Monday, August 23, 2010

HUKUM DOAKAN ORG KAFIR: KES PENENG

dari web ust zaharudin.


Ustaz, apakah hukumnya mendoakan orang bukan Islam dengan hidayah atau biar dia bersifat adil, sejahtera, sihat tubuh dan sebagainya. Bolehkah pula doa sebegitu dibuat ketika khutbah? Harap ustaz dapat mengulas secara ilmiah dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik. Selain itu, apakah pula hukum kita menjawab bersin seorang kafir dengan sebutan "blessed you". Terima kasih



JAWAPAN

InshaAllah, saya akan mengulas tanpa sebarang prejudis terhadap politik kepartian, walau saya sedar soalan saudara tadi telah disensasikan sebagai isu politik di tanahair.

Namun begitu, sebelum mengulas perlu dinyatakan, ulasan saya adalah hanya berkaitan hukum dan panduan umum tanpa merujuk kepada mana-mana kes dan isu di tanahair disebabkan saya tidak punyai sebarang info jelas berkenaannya.

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada beberapa keadaan dan isi kandungan doa. Secara ringkasnya adalah seperti berikut :-

a. HUKUM HARAM

Para ulama bersepakat bahawa mendoakan orang bukan Islam dengan KEAMPUNAN ALLAH, MENDAPAT SYURGA, DIMUDAHKAN URUSAN AKHIRATNYA DAN APA SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN AKHIRAT adalah DIHARAMKAN.

Imam An-Nawawi menyebut :

وأما الصلاة على الكافر، والدعاء له بالمغفرة فحرام بنص القرآن والإجماع

Ertinya : Adapun mendoakan orang kafir (bukan Islam) untuk mendapat keampunan adalah HARAM dari teks Al-Quran dan ijma' ulama ( Al-Majmu')



RINGKASAN DALIL



Terdapat beberapa dalil asas antaranya :-



* · Firman Allah :-



مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ

Ertinya : Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik (kafir & bukan Islam), walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka, bahawasanya orang-orang musyrik itu, adalah penghuni neraka Jahanam. (At-Taubat : 113)





* · Hadis Nabi :



أن النبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عرض الإسلام على عمه أبي طالب وهو يموت، فأبى ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : لأَسْتَغْفِرَنَّ لَكَ مَا لَمْ أُنْهَ عَنْهُ . فَنَزَلَتْ : ( مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ ) وَنَزَلَتْ : ( إِنَّكَ لا تَهْدِي مَنْ أَحْبَبْتَ )

Ertinya : Nabi s.a.w mengajak bapa saudaranya Abu Talib kepada Islam, amun dia meninggal sebelum menyahutnya. Maka berkata nabi : "Aku berdoa keampuanan dari Allah untuknya apa-apa yang dia tidak berdoa (semasa hayatnya). Selapas doa nabi itu dibuat, turun ayat di atas dan turun juga ayat yang beerti " sesungguhnya engkau tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sukai"

Hadis di atas jelas menunjukkan larangan Allah kepada nabi dari berdoa KEAMPUNAN kepada bapa saudaranya yang TIDAK ISLAM. Imam Ib Hajar Al-Haithami Al-Syafie berkata

حرم الدعاء بأخروي لكافر، وكذا من شك في إسلامه، ولو من والديه

Ertina : haram berdoa berkenaan apa-apa urusan berkaitan akhirat untuk orang bukan Islam, demikian bagi mereka yang terdapat syak pada status Islamnya walau mereka itu ibubapanya ( Rujuk Tuhafatul Muhtaj )



b. HUKUM HARUS


Ulama juga sepakat mendoakan orang bukan Islam (kafir) agar mendapat HIDAYAH adalah HARUS DAN DIBENARKAN. Demikian juga lain-lain kebaikan bersifat dunia seperti umur panjang, kesihatan, lebih adil dan sebagainya, doa dalam hal kedunia itu HARUS selagi mana dia bukan merupakan seorang penentang utama Islam.

Imam Al-Bukhari sehingga memasukkan tajuk dalam kitabnya :

بَابُ الدُّعَاءِ لِلْمُشْرِكِينَ بِالْهُدَى لِيَتَأَلَّفَهُمْ

Ertinya : bab berdoa untuk orang kafir musyrik untuk mendapat hidayah agar dijinakkan hati mereka.



RINGKASAN DALIL

Terdapat beberapa dalil utama dalam hal ini, antaranya :-



* · Hadis nabi : -



فَقَالَ : إِنَّ دَوْسًا قَدْ عَصَتْ وَأَبَتْ ، فَادْعُ اللَّهَ عَلَيْهِمْ ، فَقَالَ : اللَّهُمَّ اهْدِ دَوْسًا وَأْتِ بِهِمْ

Ertinya : Seorang sahabat telah datang kepada Nabi lalu berkata : Sesungguhnya seorang dari Dausan (nama kelaurga) telah derhaka dan enggan (masuk Islam), tolonglah doakan kepada Allah untuknya. Lalu Nabi berdoa : "Ya Allah berikanlah hidayah buat lelaki dari ahli keluarga Dausan itu dan bawakanlah dia kepada kami (Riwayat Al-Bukhari, no 2779 & Muslim)

Doa yang hampir sama juga pernah Nabi lafazkan untuk Ibu Abu Hurairah, ertinya : "Ya Allah berikanlah hidayah untuk Ibu Abu Hurayrah" (dari Riwayat Muslim)

Al-Hafidz Ibn Hajar menyatakan doa nabi itu merupakan satu taqriri dayang jelas berkenaan keharusannya. Ada ketikanya nabi akan mendoakan kehancuran dan laknat buat orang bukan Islam khususnya di ketika kuatnya kejahatan mereka ke atas umat Islam, di kala tenang dan aman, nabi mendoakan pula hidayah buat beberapa dari kalangan mereka. (Fath Al-Bari, 10/604).





* · Hadis nabi :-



كَانَ الْيَهُودُ يَتَعَاطَسُونَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُونَ أَنْ يَقُولَ لَهُمْ : يَرْحَمُكُمْ اللَّهُ ، فَيَقُولُ : يَهْدِيكُمُ اللَّهُ ، وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ

Ertinya : orang Yahudi sengaja buat-buat bersin di hadapan Nabi serta berharap Nabi akan berkata sebagai balasan : Moga Allah merahmatimu kamu, Namun Nabi hanya menyebut : Semoga Allah memberi hidayah kepadamu dan memperelokkan pemikiranmu ( Riwayat At-Tirimizi& Abu Daud ; sohih menurut Albani)



Doa Nabi untuk mereka mendapat hidayah itu jelas membawa erti keharusan mendoakan hidayah buat mereka. Berdasarkan hadis itu, maka TIDAK HARUS untuk kita menyebut "bless you" kepada orang bukan Islam apabila dia bersin kerana 'bless you' tidak membawa makna yang sama dengan "Moga Allah memberi hidayah buatmu". Justeru, elok ditukar kepada "May you be guided" atau apa-apa yang seerti dengannya. Jika disebut 'get well soon' juga dibenarkan ia ia bersifat dunia.

Syeikh Abu Tib menyatakan tidak boleh kita mendoakan rahmat atau blessing untuk bukan Islam kerana ia lafaz rahmat khas untuk sesama Muslim sahaja. ( ‘Aunu Al-Ma'bud, 13/257)





* · Hadis nabi :



Nabi pernah berdoa :

اللهم اعز الإسلام بأحب العمرين

Ertinya : Ya Allah, tinggikanlah Islam melalui salah seorang dari dua Umar ( Umar Al-Khattab atau Amru Hisham iaitu Abu Jahal)



Para ulama juga menyimpulkan keharusan berdoa untuk bukan Islam yang baik dan TIDAK BERCIRI PENENTANG ISLAM agar mendapat bertambah adil, bertambah baik, dipanjangkan umur, tambah anaknya, sihat tubuhnya dan dari jenis manfaat dunia yang tidak melibatkan akhirat serta rahmat dan keampunan.

Sebagaimana nabi pernah meminta Allah melewatkan dan menangguhkan azab ke atas penduduk Taif yang menghalaunya kerana mereka jahil dan tidak mengetahui.



KESIMPULAN

Hukum berdoa kepada orang bukan Islam bergantung kepada isi kandungan doanya, sama ada doa itu diucapkan di dalam khutbah atau di luar ia tetap sama dari sudut hukum. Ia bergantung kepada kandungan. Jika ia melibatkan doa berkaitan urusan dunia seperti tubuh sihat atau mendapat hidayah, DISEPAKATI ULAMA ATAS KEHARUSANNYA. Namun jika keampunan, rahmat dan urusan akhirat DISEPAKATI HARAM.

TIDAK DIBENARKAN JUGA berdoa untuknya dengan rahmat selepas mereka bersin, sebaliknya ubahlah ucapan menuju erti moga Allah memberi hidayah kepadanya.

Jangan dilupa juga, doa kebaikan untuk orang zalim yang pasti menurut neraca Al-Quran dan Al-hadis, sama ada kepada orang Islam atau bukan Islam adalah ditegah. Dalam sebuah athar yang kukuh jalan riwayatannya, disebut :-

من دعا لظالم بالبقاء فقد أحب أن يعصى الله

Ertinya : sesiapa yang mendoakan untuk orang zalim, maka dia sessungguhnya menyukai untuk menderhakai Allah. (Al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman)

Adapun dalam kes masjid Pulau Pinang, sebelum ingin dipastikan tegolong dalam kategori mana dari pembahagian hukum di atas, apa yang paling penting adalah memastikan sama ada ia benar-benar wujud doa atau tidak, dan jika wujud adakah ia merupakan tindakan individu khatib atau merupakan arahan pihak atasan atau arahan Ketua Menteri itu sendiri. Setelah itu, barulah disemak kandungannya. Jika ia menepati yang diharuskan, TIADA sebarang masalah di sisi Islam. Namun dalam hal ini, disebabkan ia telah bercampur dengan usaha meraih milage politik, hal ini perlu dinilai lebih teliti kerana kemasukan kepentingan politik menambah lagi keraguan kata-kata mereka yang berkata, dari kedua-dua pihak.

Saturday, August 21, 2010

LAMA TAK TULIS

bila ramadhan nih tak berapa nak ade mood nak tulis. bukan sbb malas pun. takde kederat nak perah otak nih... ape2 pun dah 10hari ramadhan berlalu. hari nih kalau gi surau. atau masjid. barisan saf dah mula maju ke hadapan. orang dah tak berapa nak ramai dah. nih dikatakan hangat2 taik ayam. Ops! tak baik loo cakap camtuh.maybe lebih ramai selesa buat kat umah. teman pula ramadhan kali nih jadi sura rumah. wife teman alahan teruk jugak. melepek je duk umah. teman la masak. masak bukan masalah pun bagi teman...anak2sekang nih makin agresif menyepah2 kan rumah. pantang ade kertas ke buku je..mesti diakoyak2..time abang dulu tak suka conteng dinding..mari adeq plak...habis dinding dia conteng..gelagat anak lelaki gamaknyer..

ape2 pun selamat berpuasa semua.

Sunday, August 15, 2010

LAIN2 HOTEL HALAL DI PAHANG

sila rujuk link ini: http://jaip.pahang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=170:hotel&catid=31:hotel-hotel

HOTEL-HOTEL HALAL DAERAH KUANTAN

BIL

HOTEL / RESORT

SKOP PENSIJILAN HALAL

TARIKH SIJIL

1

HOTEL SHAHZAN INN,

JALAN BUKIT UBI, KUANTAN

DAPUR & TUN TEJA COFFEE HOUSE,

15/7/2010 - 14/7/2011

2

IMPIANA CHERATING RESORT,

CHERATING, KUANTAN

DAPUR UTAMA & KEDAI KOPI CAFE,

31/7/2010 - 30/7/2011

3

SURIA CHERATING BEACH RESORT,

KM 32.5, JLN KUANTAN KEMAMAN,

DAPUR & BUNGA PADI COFFEE HOUSE,

1/6/2010 - 31/5/2011

4

HOTEL M.S. GARDEN,

JALAN GAMBUT, KUANTAN

DAPUR &

SURIA CAFE

1/6/2010 - 31/5/2011

5

HOTEL GRAND CONTINENTAL,

JALAN GAMBUT, KUANTAN

DAPUR & MANJA COFFE HOUSE,

1/6/2010 - 31/5/2011

6

SANCTUARY RESORT,

MUKIM SG KARANG, KUANTAN

DAPUR & RESTORAN TROPICANA,

1/6/2010 - 31/5/2011

7

CLASSIC HOTEL,

JALAN BESAR, KUANTAN

DAPUR &

RESTORAN,

1/6/201031/5/2011

8

HOTEL MEGA VIEW,

JALAN BESAR, KUANTAN

DAPUR &

RAMIN CAFE,

1/9/200931/8/2010

9

DUTA VILLAGE RESORT,

BALOK, KUANTAN,

DAPUR & KARANG

CAFE

1/9/200931/8/2010

10

HOTEL SWISS GARDEN,

BALOK, KUANTAN

DAPUR & TERRACE GARDEN CAFE,

15/10/200914/10/2010

11

DE RHU BEACH RESORT,

SG KARANG, BESERAH, KUANTAN,

DAPUR &

DE RHU CAFE,

1/6/2010 - 31/5/2011

12

HOTEL SERI MALAYSIA,

JALAN TELUK SISEK, KUANTAN

DAPUR & SERI BANIR RESTORAN

1/11/2009- 31/10/2010

13

INDERA SEMPURNA RESORT,

JALAN KUANTAN-PEKAN

DAPUR & SEMPURNA CAFE,

1/11/2009-31/10/2010

Friday, August 13, 2010

SUNAT TARAWEH BAGI PEREMPUAN

ade kawan tanya. kawan perempuan. hukum solat taraweh bagi perempuan camner.

nak jawab dia teman ikut kronologi la kot supaya senang.

hukum solat taraweh; sunat dilakukan. kerana rasulullah s.a.w buat solat tersebut. so bagi perempuan juga disunnatkan.

soalannya lagi: elok buat di rumah atau di masjid ?. dalam sebuah hadis muslim: rasul s.a.w versabda yang bermaksud: jangan kamu menghalang perempuan2 kamu ke masjid, jika mereka mintak izin [muslim]. dalam hadis lain juga disebut: jangan kamu menghalang perempuan2 kamu ke masjid dan rumah adalah lebih baik untuk mereka [abu daud]

so tak de masalah di rumah atau di masjid. dirumah afdal. kalau nak ke masjid ade perkara2 yang dituntut supaya dijaga:

1- menutup aurat sepenuhnya.
2- dengan izin suami.
3-ade teman yang mahram
4- jauh fitnah.

kalau dimasjid boleh jemaah, kalau di rumah boleh buat solo. yang penting buat.

Thursday, August 12, 2010

UDANG GORENG MASAK SAMBAL TUMIS PETAI

nih menu semalam waktu berbuka. udang goreng masak sambal tumis belacan. beli udang kat kedai ikan di inderapura 1 kg rm 17 saiz L. beli dalam 20 ekor je..makan berdua so 10 ekor sorang la.

resepi :
udang sebanyak mana pun tak pe- jangan buang kepada dia .nanti tak cantik kalau goreng..buang sesungut dia je guna gunting. lumur kunyit + garam=goreng guna minyak banyak baru nampak cantik...bila dah siap goreng..asingkan udang tersebut...

sambai tumis petai- mula buat bahan2 nak tumis dulu- bawang putih + baawang kecik + petai. petai kalau tak goreng nanti bau kuat.kalau goreng ok sket..tak berapa bau..tapi rasa tetap mantap....bila dah naik bau dia..masukkan cili kering yang dikisar..pastikan membeli lada kering yang tak pedas sangat..klu dak. senak perut berbuka mende pedas...gaul2kan guna senduk..masukkan sedikit air asam sket....masukkan guna sesedap rasa-masukkn garam...biar sambal tuh macam nak kering2 sket...smbil terus kacau guna senduk tadi...bila dah rasa ok jer... padam kan api..biar seketika...masukkan udang yang dah digoreng tadik..gaul bersama sambal yang dah siap tuh...

maka siaplah untuk dimakan dengan nasi putih panas + telur dadar+ sup sayur ....

Wednesday, August 11, 2010

MAMAT NIH NAMA JE PUASA TAPI...

kisah mamat takde otak paking halang laluan bas. belagak tak tentu arah..gaye ade..tapi otak lembu. lain kali kalau nak cepat datang je kul 7 belambak paking kosong. nih datang lambat dah tau nak xm tuh. bila nak denda tanya peruntukan undang mana.. kalau tanya aku mmg dah kene dah mamat tuh. tak baca al-quran ngan hadis ker...hidup kene tolong menolong-t so tolong jangan susahkan orang lain la..tuh panduan al-quran dah bagi...tak nak ikut..jangan penting diri sendiri..jangan takabur....

JUADAH BERBUKA & SAHUR

ini juadah berbuka puasa pada 1 ramadhan. dah tua2 nih makan pun taknak pelbagai.memandangkan anak2 pun kecik lagi.buat yang simpel2 jer.yang penting tak gi beli di pasar. takut sakit perut. seingat teman dan bertahun2 dah tak beli makanan berupa lauk pauk di pasar. lagi pun takat nak masak cam lauk kat atas tuh..tak sampai sejam bleh beres...isteri teman sediakan bahan. teman masak.kalau dak pun interi teman layan anak teman masak...

ini sahur pagi tadi. nasik goreng udang.setiap suapan ade udang...pastuh pekene plak kopi o radix..mmg best.....mahu resepi..biasa kul 430 dah bagun.siap2 makan yang panas2.tak tau la berapa lama bleh tahan ..lama nanti mungkin makan biskut cicah kopi jer la...time awal2 nih mmg semangat lebih sket... he he he...

Tuesday, August 10, 2010

HARI PERTAMA BERSAHUR

alhamdulillah! allah panjangkan usia kita dapat gak teman berpuasa tahun ini. malam tadi kita bersahur! sahur nih penting dan disunnat untuk melewatkannya. itu yang disebut dalam hadis.

Hadis Anas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya [ riwayat muslim].

so nak cari berkat kenelah bersahur. melawan rasa mengantuk dan keenakan tidur. setengah org abaikan je sahur nih. ingatlah. mereka dah rugi.

teman memang suka masak, masakan panas time sahur. memang selera makan ime panas2 tuh. untuk sahur 1 ramadhan nih teman masak nasi putih[wife masak] telur dadar + daging paprit. bahan2 nak buat semua teman dah siapkan awal2 lagi. bahan2 tuh jugak bukan pakai sekali yer. mungkin 2-3 kali. kalau habis top up lagi. so nak masak mmg tak jadi masalah kalau bahan2 dah siap...selamat bersahur dan selamat berbuka semua.

STUDENT PRE MEDIC

ini adalah gambar pada malam terakhir bersama-sama student pre medic. saiap studnt pre medic nih. derang nih adalah antara pelajar2 cemerlang spm 2009 yang telah ditawarkan oleh pihak mara untuk meneruskan pengajian perubatan di mesir. di shahputra biasanya dalam 3 bulan untuk belajar bahasa arab. alhamdulillah dah berlalu 3 bulan. derang pun dah tak de. meninggalkan shahputra untuk selama-lamanya. yang tingal hanya kenangan dan ustad + ustazah derang yang akan terus berkhidmat di sini dengan ke hendak allah s.w.t.

derang nih datang dalam 2 group. group pertama mereka2 yang mempunyai basci bahasa arab waktu amik spm dulu. group ke 2 mereka yang datang tanpa ada bahasa arab. tapi ngajar budak2 bijak pada teman takde masalah dan kurang cabaran. walaubagaimanapun mmg ade karekter yang sangat berbeza antara gorup A & B. grup B lebih bersikap open minded compare ngan gruop A yang ramai jenis malu2 tapi mahu. mungkin perbezaan sistem pendidikan. ramai dari maahad tahfis. sekolah perempuan sahaja. sifat malu membataskan sedikit pergaulan mereka. sedikit sebanyak menggangu jugak sistem pendidikan yang cuba diterapkan. kalau group B ok. kerana perempuan2 kelas tersebut lebih pro-aktif.

batch ini mungkin teman agak rapat sedikit compare ngan batch2 sebelum nih. sebab teman jarang dapat masuk kelas. batch tahun nih sempat jugak teman bawak layan boling. saje teman taknak bagi budak nih tensen. suka bagi happy sentiaasa.

semua tinggal kenangan dah. tunggu pulak tahun 2011. kalau ade lagi mara mahu hantar. semoga kalian semua akan cemerlang di dunia dan cemerlang diakhirat.

Sunday, August 8, 2010

SEKOLAH HAMIL!

ramai sangat ke pelajar2 yang hamil kat mesia nih sampai nak bukak sekolah. ade ke kat melaka bilangan budak hamil sampai beratus2 orang sampai dah kene bukak sekolah. boleh ke budak2 belajar dalam keadaaan jiwa bercelaru..perut boyot..laki takde.

pada teman la. otak kalau tengah celaru elok diberi pemulihan pemikiran dahulu suntikan motivasi yang mampu menyebabkan mereka ini ingin terus hidup dan berubah ke arah yang lebih positif. teman penah mengendalikan satu kes student mengandung. mana boleh dia belajar dengan tenang, takut orang tahu. ingat dosa2 lama. memikir ape akan jadi dengan anak.kawan2 kata. mak nak terima ke tak.macam2 dia pikir..menyesall..menyesall..menyesal tak sudah..tapi dah terlanjur..bukan bulih undur..time tuh kalau nak marah memang sedap...bleh bagi macam2..tapi bleh selesai masalah ker..baik bagi cara camner nank atasi masah..itu lagi baik......tapi setelah dinasihat dan sebagainya..baru bleh terima hakikat..tuh pun menjadi tenang setelah berkahwin dengan lelaki bertanggungjawab. ini jenis nak berubah...dan akhirnya dia berubah...

ada 1 pasangan lagi..dah ade anak..sampai teman ugut kene penjara kalau buat report nih..nih pun teman subhat jugak...tak kawin tapi ade anak..jangan kata tak de ade...nih yang teman uruskan sendiri...paksa gi amik kursus kahwin..last2 kahwin jugak dalam keadaan dalam perut psangat tuh dah lekat sorang lagik...ade jenis nih... tapi alhamdulillah la jugak laki tuh bertanggungjawab..cuma jenis takde agama sbb tuh jadi camtuh..takde agama dan taknak ngaji...tuh akibat dia..

nih sekolah yang wujud untuk camna...ada sampai tingkatan berapa..kalau budak2 ipta mengandung leh gi tumpang ke dak...module dia camner..takyah susah2 la kerajaan oii..bagi je mana institusi yang sebelum2 nih dah buat..sumbang je sket duit..tanah..depa bleh hendle dengan baik.. banyak aih..sekolah2 pemulihan ahlak yang wujud secara halal nyer...yang tak halal pun ade..so bagi je la lesen sambil2 pegawai JKM gi siasat...kerajaan pun takyah susah2 nak pikir..bagi je duit sebagai geran nak bantu operasi.....

AHLAN YA RAMADHAN!

selamat menyambut bulan ramadhan kepada semua sahabat yang menziarahi blog ini. semoga amalan diterima Allah s.w.t.

Saturday, August 7, 2010

FAMILY DAY SHAHPUTRA DI SURIA CHERATING

..semalam 7 ogos 2010. selesai sudah hari keluarga shahputra yang dianjurkan oleh KEKAS...sangat2 gembira..pelbagai acara telah diaturkan untuk memeriahkan hari keluarga ini....

makanan

mantappppp..sangat tak penah tak sukup..tahniah la pihak hotel suria. mmg mantap..teman rasa bab makan nih mmg tak jadi masalah..mmg ramai puas hati..teman rumah biru lagi tak de masalah la..sebb team blue nih mmmg sediakan makanan sendiri..so pagi2 lagi dah kenyang...semua team bleh makan ramai2....terima kasih azira yang banyak menguruskan rumah biru dan rakan2 yang lain....teman kurang mengurus sebb banyak di luar daerah...

sukaneka...

ade 5 acara dijalankan...3 game rumah biru juara...1 game no 3..so dapat la jadi juara keseluruhan sukaneka tahun nih...mmg tak sangka daaaa....berkat doa pagi tuh kot..semua duk aminkan doa teman baca supaya rumah biru menang..he he he..harap2 menang juga dipandagan allah s.w.t... acara lain yang turut rumah biru dapat no..bina istana pasir no 2, tahniah kepada asri n team..dia yang inscas....rumah cantik no 2..tahniah pada along yang cimpa moskot jerung guna kayu...bola tampar...dapat no 2 jugak...tarik tali no 3...banyak gak dapat hadiah...


hadiah paling grand telah diperolehi oleh nana baru kawenn..bertuah badan oooO... DVD sony..amm it..lampu jati kot..azira lectrr..jiran aku kat inderapura...set kerusi...fauzi lectrrr kimia kot....meja..tun..isnteri fadzil....tahniah..aku dapat hamper jerk.. he he he ...tiket bermalam percuma di hayyat..dapat ke abang kareemm...swiss garden dapt kat raja...

malam tuh tidur kat hotel jer...sbb nak balik rumah jauh gak..so tido je hotel....

semoga selepas nih hubungan makin erat antara warga kolejshahputra



Wednesday, August 4, 2010

EKORAN KEJADIAN GURU DITUMBUK DALAM YOUTUBE

pada teman. budak nakal nih ade 3 jenis. 1 nak amik perhatian. budak jenis biasa nakal kat sekolah. tapi bila kene panggil dia akan datang dan dengar kaunseling...masuk kiri kuar kanan..nih jenis tidak bahaya...

ada budak nakal nak menunjuk dia hero dengan kawab2. nak bagi org kata dia best. jenis nih pun hati tak kering. ..tapi masih ada rasa hormat atau takut engan guru..kadang jahat merokok.ponteng sekolah..itu biasa pael mereka.

ada budak nakal kerana mmg dia jahat. jenis nih yang biasa akan gamak untuk tumbuk cikgu...kebanyakkan budak2 anak bersekolah di sekolah2 yang tak berapa nak ade ranking. sekolah2 kampung dan sebagainya. pada teman kalau sekoleh MRSM, SBPI, SAINS mmg tak jumpe jenis nih. sekolah2 tuh kurang hajar dia jenis lain sket...maybe jenis tak dengar kata. malas buat kerje. atau memperlekehkan cikgu...

untuk kategori 1 & 2. boleh bawak bincang..nasihat dan sebaginya.. tapi bagi kategori ke 3 sebenarnya.kene guna kekerasan..biar dia rasa ada orang lain kuat atau handal daripada dia..kene hantar kem yang ganaz2 punya orang jaga. baru dia rasa langit tinggi ke rendah....

cikgu2 pun patut dah bleh agak tindakan bebudak..sepatut stand by..pasang kuda2 elok...dia bagi tepis..ceduk je perut bagi tak bangun..kompem tak berani punyer pas tuh..untuk cikgu2 perempuan kalau ade buadak2 biadap2 camtuh..jangan amik tindakan sedniri...better bagi cikgu2 laki uruskan..jangan nak buat garang tak tentu pasai..baik jaga keselamatan diri sediri dahulu sebelum ape2 jadi....

Tuesday, August 3, 2010

MAJLIS SAMBUTAN HARI KELAHIRAN 'ADI ZAHIN DI TADIKA

terima kasih cikgu yang tolong menjayakan majlis ini. biasanya majlis di sambut di taska. tapi kali nih atas permintaan anak tersayang.dia nak buat di tadika. bersama kawan satu kelas...

dah umur lima tahun dah....

upacara membelah ultramen

yang lain2 sabo yerk...

Sunday, August 1, 2010

hepi bes day !


sselamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 5 untuk anak sulung ku. ayah dan mama doakan semoga adi zahin menjadi anak yang soleh... kek nih tersalah eja la plak....