Wednesday, October 30, 2013

ANAK KITA HARI INI

'makcik nasi goreng tak nak sayur, telor dadar ngan air tea beng bungkus' kata seorang bdk dalam keadaan termenggah2.. teman menyapa: mak mana dik! keje acik (pak cik).. oooooo... ayah keje gak..anguk2 je bdk2 tuh..dalam keadaan tersipu2.. mak balik malam ke.. anguk2... hari2 beli sini... ha'ah ustad..sampuk tukang masak gerai tersebut... dalam hati teman..kesian anak2 zaman ini kan.. makan semua kedai masak...zaman dah berubah...kita tak mampu mengubah zaman yang berubah..tapi kita mampu mengubah sikap...bersikap baik dengan anak2... masak di kala kita ada masa..walau pun hanya mengoreng telur... kadang2 bukan sebab anak tak hargai kita..cuma kita tak ajar bagaimana untuk menghargai sesuatu....tapi dalam dunia nih..ramai yang tak sempat rasa kasih ibu..

kisah emak ...

Hari itu, Cikgu Yong, guru mata pelajaran Kajian Tempatan meminta murid-murid kelas 4 Tun Razak berkongsikan pekerjaan ibu bapa mereka dengan rakan-rakan sekelas.

Tiba giliran Naqiyudin, dia berasa sedikit gementar untuk ke hadapan dan bercakap dengan semua mata tertumpu kepadanya. Almaklumlah, pertama kali diminta berbuat sedemikian.

Sebelum itu, sudah ada tujuh orang murid yang lain yang telah pon berkongsikan pekerjaan ibu bapa masing-masing. Ada yang si bapa bekerja sebagai doktor. Ada yang si ibu bekerja sebagai pensyarah. Ada yang jurutera. Ada yang saintis. Ada yang peguam. Macam-macam lah! Semuanya pon hebat-hebat belaka!

"Assalamualakum kawan-kawan. Err.. Err.. Hari ni, saya nak kongsi dengan kawan-kawan... Pekerjaan ibu saya je kot. Bapa saya dah takde. Dia meninggal masa saya darjah 1 lagi."

Pendedahan Naqiyudin itu disambut dengan 'Oooohh' dan 'Aaahhh' oleh rakan-rakannya yang lain, terutamanya yang perempuan. Naqiyudin menjadi semakin tidak keruan. Dia cuba menenangkan dirinya dengan menggentel-gentel jarinya.

"Tapi dulu... Tapi dulu ayah saya kerja sebagai cikgu, macam Cikgu Yong jugak!"

Cikgu Yong tersenyum mendengar kata-kata Naqiyudin itu.

"Ibu saya... Uhm... Masa ayah ada dulu, dia jadi suri rumah sepenuh masa. Sekarang ni... Dia ambil upah menjahit. Kadang-kadang dia buat kuih..."

Kedengaran ada beberapa orang yang tertawa mendengarkan perkongsian Naqiyudin itu.

"Sharifudin Ali! Kenapa kamu gelak? Cuba hormat sikit Naqiyudin di hadapan tu!"

Cikgu Yong dengan tegas menegur anak-anak muridnya yang tertawa sebentar tadi.

"Takde apa cikgu. Maaf cikgu."

Namun pada wajah Sharifudin Ali, terukir sekuntum senyuman sinis yang menjengkelkan. Telinga Naqiyudin tiba-tiba menjadi panas. Kepalanya tidak semena-mena berpeluh dan gatal. Dia mengetap giginya menahan sabar.

"Cikgu, izinkan saya bertanya kepada Sharifudin Ali kenapa dia tertawa sebentar tadi?"

Cikgu Yong mengangguk.

"Sharif, kenapa kau gelak tadi? Ada apa-apa masalah ke, mak aku jahit baju dan jual kuih?"

Sharifudin Ali bangun dengan gaya yang penuh angkuh, berpeluk tubuh dan dengan selambanya mengejek Naqiyudin.

"Bukan apa. Mak orang lain semua kerja terer terer. Doktor. Pensyarah. Pembaca berita. Semua belajar tinggi-tinggi. Mak aku pon, bukan nak kata ah, tapi seorang usahawanita yang sukses. Sampai mak kau... Heh."

Terbeliak mata Cikgu Yong mendengar kata-kata Sharifudin Ali yang penuh selamba itu. Sharifudin Ali baharu sahaja melanggar garisan sempadannya. Naqiyudin menggenggam tangannya, penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. Baharu sahaja Cikgu Yong mahu mengatakan sesuatu, Naqiyudin sudah menyerang balas dahulu.

"Oh ye..? Mari sini, aku nak beritahu kau sesuatu.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan kejutkan aku untuk solat Subuh dan kemudian bersiap-siap untuk pergi sekolah.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari baju sekolah aku sudah tersedia bergosok.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap pagi dia akan sediakan bekalan sarapan untuk aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia akan teman aku pergi sekolah.

Ye, mak belajar tak tinggi, tapi sebelum berpisah dengan aku, dia akan peluk aku dan hadiahkan aku ciuman di pipi dan dahi.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas loceng sekolah berbunyi, dia sudah tersedia menanti di luar pagar.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku dapat jalan balik dari sekolah dengan mak aku sambil makan aiskrim.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari, lepas balik dari sekolah, makanan tengah hari sudah tersedia di dapur.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi setiap hari dia pasti akan temankan aku buat buat kerja sekolah dan dia akan pastikan aku siapkan kerja sekolah aku.

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi aku ada 7 orang adik-beradik dan semuanya dia boleh jaga dengan baik!

Ye, mak aku belajar tak tinggi, tapi makan kami cukup, pakaian kami cukup dan kami adik-beradik saling membantu untuk cukupkan mana yang perlu. Kami bahagia!

Kau ada...??"

Tergamam Cikgu Yong. Terkesima seluruh kelas.

Pucat muka Sharifudin Ali. Pipinya basah dengan air mata.

***

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup tidak tidur malam hanya kerana mahu menidurkan anaknya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berbelanja besar untuk anak-anaknya, sedangkan untuk diri sendiri dia bersederhana.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpenat-lelah, ke hulu dan ke hilir semata-mata menuruti kehendak si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berlapar asalkan anaknya sendawa kekenyangan.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup ditertawakan oleh sekeliling, berpakaian selekeh dan selebet asalkan si anak cantik bergaya.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup berpuasa sebulan hanya kerana mahu membelikan kasut baru buat si anak.

Seorang ibu itu 'bodoh' tidak dapat melelapkan matanya hanya kerana risaukan si anak yang tidak reti nak balik rumah, pulang lewat malam.

Seorang ibu itu 'bodoh' sanggup membiarkan diri jatuh sakit hanya kerana memikirkan perangai si anak yang dah macam jembalang gunung.

Seorang ibu itu 'bodoh' kerana seharian dengan linangan air mata sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anak-anaknya, meski si anak tidak pernah memaknai erti doa seorang ibu.

Dan seorang ibu itu 'bodoh' kerana sanggup 'mati' hanya kerana mahu melihat anaknya terus 'hidup.'

MAK...engkaulah RATU hatiku...

Tuesday, October 29, 2013

KINI 106 HARI TELAH BERLALU

ini bermakna sudah 106 hari teman tidak berkhidmat secara rasmi dengan kolej universiti shahputra. setelah hampir2 13 tahun berkhidmat dengan UCSA. lama tuh. kalau 13 umur seorang wanita dia dah jadi anak dara. kalau lelaki sudah menjadi teruna.

'hijrah' merupakan alasan paling selamat dan sesuai buat teman. bila sebut hijrah perlu kepada pengorbanan. banyak yg terpaksa dikorbankan. gaji. jawatan. seniority. teman2. kenangan2. student2. dan macam2 lagi..selama 106 hari berada di KIPSAS penah diawal2 minggu 3 kali memandu kereta ke UCSA..setelah tersedar dari khayalan terus memecut kembali ke KIPSAS...

macam mana ? soalan yg biasa ditanya oleh sahabat2.. macam mana apa? suasana. kawan2. tugasan. kompem..semua berbeza.. dua2 ada manis..tapi manis gula kabung tak sama dengan manis tebu. pahit hempedu tak sama pahit daun hempedu bumi. semua ada baik...diri kita yang mencorak perasaan sendiri. terima perubahan. pepatah arab ade kata : ربط الحمار ذي ما يقول صاحبه  mengikut arahan .ikut suasana persekitaran selagi mana tidak bertentangan dengan arahan syariat.

Thursday, September 26, 2013

SEKIAN LAMA TIDAK MEM'BLOGGING'

alhamdulillah akaun blogspot masih hidup.akan terus hidup.



Thursday, May 30, 2013

ISRAK & MIKRAJ ANUGERAH KEPADA UMAT ISLAM




Rejab adalah bulan Islam merujuk kepada kalenda Hijriyyah. Setiap kali kedatangan bulan rejab akan kembali mengigatkan umat Islam kepada peristiwa isra’ dan mikraj yang berlaku kepada baginda rasulullah s.a.w.  Peristiwa tersebut telah dirakamkan oleh allah s.w.t melalui dalam surah al-isra’ melalui  firmannya yang bermaksud :
Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [ Surah Al-Isra’: 1]
Manakala peristiwa mikraj nabi pula telah dirakamkan oleh Allah s.w.t melalui maksud firmanNya dalam surah Al-Najm:
Dan Demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, Dalam bentuk rupanya Yang asal) sekali lagi. Di sisi "Sidratul-Muntaha";. Yang di sisiNya terletak syurga "Jannatul-Makwa".(Nabi Muhammad melihat Jibril Dalam bentuk rupanya Yang asal pada kali ini ialah) semasa " Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, Yang tidak terhingga. Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan Dengan tepat (akan pemandangan Yang indah di situ Yang diizinkan melihatnya), dan tidak pula melampaui batas.Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda (yang membuktikan Luasnya pemerintahan dan kekuasaan) Tuhannya. [ Surah Al-Najm: 13-18].
Melalui ayat Al-Quran yang menceritakan tentang peristiwa isra’ dan mikraj menunjukkan bahawa Allah s.w.t tidak memperincikan tentang peristiwa tersebut, sebaliknya peristiwa yang berlaku sepanjang isra’ dan mikraj hanya diterangkan melalui hadis-hadis rasulullah s.a.w. Walau bagaimana pun umat Islam perlu berhati-hati dalam menyampaikan kisah yang berkaitan peristiwa isra’ dan mikraj kerana dikhuatiri terdapat penambahan kisah yang sekadar bertujuan untuk menyedapkan halwa telinga pendengar. Sebaik-baiknya sampaikan kisah-kisah tentang isra’ dan mikraj berdasarkan hadis sahih yang terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim atau dengan merujuk kepada sumber yang muktabar
Peristiwa isra’ dan mikraj ini meskipun anugerah yang hanya berlaku kepada diri  baginda rasulullah s.a.w dan tidak kepada nabi-nabi lain. Namun hakikatnya peristiwa tersebut juga merupakan anugerah kepada seluruh umat Islam sehingga hari ini. Solat lima waktu merupakan anugerah paling besar yang diterima oleh nabi s.a.w sewaktu peristiwa mikraj. Ia merupakan cara berterusan umat Islam untuk menjalinkan hubungan antara manusia dengan penciptaNya yang dikenali sebagai ‘mikraj ruhiyyah’. Kepentingan ibadah solat ini menjadikan ia sebagai rukun Islam yang paling tinggi kedudukannya. Solat juga merupakan ibadah yang membezakan antara umat Islam dan golongan kafir, sepertimana maksud sebuah hadis : “(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.”[riwayat muslim]. Bagi umat Islam yang menjaga kualiti solatnya, mereka akan terpelihara daripada melakukan kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah sepertimana maksud firmanNya: Dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan [ Al-Angkabut: 45].

Selain daripada solat, pada malam isra’ dan mikraj juga Allah s.w.t telah menganugerahkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w keampunan terhadap dosa-dosa yang dilakukan kecuali dosa-dosa besar. Kempunan ini dapat mengelak umat Islam dari ditimpa musibah seperti yang berlaku kepada umat-umat nabi terdahulu. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : (Iaitu) orang-orang Yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan Yang keji, kecuali salah silap Yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. [Surah Al-Najm:32]. Dosa-dosa yang dilakukan oleh umat Islam akan terhapus apabila mereka mendirikan solat yang berkualiti. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah R.A , Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: Antara Solat lima waktu, antara Jumaat hingga Jumaat adalah kaffarah selagi mana tidak melakukan dosa yang besar [riwayat muslim]. Kaffarah ini merupakan anugerah dan hadiah dari Allah s.w.t kepada umat Islam untuk menunjukkan sifat kasih sayang dan inayah Allah s.w.t kepada ciptaanNya.

Seterusnya perkara ketiga yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada ummat Nabi Muhammad s.a.w sewaktu peristiwa isra dan mikraj adalah memberi ganjaran gandaan pahala terhadap setiap kebaikan yang dilakukan, sebaliknya apabila melakukan kejahatan, balasan yang akan dikenakan adalah setimpal dengan perkara yang dilakukan. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah s.w.t melalui firmanNya yang bermaksud : Sesiapa Yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) Yang sama dengannya; dan sesiapa Yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) Yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) [Surah Al-An’am:160]. Perkara ini juga turut diceritakan oleh Rasulullah s.a.w dalm sebuah hadis Qudsi yang bermaksud : “Sesungguhnya Allah telah menetapkan setiap kebaikan dan kejahatan, maka sesiapa yang berazam hendak melakukan satu kebaikan, kemudian dia tidak melakukannya, Allah catitkan untuknya di sisi Allah satu (balasan) kebaikan yang sempurna, jika dia berazam dan melakukan kebaikan tersebut Allah catitkan untuknya di sisi Allah sepuluh kebaikan sehingga dinaikkan menjadi tujuh ratus lipat ganda yang banyak. Dan sesiapa yang hendak melakukan kejahatan, kemudia dia tidak melakukannya, Allah catitkan untuknya di sisi Allah satu (balasan) kebaikan yang sempurna, jika dia berazam melakukan kejahatan tersebut, kemudian dia lakukannya, Allah catitkan untuknya satu (balasan) kejahatan [riwayat bukhari]. Hadis ini menunjukkan bahawa Allah swt sentiasa memberi peluang dan mahu mencucuri rahmatNya kepada sekelian hambaNya, dengan itu Allah swt menggandakan pahala bagi setiap kebaikan yang dilakukan dan mencatit satu dosa bagi setiap dosa yang dilakukan.

Allah s.w.t turut mengajar dan mewahyukan kepada rasulullah s.a.w khawatim [penutut] surah al-baqarah sebagai anugerah khusus kepada umat Islam. Jika diteliti dalam ayat-ayat penutup surah al-baqarah ini kita akan dapati terdapat doa-doa yang menghimpunkan kebaikan di dunia dan akhirat serta menghalang daripada terkena bahaya di dunia juga akhirat. Semua doa-doa tersebut telah dirangkumkan dalam maksud firman Allah s.w.t : "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir". Doa-doa yang terdapat dalam ayat ini juga dikenali sebagai Doa Tujuh di mana terangkum tujuh doa dalam ayat ini iaitu 1- memohon agar Allah mengampunkan dosa andai terlupa atau tersalah, 2- jangan membebankan perkara yang tidak termampu untuk dilaksanakan umat Islam, 3-memohon kemaafan kepada Allah, 4-memohon keampunan kepada Allah, 5-memohon kerahmatan Allah s.w.t, 6-memohon pertolongan Allah s.w.t, 7-memohon kemenangan umat Islam ke atas musuh-musuh Allah s.w.t.

Semua keistimewaan yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t terhadap umat Islam telah diceritakan oleh Rasulullah s.a.w  dalam sebuah hadis yang bermaksud: Telah diberi kepada Rasulullah s.a.w  tiga perkara iaitu sembahyang lima waktu, penutup surah al-baqarah dan diberi keampunan kepada umat baginda  yang tidak melakukan syirik kepada Allah s.w.t. Manakala dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Anas Bin Malik R.A pula disebut tentang setiap kebaikan yang dilakukan oleh umat Muhammad akan digandakan pahala dan jika melakukan dosa hanya akan dicatatkan sebagai satu dosa.  Justeru , sempena bulan Rejab ini sama-sama kita memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah dan berlumba-lumba untuk meningkatkan kualiti hidup sebagai seorang mukmin agar dapat merasa setiap anugerah Allah yang telah disediakan untuk seluruh umat Muhammad.

Monday, April 29, 2013

BAKAL YB DI TAMAN SERI INDERAPURA

Dato' Syafiq Fauzan, kalau ikut nama boleh menang dah. sbb nama dia fauzan yang bermaksud kejayaan, kemenangan dan sewaktu dengannya. syafiq maksud belas kasihan..dia mudah kasihan ke orang..atau orang akan kasihan dengan dia. teman dah dua tiga kali ade buat event ngan dia nih.. antara sebab teman suka dia nih..dia punctual punya orang. kalau setengah YB tuh..poooohpalih..nak menunggu dia datang boleh khatam 1 juzu' baca al quran. dia jenis tak lokek ..kalau mintak sponser nak buat event..in sha allah tak hampa..sure ade,,penah teman tanya sorang tokey tayar berbangsa cina di kuantan pasai dia nih..cina pun puji dia juga sbb katanya suka tolong orang miskin.. apa yang teman cakap nih yang teman tahu sahaja. yang teman tak tahu teman tak suka cakap punya. nanti bikin dosa. allah murka. tempat di neraka.



 
 bagi barisan pakatan rakyat pulak. ust syed anis akan bertanding untuk merebut kerus adun. ini sifu teman juga sbb hadir kulaih maghrib dia..dan sekali je usrah dengan dia.pastuh takde dah.. .  teman tak rapat dengan dia  kalau jumpa bertegur... tapi dia sangat rapat dengan tok guru2 teman yang tak perlu teman sebut sapa nama mereka. ust nih juga baru pertama kali bertanding menentang 1 lawan 1 dengan syafiq fauzan.mempunyai latar belakang pendidikan al-azhar kalau tak salah. ust nih  sekampung jugak dengan yb dato syafiq rasanya.

semoga perjuangan diberkati allah. 

takbirrrr!

Sunday, February 24, 2013

BENDERA OH BENDERA

KERANA BENDERA
MANUSIA BERSENGKETA
KERANA BENDERA
MANUSIA PUTUS SAUDARA
KERANA BENDERA
MANUSIA MEMBELAKANGKAN AGAMA
BUKAN SALAH BENDERA
SALAH MANUSIA TIDAK BERPEGANG KEPADA AGAMA
APABILA AGAMA TIADA DALAM JIWA
APABILA AGAMA TIDAK MENJADI SARAPAN JIWA
MAKA MANUSIA BOLEH ROSAK AKIBAT BERBEZA BENDERA
ALLAH KURNIA AKAL KEPADA KITA SEMUA
AGAR JANGAN BERSENGKETA DISEBABKAN BENDERA
JANGAN BERSENGKETA HINGGA PUTUS SAUDARA
JANGAN BERSENGKETA HINGGA MENGUNDANG DOSA
JANGAN BERSENGKETA HINGGA TERJERUMUS DALAM NERAKA
TINGGALKAN SENGKETA UNTUK PERKARA DUNIA
TINGGALKAN SENGKETA SEMATA POLITIK DUNIA
TINGGALKAN SENGKETA SEMATA MEMBURU UNTUNG DUNIA
BERSENGKETALAH JIKA BEROLEH UNTUNG BERSAMA
BEROLEH UNTUNG BERSAMA, RAKYAT TUMPANG GEMBIRA
BERJUANGLAH UNTUK AGAMA
BERJUANGLAH UNTUK SEMUA
BERJUANGLAH ATAS ASAS KEADILAN PRINSIP AGAMA
BARULAH KERANA BENDERA
KITA AKAN KE SYURGA

HAPPY BEE FARM GENTING HIGHLAND

bergambar di hadapan pintu masuk happy bee farm yang terletak genting hingland. lokasi di bawah bukit.

bergambar sekeluarga dalam taman serangga. taman serangga nih kat dalam bee farm.

macam dalam zoo. cuma dalam bee farm nih seranga2 kecik yang di pamerkan untuk tontonan pengunjung. takat nih belum ramai lagi org yg tahu kewujudan taman serangga ini. kalau perasan dalam bongkah2 kotak itu ada serangga..

anak-anak teman memang suka tengok. kadang2 geli bila tengok ulat2 ginggok. cuma lipan je tak jumpa..

pintu masuk taman serangga..ade kumbang badak menunggu...

depan zoo serangga 'insect world'

kawan terlupa amik gambar2 lebah. ini kan bee farm sepatut amik gambar lebah tapi terlupa.tapi ini gambar sarang lebah kelulut.teman mintak nak tengok madu dia camne.. lalu dia pun bukak sarang kelulut nih..cantik sarang2 dia buat...sempat le teman mengecek nak rasa madu dia..dia bagi sudu..teman ceduk untuk rasa...mmg segar + sedap..kalau kat umat ade kelulut buat sarang..bukak bulek2..dapat la dia punya madu..jangan dibunuh ye..
ramai yang tak tahu lagi tentang kewujudan HAPPY BEE FARM di genting highland. kalau tak silap HBF nih baru dibuka pada bulan disember. teman pasti akan lalu sini kalau balik ke perak..so amik kesempatan balik bebaru nih singgah sebentar..dapat la rasa madu free...tapi tempat masih baru sangat. nak makan pun agak susah...

Monday, January 21, 2013

KAMPUNG SEMPENEH TEMPAT LAHIRKU

setalah 2 hari 1 malam di lake town..dengan kesempatan masa yang ade teman balik kg kelahiran teman untuk melawat tok n sedara mara yang lain...kampung terletak di kaki gunung...

tok teman

WATER PARK . BUKIT MERAH . LAKE TOWN

layankan aje anak-anak..

kalau anak-anak lelaki nih semua suke main perang2...

kawasan berombak..
waterpark kat lake town nih dah banyak keuzurannya. mungkin sebab dah terlalu lama beroperasi.kalau geluncur air dia dah tak berapa nak liscin..kalau kolam2 lak banyak berlubang2..kadang boleh luke kaki dibuatnya. jauh hebat di waterpark gambang lagi...awasi pandangan mata anda..jangan berumah ditepi pantai kalau takut dilambung ombak..jangan berani bermain cinta..kalau tak suka bermain air mata...

SKYCYCLE.BUKIT MERAH.LAKE TOWN

pintu masuk nak ke skycycle. pelik jugak kenapa tak ramai org nak masuk..rupe2nyerr...

ini la rupe skycycle tuh..bayangkan dengan berat skycycle tuh..tambah berat bersih penumpang...gune tangan je kayuh...

tukang kayuh..readyy....

hero teman melompat2 lak atas kenderaan berbahaya nih...

gaya kayuhan terakhir....berotot2 tangan weh...
kesimpulannya..kalau gi lake town..tak yah naik pun tak pe mende nih..nak2 kalau bawak anak2 yang tak berapa nak makan dek saman...silap2 hari bulan..terjun dalam tasik dibuatnyer..pengalaman yang menarik + tobat tak naik dahh..