Monday, January 10, 2011

HUKUM SOLAT JUMAAT BG PEREMPUAN

Ada bdk perempuan tanya teman ape hukumnyer org perempuan solat jumaat.

hukum jumaat nih wajib kepada lelaki je. kat pahang kalau tak solat jumaat kalau kene tangkap kene kompaun rm 500 kot. mmg ade dalam enakman. manakala bagi perempuan memang tak dituntut melakukan solat jumaat.

tapi kalau org perempuan gi jugak solat jumaat adekah sah solatnya ? hukumnya sah solat tersebut. adakah perlu diganti solat zohornya? ulama' kata tak perlu. rujuk kitab fathu al-qadir ade citer. bidayah mujtahid pun ade. cari la sendiri kat jilit berapa.. ulama' mengatakan apabila seorang wanita menunaikan solat jumaat maka tak perlu solat zohor.

kat kampung teman di kg sempeneh bt kurau. mmg ade org perempuan solat jumaat. kebanyakan adalah warga emas.

No comments: