Tuesday, September 4, 2012

MENERIMA & MEMBALAS KUNJUNGAN PROF MADYA DR. RAHIMIN

MENYAMPAIKAN SEDIKIT CENDERHATI SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KUNJUNGAN BELIAU KE OFIS HEP-UCSA

BERGAMBAR KENANGAN SEBELUM BELIAU GERAK PULANG KE AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA


semalam 4 sept 2012 teman kebetulan kene pergi ke Menara Mara untuk hadir seminar anjuran MARA + KPT. sempatlah melencong sebentar ke ofis beliau di API. dalam kunjungan balas tersebut dapat lah teman berbual dengan panjang lebar. disamping banyak input2 yang beliau beri dan sangat berguna untuk teman. terima kasih juga atas kemurahan hati beliau untuk menerima kunjungan teman. gambor teman ke sana takde..sebab time tuh teman ngan dia je ade..org ketiga nak amik gembor takdek

Sunday, September 2, 2012

POTLUCK RAYA LRG 16/1 TAMAN SERI INDERAPURA

suasana malam potluck raya. sangat meriah. semoga usaha ini dapat mengeratkan silaturrahim antara kami. antara nikmat2 hidup di dunia ini adalah mendapat jiran yang baik. alhamdulillah takat ini nikmat tersebut masih lagi dikecapi oleh teman. jiran teman semua best.

bukan takat jiran2 islam sahaja. yang tidak islam juga dijemput untuk meraikan majlis ini. semoga suatu hari nanti terbuka untuk mencintai islam. kat lorong teman ade 2 keluarga cina,dalam gambar tak berapa terang sangat kat atas tuh ade la mak cik cina sorang.

 nih antara jiran2 teman di lrg inderapura dari kiri , faruq, cikgu zahar JPNP, abg Sham, Uncle MEjar Bersara, Din Kipsas.. yang takde dalam gambo Nash, arip, hadi UMP (Dr), teman sendiri, uncle cina sayor, abg Lan..

aktiviti budak2..main bunga api je malam tersebut sambil2 buat kechoh...

antara menu2 yang disediakan dan dibawa oleh jiran2.

tradisi raya kembali lagi. ini adalah aktiviti yang dah jadi tradisi. cuma kali ini cara agak berbeza. konsep POTLUCK diguna pakai bagi menjayakan misi.lokasi masih lagi dirumah teman. potlock raya ini lebih kepada meraikan jiran2 terdekat di lorong 16/1. alhamdulillah aktivi ini berjaya terlaksana pada hari sabtu malam ahad. antara menu-menu disediakan satay 350 cucuk, bee hoon korea (kat korea ade bee hoon ke ), rendang hijau, nasi inpit cikgu meedah,soto nareesa, bee hoon faroqi,puding RAMBO5, puding senja nan merah, muratabak dan macam2 lagi yang ada.terima kasih kepada semua jiran2 yang komited melaksakan aktiviti ini.

Wednesday, August 29, 2012

KENAPA PEREMPUAN ISLAM KENE PAKAI TUDUNG


Sudah banyak orang yang ditanya oleh gadis itu termasuk ustaz-ustaz dan orang Islam lainnya. Namun dia masih belum dapat berpuas hati dengan jawapan-jawapan mereka semua.

Pada suatu hari, kawan gadis itu telah membawanya berjumpa dengan seorang ustaz pula. Pada mulaya dia agak keberatan.

“Rasanya, sama sahaja jawapan daripada ustaz-ustaz itu. Tidak payahlah kita pergi membuang masa kita dengan menemui mereka.”


Kawannya yang sudah Islam itu terus memujuk, “Cubalah dahulu sahabat, bukan salah kita mencuba. Thomas Edison dan Kapten Fried juga hanya berjaya setelah ribuan kali percubaannya.”


“Tapi ini soal agama? Aku yakin Tuhan punyai sebab mengapa hanya wanita Islam sahaja yang diperlukan menutup keseluruhan badan kecuali wajah dan kedua tapak tangan. Manakala aurat lelaki hanya dari pusat ke lutut. Pasti ada sebabnya, tapi nampaknya orang Islam sendiri pun kurang mengerti.”


“Engkau perli aku ya?” Kawannya itu mencebik. Dia buat tidak endah. Kawannya mengalah, terus memujuk.


“Baiklah, ini yang terakhir. Kalau jawapannya kurang memuaskan hatimu, kita berhenti.” Tiada cara lain untuk memujuk sahabatnya itu melainkan melafazkan janji sebegitu.


Mereka berdua pergi berjumpa dengan ustaz tersebut.


“Maaf ustaz, inilah sahabat yang saya maksudkan tempoh hari. Alhamdulillah dia sudah mempercayai tentang Islam dan isinya. Cuma yang menyekat dirinya daripada melafazkan syahadah ialah kerana dia tidak dapat menerima alasan mengapa Islam menyuruh penganut wanitanya menutup aurat.”


Ustaz muda yang berjanggut sejemput itu tersenyum. Seakan faham dia pada masalah yang menjadi halangan kepada gadis itu.


Sejurus kemudian dia bersuara kepada gadis itu.


“Boleh saya bertanyakan beberapa persoalan dan awak jawap dengan sejujur mungkin?”


“Boleh, tidak ada masalah.” Tingkah si gadis.


“Baiklah, kamu pernah ke pasaraya?”


“Pernah.”


“Pernah masuk ke kedai emas?”


“Pernah.”


“Pernah ke pasar malam?”


“Pernah.”


Ustaz muda itu terdiam sejenak. Lantas menyambung kembali persoalannya.


“Baik, antara tempat-tempat yang saya nyatakan tadi di manakah dipamerkan atau dijual batu permata, intan berlian, emas perak yang mahal-mahal harganya?”


“Tentu sahaja di kedai emas.”


“Bagaimana keadaannya?”


“Diletakkan di para yang cantik untuk pameran, dilindungi cermin yang kukuh dan kalis peluru untuk mengelak dari dikhianati. Bahkan mungkin tersimpan di dalam peti besi bagi tujuan keselamatannya dan hanya boleh dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja.”


“Bagaimana pula dengan barangan kemas dari jenis yang sama namun barangan tiruan. Di manakah tempat mereka?”


“Jika yang sebegitu, mudah sahaja dijumpai di tepi-tepi jalan, malah sentiasa terdedah dan tidak ada yang sudi mencurinya kerana kemurahannya itu.”


Mata sahabat gadis itu bersinar, “Ada harapan ,” katanya di dalam hati.


Ustaz tersebut segera menerangkan maksud analogi itu.


“Begitulah juga Islam yang sentiasa meletakkan wanita di tempat yang tinggi dan perlu sentiasa terjaga. Kewajipan menutup aurat adalah kerana tubuh badan seorang wanita itu adalah sangat berharga dan suci, mana mungkin kemuliaan dan kesucian seorang wanita itu dipamerkan kepada manusia yang tidak sepatutnya? Ibarat emas permata, intan berlian yang sentiasa terjaga dan dilindungi malah diletakkan di dalam bekas yang cantik dan selamat.”


Gadis berdua itu terpana. Jelas, terang lagi bersuluh. Sahabatnya tidak putus mengucapkan syukur.


Dia berkata, “Jika begitu ustaz, mereka yang tidak menutup aurat ibarat barangan murahan yang dapat dijumpai di tepian jalan, boleh dipegang sesuka hati malah harga sangat murah? Jika begitu, benarlah suruhan Allah untuk wanita menutup aurat sepertimana yang termaktub dalam surah an-Nur ayat ke-31.”


Ustaz itu hanya tersenyum sambil mengangguk.


Dan si gadis itu berkata dengan lancar dan tenang, “Tiada Tuhan melaikan Allah, nabi Muhammad pesuruh Allah.”


Semua melafazkan syukur.

___________________________________


*Dpetik daripada buku BUKAN SUSAH NAK FAHAM terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Tulisan Ustaz Zahiruddin Zabidi

Tuesday, August 28, 2012

OKU - KAMI BANTU III


kali ini kami terjah ke kampung tiram. setelah kami dapat sedikit maklumat dari sahabat2 yang tau. sebelum ini bantuan ke ibu tunggal dan fikir miskin. maklumat kami perolehi daripada rakan wartawan yang penah membuat liputan. kedua2 penerima bantuan di kg yang sama.gambar atas sekali tuh. dimaklumkan oleh mak dia. anak dia nih masuk bulan ramadhan ini bebaru ini terus tak boleh nak bergerak. terbaring je. sebelum ini ok je boleh menguruskan diri sendiri dengan kerusi roda. sekarang ini nak buang najis besar pun perlu dipapah oleh si ibu yang dimamah usia. nasib baik ade gak adik dia bantu. semoga allah kembalikan kesihatan semula kepada lelaki tersebut. pesanan penaja biasanya ' sakit2 pun kene sembahyang ye bang'..insa'allah...ade rezeki baik la kiteee..

gambar ke dua nih. sadis cerita dia. ayah dia jaga. ibu pun dah tak sihat. asalnye dia kata sakit kebas2 tangan je. kerja asal bawa lori. ada 3 orang. semua dijaga oleh tok aki dia. sebb isteri dia lari.. tergamak kan manusia zaman sekarang..biasa dengar isteri ditinggalkan suami..kali nih isteri meninggalkan suami yang sedang sakit..nak cakap pun tak boleh dah dia nih...semoga allah kurniakan kekuatan kepada ayah dia terus menjaga beliau...