Sunday, September 2, 2012

POTLUCK RAYA LRG 16/1 TAMAN SERI INDERAPURA

suasana malam potluck raya. sangat meriah. semoga usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. antara nikmat2 hidup di dunia ini adalah mendapat jiran yang baik. alhamdulillah takat ini nikmat tersebut masih lagi dikecapi oleh teman. jiran teman semua best.

bukan takat jiran2 islam sahaja. yang tidak islam juga dijemput untuk meraikan majlis ini. semoga suatu hari nanti terbuka untuk mencintai islam. kat lorong teman ade 2 keluarga cina,dalam gambar tak berapa terang sangat kat atas tuh ade la mak cik cina sorang.

 nih antara jiran2 teman di lrg inderapura dari kiri , faruq, cikgu zahar JPNP, abg Sham, Uncle MEjar Bersara, Din Kipsas.. yang takde dalam gambo Nash, arip, hadi UMP (Dr), teman sendiri, uncle cina sayor, abg Lan..

aktiviti budak2..main bunga api je malam tersebut sambil2 buat kechoh...

antara menu2 yang disediakan dan dibawa oleh jiran2.

tradisi raya kembali lagi. ini adalah aktiviti yang dah jadi tradisi. cuma kali ini cara agak berbeza. konsep POTLUCK diguna pakai bagi menjayakan misi.lokasi masih lagi dirumah teman. potlock raya ini lebih kepada meraikan jiran2 terdekat di lorong 16/1. alhamdulillah aktivi ini berjaya terlaksana pada hari sabtu malam ahad. antara menu-menu disediakan satay 350 cucuk, bee hoon korea (kat korea ade bee hoon ke ), rendang hijau, nasi inpit cikgu meedah,soto nareesa, bee hoon faroqi,puding RAMBO5, puding senja nan merah, muratabak dan macam2 lagi yang ada.terima kasih kepada semua jiran2 yang komited melaksakan aktiviti ini.

No comments: