Sunday, September 19, 2010

SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT ALLAH

dah 2 minggu lebih berita utama setiap surat kabo arus perdana cerita pasai tragedi tragis sadis yang menimpah dato sosilawati. nak buat macam mana takdir hendakkan kematian mereka begitu. so kita kenelah terima dengan redhanyer.. cakap senangkan ..kalau ke anak beranak..adeq beradik sendiri guane yer..

yang takde kene mengena dengan keluarga dato' mengelegak jiwa baca paper cerita macam mana mereka dibunuh. yang berkaitan lagi lah sedih.. di kedai2 kopi sibuk lah citer tentang keganasan india. ade cine sorang nih pun citer gak. sambil2 teman pasang telinga. kalau gengster cina lain loo..kasi tembak ..sekali mati jer.... iye la tuh..sembang2 kedai kopi la katakan... rata2 menanam rasa tak puas hati kepada pembunuh berbangsa india..

pada teman tak semua india begitu..semua bangsa ade wakil2 yang tak diiktiraf berperangai cam binatang nih...cuma kita sentiasa kene mintak allah lindung agar tak jadi mangsa mereka..kerana ape..harta tak boleh halang jadi mangsa mereka..macam kes dato' sosilawati la....yang boleh tolong allah jer... so kene minta tolong sentiasa...mudah-mudahan dilindungi allah s.w.t..

ade disebut dalam sebuah hadis..allah s.w.t kalau dia timpa pelbagai dugaan kepada hamba dia di dunia ini lain tak bukan..nak hamba dia suci dari dosa ketika mengadap dia nanti.. moga itulah yang diperolehi oleh ruh dato sosilawati & sahabat2 yang terlibat dalam pembunuhan tersebut... semoga sipelaku turut mendapat balasan setimpal dan mohon diberi petunjuk... teman teringat kisah bani israil dalam sahih muslim...seorang pemuda membunuh 100 orang...dimasukkan ke syurga kerana bertaubat..

sebuah kisah lagi.. allah s.w.t ketawa melihat 2 orang saling membunuh dimasukkan syurga. seorang mati kerana pertahankan agamanya. yang membunuh tadi menyesali atas perbuatan dan bertaubat, terbunuh sewaktu pertahankan agama setelah bertaubat...

macam2 mungkin terjadi...

No comments: