Wednesday, September 29, 2010

CERITA WIRA POWER WINDOW

biasa dalam peper kita dengar kes org jahat bawak lari kereta. tengok2 dalam kete ade budak..walaupun pencuri tak niat pun nak colek. tp mak ayah tinggal anak sekejap dalam kete yang dihidupkan ejin untuk memenuhi tuntutan kehendak mereka. itu berita yang biasa kita dengar. kisah anak terpukang akibat enjin motor skuter tak dimatikan juga ada terjadi. enjin hidup. anak pulas minyak.maka motor bergerak tanpa kawalan yang sepatutnya.

apa yang teman nak cerita hari nih. kejadian yang betul2 menimpa teman akibat daripada power window. zaman sekang nih jarang jumpe window manual.semua power belakakan....termasukla super power & power root.. 2 hari lepas. waktu petang selepas teman balik dari kerja. sampai rumah dalam jam 630 ptg. anak2 teman dah menenggek & merenggek teman balik lambat. nak hilangkan kesedihan anak2 teman. teman ambil keputusan nak bawak anak2 gi mini market di taman inderapura. beli je apa2 yang derang nak. nak jadi cerita. sampai sahaja mini market. hujan rintik2 turun. jadi teman cakap ke anak2 teman. duduk dalam kereta je! ayah turun beli. sebut nak ape.. nak milo + nak ice cream + mercun pop pop..teman pun kuar kete..nak gi beli..tinggal la anak dalam kete. enjin hidup.ekon pasang...bukan kejadia kete kene curi. tapi nih xcden melibatkan tinkap auto.

nak jadikan cerita. si abang sudah turunkan cermin tingkap depan sisi kiri. si adik pun dari belakang gerak ke depan ( nih teman rasa la. sblm keluar adik duduk belakang ).. bila bukak tingkap. abang pun cantik ulur kepada keluar (teman paking tempat orang tak lalu lalng tp dekat kedai la dalam 50m).. time dia keluar kepala tuh. gamaknyer. si adik nih tekan butang cermin tersebut. cermin naik atas. kepala si abang terus sangkut.antara cermin dengan tingkap. sambil 2 2 tangan paut pada cermin.. waktu dalam kedai teman rasa tak sedap hati jer. dalam telinga nih teriyang riang suara orang pangil ayah! ayah! teman tinggal barang lari keluar jap.. tengok2 astarfirrullah azim. kepala anak teman lekat dahhh! teman lari kekereta. mati enjin. tenang dalam 2 second. teman on suiz kete. teman tekan cermin belah kanan. nak test camne nak bagi turun cermin (mende biasa kita dah buat turun naik cermin tp time panik cam2 bleh jadi) kompen tekan bawah..teman tekan bawah yang belah kiri. cermin pun turun.. teman chek terus tekak anak teman (pegang2 jer sambil tanya sakit ke dak).. abang mula melalak..tetiba je adik pun melalak juga ( tau dia salah gamaknyer )... teman pun tutup pintu kete. kali nih mati ejin bawak kunci gi sekali. duduk la berpanas jap korang 2 beradik... beli mende derang mintak tali..bagi minum terus senyap..dalam perjalanan nak balik umah. berkali2 juga teman tanya anak sakit ke dak. sambil membebel sapa suruh keluar kepada dalam tingkap...bla..bla...

moral of the story..mmg banyak bahaya tingal anak dalam kete yang injinnye sedang hidup. so hati2 semua.

Monday, September 27, 2010

KEKALKAN CIKGU GSTT YANG MEMPUNYAI KOMITMEN TINGGI

tak lama lagi guru2 baru akan ditempatkan semula di sekolah2 yang mempunyai kekosongan guru tetap. setelah tamat berkursus di maktab2 perguruan Malaysia. biasa nye apabila keadaan ini berlaku guru2 gstt akan melilau-lilau mencari kerja baru bagi mengumpul duit belanja setelah tamat belajar. dan nak bayar semula PTPTN.

cuma teman kesian terhadap guru2 gstt yang dah lama berkhidmat di sekolah2. bukan sekajap. kadang dah ada sampai 5 tahun gstt. setiap tahun apply KPLI. namun tak penah dapat. kenapa la yer guru2 gstt camnih. yang dah berkhidmat lama. tidak diserap terus menjadi guru tetap.. bukan ker senang kerja kementerian. lg pun biasanya. kebanyakannya mmg minat nak mengajar.

kalau la nak kata guru tersebut tidak mempunyai ijazah yang sepatutnya. pergilah mana-mana sekolah. tengok cikgu2 mengajar subjek ape. tengok ijazah derang. jenis ape. tak jadi masalah. so ijazah yang dimiliki oleh guru gstt tidaklah menjadi msalah besar. ramai jer teman tengok pemegang ijazah pengurusan. hr. dll apply KPLI mengajar B.I ingeris..

jadi ape masalah besar yang menyebabkan KPM tak boleh serap terus guru gstt yang mengajar bertahun2. & komitmen tinggi sewaktu berada disekolah. maka tidak perlulah dikeluarkan setiap tahun borang KPLI yang berharga Rm malaysia itu banyak dikeluarkan. mmg menguntungkan: bayangkan yang apply 100 000 siswazah termasuk gstt, keperluan hanya 10 000. kalau harga 1 no pin rm 8. tak ker dapat free2 jer 800 000. banyak tuh. cukup sekadar kalau KPM mengumpul data.guru2 gstt yang berada di seluruh malaysia, sekurang2nya mempunyai pengalaman 2 tahun sebagai guru. dihantar untuk KURSUS DALAM CUTI..

biasanyerla..pengalaman teman dulu. kalau guru gstt nih. segala kerje dia kene buat. orang kata.kene rangging. cikgu2 lama nih terdapat segolongan. makin lama kerja. makin malas. ti nak duit banyak. nak bonus besar.... so jenis2 ringan tulang camnih twarkan guru tetap kepada mereka....komitmen selepas jadi guru tetap...emmm...no komen...lihatlah sekeliling kita..betapa2 guru2..macam2 ada...

Saturday, September 25, 2010

TAKSA TIDAK TERPANTAU DI PUSAT PENTADBIRAN NEGARA

"Siasatan awal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mendapati kedua-dua Taska ini tidak berdaftar dengan JKM dan dengan itu JKM mempunyai kuasa untuk mendakwa kedua-dua Taska tersebut," kata Shahrizat dalam satu kenyataan hari ini.

agak pelik la dengarkan.pada temanla. taska yang wujud di putrajaya tidak ade lesan. soalannyer. bukan ke di situ semua pusat pentadbiran negara. sepatutnya apa-apa yang wujud di situ semua berlesen. kalau di situ tak berlesan. bayangkan la kalau yang wujud ditempat2 lain...

aduhaii....selamatkan lah anak2 kami yang kedua ibu bapa bekerja nih... JKM tak cukup kaki tangan gamaknyer..

Friday, September 24, 2010

CAR WASH


zahin nak basuh kete ayah boleh! pastuh ayah beli mainan ye! ok kata teman sambil baca surat kabo dalam rumah! tetiba dengan dengan keseronokan elampau dua beradik di luar rumah di poch kereta teman. jenguk kepala.. jeng..jeng..ini lah jadinyer...

Thursday, September 23, 2010

HUKUMAN ATAS SETIAP KESALAHAN

dah fitrah anak-anak kecil.pasti akan bergurau2 dalam bentuk pergaduhan yang bersifat gurauan asalnya. anak org lain pun sama macam anak teman rasanya. di rumah teman kalau kelihatan anak-anak bergurau agak bergalak..maka ayah akan berpesan ' menagis kang siap dua-dua'. ditakdirkan allah si kecik akan menangis. biasa kecik akan nagis. tapi ade kadang2 abang nagis. apabila dilibas reket badminton ke.pedang powerrangers ker. iye la.biasa abang dia main pukul pelan2. dapat kat adeq. manalah pandai budget pelan ke kuat time dia hayun. time tuh abang akan nagis.. hukuman yang akan dilakukan selain kene 'piat' biasa teman piat @ jentik guna getah gelang.. teman akan suruh sayang adik @ sayang abang. gambar atas tuh. time abang gurau ngan adeq. nampak air mata ade adeq lg.. sayang paksa nama nyer.

TANDA AWAL STROK

hari nih terjumpa ustad annuar. ustad teman di KIBA satu masa dahulu. alhamdulillah dia sudah sihat macam biasa. cuma berjaga2 sahaja. ustad annuar dia takde darah tinggi. kecing manis. tetapi kene stork disebbkan kandungan kalestrol dalam darah tinggi.

kesempatan berjumpa dia. teman bertanya macam mana mula2 ustad rasa kene. dia kata dia pun tak tahu sebb tak penah kene sebelum nih. so dia bercerita dari awal sehingga dia dimaklumkan bahawa dia kene stork oleh DR di KMC.

antara tanda2 awal kene strok jika kita nih bukan org yang ade darah tinggi dan kencing manis. yang pasti kencing masin ade kot. ye ke kencing rasa masin. anda rasa. anda dapat. dia kata dia bangun pagi2 jer. tangan sebelah kiri rasa kebas. so antara tanda ialah rasa kebas2 angota badan. mungkin tangan. kaki. dll. kebas keperti kalau kita tido, kita tindih tangan. rasa macam gigit2 tuhkan. lepas bangun dia rasa macam tuh. tapi. bleh bergerak macam biasa jer..tanda seterusnya. tangan dia yang rasa kebas tadi tuh tidak upaya untuk pegang kunci.atau ape2 objek. yang terjadi pada ust nuar nih. tangan dia tak mampu pegang kunci. boleh capai tapi takleh nak pegang. so dia amik guna tangan kanan.. masih boleh bergerak macam biasa.boleh pandu kereta dalam keadaan rasa kebas masih ade.

perubahan ketara apabila dia sampai opis. dia duduk atas kerusi. time dia nak bangun. dia dah tidak setabil berdiri. berdiri macam bduak baru belajar jalan. jadi ketar2. sah lah itu strok.

kalau anda ada tanda kebas2 selepas bangun pagi. yang berpanjangan. segeralah jumpa DR jangan tangguh. menurut ust nuar. kalau lewat dalam sejam berjumpa DR dia mungkin lagi teruk. seperti lidah jadi keran. wajah jadi senget. tp alhamdulillah dia ok.

semoga beroleh manfaat kepada sahabat semua.

Wednesday, September 22, 2010

PERTARUNGAN DUA BERADIK

DOUBLE TROUBLE

terbc kisah kembar yang hilang dah dijumpai.kisah di perak. di teluk intan rasanyer. awal kelahiran sure merekalah paling gembira. dapat kembar perempuan. seiras. sehati. sejiwa. itulah dapat diagak oleh teman. tak sangka selepas 16 tahun dibela jadi macam berita hari ini. dah ditemui bersama lelaki. mengaku membuat hubungan seks plak. dah la lelaki tuh. tak berjenis. kalau laki tuh berkerjaya menjamin masa depan ok la gak. hancur lebuh hati mak ayah gamaknya. boleh kembar sama2 naik yerk. takde terlintas langsung ke ingat ke mak ayah yerk sblm nak buat jahat...

semoga tidak terjadi kepada anak2 kita. amin.

Tuesday, September 21, 2010

IKAN KELI : ANTARA YANG HALAL & HARAM

Haram

§ Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi, Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam.

§ Kepala berbentuk 'V'

§ Bentuk badan mirip torpedo

§ Badan berwarna hitam berkilat

§ Bahagian bawah badan berwarna putih melepak

§ Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning

§ Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak

Halal

§ Diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan,kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitami.

§ Kepala berbentuk 'U'

§ Bentuk badan tirus

§ Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat

§ Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu

§ Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan

§ Digoreng tidak meletup

allah jua lebih mengetahui.

KEPADA ALLAH JUA KU MENGADU: RINTIHAN PENDAKWAH

Malam ini aku menangis.
Qiyam Ramadan aku beriring sendu.
Aku tidak dapat menahan rasa sedih dan kesal, bagai ada batu besar terbuku menjadi beban di lubuk hatiku.
Rasa terkilan itu juga bersulam silang dengan rindu.
Aku rindu pada saat-saat kelanaku di bumi yang amat jauh dan terpencil daripada dunia Islam. Merindui Ramadan di kelana dakwahku semasa menggalas tugas mengimamkan umat di tapak krisis Protestant – Katholik itu.
Di bumi Ulster.
Kenanganku kepada Ramadan di Belfast bukan pada kemeriahan berbuka puasa atau berQiyam semata.
Apa yang lebih mengundang rindu, menusuk kalbu, adalah pada manis yang dijamu. Kemanisan bekerja untuk Islam di bulan Ramadan, tatkala masjid kecilku itu menyaksikan begitu ramai anak tempatan disentuh hidayah Allah. Di lindungan bumbung Ramadan, masjidku dilimpahi rahmat dengan ungkapan Shahadah lelaki dan perempuan, yang semenjak lahir mereka tidak kenal Allah dan Muhammad, namun di masjidku, mereka kembali.
Kembali kepada fitrah.
Mereka bersyahadah.
Itulah Ramadan di bumi Eropah.
Bukan hanya di masjid kami, malah di kebanyakan masjid yang ada.
Di masjidku, kami mahu ia seperti Masjid Nabi. Sesiapa yang mencari teduh, dijemput berteduh. Sesiapa mencari hidayah, disambut dengan ramah. Hampir setiap hari tetamu datang dengan pelbagai agama dan latar belakang. Namun mereka bertemu di maksud yang satu. Mereka mahu tahu.
Apa Islam? Siapa Muslim? Mengapa Islam? Bagaimana Muslim?
Mereka tidak pernah mengotorkan masjid. Mereka tidak pernah mencemari masjid. Mencabut kasut, kami beritahu. Berpakaian sopan, mereka sudah tahu. Menghormati jemaah, memang cara hidup mereka begitu, hingga kami tidak terbayang berkemungkinan mengulang perbuatan Nabi, membasuh kencing Badwi, tanpa merungut dan mencela caci.
Pada mereka, datang bertamu.
Pada kami, Allah yang menyeru.
Tugas kami menyambut tetamu.
Bukankah itu amanah di bahu?
Bulan Ramadan adalah bulan yang dinanti-nantikan. Bukan hanya pada segala kebaikan yang sedia terjanji di lisan Nabi yang berpesan. Malah bulan ramai anak tempatan memeluk Islam. Hidayah daripada Allah, namun ikhtiarnya tidak pernah menghela lelah.
SIAPA BERTUAH SIAPA
Itulah yang mengundang tangisanku malam ini.
Ramadan dalam kenanganku di perantauan, adalah bulan Allah menghadirkan tetamu-tetamu al-Rahmaan ke setiap rumah-Nya.
Ramadan dalam realitiku di kampung halaman sendiri…
Muslim yang tidak datang ke masjid tidak pernah diendah dalam kerisauan.
Bukan Muslim yang datang ke masjid, dihalau, dicaci penuh prejudis, dan dimurkai sesuka hati. Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?

Mahsyar akan menuntut jawapan kepada persoalan itu…

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Menjelang 31 Ogos 2010…

Monday, September 20, 2010

YE KE NIH! MACAM TAK CAYA JER..

macam mana org bleh kata masalah sosial di kampung lebih teruk berbanding di bandar. sapa responden2 yang dipilih tuh. kampung tuh. kampung mana. kalau kampung baru. @ kampung pingiran bandar..harus la kot. kampung dikeliling bandar.yang rata2 penduduk bandar duduk di kampung.

kat mana ade banyak pusat hiburan. kat mana banyak mall.. hotel2 budget..3 tempat nih je dah cukup nak biak maksiat sebenarnya.

nak tengok remaja berpakaian macam tak pakai baju. lelaki pakai subang. rambut perang.nak tengok berpelukan. gi je di mall. takcaya tanya penguatkuasa. yang tak cukup tangan nak cegah.kat kampung ade..kene cari la baru jumpe..kalau di bandr..silap2 nak tengok mall kene selak remaja2 nih dulu baru nampak mall... ya allah lindungilah anak2 seagama kami.

CATATAN SYAWAL 2010

syawal tahun nih beraya di sg koyan. kalau dulu. 2 tahun lepas. kalau teman beraya di koyan je. kompem family semua cukup.sbb time tuh teman je yang kahwin. sekang nihn dah lain. raya tahun nih. teman ngan 2 adik teman je ade. sorang paling kiri dalam gambor atas. sorang tukang amik gambor. 2 orang lagi. sila rujuk gambo2 lama. beraya di rumah mertua mereka.

tahun nih lama berama di sg koyan. seminggu jugak di sg koyan. wife teman tak berapa sehat. so bawak balik sg koyan ramai yang akan entertain anak2 teman. maklum la cucu2 sulung..nak2 pulak acu n pak wan rajin gak layan.senang sket keje teman.
selepas acara bergambar. acara bermaaf-maafan sambil salam kaut. yang paling kecik la paling seronot kiri kanan kokot. buleh tahan gak duit raya derang nih.semoga bahagia kekal hingga ke syurga.

Sunday, September 19, 2010

YANG DICERITAKAN ORANG-ORANG

KEMBALI KEPADA FITRA

mudah cerita. kembali kepada asal.kita sambut aidil fitri. aidil fitri membawa maksud yang pelbagai. suka teman ceritakan di sini. ia bermaksud kembali kepada asal. mula2 kita biasa sarapan pagi. makan tegah hari. dan makan petang. itu perkara biasa dilakukan sebelum datang ramadhankan. bila tiba ramadhan. mkan sebelum subuh. dan makan setelah matahari tenggelam.kan perbuatan tuh tidak biasa dilakukan. hanya di bulan ramadhan sahaja. masuk sahaja bulan syawal. kembali kepada asal semula aktiviti kita. sarapan pagi. makan tengah hari. makan petang. ini antara aktiviti sudah kembali dilakukan oleh kita ketika bulan syawalkan.

itu citer bab aktiviti makan je la. diri manusia sebenarnya dicipta suka kepada perkara baik..buat baik.cakap baik.makanan baik2.pakaian baik2.kenderaan baik2. baik kata semua mahu mende yang baik. rohani kita pun suka perkara2 baik jugak kalau kite perasan..cuma kita sahaja agak tegar untuk merubah diri ke arah kebaikan yang lebih baik...mugkin nafsu masih berjaya menguasi akal kita. hati tidak berapa gagah untuk menetukan keputusan mengikut iman. mungkin! orang sekang cakap transfomasi- malu untuk melakukan transfomasi diri.

harap ramadhan menjadi buln ujian , dapat keputusan yang memberansangkan pada bulan syawal ini.

SEMOGA ROH DICUCURI RAHMAT ALLAH

dah 2 minggu lebih berita utama setiap surat kabo arus perdana cerita pasai tragedi tragis sadis yang menimpah dato sosilawati. nak buat macam mana takdir hendakkan kematian mereka begitu. so kita kenelah terima dengan redhanyer.. cakap senangkan ..kalau ke anak beranak..adeq beradik sendiri guane yer..

yang takde kene mengena dengan keluarga dato' mengelegak jiwa baca paper cerita macam mana mereka dibunuh. yang berkaitan lagi lah sedih.. di kedai2 kopi sibuk lah citer tentang keganasan india. ade cine sorang nih pun citer gak. sambil2 teman pasang telinga. kalau gengster cina lain loo..kasi tembak ..sekali mati jer.... iye la tuh..sembang2 kedai kopi la katakan... rata2 menanam rasa tak puas hati kepada pembunuh berbangsa india..

pada teman tak semua india begitu..semua bangsa ade wakil2 yang tak diiktiraf berperangai cam binatang nih...cuma kita sentiasa kene mintak allah lindung agar tak jadi mangsa mereka..kerana ape..harta tak boleh halang jadi mangsa mereka..macam kes dato' sosilawati la....yang boleh tolong allah jer... so kene minta tolong sentiasa...mudah-mudahan dilindungi allah s.w.t..

ade disebut dalam sebuah hadis..allah s.w.t kalau dia timpa pelbagai dugaan kepada hamba dia di dunia ini lain tak bukan..nak hamba dia suci dari dosa ketika mengadap dia nanti.. moga itulah yang diperolehi oleh ruh dato sosilawati & sahabat2 yang terlibat dalam pembunuhan tersebut... semoga sipelaku turut mendapat balasan setimpal dan mohon diberi petunjuk... teman teringat kisah bani israil dalam sahih muslim...seorang pemuda membunuh 100 orang...dimasukkan ke syurga kerana bertaubat..

sebuah kisah lagi.. allah s.w.t ketawa melihat 2 orang saling membunuh dimasukkan syurga. seorang mati kerana pertahankan agamanya. yang membunuh tadi menyesali atas perbuatan dan bertaubat, terbunuh sewaktu pertahankan agama setelah bertaubat...

macam2 mungkin terjadi...

Saturday, September 4, 2010

AKIBAT KURANG ILMU. SENJATA MAKAN TUAN

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya:
Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, “satu” is one, “dua” is two, “tiga” isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang “singular” dan “plural”
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu “Singular”; dua atau lebih “Plural”
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh… tambah huruf “s” untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah “s” je, kan?
Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi…