Monday, October 19, 2009

ADZAN KETIKA KELAHIRAN ANAK

soalan telah ditanya kepada aku oleh seorang kawan sekerja: kalau suami takde siapa pulak kene azan ?

soalan nih nampak macam biasa tapi sangat bagus untuk semua. memang kebiasaannya si ayah lah akan tolong azankan bukan...

dalam suatu hadis yang diriwayatkan oleh imam termizi di dalam kitab sahihnya. daripada abidillah bin abi rafi': berkata: aku melihat rasulullah s.a.w azan di telinga husin bin ali ketika dilahirkan fatimah..

berdasarkan hadis ini, disunatkan kepada kita apabila menyambut kelahiran anak dengan melakukan azan di telinga anak..kebanyakan ulama' berpendapat azan di telinga kanan dan qamad di telinga kiri bertujuan untuk mengiklankan ketauhidan terhadap allah s.w.t.

merujuk hadis di atas, yang azankan husin bin ali adalah datok nye iaitu rasulullah s.a.w... jadi takde masalah sebenarnya siapa pun yang nak azan....yang penting adalah diazankan bayi tersebut..

cuma kalau nak yang bagus...kenelah cari yang mulia...yang agak baik akhlaknya...yang wujud waktu bayi tuh lahir...mintak tolong azankan pun ok..

hanya allah lebih mengetahui .......

No comments: