Thursday, January 27, 2011

INTERLOK : sabar la pak lah!

sebuah novel yang diguna pakai untuk bahasa melayu. tanya si pemalas yang tak suka guna tak untuk bersikir sesuatu yang baru. memang jawapan 'menyusahkan' cuma jika bertanya pecinta ilmu jawapan suatu yang baru' ilmu yang baru.

kecoh menceritakan tentang interlok kebelakangan ini. iye! sesuailah slogan rakyat didahulukan ( setengah sembang2 kedai kopi kata " rakyat didahulukan untuk dikorban.. semua barang naik kan rakyat yang kene dulu .. ha ha ha macam2 akal tapi terpikir jugak logiknyer. ) kerajaan prihatin dengan masyarakat akan tetap melakukan sesuatu. hari ini interlok akan dimurnikan semula. maka buku tersebut yang telah dikarang oleh pak lah org kata mungkin ..mungkin...mungkinkah..! org macam teman mungkin rasa sikit dalam hati. kalau teman yang menulis pasti rasa lebih! buku yang ditulis oleh ahli bahasa yang diberi pengikrafan sebagai sasterawan negara :

Datuk Abdullah Hussain
(lahir 25 Mac 1920) ialah penulis novel dan penulis. Beliau menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996 yang menjadikan beliau Sasterawan Negara kelapan.

tetiba-tiba dikomen oleh beberapa kerat manusia-manusia yang cakap bahasa melayu pun tak berapa betul walaupun beranak-pinak di malaysia jauh sekali digelar mereka sasterawan- selayaknya digelar sawan ... hari ini nak dimurnikan semula walaupun kewujudannya dah mula..sejak tahun 1970..sepatutnya dah lama mereka-mereka komen , kenapa baru-baru ini nak komen... teman yakin mereka pun tak baca buku tersebut.....mungkin ini yang dikatakan adil barangkali...adil untuk semua bangsa... sabar la paklah!...

Tuesday, January 25, 2011

TOK TEMAN KEGERINGGAN

tok teman usia dahcecah 85 tahun. tak silap lahit tahun 2oan. org kampung yang berjaya membesarkan belas orang anak. kini kesihatan dah tak berapa baik. waktu teman balik melawat dia. dia ingat dan kenal lagi. alhamdulillah. makan pun dah tak nak. minum air je mampu.

disebbkan minum tak berapa nak lalu menyebbkn badan jadi lemah. so Dr nasihatkan agar dimasukkan air sebotol. so teman bersama dengan mak ndak besar, pakda, ejal, pak cik n mak cik bawak tok ke klinik. alhamdulillah dengan fizikal teman sebegini gagah. mampu lagi kendung tok ke dalam kereta. untuk bawak ke klinik. lepas masuk air nih alhamdulillah. kaki pun dah bleh angkat sket. teman doa yang terbaik untuk tok. 25 jan 2011 teman kene gerak ke terminal nak balik ke kuantan sebb nak kerja dah. sblm balik tuh ramai dah tiba. mak tam & paktam, mak & abah, org kampung adik beradik tiri tok pun ramai dah datang melawat...teman boleh balik dengan senang hati dah.. ja 11 45 malam dr kemunting jam 830 pagi teman sampai di taman seri inderapura.

BAS UTAMA EKSPRESS

nih lah bas utama yang teman naik. mmg teman akan utamakan bas utama dari bas lain. sbb dia berenti bagi teman solat subuh..sanggup dia tunggu teman srang..

dah lama teman tak balik kampung naik bas. bertahun jugak barang kali. teman pun dah lupa bila las balik kampung naik bas. 24 januari 2011. mak teman call. tok teman sakit tue. dah 2 hari tak boleh bangun, semalam muntah-muntah. tu lah sorang tok teman yang ade lagi. sebelah abah 2 2 dah takde.. dapat berita kalau tak balik sure hati tak tenteram. so teman ke call ke kaunter utama ekspress kuantan dia kata bas ke taiping malam jam 9 malam. nak jadi rezeki teman gamaknya. mmg ada 1 tiket no 3 untuk teman. time dia check tiket sblm naik tuh debar2 jugak sebb no takde dalam list. mujur drebar cerdik. call kaunter. dia kataitu nombor baru beli tadi. teman bagi tau isteri nak balik. dia pun tak keberatan. teman la keberatan sbnrnya. sebab perut isteri sedang memboyot. nak melayan karenah 2 hero. bukan kerja mudah. teman tawakal jer. lepas solat magrib ajak abg sham jiran sblh mintak hantar.

bas nih teman puji la. sbb bawak tak berapa nak laju. cuma kelakar sket malam tuh. bila drebar bas muntah. sbb tak tahan bau minyak angin cap kapak. dia mohon jangan guna...siap mintak maaf lupa bagi tau. gerak dari kuantan jam 9 00 malam 21 jan sampai kemunting jam 530 pagi. bayangkan betapa lama duk dalam bas. mujur ada BB tak bosan sangat.. dari kemunting nak ke kampung teman naik teksi kene pow rm30. teman sedekah je lah..sbb pepagi bute mana nak cari teksikan..sampai umah tok ngam2 jam 6 pagi...

Wednesday, January 19, 2011

KECOH PASAI BUAYA DI TAMAN SERI INDERAPURA

di sini lah lokasi kekecohan berkaitan dengan buaya yang dikatakan wujud di taman seri inderapura. kawasan ni merupakan kawasan takungan air terletak tepi masjid dan sek agama rakyat. dulu teman tengok budak-budak selalu main tepian kolam nihh. sekarang nih kawasan sekitar agak semak. lihat gambar je la yerk, time nih buaya ade dah orang nampak. dan ada org dtg amik gambar buaya terebut.
orang ramai dari taman-taman berhampiran datang nak tengok buaya. buaya time nih memang tak timbul sebab ketakutan la kot.
sekarang nih tiap2 hari mmg ada org akan datang sini. kalau berniaga air + goreng pisang mmg lumayan nih. teman ingat nak bukak hari sabtu ahad nih...

Thursday, January 13, 2011

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KE **

mama diapet oleh dua hero. tak sabar-sabar makan kek.

cepat la mama potong. zahin lapar nih!

Monday, January 10, 2011

HUKUM SOLAT JUMAAT BG PEREMPUAN

Ada bdk perempuan tanya teman ape hukumnyer org perempuan solat jumaat.

hukum jumaat nih wajib kepada lelaki je. kat pahang kalau tak solat jumaat kalau kene tangkap kene kompaun rm 500 kot. mmg ade dalam enakman. manakala bagi perempuan memang tak dituntut melakukan solat jumaat.

tapi kalau org perempuan gi jugak solat jumaat adekah sah solatnya ? hukumnya sah solat tersebut. adakah perlu diganti solat zohornya? ulama' kata tak perlu. rujuk kitab fathu al-qadir ade citer. bidayah mujtahid pun ade. cari la sendiri kat jilit berapa.. ulama' mengatakan apabila seorang wanita menunaikan solat jumaat maka tak perlu solat zohor.

kat kampung teman di kg sempeneh bt kurau. mmg ade org perempuan solat jumaat. kebanyakan adalah warga emas.

CIKGU SURUH GUNTING RAMBUT

peace! adl tak mau gunting. nanti atuk gunting kat kampung

zahin tenang atas kerusi sambil dimesin rambut.

Friday, January 7, 2011

APA YANG BERLAKU PAGI INI 8 JANUARI 2011

pagi nih teman bawak keluarga bersarapan di d'aisyah. area by pass. makan nasi kerabu. tapi matlamat utama. saje nak bawak keuarga makan2 pagi di luar. kebetulan plak hari nih tak jadi perjumpaan syukur. alhamdulillah.tengok! kutu mana la yang pecahkan kemudahan awam nih. yang pecah tuh mmg dah kompem masalah. yang kedua kelihatan rosak nih agak lama. takde pihak2 terlibat datang baiki atau datang cabut terus jer talipon. takde la mencacatkan penglihatan orang ramai. teman nak tengok berapa bulan talipon nih akan terus begini. kesian kan!
pagi tadi wife teman degar bunyi macam orang kutip sampah dalam kul 4 am. tapi tak penah sejarah alam flora akan kutip sampah jam 4 pagi. kalau di sarawak yer la..inilah hasilnya pada jam 8 pagi time nak bawak keluarga keuar sarapan. menatang mana punye kerja tah. kalau kucing mustahil! tak babi anjing wat kerja nih. tapi teman rasa anjing. sebb anjing banyak sekang nih di kawasan umah teman. nak2 time hujan. hutan belakang rumah naik air. sbb tak de punca makanan umah teman la jadi mangsa. yang best nyer. pintu tuh baru teman buat tak sampai sebulan dengan bayaran rm60. hampas kelapa punya menatang tuh! teman akan buat pintu gune besi padu plak kali nih. biar padan muka dia tak leh bukak dah..
permulaan yang baik baik tahun baru apabila ron97 naik lagi. teman boleh merungut sbb mmg pakai ron97. hemmmm..isssshhhhh! ummpppp! sabar jer la...bukan itu yang dipinta..dah tak dir menentu segala...

Monday, January 3, 2011

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

teman rasa kalau sesiapa isnteri dia cikgu dia akan alama bagaimana teman alami. kalau laki isteri cikgu teman tak tau la. hari pertama nak ke sekolah memang anak2 teman lait. biasa anak akan xcted kalau dia tak penah ke sekolah.cam anak teman tahun lepas dia dah gi sekolah dah. disebabkan dah lama bersenang lenang di rumah.makan tanggung berak cangkung jer.3 /1/11 agak liat dah nak gi sekolah.

mula 2 kejut bangun dah panai bagi alasan... badan rasa nak demam la. kaki nih macam sakit jer (lenguh) ayah kene dokong nih ( nih ayat2 anak umur 5 tahun nak masuk 6 ).tetiba la hari nih beg sekola tak cantik la. sebelum nih tido pun peluk beg tuh.teman slow2 pujuk sambil jeling2 ke jam. takut lewat ke tempat kerja plak.naik je kete. ayah! zahin tak de tenaga nih! kene minum susu..uihhh! terbako dah kepala nih rasa nyer..teman pun gi la bancunh susu pulak sebotol. umur 5 nak masuk 6 dah. botol wajib ada...naik kete gi hantar adik dia dulu..sbb mood adik dia ok sikit. cuma adik dia pertikaikan sikit mana beg dia. macam yang abang pakai jer. puas la teman memberi jawapan2 yang menyakinkan bahwa beg tuh abg yang punya.

dah nak sampai sekolah dia jer. ayah! mana roti canai zahin 2 keping. huaaaah!..meluap2 dah darah nih...sabaaarrr! sabarr! terusteman buat pusingan 360 darjah punyer kete. gi kedai roti canai jap. beli dua keping.nasib baik dah siap masak..sampai taska ngam2 jam 8 pagi. so teman ade 30 minit lagi dari taman inderapura nak ke kolej dalam 14km.

tuh citer abang dia adik dia lak. pepagi teman dah suruh minum susu sikit jer. takut muntah. dia kata perut kecik lagi. teman buat sebotol penuh 10 ml...time nak masuk ke dalam kete dia weeeek! semua keluar..nasib baik tak kene abang..kalau dak satu pasai la plak..

dukung dia nak masuk taska..pampers plak bocor..habis baju teman...patah balik tukar baju...

tuh la gelagat hari pertama..ke dua dah cool kot...

PROSEDUR TUKAR ENJIN KERETA : 4G13P - 4G91

ini kos servis pertama setelah 2 bulan pakai kereta yang ditukar enjin. buang semua mende yang patut.
ini kos beli enjin. tukar barang. upah pasang+wiring. zoom jer lah kalau nak tengok. +- dalam rm7500 jugak habis siap dengan runner. org cakap nape tak tukar kete baru jer. teman malas nak pikir tambah hutang. teman punya perancangan umur 40 tahun teman dah tak de hutang dah...kalau ikut prancangan n perancanagn tersebut direstui oleh Allah s.w.t serta teman tak gatal2 buat mende lain.. mmg bebas hutang umur 4o nanti.
nih gambar test puspakonm yang lulus. bawah gambar tak de kaler. nih lebih jelas.bila dah dapat report daru puspakom kata lulus. bawak dokumen nih dengan. surat kastam. cukai kastam. gran asal kete. bawak la gi jpj semula... samgar2 dokumen yang disebutkan semua ada dibawah. sila baca perkataan demi perkataan.br tuan akan jumpa yer.
kali nih teman nak sediakan satu prosedur lengkap camner kalau nak tukar ejin kereta. nak up grede enjin orang kabo. prosedur dia agak panjang. so untuk menambah kefahaman pengunjung blog ini teman sertakan sekali dengan gambar salinan dokumen. bermua dengan gambo atas. gambar atas tuh adalah surat permohonan petukaran enjin dari 4g13 ke 4g91. dari manual ke auto. teman tanya runner. dia kata kalau kereta wira 1.5 nak covert ke 4g91 auto ke auto tak jadi masalahlah tak perlu surat kat atas. tapi kalau 1.5 tuh manual nak tukar ke mitshubishi 1.5 kene jugak surat tuh.tak tahu pas nih dia tukar lain lak. polisis bila2 boleh tukar yer. kalau ikut pegawai2 bertugas kat JPJ nak daat surat tuh sekurang2nyer 12 hari. tapi suruh runner sehari 2 dah siap. pelik tapi benar kan. surat kebenaran tuh boleh apply setelah enjin kita beli. kene sertakan salinan enjin yang kita beli sekali ( gambar kat bawah nanti teman tulis surat kastam)..gambar ade kat bawah nanti. tapi kete teman.teman buat lain sket. teman pasang dulu. pas pasang baru gi apply. kalau dak teman nak gi kolej naik mende...insuran tak cover la kalau kene mende2..sendiri tanggung la...
sekarang nih bila dah ade surat tuh bersama salinan dokumen enjin yang kita beli (surat dari kastam)lihat gambar bawah nanti yer kalau tak paham...kita pun bleh gi ke PUSPAKOM berhampiran teman gi kat kuantan la...nih tempat guard di puspakom. bawak kete kat sini. cakap nak buat pemeriksaan tukar enjin..tit..tot..tit..tot..ape dia buat tah...dia bagi no..opss...lupe time nih dah kene tunjuk dokumen berkaitan: enjin yang kita beli. surat kastam. bil.gran kete kita tuh.
bila dah settle kat pondok guard tuh dia kata pergi ke bahagian A. tuh la bahagian A. ade tulis tuh kan. kalau orang bute je tak nampak...gerak la pelan2 ke sana yerk...
nih gran yang kene bawa dan tunjuk kat guard tadi. sampai kat kaunter@bahagian A tuh bagi je semua.dokumen yang teman sertakan gambar dalam blog nih.
nih la surat kastam yang teman cakap tuh.nih penting kalau beli enjin tanya dulu surat nih ade ke tak. kadang2 mende nih datang lambat. sapai dua bulan lambat. kalau tak ditanya tak dikabonyer ade ke idok.dah beli dah pasang.tokey jual enjin cakap.dokumen lambat lg loo..kastam talak kasik..so ko pakaila enjin tuh sampai dua bulan tak berinsuran.insuran tak cover. so hati2 bila beli enjin tanya..surat kastam ada ke belum! teman siap buat ayat lagi untuk tanya...
kedua salinan slip tentang bayaran cukai yang dikenakan oleh kastam terhadap enjin. wajib ade loo..jangan takde..biasa dia akan sertakan dengan surat kastam. dan mesti ade cop kastam..sila zoom gambo yerk..kalau tak paham tinggalkan msg jer..kat chit chat cbox tuh yerk.yang nih kedua wajib..kalau nak buat surat permohonan (gambo mula2)..mende2 nih kene bawa yer...
nombor nih no giliran sebelum sampai tempat pemeriksaann.
surat2 nih akan diperolehi setelah melepasi bahagian@ kaunter A tadik..semua akan dapat mende camni...
resit sejumlah rm 30 setiap kali pemeriksaan dilakukan. tidak akan dipulangkan walaupun gagal. bayangkan kalau 10 kali gagal.anda akan melayang rm300 ...
teman dapat lorong dua untuk wat pemeriksaan. peeriksaan mencakupi body.potong ke dak.break.tintet. biasa orng akan kantoi dia tintet dan break ...
kete masuk ke tempat ujian. masalah nyer bukak kita bawak kete nih. orng2 puspakom yang bawak. so kita tunggu kat depan la.
check break depan.
check break belakang.
gagal dua kali teman buat. nak tau mende pe tak pas..bleh zoom yerk...2 kali tak pas habis dah rm 60. mula2 teman nak settle sendiri jer. last2 menyerah kalah la. bagi runner jer buat. settle masalah semua.
lulus setelah menggunakan khidmat runner..gambar ori ada kat atas. silap up load. kalau dah lulus sila bawa semua dokumen berikut : surat kastam. cukai kastam. gran asal. report lulus puspakom (gambar atas ) gi ke JPJ semua...bila dah serahkat sana untuk proses seterusnya. maka dapatlah gran yang dah diubah suai seperti gambar kat bawah nih.

gran kete yang dah disahkan enjin ditukar. tulis guna pen merah gituh jer.hop JPJ..settle semua... bila dah siap nih..road tax kene tukar. insuran kene tambah bayaran..

kos runner : termasuk road tax n insuran rm900.00 + harga enjin half cut: rm 4500. tred in enjin lama dapat+ disc break belakang.upah rm 1000. tukar barang2 +minyak rm 1000.. lebuih kurang cmtuh la kos dia..kalau buat di kuantan n bengkel member teman la.

Sunday, January 2, 2011

AIR NAIK.BUKAN HARGA AIR NAIK! SERI INDERAPURA

taman seri inderapura tak de kawasan kampung. kecuali belakang taman ada sg soi. tapi jauh. sblm nih lembu2 tak penah lepak sini pun. nih kali pertama teman jumpa.melainkan orang2 naik motor cam lembu ade la.
habis jalan hapus dek air. tapi segala jenis kenderaan boleh lalu.termasuk la motor honda teman AD 76.agak2 nyer lebu kat atas tuh tahu. hujan akan lebat.so dia cari tempat tinggi sket gamaknyer.
longkang tak mampu tampung air menyebabkan limpahan berlaku. tapi jauh lagi dari umah jiran teman ah sheng kebun sayur.nasib baik hari ahad hujang takde.kalau dah.allah je tahu.
nih betul2 depan umah teman air mula melimpah. tapi tak tutup jalan lagi.seronok gak main air nih.

SELAMAT PENGANTIN BARU

antara teman2 yang terawal sampai.semangat setia kawan.biar berujan datang tetap datang. salam jadi pelayan. siti pun teman jumpe jadi penyambut tetamu. sedara mara rupenyer.

sabtu.1.1.11 tarikh yang ramai org kata best. sbb 4 X 1.kenduri rumah burn. burn dalam hidup teman ade 2 org. sorang teman gelor ke dia burn kelicap. burn kelicap teman serumah di jordan. teman sekuliah di al bayt. burn nih burn mentenan di shahputra.

org kata sambut menantu bile time kenduri rumah pihak lelaki. kesempatan yang ade teman bawak la anak beranak semua sekali gi kenduri umah dia. kebetulan musim hujan. mmg seronok la meraduk selut time kenduri tuh.
mamat pakai topi baju biru tuh makan mmg tak tengok orang. cube teka siapa dia.

kenduri nih nsik minyak dia sedap. wife teman kata. teman mmg semua sedap jer. teman makan nasik putih ngan masak lemak nenas + ikan masin jer. cukup tuh je. nasik minyak2 nih kurang sket dah. ape2 pun tahniah buat burn n che ah. semoga tabah mengharungi kehidupan berumah tanggan.