Thursday, April 29, 2010

PUNCA KES PENDERAAN: KURANG PENGETAHUAN AGAMA

pengiktifan yang mengkagumkan. kerna dah mengakupun bahawa asas agama yang kurang merupakan punca kespenderaan yang berlaku terhadap kanak2 mencecah 7+++. ramai tuh. peranan kita sangat penting untuk mengurangkan kes2 camni. kerana kita ada jiran2 mereka yang perlu ambil berat tentang anak2 jiran kita. kita juga akan berdosa jika tidak mengambil berat tentang mereka.walaupun mereka membenci kita.kita wajib ambil tahu hal mereka. kerana itu hak jiran yang sering diingatkan oleh jibril kepada nabi muhammad s.a.w..

bukan itu sahaja. segala penyakit moral yang berlaku di malaysia adalah berpunca dari kurang penghayatan agama..kerana apa kurang.kerana kurang pengetahuan agama.

jiran kita kitalah jaga..agama kita islam.kita juga kene jaga.


Tuesday, April 27, 2010

KAKI BOTOL!



kalau tengok title tuh.mula2 teman rasa ramai yang akan kata teman nak cerita tentang orang mabok yang sinonim dengan kaki botol kan. bukan itu maksud teman sebenar nih.nih kisah anak teman la. 2 2 hero teman sekarang nih sedang membesar. yang sulong dan nak masuk lima tahun bulan 8 nih. yang kedua dah nak masuk 2 tahun.

yang sulong walaupun dah nak masuk 5 tahun. masih lagi suka minum menggunakan botol.mungkin sebahagian mak ayah seperti teman nih rungsing.bila nak putus minum susu boto nih. pergi tadika pun masih membawa botol sebagai bekalan. walau pun kawan ejek dia buat tak dengar je.bab tuh dia kebal.cikgu kata kalau time cikgu tengan mengajar dia selamba minum botol dia. dia kata dia dahaga.

pantang dia bila adik dia mintak susu.maka dia akan mintak juga walaupun baru selesai satu botol. harap2 bila nak masuk 6 tahun dia boleh berhenti tabiat minum botol nih.tak larat nak tuko puting dah. puting tuh akan hancur kalau dia hisap.sebb dia tak puas hati lubang bersaiz xl. dia mahu lubang saiz xxl.baru dia puas minum.

Monday, April 26, 2010

TERIMA KASIH USTAD!

salam ust. Time kasih byk2. soaln 100% sbiji. 15 mint je dh kuar. Tq so much. Sender: +60139829***

Akum.tq.smua solan keluar.kami boleh jawab.yakin dapat A. Sender: +60199361***

dua msg yang teman dapat semalam.selepas habis xm subjek bahasa arab. stdent PJJ. alhamdulillah teman berjaya menolong mereka2 nih. kebanyakkan mereka nih adalah guru2 lama yang mengajar.paling tua lagi 4 tahun nak pencen. tetap jua student teman.mengajar mereke nih tak macam teman ngan student2 diploma sepenuh masa. teman kene banyak bersbar dengan karenah2 mereka nih. biasala ngajar orang2 tua la. yang pasti jauh lebih tua dari teman.ini semua kebanyakan student PJJ-UPM yang sambung degree .

teman sabar dan tetap mahukan mereka nih dapat yang terbaik dalam peperiksaan. so teman rajin buat soalan untuk mereka.alhamdulilah dah 4 tahun temann gajar nih.mmg hasilnya nampak..

hasil bersahabat dengan mereke nih mudah gak kerje2 teman nak2 yang melibatkan pihak sekolah. lancar je biasanya.tahniah buat yang berjaya.

yang pasti teman sentiasa mendpat hadiah setiap kali akhir semester..tq banyak2 la.teman tak mintak pun. upm dah bayar gaji teman...terima kasih bagi.teman tak tolak.

Sunday, April 25, 2010

SALAH SANGKA!

anak sulung teman. tetiba nak gi east cost mall.best katanyer.bleh tengok raksaksa besar.pelik teman dengor mula2.ape kaitan ecm dengan raksaksa. dia dengar citer cikgu2 dia ecm tuh best macam2 ade. so hari nih lepas bawa mama cari seluar nak padan ngan baju baru di KAMDAR..tengok jam awal lagi.dia pulak nak buat perangai dah.sebb nak juga g ecm. so amik keputusan bawak je la dia gi.niat dalam hati teman nak tunjuk je ada lagi mall selain kuantan parade.biasa g kuantan parade je.senang.sebb kat tingkat atas ada tempat mainan budak.

sampai je.mula2nampak kesan keretakan bangunan.kalau korang perasan la.cuba tengok dinding2 dia.banyak keretakan2 kecil kan.so tak berani nak parking kat bawah tuh.takut runtuh.rosak kete.harap takde la runtuh.cukup la kat ganu je dikenali sebagai darul runtuh. studium runtuh.laluan org ramai runtuh.bangunan umt runtuh...harap2 pahang ok la. bila settle parking kete.tetiba hero teman tanya mananyer...teman jawap apenyer..kata nak tengok cost mall.. teman jawab nih le..nih bukan..nih tempat jual2..dah tuh..cosmos la..atomen cosmos...lohhh! bukan ultraman cosmos ayah cakap. east cost mall la...pasaraya..takde kaitan dengan cite otromen pun..tuh la..suke tengok autromen lagi...


Saturday, April 24, 2010

CORETAN SABTU

ikan merah goreng halia + kailan goreng cendawan...
ikan merah goreng halia
hari sabtu.hari ni isteri teman kene ke sekolah.dia dah bg tau teman hr khamis lg.tak pe.sbb minggu nih teman free.tak de ceramah atau ape2 program.so teman akan take over anak teman. kebetulan minggu nih juge anak sulung teman ade program di tadika dia.dia ade rombongan ke muzium.disebabkan dia nak gi.teman tawakal je.bagi je dia ikut.setengah parent tak bagi.tak yakin.teman bagi je.biar dia berdikari awal2 usia lagi.teman bagi air miniral water je sebotol sebagai bekalan. cikgu dia kata bekal akan diberi nanti. isteri teman keluar kul 645 am. teman anak jam 730 am. so dah hantar yang sulung.teman tinggal dengan yang sorang lagi.adl zahin. sebab tak makan lagi so teman bawak anak teman gi makan kat kedai.makan nasi lemak ngan nescafe o suam je. makan dalam keadaan tak berapa nak tenang.maklum la bawak yang kecik.tegah makan nak dokung.geram betol.tapi sabar.

kalu dia terus meragam camtuh.mmg angin teman.keje mende pun tak bleh buat.tetiba dia sebut.ata. ata. ata..egu.egu.egu.. fuhh! syukur. aku paham maksud dia.maklumla bapak mithali kan.dia nak gi taska jumpa cikgu dia...yahoooOOO. teman masukkan dia dalam kete.start enjin.masuk gear.terus tekal pedal minyak..sedar2 depan taska dia dah.kebetulan cikgu dia dah ade kat depan.terus bagi..lega rasa dia dah gi taska. bukan ape.banyak la kegiatan kat rumah teman bleh buat. basuh kain.nyapu rumah.mop lantai.cari peluh...kul 11 je.teman mula rasa lapor dah.teman pun ke kedai beli ikan...tengok2 kat pasar ikan merah.sepotong teman beli.rm 5. je.ikan baru.rasa sedap.siap.masak goreng halia(rujuk gambar)...sayur kailan goreng cendawan (teman reka je)...tengok gambo atas.

pukul 12 teman dah siap masak.teman kene amik anak sulong.balik dr rombongan kul 1230..sampai kat taska dia kul 1235.tak dee sampai lagi.teman terus berdoa supaya selamat semua. alhamdulillah jam 1240 teman nampak kelibat anak teman jalan ke arah ketera sambil menjinjing beg plastik nagan botol air.sambil tersengeh. camne zahin jalan2 best tak.. beh! jauh tempat tuh... tengojk dari gaya muka dia suka... ayah nak milo...jom..ayah belanja milo...

naik je kete..dia tanya .adik mana ayah...jom kita gi amik adik dulu..pastuh gi minum milo...g amik adik dia..gi minum milo..bawk balik uamh..sampai umah je.. mama mana ayah..mama kerja lagi...

kul 145..mana dia sampai..alhamdulillah..bleh aku tido lena pasnih...

Thursday, April 22, 2010

HISTERIA!

movie pun ade bertajuk histeria. kisah mistik yang sering berlaku. mangsa akan terjerit2 sambit sebut perkara tak tentu arah.atau sukar difahami. sering melanda pelajar2 remaja. selalu teman akan menjadi mangsa untuk dihubungi oleh pelajar2 atau warden atau kaunselor. dulu2 teman tak kisah.teman sudi je menolong. padahal teman memang takde langsung belajar tentang ilmu kebomohan nih. di jordan dulu pun, teman tak jumpe tajuk kebomohan atau dalam istilah arabnye -ruqiyyah-.seinggat aku mmg tak de. nak kata teman banyak amalan.itu nyata tak de amalan2 pelih.sekadar zikir selepas solat. tuh pun dah makin harin makin kurang.anak teman suka kacho teman.lepas solat dia akan ajak teman main lawan2. dah 2 orang nih.pail sama se dua.ajak teman main2 lawan2.teman jadi raksaksa.memang teman tak beramalan2 khusus.hanya beberapa surah jadi amalan teman.

sekang nih barang kali umur teman dah meningkat. dah 34 tahun.sukan kurang.stamina agak tidak ada.bukan agak teman rasa.mmg takde..teman pun kerje ofis hour kul 830 teman keluar.kul 530 teman balik.biasa sampai rumah jam 6 ptg.sampai je pasti anak teman tersenggeh2 tunggu dpan pagar.sbb nak ajak teman main diluar.dia kasuh basikal.teman follow. masuk rumah jam 7 dengan pakaian kerja tadi. bulih bayangkan camne kehidupan teman kan.

pas maghrib.teman ngajar bduak mengaji.sebulan 2 nih.budak cuti je.teman tengah buat poch kete.rumah semak.bulan lima mula semula. habis ngaji teman.solat. tengok la sisa berita yang berbaki.tuh pun kalau sempat,kalau budak datang ramai.alamat.tak sempat la.

pastu borak2 ngan wife teman.sampai kul 10 mlm. 1030mlm dah tido.sbb teman nak suh anak sulung teman tido awal.tuh lambat la tuh.

time teman tengah sedap tido.ringg! ring! ring!... jam 130am.ust tolong datang rumah..kawan merancau2 nih...earghhhhh!.. teman pulak macam nak jadi hesteria. kalau tak nak pergi.kesian.iye la bayangkan kalau anak kita kena macammana.tak kesian ke!mesti pergikan!

sekarang nih teman bersyukur punyai otak geliga. teknik baru teman sekang nih senang je..teman guna hand phone je menyembuhkan histeria. yang ringgan2. percaya tak teman berjaya melakukannya. buktinya boleh pergi tanya mangsa2 histeria di sini....bukan teman sembuhkan ye..dengan izin allah sebenarnya.

so sekarang teman tak perlu keluar malam sangat dah. bini teman pun lega dah.tapi time2 kritikal teman kene pergi. sebab tuh je jasa teman boleh buat pun.nak tabur duit.teman bukan orang kaya.

semalam punya cerita. satu bas stdnt baru balik dari berkursus. yang kene beberapa orang.pengiring pelajar2 tersebut kata. ade 'mende' ikut naik bas nak gi kolej. talipon teman suh tunggu kat kolej kul 12 mlm..memeutar kepala teman cari idea camne nak settle masalah nih! malam semalamkan malam jumaat.malam untuk para bapa dan ibu. teman call semula.teman kata; tak pe. nanti berenti kat RNR gombak.semua turun makan.teman akan uruskan dari sini sahaje. betoi. depa buat ape yang teman suruh. teman ajo lebih kuran kat pengiring dia.sebelum naik bas. semua ludah belah kiri 3 kali.baru naik.nanti 'mende' tuh tak ikut dah.dia duk situh je.depe ikut.

alhamdulillah. sampai malam tadi.tak de orang call teman. pagi tadi teman jumpa pengiring pelajar tersebut. kata ok la ustad. tapi lemah2 je badan! teman kata.tak pe..bawak limau purut.teman buat air gi mandi!..depa bagi. teman buat. depa mandi...alhamdulillah segar badan kalau mandi dengan air limau purut. he he he.


Wednesday, April 21, 2010

PERKARA-PERKARA BIASA BERLAKU SETIAP KALI PRK

  1. PEMIMPIN AKAN MENABUR JANJI...macam2 ada...
  2. DOSA MENFITNAH & MENCACI@MEMAKI DAN SEWATU DENGANNYA AKAN BERLAKU..bukan dalam paper je.. pegi la time mengundi pun jumpe punya....
  3. KELIHATAN PEMBESAR2@PEMIMPIN2 TURUN PADANG...yang tak penah datang pun datang..datang melompat2....
  4. KELIHATAN PEMIMPIN MELAKUKAN PERKARA YANG DIA TAK BUAT DI RUMAH..menyapu sampah...tolong cat rumah..repair rumah..kukur kelapa....makan di gerai dll...
  5. PEGAWAI BERUNIFORM AKAN MENJAGA KESELAMATAN TAHAP MAKSIMA..time nih pencuri tak berani nak buat projek sangat...kalau berjaya juga mungkin rezeki pemimpin time tuh... boleh gi hulur sumbangan tanda simpati....
  6. PENIAGA RUGI..biasa yang buat makanan la..tempah berbodong2..time bayar..cam hampeh..tunggu orang nih..org nuh la..cam2 lah....
  7. ORANG FAQIR AKAN SENANG SIKIT...pemimpin datang rumah..bg duit..kalau 2 parti bertanding2..2 2 datang...mensti ade hulur2 punya....
  8. PERUNTUKAN UNTUK PEMBANGGUNAN YANG TERJANGKAU DEK AKAL....
  9. MASALAH 20 TAHUN DAHULU.boleh selesai dalam masa 1-2 hari jer...selepas menteri turun....
  10. lu pikir la sendiri....

LAGI NAMA ORANG HUTANG YANG DIKEHENDAKI

YAYASAN PAHANG TUNTUT HUTANG!

ini keratan akhbar yang menuntut kepada sesiapa yang tak bayar lagi hutang kene la bayar. sian kat pelajar2 lain nak belajar.mejoriti memang la orang melayu islam. hutang wajib dibayar. tahukah anda sekiranya anda mampu untuk membayar hutang. walau pun sedikit. wajib membayarnya. HARAM mencari alasan untuk melewat-lewatkannya.

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Penangguhan membayar hutang oleh orang kaya adalah perbuatan zalim. riwayat muslim.

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Ada seorang lelaki yang mempunyai hak pada Rasulullah s.a.w bercakap kasar dengan baginda, sehingga para sahabat Nabi s.a.w merasa susah hati. Maka Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya pemilik hak itu boleh berkata apa saja. Baginda bersabda: Belikanlah seekor unta lalu berikanlah kepadanya. Lalu mereka berkata: Kami tidak mendapatkan apa-apa kecuali unta yang lebih baik dari pada untanya. Baginda bersabda lagi: Belilah dan berikanlah kepadanya kerana sesungguhnya orang yang paling baik di antara kamu atau orang yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik ketika membayar hutang . riwayat muslim.


Monday, April 19, 2010

PERIKSA PUN MAU TIPU!

itulah senario yang berlaku pada hari peperiksaan. tapi dak semua. base kepada pengalama melihat gelagat2 orang2 tua periksa. kalau budak remaja mungkin hanya membawa tolol sahaja. bila org tua nih.bukan sahaja toyol.hantu raya pun derang bawak.

adekah mereka tidak memikirkan tentang keberkatan dalam mencari rezeki.bila dapat ijazah pasti gaji akan naik. setiap kenaikan gaji tersebut terbina daripada asas menipu tadi..menipu dalam periksa.

memang ada hukum yang mengharuskan menipu tetapi hanya dalam 3 perkara sahaja. disebut dalam hadis muslim: iaitu dalam peperangan. harus menipu.tidak boleh jujur menceritakan tentang kekuatan ketenteraan yang dimiliki oleh pasukan kita. jika ditanya.wajib menipu.. boleh menipu untuk tujuan menjalinkan semula persaudaraan antara 2 orh yang sedang bermusuh.. dan boleh juga menipu suami atau isteri dengan tujuan untuk menjernih keadaan.dan mengekal keharmonian.

dalam periksa tidak pula dibenarkan untuk menipu dengan cara meniru...ingat! islam tidak menghalalkan cara.


Sunday, April 18, 2010

MASUK ASAP! KELUAR ASAP!

hari jumaat bebaru nih...masih lagi cuaca panas..kalau tak silap dekat 3 minggu tak de hujan langsung...balik ke rumah tadi..dari jambatan bukit ranggin lagi dah nampak asap berkepul2 warna hitam...tak tau ape terbakar...kejadian tersbeut rupanyer....lebih kurang 1km je dari umah aku...ade kata tapak kilang terbakar...tapi yang pasti pagi tadi..jumpa orang bomba dia kata stor tnb terbakar....

akibat dari kebekaran tersebut..hutang2 berdekatan turut terbakar...malam tadi..alhamdulillah..hujan turun dengan lebatnyer..maka terpadam lah api tersbeut...nak jedi cerita..bangun je pagi...bukak pintu..masuk asap dari luar..seluruh taman inderapura berkabus asap..sakit mata...pedih kene asap..so kipas setiap dibuka..supaya asap luar tak masuk...alhamdulillah berkesan gak tindakan tuh...nak kuar umah pun tak leh hari nih...nih baru allah hantar asap...hebat2 orang barat...allah hantar debu je terkandas semua operasi yek... itulah kuasa allah....

Friday, April 16, 2010

CIUM KEMALUAN ISTERI TIDAK BAU SYURGA

ceramah kursus perkahwinan di masjid negeri. dalam satu topik yang membincangkan isu adab bersama pasangan masing-masing setelah menikah. teman telah mengatakan bahawa sesiapa yang cium kemaluan isterinya atau suaminya..maka mereka tidak akan sekali-kali dapat bau syurga. kelihatan peserta yang datang berbisik2 sesama mereka..

untuk meredakan keresahan masing2 teman berkata; ada apae2 soalan ke sebelum saya meneruskan ceramah kita pagi nih...

bangun seorang peserta lelaki yang bersongkok. lagaknya seperti seorang ustad dari cara pemakaiannya...bergerak ke mic yang disediakan...saya ********* dari ****... merujuk kepada kenyataan ustad tadi...berkaitan dengan hukum mencium kemaluan tidak bau syurga... teman: iye..silakan...

peserta: saya belajar di ****... saya ade terbaca dalam kitab tafsir ahkam ibn arabi..mengatakan harus untuk mencium kemaluan isteri atau pasangan masing2..cuma dari segi adab tidak berapa elok..lagi pun hanya suami sahaja yang boleh buat demikian...yang lain2 tak boleh buat ust.... boleh ust jelaskan lagi mengapa tidak boleh buat demikian dan kenapa tak boleh msuk syurga....

nampak..berbezanya cara orang berfikir...asasnya bagus peserta tersebut...nampak ketika itu..peserta terangguk2..ingin mengetahui lebih lanjut...

menjawab persoalan yang ditanya semula oleh peserta.... sedara jangan salam faham...saya takde pun cakap bahawa cium kemaluan pasangan itu haram..saya tak cakapkan...ade sapa rakam ceramah saya...ade saya kata haram..tak de..saya tak kata pun tak masuk syurga... saya kata cium kemaluan isteri tak bau syurga... iyela kalau kite cium kemaluan isteri..bau kemaluan le lah.....

..>>......la.la.la.la.....>.hua..hua..hua....

Thursday, April 15, 2010

NI LA BELUKANG

NI LA GAMBO BELUKANG SEBENORNYER..

BELUKANG!

Operasi nak tarik kereta...sedang dijalankan oleh geng2 tarik kereta..kete sapa tah nih...viva..plat no rahsia arr..tapi dah 4 bulan belum bayar lg...
kereta berjaya ditarikh..kerete jenis auto..tuan tak de..so kene heret je la camtuh...

Belukang! nama binatang sebenarnyer...gelaran nih adelah untuk penarik kete yang dilantik oleh bank...hari nih ade sebijik kete kene tarik berlaku depan mata teman..so teman tanya la jugak..sebab teman tengok dia tengok teman macam cuak2 je..so teman tanya la mana surat bank dan sebagai..semua dia tunjuk...oooOOo..camtuh cara nyer...tapi tak lama lagi kalau akta diluluskan supaya dapat kebenaran mahkamah dulu..takleh dah baut camni..kene tunggu surat mahkamah dulu la...ikut demeh la..keje demeh dok...

Wednesday, April 14, 2010

BORAK-BORAK KISAH CINCIN

cincin nih sapa nak harga dia rm 5000 je...mempunyai kuasa yang luar biasa..batu hijau nih..jenis delima...kat mesia nih..susah nak jumpa...kalau nak bukti saya tunjuk sekarang...batu nih..kalau aji tunjuk je kat teksi..kompem naik tak yah bayar.... aji: bior betoi ouk nih nan. sumpah! aji...betoi punya citer nih.. kalau pak aji tak caya pak aji boleh panggil teksi sekarang ..naik la pusing2 bandar kuatan ke..mana2 ke..tunjuk je cincin nih kat dia..jangan kata ape2 naik..kompem takyah bayar... aji: biar benar mamat nih.. aji nak test sekang nih pun bleh..pangil teksi sekang nih...

aji: kalau aji test guna dulu takyah bayar dulu yer..aji nak tengok keberkesanan dia... boleh2..amik je la.... dalam 5 minit kemudian datang teksi kuantan...

teksi berenti.. mamat nih pun bangun..nak beredar..agak jauh dari aji tadi..dia pun cakap kat aji:.. aji...nak naik tuh tunjuk kat rebar tuh..kompem tak kene bayar....tapi time nak turunkan..tu aji kene pandai2 la settle sendiri.... aji; lahabaUUUUUuu....

SETAN!

malam nih bdk datang ngaji lambat sikit..habis je ngaji..terdengan laungan azan dari surau.. emmmm! maleh la gi..sambahyang kat umah je lah... basuk bilik solat.. teman pangil anak teman: zahin! meh sembahyang... terkedek2 datang duk depan aku...sembahyang bersama2..aku imam..dia makmum..tapi biasa dia akan habis aawal dari teman le... assalamualaikum warah matullah!.. habis bagi salam belah kanan...

istigfar semua cukup..dah nak doa... teman pangil lagi anak teman ! zahin meh ayah nak doa!.. lari duk atas riba sambil aku berdoa...puji-pujian untuk allah s.w.t...selawat atas nabi..para sahabat..tabik..tabi in...

ya allah ampunilah dosa kami! kurniakan kami keluarga yang bahagia! jadikanlah kami hamba2 mu yang soleh! Ya.. allah jauhi kami dari gangguan jin dan syaitan...hasd dengki manusia.. kurniakan kami jiran2 yang mulia...

aminn...

tuh antara isi kandungan doa dalam bahasa melayu..bagi anak2 n isteri paham....

selesai berdoa... teman pangil anak teman..

zahin!.. ayah doa ape tadi... sambil sengeh2 dia jawab: setan!..

.......... :/

Tuesday, April 13, 2010

HONDA.TOYOTA. PRO-DUA

itu adalah brand2 kete yang biasa dilihat dijalan2 raya..termasuk di indonesia..sangat2 banyak orang guna toyota... hari nih teman nak citer tentang layanan kalau pergi ke bilik2 pameran jualan kereta2 seperti jenama di atas..

cerita nih teman hasil temuramah dengan kastemer yang dah gi survey2 nak beli kete bebaru ini.. kalau kita tengok jenama pun dah tau camna kualiti kenderaan tersebut..kete mesia pun bagus gak..tapi mungkin kereta jenama lain lagi bagus..begitu dengan pelayan2 tetamu nih.. atau orang putih sebut customer service...

suasana di produa kuantan...jarang-jarang kita disambut..jauh sekali nak bukakan pintu untuk kiter...kalau kita jenguk2 kete tuh..sempat rasa penat baru ade orang akan datang tanya... nak beli kete cik... kalau kita jawab yer...maka dia akan menilai pula kita dengan melihat pemakaian..maksud teman..kalau gi pakai seluar trek...kalau kita jenguk2 kete PRO DUA SE... dia akan kete nih mahal sikit cik...yang sana tuh..biasa jer..tapi kalau cik minat juga untuk SE nih gaji boleh dicombinekan... aik...bila lak dia tau gaji aku cukup ke tak cukup nih..budak nih barang kali tidak diajar tentang bagaimana nak sembang ngan orang...sepatutnya lebih bagus dia citerkan tentang bagusnyer kerete tersebut..kadang2 yang datang pakai selipar tuh tidor atas duit dik oi...itu situasi yang berlaku di produa...

di pusat jualan honda ..sangat2 lain...nak masuk je pusat tersebut..terus amoi2 situ akan bukakan pintu..dan ditanya kepada kita nak kereta jenis ape...tanpa lihat pakaian...atau pun dia akan kata....awak nih cikgu kan...awak pensyarah..awak pegawai mana...semua menampakkan kehebat orang tuh..kita masuk pun rasa lain...dihidangkan dengan minuman panas...ish..ish..best betoi...dia akan bawak kita nak kereta..dan boleh tanya bermacam2...sangat seronot...

di pusat toyota..emmm...ok jugak...tapi tidk seperti di pusat jualan honda...tahniah pekerja2 pusat jualan honda...

ini adalah hasil luahan rasa member teman ajer..mungkin dia yang tidak bernsib baik ketika itu..atau ebaliknya..hanya allah lebih mengetahui...

salammm.....


FACEBOOK KENE BLOCK!



topik menarik dan memeranjatkan..haaaa...nape lak... ha ha ha..aku tak kisah..aku bukan ade facebook...elok la tuh duk ngadap komputer je keje tah pe pe... itu sebahagian reaksi yang dapat dilihat dan didengar setelah mesyuarat setuju untuk block je facebook...

sebenarnya banyak dah negara2 yang mengharamkan pengunaan facebook nih...mereka berpendapat fb nih mampu memberi kesan nagetif kepada masyarakat.. kalau dalam organisasi pula bulih menyebbkan mutu kerje menurun...itu pendapat mereka..nak tahu lebih lanjut..taip je dalam google...tentang buruk facebook..bersepah keluar maklumat...


secara peribadi..pada aku facebook nih telah menhubungkan semula aku dengan kawan2 dan ex-student aku yang duk dimerata2 dunia..dapat bertanya khabar..mengetahui sedikit sebanyak tentang keadaan mereka itu....itu yang besar punya impak aku dapat...dan ade yang kata..eh..ustad ade facebook...tak sangka..ape ingat aku kampung sangat ke...mmg duk kampung pun...tapi mengikuti perkembangan kemudahan teknologi gak..dan mungkin sebab besarnya aku berada di SHAHPUTRA...kalau aku kerja lain..tak tentu lagi...

pasai game2 yang ade...aku tak minat sangat...nak kata melalaikan..tak berani sebab aku tak main dan tak rasa..tapi ade kala nyer game tuh merancakkan otak kita supaya berfikir..so kalau kene cara kita gunakan kemahiran tersebut dalam merancang setiap tindakan yang perlu dilakukan..tapi kalau dah main lebih pada kerja...makanyer HARAM pada aku..sebab tanggungjawab hakiki dah diabaikan...

aku dan facebook hari-hari...balik umah layan jugak....tuh kalau anak aku tak ajak main otromen la...kalau dak aku suka layan anak jer...hari kerja..pagi2 selepas buka sistem kolej melihat berapa ramai stdnt online..aku akan chek result spm student mengikut program..sehingga tepu..aku akan layan facebook seketika..melihat komen2..mencari cerita2 kawan2... dah ok sambung kerja..kalau tak..aku suka layan baca blog sape2 je.... dannn andaikata kita datang kerja..kita bukak facebook dulu..tak buat kerja dulu...itu tidak betoi...

esok sudah berubah...facebook dah diblock..atas sebb tertentu yang pastinya untuk kebaikan semua.....aku ok je...sbb aku ade broadband... ha ha ha ha...

Monday, April 12, 2010

SOALAN CERDIK : KITA BERDOA



jumaat lepas turn aku keudara untuk program gema jumaat...terima kasih pada yang bertanya. alhamdulillah semua soalan telah dijawab secara live di radio. balik ke ofis...dapat satu panggilan yang ingin bertanya soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan di radio tadi..berkaitan doa dalam kehidupan. sedara nih soalan dia agak mencabar..kerana dia orang-orang2 bijak..dan mempunyai anak2 yang bijak... soalan dia camnih..

ust! dalam al-quran allah s.w.t berfirman yang bermaksud: dan telah berkata tuhan kamu: berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan kamu . surah ghafir: 60.. maksud ayat ini menunjukkan bahawa Allah suruh kita berdoa dan allah akan makbulkan.. betul tak ust?. Ye betul dari segi maksud zahir ayat tersebut.

sedara tersebut terus bertanya; tapi ust kenapa ramai orang yang berdoa allah tidak makbulkan..seolah2 allah tidak melaksanakan janji dia..sepatutnya dia makbulkan kerana allah yang suruh berdoa..apa pandagan ust.. so dia kata APA PANDAGAN USTAD..aku suka je bila org tanya pandangan..sebb ia adalah pandagan..maka org takleh salahkan aku selagi pandangan aku tidak bercangah dengan al-quran dan hadis...

macam nih la pakcik..untuk allah makbulkan doa kita..kita kene penuhi syarat2 dia terlebih dahulu...banyak syarat..kalau pun kita penuhi syarat tersebut tapi allah s.w.t masih tidak makbulkan doa kita , merujuk kepada sebuah hadis: apabila sesorang hamba berdoa; allah akan memaqbulkannya dalam 3 keadaan; 1- segera memakbulkan doa tersebut. 2- membayarnya di akhirat. 3- dengan cara mengelakkannya dari sebarang musibah di dunia : riwayat ahmad.

kalau orang yang kuat buat maksiat kepada allah..tetapi kita lihat seolah2 allah makbulkan doanya..itu dinamakan ISTIDRAJ...

so kalaupun allah tak terima doa kita..teruskan je berdoa..sebb doa ini adalah ibadah...kalau kita dah malas nak berdoa sebb doa tak dimaqbulkan allah..ketahuilah bahawa selemah2 manusia adalah mereka yang lemah untuk menadah tanga memohon doa kepada allah s.w.t ...dan semulia2 amalan adalah berdoa....

Sunday, April 11, 2010

HARI KESIHATAN SEDUNIA : KUALA LIPIS


kolej kami ade kat kontan je dato'..stdent2 ade la jugak praktikan kat hospital lipis nih..

susah2 je dato' nih bagi sijil..terima kasih..jemput la buat lawatan ke shahputra...

nih ha sijil kami dapat puan maznah...

Saturday, April 10, 2010

RENDANG JERING

rendang jering...penah makan tak!.. bukan takat tak penah makan..dengar nama pun tak penah..itu respon student aku...hari nih aku buat rendang jering..nak makan camtuh je mmg tak leh masuk tekak...masak rendang nih..bleh habis setengah pingan... tq pak rashid sbb bg jering nih...nak resepi..bleh...kalau ade pemintaan baru aku tulis..kalu dah buat penat je...

Thursday, April 8, 2010

JALAN-JALAN BANDUNG SAMBIL2 SHOPING

kat sini ade pameran haiwan pelik..tak pelik pun aku tengok..biasa2 je...takat ade kera albino je la...
nih dekat PARIS DE JAVA....macam mega mall & ecm je....

sempat melihat pameran batik...
kat sini memang org ramai suka shoping....termasuk la kau..sejuta rupiah terbang...

sini pun best gak..beli baju hard rock 2 helai..untuk anak2 je la....

Monday, April 5, 2010

MANDI MANDA SANTAI MINDA

zahin takut kemas ayah!..bukan kemas la..leeemas....

he he he...tak takut dah..ayah pegi la sana...

haa..nak mandi sangat..terjun cepat sikit..abang zahin dah hilang pas mana tah...

senyum...mama amik gambor....

Sunday, April 4, 2010

RESULT SEMESTER PERTAMA...



aku kecik2 dulu...umur 6 tahun baru masuk tadika..tuh pun main pasir je..bdk2 sekang nih jangan yeop...advance giler...siap ade ujian lagi...

Saturday, April 3, 2010

JALAN-JALAN ..SIAR-SIAR...

gambar atas nih cuba tengok signage rumah sakit..berbeza ngan mesiakan..kat indonesia gambar siap katil lagi tuh....
ejaan spooring yang jarang2 kita bleh tegok....
makan2 sebelum gi bandung..meraikan kenalan di indonesia...
yang pompuan sebelah aku tuh aweq indonesia..yang depan tuh pun sama....dia la incas untuk cari candidet yang dikehendaki oleh kolej...

Thursday, April 1, 2010

D BANDUNG B JAKARTA

kalau kat mesia kita pangil no flat kete je kan..kalau di indonesia...ia juga termasuk hayat road tax kete kita...so kalau kat cermin mmg tak jumpala cam yang kita selalu tempek pun..so cermin bersih...
D tuh adalah daerah atau kawasan: D=Bandung, 1634 plak no kenderaan..cam keta aku la..950.. LN nama lokasi pemilik kete... 08-14.. roadtax kete nih akan mati pada bulan ogos 2014...