jumaat lepas turn aku keudara untuk program gema jumaat...terima kasih pada yang bertanya. alhamdulillah semua soalan telah dijawab secara live di radio. balik ke ofis...dapat satu panggilan yang ingin bertanya soalan yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan di radio tadi..berkaitan doa dalam kehidupan. sedara nih soalan dia agak mencabar..kerana dia orang-orang2 bijak..dan mempunyai anak2 yang bijak... soalan dia camnih..
ust! dalam al-quran allah s.w.t berfirman yang bermaksud: dan telah berkata tuhan kamu: berdoalah kepadaKu nescaya akan aku perkenankan kamu . surah ghafir: 60.. maksud ayat ini menunjukkan bahawa Allah suruh kita berdoa dan allah akan makbulkan.. betul tak ust?. Ye betul dari segi maksud zahir ayat tersebut.
sedara tersebut terus bertanya; tapi ust kenapa ramai orang yang berdoa allah tidak makbulkan..seolah2 allah tidak melaksanakan janji dia..sepatutnya dia makbulkan kerana allah yang suruh berdoa..apa pandagan ust.. so dia kata APA PANDAGAN USTAD..aku suka je bila org tanya pandangan..sebb ia adalah pandagan..maka org takleh salahkan aku selagi pandangan aku tidak bercangah dengan al-quran dan hadis...
macam nih la pakcik..untuk allah makbulkan doa kita..kita kene penuhi syarat2 dia terlebih dahulu...banyak syarat..kalau pun kita penuhi syarat tersebut tapi allah s.w.t masih tidak makbulkan doa kita , merujuk kepada sebuah hadis: apabila sesorang hamba berdoa; allah akan memaqbulkannya dalam 3 keadaan; 1- segera memakbulkan doa tersebut. 2- membayarnya di akhirat. 3- dengan cara mengelakkannya dari sebarang musibah di dunia : riwayat ahmad.
kalau orang yang kuat buat maksiat kepada allah..tetapi kita lihat seolah2 allah makbulkan doanya..itu dinamakan ISTIDRAJ...
so kalaupun allah tak terima doa kita..teruskan je berdoa..sebb doa ini adalah ibadah...kalau kita dah malas nak berdoa sebb doa tak dimaqbulkan allah..ketahuilah bahawa selemah2 manusia adalah mereka yang lemah untuk menadah tanga memohon doa kepada allah s.w.t ...dan semulia2 amalan adalah berdoa....
No comments:
Post a Comment