Qaida. program jumaat di Pahang FM. tajuk yang dipilih berkaitan dengan akhlak. macam biasa..aku lebih suka tajuk2 ringan dan mudah dibincangkan dan aku yakin kebanyakan pendengar Pahang FM ada warga2 emas, orang2 felda dan suri rumah2 yang keje mengurus rumah je...

Mak Jah dari kota Gelanggi 1, ada bertanya berkaitan dengan ujian allah. semoga jawapan yang diberi memuaskan hati beliau.. camtuh jugak kepada Che Omar...tak tau pulak dia dari mana..lupa nak tanya...dan Tok jangut...harapnye jawapan yang diberi menjawab kepada soalan..

che omar tanya punca + sebab akhlak kian hancur....jawapan aku beri..kerana kita makin jauh daripada al-quran...jauh untuk mendalami kehendak al-quran..jauh untuk memperaktikkan al-quran......betul tak....

terima kasih kepada JAIP kerana tak jemu jemput...terima kasih kepada Shahputra kerana bagi pelepasan....

Wednesday, October 21, 2009

IBADAH HAJI: KARUT MARUT DI ALAM MELAYU

berikut adalah beberapa pantang larang yang diperolehi daripada penduduk2 kampung di malaysia berkaitan dengan ibadah haji:

  1. hari selasa tak elok adakan perjalanan jika ingin menunaikan ibadah haji.
  2. bila sudah keluar rumah, orang yang nak g haji tak boleh pandang ke rumah atau toleh kebelakang sama sekali.
  3. dalam perjalan ke pusat pengumpulan jemaah haji (biasanya di kelana jaya)...tak boleh singgah mana2 dah walaupun untuk makan....
  4. semua haiwan peliharaan tidak boleh dikurung dah..
nih la antara2 kerut marut yang diperolehi sepanjang berborak2 ngan orang2 'lama' di kampung2...

TAMAN SERI INDERAPURA KUANTAN : BEKALAN AIR TERPUTUS

penduduk seri inderapura kini hidup dalam agak gelisah, setelah bekalan air yang dikatakan hanya akan terputus 1 hari telah menjangkau hari kedua...rata2 kedai2 makan..makcik2 pembuat kuih..terpaksa menghentikan aktiviti membuat kuih.

petang semalam adelah nampak lori air yang hanya mampu memenuhi beberapa tong air. pagi tadik sok sek..sok..sek.. di kedai kopi...katanya pukul 4 pagi tadi lori ada datang...kelakarnya..dah tentu orang seri inderapura sedang beradu...

kesian juga pada taska2..terpaksa buat notis air tiada di taska...ayah2 macam aku terpaksa pergi ke shell awal2 pagi semata2 nak beli 2 botol air 5.5 l untuk keperluan 2 anak aku...

harap2 pasnih berbondong2 lori air sampai....baru lega sket.....

sekian dahulu aduan untuk sapa2 yang boleh tolong sampaikan ke JPA pahang..



Monday, October 19, 2009

HUKUM LELAKI PAKAI EMAS

...jawapannye tentulah haram ini merujuk kepada hadis oleh imam termizi yang bermaksud: Sesungguhnya rasulullah s.a.w bersabda: diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan halal bagi perempuan mereka.

manakala dalam sebuah hadis lain pula: rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai cincin emas di jarinya, lalu rasulullah memerintahkannya supaya mencampakkan cincin tersebut (riwayat imam muslim)

namun persoalan yang timbul ialah..macam mana kalau budak kecil yang pakai...so pada pandagan peribadi aku...selagi jantina budak tuh lelaki maka hukumnya tetap haram walaupun masih kecil... kalau tanya berdosa ke dak... budak tuh tak la berdosa..dia punya penjaga la berdosa....siapa suruh bagi budak tuh pakai...

allah lebih mengetahui segalanya

ADZAN KETIKA KELAHIRAN ANAK

soalan telah ditanya kepada aku oleh seorang kawan sekerja: kalau suami takde siapa pulak kene azan ?

soalan nih nampak macam biasa tapi sangat bagus untuk semua. memang kebiasaannya si ayah lah akan tolong azankan bukan...

dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam termizi di dalam kitab sahihnya. daripada abidillah bin abi rafi': berkata: aku melihat rasulullah s.a.w azan di telinga husin bin ali ketika dilahirkan fatimah..

berdasarkan hadis ini, disunatkan kepada kita apabila menyambut kelahiran anak dengan melakukan azan di telinga anak..kebanyakan ulama' berpendapat azan di telinga kanan dan qamad di telinga kiri bertujuan untuk mengiklankan ketauhidan terhadap allah s.w.t.

merujuk hadis di atas, yang azankan husin bin ali adalah datok nye iaitu rasulullah s.a.w... jadi takde masalah sebenarnya siapa pun yang nak azan....yang penting adalah diazankan bayi tersebut..

cuma kalau nak yang bagus...kenelah cari yang mulia...yang agak baik akhlaknya...yang wujud waktu bayi tuh lahir...mintak tolong azankan pun ok..

hanya allah lebih mengetahui .......

Sunday, October 18, 2009

PETIKAN DARI BUKU JOHN C MAXWELL


Dalam senarai syarikat terbesar di dunia (mengikut ranking Fortune 500) lebih daripada 50% CEOnya cuma memperoleh gred C dan C- semasa di universiti.

Di kalangan presiden-presiden Amerika, lebih 75% pernah duduk dalam kelas corot semasa di sekolah.

Lebih 50% usahawan yang paling berjaya (di Amerika) tidak menyelesaikan pengajian mereka di universiti.

Yang membolehkan mereka berjaya adalah keghairahan dan semangat mereka yang amat tinggi.

John C Maxwell menasihati kita supaya apabila kita patah semangat, kita perlu bergaul dengan orang-orang yang bersemangat.

Semangat dan keghairahan adalah dua perkara yang boleh berganda dan berjangkit. Dengan bergaul dengan orang-orang yang penuh semangat dan ghairah, mereka dapat menghidupkan semula semangat kita yang tadinya patah....

BIAR BETOI! SILA JELASKAN....


satu perbandingan harga kereta national yang dijual di malaysia dengan harga yang dijual di arab saudi... tak tau betoi ke dak..nak pastikan lagi...saesiapa yang penah jumpa iklan nih di saudi boleh la terangkan kebenarannya....

Wednesday, October 14, 2009

Beras oh Beras..

citer pasai pengagihan beras kepada golongan susah, satu tindakan yang sangat sangat baik yang hendak dilakukan oleh kerajaan...iye la beras kan dah mahal dah harga sekang nih..naik tak turun2 dah... so kalau diberi kepada orang miskin yang berkelayakan ada bagusnya...

cuma masalah sekarang nih ialah..cara pengagihan kepada orang miskin tuh camne la agaknye yek...bebaru nih ada dengar datin rosmah kata..orang2 miskin tak yah naik turun tanga bedan kebajikan atau mana2 badan dah...agensi2 yang dilantik akan agihkan...

hah! bila main agensi yang dilantik nih macam2 bleh jadi nih...ade la yang jual beras tuh... tak baik lak buruk sangka dok... jadi disarankan di sini agar ketua2 kampung memainkan peranan la sikit..jangan duk makan gaji bute je..masuk2 sket ceruk2 kampung tuh..cari orang susah...hantar beras...

yang agensi kerajaan pun kurang2 lah birokrasinye...yang duk jabatan kebajikan masyarakat..pusat zakat..rajin2 la keluar cari orang susah..setengah2 orang susah nih malu nak keluar ngaku..jadi yang diganikan oleh kerajaan tuh celek mata sket..dapatlah tengok dan bantu...takkan nak sampai tv3 datang masuk bersama mu baru la bantuan nak smpai...susah bauh kerja kerana manusia...buat untuk manusia kerana allah baru la ok sket....


wallahualam.....

Sunday, October 11, 2009

GANTI & QADA' SEKALI 2 IN 1

masalah nih telah ditanya oleh studentku..boleh ke dak kalau kita buat qada' dan puasa sunat 6 sekali serentak.

nak jawab soalan nih sukar sikit, kerana tiada nas yang boleh menyokong..melainkan hanya terdapat nas yang mengatakan sunat berpuasa 6 di bulan syawal dan wajib mengantikan puasa.. tidak dijumpai hadis atau mana2 nas yang membolehkan atau melarang puasa qada' disatukan dengan puasa sunat 6 syawal...

bagi menjawab persoalan tersebut, aku membuat perumpamaan yang mudah untuk student nih paham...ini disebebkan dia kata 'ustad saya dulu kata boleh'.. perbualan aku bunyi camni lebih kurang....

sekarang camni..aku kata..ust berhutang dengan awok rm 10... wajib dok ustad bayor...lalu student jawab...wajib la ust...

ok..kalau hutang wajib bayarkan...sekarang nih ust nak bayar hutang awok rm 10...ust pun kata...nah sepuluh ringgit...bayor hutang ouk dulu....dalam masa yang sama ust pun kata..sepuluh ringgit nih juga sebagai duit raya untuk awok...boleh ke dok...

student tuh kata; mana bleh ust, rm 10 tuh kan duit saya...duit raya kene bagi duit lain la pulak...

lalu aku pun kata:... macam tuh gak ngan puasa...wajib ganti: kene ganti..sunat kita buat la hari lain..dok pun puasa sunat dulu....

hanya allah lebih mengetahui....tuh hanya pandangan aku sahaja.......

Wednesday, October 7, 2009

MAKLUMAT AM : KENTUT


1. Dari mana asal kentut? Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.
2. Apa komposisi kentut?
Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.
3. Kenapa kentut berbau busuk?
Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.
4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?
Kerana adanya vibrasi lubang anus saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan dan kekuatan gas.
5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?
Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)
6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?
Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.
7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?
Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?
Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar anus rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?
Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.
9. Apakah setiap orang kentut?
Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.
10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?
Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.
11. Saat apa biasanya orang kentut?
Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.
12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?
Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut .
13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?
Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).
14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?
Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.
15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?
Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.
16. Mungkinkah kentut terbakar?
Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.
17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. .. konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.
18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?
Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.
19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?
Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.
20. Apakah warna kentut?
Tidak berwarna.
21. Apakah kentut itu asid atau neutral?
Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).
22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?
Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya

:::::UYA::::::::::::::::::

KEBETULAN ATAU .......................

Gempa bumi di Padang Indonesia berlaku pada 7.6 pada skala Richter pada jam 17:16.

Surah Al-Isra' ayat 16

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (17:16)

Gempa susulan berlaku pada pukul 17:58

Surah A-Isra' ayat 58

Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (17:58)

Friday, October 2, 2009

MARI GEMPAR BUMI LENYAP NORDIN

itu yang terpikir, mungkin allah nak suruh warga indonesia sentiasa memikirkan tentang kebaikan warga melaysia terhadap mereka. lenyap jugak gayang malaysia..pasukan yang sampai bagi bantuan pun orang malaysia jugak..tak terpikir warga indonesia nun di sana tentang betapa ramai lagi warga malaysia dok bantu mereka...kita pun kene gak pikir kekasihanna allah kepada kita...khususnya ahli2 politik yang makin2 lah berkuasa..semoga allah melindungi hambamu ini..aminnn..ya rabb.

Nordin diburu dan akhirnya dibunuh kerana 'gempa' yang dilakukanya. Nordin dan pengikutnya dikatakan mencipta dan menghasilkan bom yang sofistikated yang menyebabkan suasana panik dan menggerunkan bukan sahaja kerajaan Indonesia tetapi negara-negara yang lain.Ini menyebabkan beliau diburu selama 9 tahun sebelum ditewaskan. Kematian Nordin melegakan ramai pihak yang menjejakinya sekian lama.

Tetapi belum sempat saudara serumpun kita menarik nafas lega, Allah SWT menguji dengan gempa bumi yang agak dasyat yang pastinya jauh lebih kuat daripada bom yang pernah dihasilkan oleh Nordin Mat Top. Namun berapa ramai yang bermuhasabah bahawa gempa bumi dasyat ini amaran dan peringatan dari Allah SWT?

Dalam suasana panik itu, semalam jenazah Nordin Mat Top dibawa pulang dan selamat dikebumikan di kampung halamannya di Pontian Johor. Lebih 500 orang diberitakan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham semalam. Bagi saya cukuplah, usahalah kita terus berpolemik dan menghukum Allahyaryam dan keluarganya. Allah SWT lebih mengetahui segala-galanya.

Di negara ini, maksiat berluasa, halal haram tak tahu nak beza, hukum hakam Allah SWT dipersenda, ulama dihina, perasuah dianggap mulia semua ini menjadi isyarat yang cukup jelas bahawa semuanya bakal mengundang bala dan balasan dari Allah SWT. Jadi selagi hayat dikandung badan dan nadi masih berdenyut...Beringatlah...

Thursday, October 1, 2009

HARUS SOLAT SAMBIL DOKONG ANAK

ada seseorang yang menghantar msg malam tadi. dia baru balik umrah ke ape ke aku tak pasti..cuma soalan yang dia tanya, dia pelik tengok ade orang lelaki solat sambil dokong anak dia..dia tanya sah ke dak solat tuh...

aku bagi jawapan merujuk kepada ilmu yang aku ada..di samping aku suruh dia rujuk2 ust2 lain takut aku tersalah bagi maklumat..

aku kata sah je solat tuh...sebab dia tidak tinggalkan rukun, dan tidak melakukan perkara yang membatalkan solat...

dia tanya budak tuhkan pakai pampes..emm..aku katakan dalam pamperskan bukan kene baju dia atau kulit dia pun...untuk menguatkan hujah lagi..aku membelek2 hadis, alhamdulillah jumpa hadis nih.

Hadis Abu Qatadah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah sembahyang sambil menggendong kanak2. Menurut keterangan Abu Al-As bin Rabi', ketika Rasulullah berdiri, Umamah puteri Zainab binti Rasulullah s.a.w yang bapanya bernama Abi Al-As bin Ar-Rabi' digendong oleh baginda dan ketika baginda sujud, Umamah akan diturunkannya
(riwayat muslim)

ISU SEBAT: SEDIH ADE KELAKAR PUN ADE!

Hukuman sebat Kartika NGO desak hentikan sebatan . . . PETALING JAYA -Beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO), sebulat suara menggesa Kerajaan persekutuan dan negeri mengkaji semula hukuman sebat ke atas model, kartika Dewi Shukarno sebagai satu ben...tuk hukuman kerana dianggap mencabuli prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

atas tuh sebahagian daripada berita lawak terkini hari nih. sebenranya yang nak halang hukuman sebat nih 4, 5 kerat je yang tak setuju...kalau tengok gambor bawak simbol anti sebat tuh..tercongok yang bertudung sorang...sedihlak rasa...tetiba dia pun sokong..adus.....sepatutnye dia leh la terang kat keliling dia yang tak nampak macam islam tuh...derang nih tahu ke dok camne hukuman tuh nak dijalankan...

setakat pelaksanaan hukum sebat cara islam nih...takde pulak yang kene tuh datang untuk join sama anti sebat...

ye ke cabuli..bukan ke kat rusia hukuman rotan pun ada..britain pun ade...baca ke dok nih..ke main cakap ikut sedap je..

pasnih untuk semua media..jangan layan dah derang nih....

ya allah..tetapkanlah hati kartika didilaksanakan hukuman sebat ke atasnya..semoga allah swt memudahkan urusannya di akhirat kelak....aminnnn!

ISA SAMAD : ORANG TANYA KITA JAWAB JE

aku bukanlah seorang yang suka sangat politik, tapi kene ambil tahu jugak apa yang sedang rancak berlaku dalam politik kini. isu paling panas yang aku bagi rangking sekarang nih mungkin isu ISA SAMAD.. iye ramai yang kenai sangat dengan beliau..aku tak de la kenai sangat..tapi yang sure...dia la tak kenai aku..he he he... bila ada kawan2 ajak borak2 kita layan je la...

kalau tanya aku..aku kata biar je la dia nak bertanding..dah orang nak dia..kalau dikaitkan dengan rasuah..aku no komen sebab yang tuh tak tau lagi pun dia bukan penahbagi rasuah kat aku..kalau org penah terima rasuah..bleh la bagi komen...yang pasti dia penah dikenakan tindakan tatatertib oleh umno...tuh oleh umno je..jadi di sini ada kebarangkalian dia dikhianat atau sebagainya...kenapa sprm tak ambil tindakan atas dia jika ada makan rasuah, kalau rasuah biasanya masuk jail gak kan...polis ade g angkut dia ke...tuh seme kene fikir...

pasai tun, itu pandagan dia, hak dia, kita dengar je, nak ikut ke tak nak biar je la...hak bercakap kan hak individu selagi mana tak menimbulkan huru hara..

so kita tunggu dan lihat.....sama2 kita doa semoga malaysia sentiasa harmoni serta selamatkan kita dari pemimpin yang zalim....