Tuesday, August 10, 2010

HARI PERTAMA BERSAHUR

alhamdulillah! allah panjangkan usia kita dapat gak teman berpuasa tahun ini. malam tadi kita bersahur! sahur nih penting dan disunnat untuk melewatkannya. itu yang disebut dalam hadis.

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya [ riwayat muslim].

so nak cari berkat kenelah bersahur. melawan rasa mengantuk dan keenakan tidur. setengah org abaikan je sahur nih. ingatlah. mereka dah rugi.

teman memang suka masak, masakan panas time sahur. memang selera makan ime panas2 tuh. untuk sahur 1 ramadhan nih teman masak nasi putih[wife masak] telur dadar + daging paprit. bahan2 nak buat semua teman dah siapkan awal2 lagi. bahan2 tuh jugak bukan pakai sekali yer. mungkin 2-3 kali. kalau habis top up lagi. so nak masak mmg tak jadi masalah kalau bahan2 dah siap...selamat bersahur dan selamat berbuka semua.

No comments: