Monday, July 16, 2007

SUMBER PENGURUSAN ISLAM

Secara umumnya, Islam mempunyai rujukan yang tersendiri untuk menjadi sumber kepada sesuatu perkara. Kecemerlangan pengurusan umat islam ketika suatu masa dulu disebabkan mereka menjadikan sumber wahyu sebagai panduan untuk menguruskan ssuatu perkara. Pada masa kini, sesebuah organisasi perlu merujuk kepada sumber-sumber tertentu untuk mencapai matlamat organisasi. Di dalam pengurusan islam terdapat lima sumber yang perlu dijadikan rujukan utama untuk mencapai sesuatu matlamat. Berikut adalah sumber pengurusan islam yang perlu menjadi panduan kepada sesebuah organisasi :

Al-Quran sebagai rujukan utama.

Al-Quran ialah wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w melalui perantaraan Malaikat Jibril. Diturunkan secara berperingkat-peringkat berdasarkan sesuatu peristiwa. Membaca Al-Quran merupakan sesuaru ibadah.

Di dalam perkara-perkara yang melibatkan pengurusan, berikut adalah ayat-ayat yang berkaitan dengan dasar, tektik dan asas- asas pengurusan Islam.

Pertama: Asas Ikatan Perjanjian ( Kontrak ) Dan Tanggungjawab Memenuhi.
Apabila seseorang individu diterima bekerja di sesebuah organisasi, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh individu tersebut ialah mengisi borang perjanjian atau pun surat tawaran bekerja. Di dalam surat tersebut terkandung syarat-syarat yang perlu dipatuhi sebelum memulakan kerja. Berikut adalah ayat yang mewajibkan kita mematuhi setiap kandungan di dalam surat tersebut.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman! Penuhi serta sempurnakan perjanjian ( Al-Maidah : 1 ).


Kedua: Asas Pemberian Ganjaran.

Sesebuah organisasi yang mengambil individu sebagai pekerjanya, diwajibkan memberi ganjaran kepada individu tersebut di atas apa yang telah dikerjakannya. Jika majikan tersebut tidak memberi ganjaran kepada pekerja tersebut maka menjadi satu kesalahan sama ada di sisi undang-undang dunia atau pun agama. Berikut adalah ayat yang mewajibkan memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat untuk organisasi kita.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “ Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya” ( Al-Najm: 39 ).

Ketiga: Asas Penentuan Matlamat Organisasi Dan Nilai Yang Wajib Diikuti.

Sesebuah organisasi sewajarnya mempunya matlamat yang jelas untuk dicapai oleh pekerjanya. Ini bertujuan supaya pekerjanya akan lebih berusaha untuk mencapai matlamat tersebut.Sebagai contoh Kolej Shahputra mensasarkan pelajar OM 114 akan mendapat keputusan peperiksaan 100% lulus cemerlang. Maka pensyarah akan bekerja kras untuk memastikan pelajarnya lulus cemerlang. Berikut adalah ayat yang menerangkan agar sesebuah organisasi menentukan matlamatnya.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan di antara mereka ada pula yang berdoa dengan berkata : Wahai tuhn kami ! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari api neraka. ( Al-Baqarah: 201 ).

Keempat :Asas Komunikasi Dalam Organisasi.

Komunikasi merupakan antara perkara yang penting dalam organisasi. Komunikasi akan menyebabkan sesuatu arahan dapat disampaikan dengan lebih jelas daripada majikan kepada pekerjanya. Tanpa komunikasi boleh menyebabkan sesebuah syarikat akan gagal dalam mencapai matlamatnya.Berikut adalah ayat yang menjelaskan kepentingan organisasi.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik daripadanya, atau balaslah ia dengan cara sama. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu ( Al-Nisa’: 86 ).

Kelima : Asas Pengurusan Sumber Manusia

Sumber Manusia merupakan satu jabatan yang menguruskan tentang ambilan pekerja serta bertanggungjawab memastikan supaya pekerja sentiasa bermotivasi. Berikut adalah ayat yang menyatakan tentang sumber manusia.

Firman Allah s.w.t : Salah seorang perempuan yang berdua itu berkata : Wahai ayahku, ambillah dia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil pekerja ialah orang yang kuat lagi amanah. ( Al-Qashas: 86 ).

Keenam: Asas Gesaan Bekerjasama Dan Tolong Menolong Antara Satu Sama Lain.

Hubungan antara jabatan-jabatan amatlah penting agar kerjasama dalam dijalinkan. Ini bertujuan supaya sesuatu matlamat itu lebih mudah hendak dicapai. Tanpa kerjasama dari semua pihak mungkin menyebabkan sesebuah ornganisasi lambat untuk mencapai matlamatnya.

Firman Allah s.w.t : Dan hendaklah tolong menolong dalam membuat kebajikan, dan janganlah kamu tolong menolong dalam melakukan dosa, ( Al-Maidah: 2 )

Ketujuh: Asas Etika.

Etika ialah mematuhi nilai moral atau akhlak yang baik.. Ia bertanggungjawab menentukan tidak seseorang itu baik ataupun tidak.

Firman Allah s.w.t : Sesungguhnya pada Rasullulah itu ada ikutan yang baik bagi muiaitu bagi orang yang mengharapkan pahala Allah dan balasan baik pada hari pembalasan, serta banyak memperingati Allah.( Al-Ahzab: 21 )



Ketujuh-tujuh asas di atas menunjukkan bahawa al-quran adalah sumber wahyu yang boleh menjadi rujukan utama di dalam perkara yang melibatkan ilmu pengurusan. Justeru itu , bagi organisasi yang menjadikan al-quran sebagai suber utama, pasti akan berole kejayaan di dunia dan di akhirat.


Al-Sunnah Sebagai Sumber Penguruan Kedua.

Al-Sunnah

Sunnah ialah apa yang disandarkan atau diambil daripada Rasullulah s.a.w sama ada daripada perkataan, perbuatannya atau taqrirnya.

Antara asas-asas pengurusan Islam di dalam sunnah ialah :

Pertama: Kesesuaian Sistem Dengan Matlamat Organisasi.

Sesuatu matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi hendaklah melalui cara yang betul dan dibenarkan oleh agama. Kita tidak dibenarkan mengunakan cara yang salah untuk mencapai matlamat ini kerana agama Islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat.

Sabda Rasululluah s.a.w : Sesungguhnya perkara yang halal itu nyata dan perkara yang haram juga nyata, di antara kedua-duanya adalah syubhah yang tidak diketahui oleh kebanyakkan orang. Sesiapa yang meninggalkan perkara syubhah dia menyelamatkan tubuh badannya. Sesiapa yang melakukan syubhah sama seperti seorang penggembala yang menggembala ternakan di tepi kawasan larangan, besar kemungkinan ternakannya memakan di kawasan larangan tersebut, sesungguhnya setiap sesuatu itu ada sempadanya, dan sempadan Allah ialah perkara-perkara yang haram. ( Riwayat Al-Bukhari ).

Kedua: Asas Pertanggungjawaban

Asas ini bermaksud dalam sesebuah organisasi terdiri dari individu yang mempunyai peranan masing-masing. Maka setiap individu bertanggungjawab melaksanakan tanggungjawab masing-masing bagi membantu mencapai sesuatu matlamat.

Sabda Rasullullah s.a.w : setiap kamu adalah pengembala dan kamu semua bertanggungjawab terhadap apa yang dijaga.

Ketiga: Mutu Kerja/ Kualiti Kerja

Menjalankan tugas menrupakan tanggungjawab setiap pekerja yang wajib dilakukan. Namun begitu islam menekankan kepada kualiti kerja tersebut. Islam tidak membenarkan umat sekadar bekerja tanpa mengambil kira kualiti yang dapat dihasilkan.

Sabda Rasulullah s.a.w : Sesungguhnya Allah s.wt menyukai apabila seseorang iu melakukan dengan itqan ( berkualilti ).

Keempat : Pengurusan Masa

Masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mengejar kemajuan. Pengurusan masa juga memperlihatkan keupayaan sesebuah syarikat beroperasi sama ada cekap atau sebaliknya. Oleh yang demikian islam amat menitik beratkan tentang pengurusan masa.

Sabda Rasulullah s.a.w ; Hendaklah engkau berada di dunia seolah-olah engkau berdagang. Ibn Umar kemudianya berpesan: jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu pagi, dan apabila menunggu pagi janganlah menunggu petang. Gunalah masa sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari masa hidup engkau pada masa sakit engkau.

Kelima: Kewajipan Beretika : Berakhlak Baik Dan Tingalkan Akhlak Buruk.

Sabda Rasullullah s.a.w : Bertaqwalah kepada Allah s.w.t di mana engkau berada, Apabila engkau melakukan kejahatan bersegeralah bertaubat dan melakukan kebaikan,nescaya kebaikan menghapuskan kejahatan. Dan berakhlaklah kepada manusia dengan Akhlak yang baik. ( Riwayat Tarmizi ).

Keenam: Asas Pemberian Upah Dari Aspek Masa.

Sabda Rasullulah s.a.w: Berilah upah kepada pekerja sebelum kering peluhnya.

Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaibar dengan upah separuh daripada hasil yang dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman



Amalan Para Sahabat

Amalan Para Sahabat adalah sumber rujukan ilmu pengurusan selepas Al-Quran Dan As-Sunnah. Amalan para sahabat merujuk kepada tindakan yang mereka lakukan ketika mereka mentadbir negara selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w.

Segala keputusan yang dilakukan oleh para sahabat selepas kewafatan baginda rasulullah s.a.w dikenali sebagai ijtihat. Ijtihat ialah mengerah tenaga untuk mendapatkan hukum syarak terhadap sesuatu masalah yang timbul. Ijtihad ini harus didasarkan kepada empat sumber utama iaitu al-Quran, Hadis Nabi, Ijmak Ulama dan Qias. Dalam kontek pengurusan Islam pula bermaksud amalan-amalan yang dilakukan oleh para sahabat terutamanya khulafa al-Rashidin dalam era pemerintahan mereka iaitu :

Di antara amalan para sahabat yang boleh menjadi rujukan bagi ilu pengurusan Islam adalah seperti mewujudkan sistem pemerintahan berpusat, mengasaskan sistem kehakiman dan sebagainya. Semua perubahan yang dibawa oleh para sahabat dalam bidang pengurusan adalah berkonsepkan islah iaitu menjaga kemaslahatan ummah dan mengawasi kandungan syariat islam agar tidak diselewengkan oleh pihak-pihak tertentu.

Penulisan Para Ulama’/ Sarjana Islam.

Walaupun sarjana barat begitu gigih mengakaji hal pengurusan dan mengeluarkan teori sejak berabad lamanya, sebenarnya sarjana Islam lebih awal mengkaji. Aidit Ghazali telah menyenaraikn nama ulama’ Islam tersebuut dan bidang kajian mereka :

Nama Sarjana
Bidang kajian
Ibnu Hazam ( 384H-456H )( 994-1064 )
Keperluan asas, kemiskinan, zakat, cukai dan teori pemilikan tanah.
Nizam al-Muluk al-Tusi ( 408-485H ) ( 1017-1093 )
Kebajikan, pentadbiran Negara, pengurusan Negara, tanggungjawab pemerintah dan rakyat, productivity, kualiti, keperluan asas dan perancangan awam.

Al-Ghazali ( 450-505H )( 1058-1111 )
Kebajikan, keadilan kerajaan, kemakmuran ekonomi, pembahagian buruh, pengkhususan pekerjaan, zakat, sumber pendapatan, perdagangan, akauntabilii pengurusan kekayaan, pemilikan, kemiskinan dan etika dalam ekonomi.

Terdapat banyak lagi sarjana-sarjana lain yang menyumbang kepada bidang kajian pengurusan seperti : Al-Turtusi ( 450H ), Al-Shirazi ( 589H ), Fakhruddin al-Razi ( 543H ) dan lain-lain.



Penulisan Sarjana Islam dan Barat Masa Kini.


Dalam abad ke 20 ini ramai sarjana Islam yang aktif dalam penyelidikan berkaitan dengan pengusan islam. Di antara mereka ialah Mu’in al-in, Zahid Ali, Jurji Zaydan, S.Khulda Bukash, Husaini, S.M Imanuddin , Ali Nadwi, Syed Othman alhabshi.

Sarjana Barat juga turut menjalankan kajian berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan Islam. Di antara mereka ialah Mez, Kremer, Levy, Levi Provencal, Vatikiotis, Gaston wiet, Sclot dan Montgomery Watt.

Mengapakah Sarjana Barat berminat untuk mengkaji pentadbiran dan pengurusan Islam?

Jawapan yang diberikan oleh Napoleon Bonaparte yang dikenali sebagai “ The Great Conqueror” : Kalau diizinkan untuk mentadbir dunia, saya akan kumpulkan semua cerdik pandai mentadbir dengan melaksanakan prinsip-prinsip Islam ( al-quran ) yang penuh kesejahteraan, dan ini akan membawa kesejahteraan ummah.
Pengurusan dan pentadbiran dalam Islam
PENDAHULUAN

Islam merupakan ad-diin yang tidak hanya diaplikasikan di dalam ibadah semata-mata. Malahan islam adalah satu cara hidup yang syumul yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, sosial dan sebagainya. Kemantapan umat islam suatu masa dahulu adalah disebabkan oleh kecekapan pengurusan dan pentadbiran yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w dan dibantu oleh para sahabat. Justeru itu kertas kerja ini dibentangkan bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kemantapan sistem islam yang terdahulu merupakan faktor kegemilangan umat islam yang terdahulu serta mendedahkan kepada pelajar tentang penyelewengan fakta yang mengatakan bahawa sistem pengurusan adalah berkiblatkan kepada barat semata-mata.

PENGERTIAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN ISLAM

Pengurusan Dan Pentadbiran Menurut Al-Quran

Terdapat beberapa ayat al-quran telah menyebut dengan jelas perkara yang berkaitan dengan pentadbiran atau pengurusan. In menunjukkan bahasa urusan yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran adalah perkara yang penting dan perlu diperbincangkan.
Di dalam bahasa arab perkataan tadabbara bermaksud tadbir dan urus. Hal ini telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam beberapa firman Allah s.w.t seperti berikut :

Surah al-Sajadah: 5
Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.

Surah al-Ra’ad:2
Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy dan Dia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya); tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Dia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

Surah Yunus : 3
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menjadikan langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dia bersemayam di atas Arasy mentadbirkan segala urusan. Tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi syafaat melainkan sesudah diizinkanNya. (Yang bersifat demikian) itulah Allah, Tuhan (yang memelihara dan mentadbirkan keadaan) kamu; maka tunduklah dan taatlah kamu kepada perintahNya; patutkah kamu setelah mengetahui kenyataan yang tersebut tidak mahu mengingatiNya?

Surah Yunus : 31
Bertanyalah kepada mereka (yang musyrik itu): Siapakah Yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Atau siapakah yang menguasai pendengaran dan penglihatan? Dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati dan mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup? Dan siapakah pula yang mentadbirkan urusan sekalian alam? (Dengan pertanyaan-pertanyaan itu) maka mereka (yang musyrik) tetap akan menjawab (mengakui) dengan berkata: Allah jualah yang menguasai segala-galanya! Oleh itu, katakanlah: (Jika kamu mengakui yang demikian), maka mengapa kamu tidak mahu bertakwa?

Ke empat-empat ayat di atas, mejelaskan tentang kecekapan pentadbiran yang dilaksanakan oleh Allah s.w.t agar menjadi panduan kepada manusia untuk mentadbir dan menguruskan kehidupan mereka seharian. Berdasarkan ayat-ayat tersebut sarjana-sarjana Islam telah meletakan pengurusan dan pentadbiran sebagai perkara yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sesebuah organisasi.

Pengertian Pentadbiran Dan Penguruan Islam Mengikut Pandagan Sarjana Islam Dan Barat

Sistem pengurusan secara umumnya adalah kebolehan mengunakan segala sumber alam sama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Malahan ada juga yang berpendapat pengurusan merupakan bentuk kesenian yang berasaskan kemahiran dan bakan seseorang. Selain daripada itu ada juga yang berpendapat bahawa pengurusan adalah suatu kajian ilmiah dan juga kesenian yang bergantung kepada kebolehan seseorang yang akan menjadi pengurus.

Hasil daripada pengertian umum tersebut, ramai sarjan-sarjana sama ada Islam atau barat yang memberi pengertian baru bersesuaian mengikut peredaran zaman. Selain daripada itu, ada jupa pandangan yang membezakan di antara pentadbiran dan pengurusan. Berikut adalah pandagan sarjana Islam dan barat berkaitan pengurusan dan pentadbiran.

Pengurusan

‘ Pengurusan sebagai satu kajian ilmiah terhadap bakat dan kebolehan serta kemahiran seseorang untuk menjadi pengurus’ ( Ibrahim Abu Sin )

‘ Pengurusan sebagai melayan kehendak awam atau rakyat’ “ saya telah melantik gebenor bagimu, juga para pegawai bukan untuk memikul tubuh atau mengambil hartamu tetapi mendidik dan melayanmu” ( Umar Bin Al khatab ).

‘ Pegurusan sebagai kebolehan menggunakan segala sumber alam dan manusia kurniaan allah untuk kebajikan manusia dan sistem perlaksanaan serta penyelarasan dasar pemerintah oleh kementerian, jabatan, institusi, dan badan yang ditubuhkan’ ( Dr Mohamad Yusof Noor )

‘ Pengurusan merupakan proses mendapat dan mencantum sumber kewangan,modal,tenaga manusia dan sebagainya untuk mencapai matlamat organisasi sama ada dalam bentuk barangan atau perkhidmatan’ ( Prof Syed Othman Al Habshi ).

Pentadbiran

‘ Perkataan pentadbiran atau administration dalam bahasa inggeris dari segi bahasa diambil dari perkataan latin iaitu administrare yang membawa maksud pengurus’ ( Muhammad A. Al Buraey )

‘Proses perlaksanaan untuk mencapai sesuatu maklumat atau projek’
( Muhammad Abu Rauf ).

Maka pengurusan atau pentadbiran islam masa kini dapatlah ditakrifkan sebagai : “ suatu proses penglibatan dan pengalokasi sumber ( tenaga manusia benda dan perkara yang berkaitan )supaya saling bekerjasama dan berfungsi dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai sesuatu objektif dan tujuan sama ada yang bermotifkan keuntungan atau tidak ia hendaklah selari dengan ketentuan-ketentuan syariat”.

Pengurusan

‘ Pengurusan sebagai menyelaras tenaga kerja untuk mencapai matlamat negara’ ( L.D Whaite )

‘ Pengurusan sebagai melaksanakan perintah dan menyelaraskan kegiatan bersama kelompok’ ( Taji ).

Pentadbiran

‘ Pentadbiran sebagai pentadbiran negara secara sistematik untuk tujuan kebajikan dan memenuhi kehendak sosial’ ( F.D Federicson ).

‘ Melaksanakan tugas pemerintah, menyelaras tenaga kerja dan bekerjasama dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab’
( Dimoc ).

‘ mengurus dan mengawas manusia untuk menyelesaikan masalah atau pekerjaan’ ( Gladden ).

Kesimpulan dari pendapat sarjana tentang pengurusan dan perancangan boleh di kategorikan kepada 3 kesimpulan iaitu :

Sebagai kemahiran dalam perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai sesuatu matlamat.

Sebagai perlaksanaan dasar pemerintahan untuk kebajikan awam atau rakyat.

Sebagai penyelarasan antara agensi kerajaan untuk melaksanakan dasar yang telah diputuskan untuk mencapai matlamat negara iaitu kebajikan dan keperluan awam.


Thursday, July 12, 2007


Kejadian Angin Menurut Al-Quran

Kejadian seperti ribut, taufan, dan puting beliung yang berlaku di negara ini adalah disebabkan oleh pergerakkan angin yang dipengaruhi oleh perubahan suhu global. Menurut kamus dewan angin adalah udara yang bergerak. Pergerakan dan perubahan angin yang berbeza menyebabkan angin didefinisikan mengikut keadaan yang tertentu. Di dalam al-Quran Allah s.w.t beberapa kali menyebut dengan jelas tentang tujuan angin diciptakan kepada kehidupan di muka bumi ini. Sesunguhnya allah s.w.t menjadikan sesuatu di muka ini mempunyai peranan masing-masing selain bertasbih kepada Allah s.w.t. ianya termasuklah angin.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud : demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran ( surah al-baqarah:164). Melalui ayat ini kita dapati bahawa Allah s.w.t menjadikan angin bertujuan untuk menunjukkan kekuasaannya kepada manusia. Berdasarkan firman allah s.w.t tersebut, sesungguhnya angin tidak akan mergerak ke mana-mana tempat melainkan dengan perintah allah s.w.t. justeru itu, kita dapati terdapat ramalan mengatakan bahawa terdapat angin yang akan bertiup pada sesuatu masa tetapi perkara yang terjadi adalah sebaliknya. Ini jelas membuktikan tentang kekuasaan Allah s.w.t melalui ciptaan angin. Selain daripada itu, jika dikaji oleh manusia, bagaimanakah angin itu mampu bergerak ke sesuatu atah tanpa dikawal oleh pencitpanya. Semua kejadian ini mampu menyebabkan manusia kembali kepada penciptanya yang sebnar.
Sama ada kita sedari atau tidak sesungguhnya angin juga dicipta oleh Allah s.w.t sebagai pembawa berita gembira kepada manusia. Hal ini disebut oleh Allah s.w.t melalui firmannya yang bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa Dia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya dan seterusnya supaya kamu bersyukur.( Ar-ruum 46). Selain daripada Allah s.w.t juga berfirman yang bermaksud : Dan Dialah Tuhan yang menghantarkan angin sebagai berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya dan Kami menurunkan dari langit: Air yang bersih suci, ( al furqan 48 ). Kedua-dua ayat ini menunjukan bahawa Allah s.w.t menciptakan angin sebagai rahmat kepada kehidupan manusia. Ini kerana dengan bantuan angin allah s.w.t akan menurunkan hujan ke atas sesuatu kawasan, melalui angin juga Allah s.w.t memudahkan supaya kapal-kapal bergerak mengunakan layarnya. Ini adalah sebahagian daripada nikmat yang dapat dikecapi manusia melalui ciptaan angin.
Walaupun angin mengutuskan kegembiraan namun angin juga dicipta oleh Allah s.w.t sebagai jentera untuk memusnahkan harta benda dan nyawa. Kebelakangan ini kita dapati banyak berita yang berkaitan dengan ribut yang telah merosakkan harta benda serta mengorbankan nyawa sama ada di dalam akhbar atau media, hal ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya yang bermaksud : Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggempakan bumi dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. ( al-Angkabut: 40). Ayat ini menjelaskan tentang peranan angin yang bertindah sebagai jentera pemusnah yang mungkin disebabkan oleh keangkuhan hamba terhadap Allah s.w.t. Di dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Adakah kamu (sesudah diselamatkan ke darat) merasa aman (dan tidak memikirkan), bahawa Allah akan menggempakan sebahagian dari daratan itu menimbus kamu atau dia akan menghantarkan kepada kamu angin ribut yang menghujani kamu dengan batu; kemudian kamu tidak beroleh sesiapapun yang menjadi pelindung kamu? ( al-isra’a:68). Dalam sebuah hadis , daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Aku telah dimenangkan oleh angin ribut barat dan kaum Aad telah dihancurkan dengan angin ribut timur ( riwayat muslim)
Selain daripada itu Allah s.w.t juga mencipta angin sebagai alat untuk menyebarkan benih-benih tumbuhan di dunia ini. Benih-benih tumbuhan akan ditiup oleh angin akan menyebabkan penyebaran benih tersebut dikawasan lain. Ini secara tidak langsung menyebabkan bumi akan terus menghijau dengan tumbuhan tersebut. Di dalam surah al-Hijr Allah s.w.t berfirman yang bermaskud : Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya. ( al hijr;22). Daripada maksud ayat ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa angin berperanan kepada manusia untuk membantu menyebarkan benih-benih tanaman di dunia ini. Tanpa bantuan angin sedikit sebanyak akan menyukarkan proses pembiakan tumbuh-tumbuhan hijau di dunia ini.
Di dalam kisah nabi sulaiman a.s, kita dapati bahawa Allah s.w.t telah mencipta angin sebagai kenderaan untuk kegunaan nabi sulaiman a.s bagi kemudahannya untuk bergerak ke destinasi yang dituju. Hal ini disebut oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud : Dan (Kami mudahkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang kencang tiupannya, bertiup menurut kehendaknya ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya dan adalah Kami mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( al anbiyak:81). Oleh yang demikian angin juga berperanan sebagai kederaan untuk manusia, pada zaman ini kita dapati terdapat sukan-sukan yang memerlukan bantuan angin untuk mengerakan kenderaan mereka seperti sukan luncur angin dan sebagainya.
Melalui firman allah s.w.t yang berkaitan dengan perihal angin ribut yang diterangkan oleh Allah s.w.t di dalam al-Quran, membuktikan kepada seluruh manusia tentang tujaun Allah s.w.t menciptakan sesuatu di dunia ini. Kejadian ribut taufan yang kerap berlaku kebelakangan menyebabkan manusia berfikir bahawa kejadian tersebut tidak membawa kebaikan kepada mereka melaikan kemusnahan semata-mata tetapi jika diselidiki perkara tersebut menyebabkan kita kembali mengigati kepada Allah s.w.t yang berkuasa di atas setiap sesuatu. Kejadian tersebut juga merupakan suatu ujian Allah s.w.t bagi mempelihatkan tahap keimanan hambanya. Justeru itu sama-samalah , kita berdoa kepada Allah s.w.t supaya menetapkan keimanan kita apabila kita ditimpa sesuatu ujian dan memohon kepada Allah s.w.t supaya menjauhi daripada ujian yang tidak tertanggung oleh kita.





Wednesday, July 11, 2007

Membelanjakan Harta Wakaf
Wakaf adalah salah satu ibadah yang dituntut oleh agama Islam bagi meningkatkan lagi keimanan orang mukmin. Wakaf bermaksud mengeluarkan harta yang bermanafaat bagi dirinya untuk kegunaan orang lain serta tidak boleh dipindah milik, dijual ataupun diwarisi kepada sesiapa pun melainkan institusi yang mengurus wakaf tersebut. Hal ini disebut dalam satu nas yang berkaitan dengan wakaf Umar bin khatab yang bemaksud : harta wakaf tersebut tidak boleh dijual, diberi kepada orang lain atau diwarisi ( riwayat bukhari) . Di dalam al-quran allah s.w.t telah berfirman dalam hal yang berkaitan dengan wakaf melalui firmannya yang bermaksud : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya(al-imran:92). Manakala di dalam hadis pula rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : apabila mati anak adam terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan serta doa dari seorang anak yang soleh (riwayat muslim) melalui hadis ini ulama’ berpendapat bahawa sedekah jariah membawa maksud wakaf harta yang disayangi.
Sesungguhnya amalan wakaf mengandungi hikmah yang tersendiri. Oleh yang demikian islam amat mengalakkan umatnya yang berkemampuan untuk melakukan ibadah tersebut. Ini kerana ibadah wakaf mampu menghampirkan diri kepada Allah s.w.t melalui sumbangan harta kita ke jalan Allah s.w.t. Selain daripada itu amalan wakaf juga menzahirkan kecintaan terhadap pengabdian kita kepada Allah s.w.t. kecintaan tersebut tidak hanya sekadar menjadi sebutah, malahan dilaksanakan dengan perbuatan mewakafkan harta yang bermanfaat kepada kita untuk kegunaan orang awam. Amalan mewakafkan harta juga menyebabkan pahala yang berterusan akan diganjarkan kepada pewakaf. Pahala tersebut tidak akan terputus walaupun pewakaf tersebut telah meninggal dunia. Hal ini telah disebut dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh abu hurairah, bahawa tidak akan terputusa amalan bagai mereka yang melakukan sedekah jariah iaitu wakaf. Amalan wakaf juga mampu untuk merealisasikan banyak perkara yang boleh membawa kepada kemaslahatan umat Islam. Harta-harta yang diwakafkan jika ditadbir dengan baik sudah tentu mampu untuk menjana ekonomi orang Islam, serta memenuhi hajat keperluan membina keperluan umat islam seperti masjid, sekolah kubur dan sebagainya. Melalui manfaat harta wakaf kemiskinan dapat di atasi serta membantu anak-anak yatim dan ibnul sabil di sudut kewangan.
Harta wakaf tidak hanya bertujuan untuk membina masjid atau menyediakan tapak perkuburan semata-mata. Malahan jika terdapat golongan yang mewakafkan hartanya bertujuan untuk mempercantikkan masjid dengan membina ukiran atau mempercantikan dengan hiasan yang membolehkan ibadah solat seserong itu terganggu, menurut ulama’ wakaf tersebut tidak sah. Begitu juga dengan membina kubur-kubur dengan batu-batu yang berukir bertujuan untuk meperingatinya juga tidak sah ini. Namun begitu jika tanah diwakafkan untuk menjadi tanah perkuburan ia menjadi suatu tuntutan jika negara tersebut masih mempunyai tanah yang luas, sebaliknya jika mempunyai tanah yang terhad maka kaedah pengkebumian lain perlu dilakukan seperti yang dilakukan di Mekah. Ia bukan bertujuan untuk menghina kematian tersebut tetapi jika tanah tersebut sesuai untuk dimanfaatkan kepada ekonomi umat islam yang masih hidup, ini adalah cara yang paling baik untuk memartabatkan umat islam.
Di Malaysia kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM250 juta bagi membangunkan tanah wakaf di seluruh negara seluas 36,000 hektar. Dengan keluasan tersebut, jika ditadbir dan diurus dengan betul maka pelbagai masalah yang berkaitan dengan ekonomi umat Islam khususnya yang melibatkan kemiskinan pasti dapat diatasi dengan mudah. Di dalam sebuah hadis yang berkaitan dengan tuntutan memanfaatkan harta wakaf yang diriwayatkan oleh Ibn Umar yang bermaksud : Umar telah mendapat sebidang tanah di Khaibar kemudian dia datang menghadap Nabi s.a.w untuk minta tunjuk ajar tentang cara pengelolaannya, katanya: Wahai Rasulullah! Saya telah mendapat sebidang tanah di Khaibar. Belum pernah saya memperolehi harta yang lebih baik daripada ini. Apakah cadangan kamu mengenai perkara ini? Baginda bersabda: Jika kamu suka, jaga tanah itu dan kamu sedekahkan manfaatnya. Lalu Umar mengeluarkan sedekah hasil tanah itu dengan syarat tanahnya tidak boleh dijual dan dibeli serta diwarisi atau dihadiahkan. Umar mengeluarkan sedekah hasilnya kepada fakir miskin, kaum kerabat dan untuk memerdekakan hamba juga untuk orang yang berjihad di jalan Allah serta untuk bekal orang yang sedang dalam perjalanan dan menjadi hidangan untuk tetamu. Orang yang mengurusnya boleh makan sebahagian hasilnya dengan cara yang baik dan boleh memberi makan kepada temannya dengan sekadarnya
Melalui hadis ini, jelas menunjukkan kepada kita bahawa harta-harta wakaf yang ada pada hari ini perlulah dimanfaatkan dengan cara yang terbaik. Tidak terhad kepada membina masjid atau kubur sahaja. Sebaliknya jika terdapat keperluan yang lebih penting maka keperluan tersebut hendaklah di dahulukan tanpa menepikan kepentingan agama terlebih dahulu. sejak dari zaman rasulullah s.a.w dahulu, kebanyakkan golongan kaya telah melakukan ibadah wakaf ini, seperti yang dilakukan oleh Abu Talhah setelah mendengar firman Allah s.w.t yang bermaksud : Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi(al-Imran:92). Setelah mendengar ayat tersebut Abu Talhah bertemu rasulullah s.a.w untuk menceritakan tentang keinginannya untuk bersedekah, lalu Rasulullah s.a.w menyuruhnya mensedekahkan sebuah kebun yang bebuah dan mempunyai punca air untuk dimanfaatkan oleh orang ramai (riwayat bukhari).

Melalui peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada institusi wakaf di malaysia, maka bangunkanlah bangunan yang boleh memberi manfaat kepada semua penduduk malaysia, disamping menyediakan kepeluan-keperluan asas umat islam seperti sekolah, masjid dan sebagainya. Hasil daripada pembangunan tanah tersebut sudah pasti dapat membantu menjana ekonomi golongan miskin dan membantu pendidikan anak-anak yatim serta golonngan yang tidak bernasib baik di malaysia serta membantu golongan ibnu sabil. Selain mendapat ganjaran di akhirat, amalan mewakaf juga memartabatkan golongan umat islam di dunia ini. Maka sama-samalah kita menyumbangkan ringit malaysia kita dengan membeli saham-saham wakaf yang terdapai di negeri masing-masing bagi membantu ekonomi umat islam serta menjadi saham kita di akhirat kelak.

Raikan Kenaikan Gaji Dengan Kesyukuran

Alhamdulillah adalah kalimat keramat yang sepatutnya terpacul daripada mulut penjawat awam yang beragama Islam apabila diumumkan oleh perdana menteri pada 21 Mei 2007. Setelah menunggu hampir 15 tahun untuk semakan dan penyelarasan semula gaji penjawat awam maka impian tersebut telah dapat capai oleh semua penjawat awam di malaysia pada tahun ini.

Di dalam Islam, pembayaran gaji atau asas pembayaran ganjaran merupakan suatu kewajipan majikan terhadap pekerja-pekerjanya. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang melainkan balasan apa yang diusahakannya” ( Al-Najm: 39 ). Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa setiap usaha yang dilakukan oleh seseorang , maka dia berhak untuk mendapatkan balasan yang setimpal terhadap apa yang diusahakan. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Berilah upah kepeada pekerja sebelum kering peluhnya. Manakala sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a yang bermaksud : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah memberi pekerjaan kepada penduduk Khaibar dengan upah separuh daripada hasil yang dikerjakan seperti buah-buahan atau tanaman. Hadis ini bertepatan dengan tidakan kerajaan menaikkan gaji di kalangan penjawat awam khususnya yang berpendapatan rendah untuk meneruskan kehidupan dengan lebih selese sejajar dengan perubahan yang berlaku pada masa kini. Selain daripada itu, Islam juga menyarankan supaya diberitahu kadar kenaikan yang bakal mereka perolehi. Sehubungan dengan itu, rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang berurusan dengan seseorang untuk melaksanakan tugas atau pekerjaan maka hendaklah ia memaklumkan kadar upah dan bayaran.

Di dalam permasalahan pembayaran gaji Saidini Ali pernah berpesan yang bermaksud : Berilah kepada mereka gaji yang secukupnya kerana dengan gaji yang cukup itu mereka dapat meningkatkan prestasi diri mereka dan boleh mengelakkan daripada mengambil harta kerajaan atau rasuah. Ini juga boleh menjadikan alasan ketika mana arahanmu tidak dipatuhi. Pesanan daripada Saidina Ali ini berkaitan dengan kepentingan terhadap pemberian gaji yang mencukupi kepada pekerja-pekerja. Ini kerana kekurangan ganjaran daripada yang sepatutnya boleh menyebabkan berlakunya gejala-gejala yang negetif seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Justeru itu besar harapan kepada kakitangan awam, dengan penyelaras semula gaji penjawat awam akan meningkatkan lagi prestasi kerja mereka.

Selain dari mengucapkan syukur kepada allah s.w.t dan berterima kasih kepada kerajaan, penjawat awam harus menyedari bahawa setiap jawatan disandang mereka adalah amanah dan tanggungjawab bagi seorang pekerja. Ini merujuk kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud : Sesungguhnya Allah s.w.t menyuruh kamu agar melaksanakan amanah kepada yang empunya dan apabila kamu menghukum antara manusia, maka hendaklah kamu menghukum secara adil. (al-Nisa’:58). Amanah yang dimaksud di dalam maksdu firman ini adalah berkait rapat dengan tugas-tugas yang disandang oleh setiap pekerja di mana-mana organisasi. Jika kita tidak amanah terhadap apa yang dipertanggungjawab kepada kita , maka ketahuilah bahawa rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : terdapat tiga tanda-tanda sifat munafik iaitu apabila diamanahkan sesuatu dia mengkhianatinya ).

Sesungguhnya sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah s.w.t dengan kenaikan yang diperolehi, maka sama-sama kita mempebaharui setiap kerja kita dengan menjadikannya sebagai ibadah kepada Allah s.w.t. Apabila setiap pekerjaan itu dilakukan sebagai suatu ibadah, maka kita akan lakukan perkata tersebut dengan penuh dedikasi dan amanah serta mengharap keredaan Allah s.w.t . Sebagai tanda kita berterima kasih kepada kerajaan pula kita lakukanlah kerja dengan tanpa ada penagguhan lagi. Antara punca kelewatan sesuatu urusan adalah disebabkan sikap yang suka menagguh-nagguh kerja. Sedangkan rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Apabila mampu ketika senja janganlah kamu menangguh sehingga subuh, apabila kamu mampu melakukan ketika subuh, janganlah kamu menangguhnya sehingga petang, pergunakanlah kesihatan kamu sebelum datang sakit, kehidupan kamu sebelum datangnya kematian ( Riwayat Bukhari). Hadis ini merujuk kepada gesaan dalam menyegerakan sesuatu pekerjaan tanpa ada penagguhan. Kerja yang sepatutnya boleh disiapkan dalam masa 1 hari tetapi menjadi sehingga seminggu , begitulah sebaliknya yang berlaku ketika ini.
Semoga dengan kenaikan ini akan meningkatkan urusan pentadbiran kerajaan terhadap rakyat-rakyat, dan ingatlah saidina Ali juga telah berpesan : jika kamu tidak melakukan apa yang sepatutnya kamu lakukan sebagai penjawat awam bermakna engkau telah melakukan kezaliman. Sesiapa yang menzalimi hamba Allah s.w.t nescaya Allah s.w.t menjadi lawannya di akhirat. Sesiapa yang menjadikan Allah s.w.t lawannya maka tiada ruang lagi baginya untuk berhujah dan keadaan ini berterusan sehingga ia bertaubat.
Pengaruh Israiliyyat Dalam Penulisan Di Malaysia

Sejak kebelakangan ini, ramai penulis yang menulis tentang kisah para nabi telah muncul di dalam masyarakat yang sedang diterapkan dengan nilai murni Islam Hadhari. Terdapat penulis yang diketahui asal usul pendidikannya sehinggalah kepada penulis yang tidak diketahui dari mana datangnya asal usul latar belakang pendidikan mereka. Sesetengah penulis hanyalah bermodalkan maklumat yang dikutip dari apa sahaja yang sampai kepada mereka. Ibarat kata membujur lalu melintang patah. Hasil daripada maklumat yang mereka memperolehi dan dengan kemahiran menulis yang mereka ada, maka mereka mula mencuba untuk menulis buku-buku berkaitan dengan kisah para nabi dan rasul.

Tulisan-tulisan mereka telah menjadi bahan bacaan kepada seluruh masyarakat pelbagai peringkat. Sungguhpun kisah-kisah yang ditulis adalah berunsur nasihat atau pembawakan kisah yang baik, tetapi bahayanya kepada kita adalah isi kandungan dalam kisah-kisah tersebut tidak bersandarkan kepada sumber yang tulen. Mereka menggunakan hadis-hadis palsu untuk menyedapkan cerita. Walaupun kebanyakan penulis tidak mencipta hadis sendiri tetapi mereka mengambil hadis palsu daripada orang lain untuk menyedapkan pembaca.

Selain daripada itu, israiliyyat dalam tafsiran al-Quran juga memberi kesan yang tidak baik kepada masyarakat khususnya kepada golongan yang sentiasa ingin mencari kelemahan Islam. Seterusnya boleh mencemar nilai kesucian sumber utama ketamadunan Islam dan melarikan fokus utama pada setiap kisah yang disebutkan daripada al-Quran iaitu pengajarannya.

Sumber-sumber pengetahuan yang berkaitan dengan kisah nabi sepeti buku, keset cd dan sebagainya yang mampu dimiliki masyarakat kebanyakkan tercemar dengan penyerapan israiliayyat ke dalamnya dari beberapa aspek. Antaranya ialah aspek penamaan seseorang, objek, tempat atau binatang tertentu, penambahan bahan dalam sesuatu cerita atau peristiwa dan terdapat juga aspek yang menjadikan sesuatu benda sandaran kepada nabi-nabi atau pun dari aspek kecuaian membuat penafsiran dalam sesuatu ayat.

Israiliyyat dari aspek penamaan seseorang dan tempat. Kebanyakkan buku-buku yang menceritakan bahawa nama Lembah Semut yang dilalui oleh Nabi Sulaiman a.s sebagai Asgalan. Jika kita merujuk kepada hadis nabi, kita akan dapati tiada satu pun hadis yang mengkhususkan nama-nama tersebut, melainkan nama-nama tersebut tersebar melalui riwayat yang tidak pasti kebenarannya. Penamaan ini mungkin bertujuan untuk melengkapkan kisah tersebut serta kelihatan lebih menarik apabila dibaca.

Israiliyyat dari aspek penambahan kisah : Kisah perkahwinan Nabi Sulaiman a.s dengan Raja Saba’ adalah antara penambahan cerita yang paling banyak terdapat di dalam buku kisah para nabi yang diterbitkan di Malaysia. Sungguhpun perkahwinan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tetapi dalam kisah nabi Sulaiman a.s perkara yang sepatutnya ditonjolkan adalah kejayaan dakwah yang dilakukan oleh nabi Sulaiman a.s melalui cara yang penuh hikmah. Peristiwa ini juga tidak disahkan oleh mana-mana hadis nabi. Peyebaran peristiwa ini hanya berlaku jika kita merujuk kepada sumber yang israiliyyat. Justeru itu kita perlu lebih berhati-hati dalam menyampai sesuatu kisah supaya tidak lari dari maksud sebenar.
Israiliyyat dari aspek keterlampauan terhadap keperibadian nabi. Terdapat buku yang menceritakan tentang gambaran cintanya Nabi Sulaiman a.s kepada Raja Saba dan tentang kemeriahan meraikan perkahwinan Nabi Sulaiman a.s. Tidak mungkin seorang Nabi menyintai seorang wanita melebihi cintanya kepada Allah s.w.t dan tidak mungkin seorang nabi membazir dengan membelanjakan harta untuk meraikan perkahwinannya, sedangkan terdapat hadis yang meriwayatkan bahawa Nabi Sulaiman a.s menjadikan gandum yang ditumbuk sendiri menjadi roti sebagai makanan asasinya, walaupun beliau seorang pemimpin agong. Tidak mungkin sesebabkan oleh seorang wanita yang sangat menawan menurut pandagan penulis, maka Nabi Sulaiman a.s sanggup membazirkan harta-harta rakyatnya. Jelas menunjukkan terdapat penyelewengan dalam penafsiran kisah tersebut. Begitu juga dengan kisah tipu daya kancil terhadap musuhnya dengan menyandarkan sesuatu benda kepada hak milik Nabi Sulaiman a.s. Ular sebagai tali pinggang Sulaiman a.s, sarang tebuan sebagai gong Sulaiman a.s. semua ini boleh menjejaskan keperibadian seorang nabi dan perlu didedahkan kepada masyarakat bagi memelihara akidah umat Islam.
Manakala dari aspek kecuaian dalam penafsiran juga berlaku dalam kisah-kisah nabi sebagai contoh dalam kisah Nabi Sulaiman a.s. . Terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan bahawa istana Raja Saba’ telah dipindahkan oleh Ifrit. Terdapat juga yang mengatakan bahawa istana tersebut telah dibawa oleh jin-jin yang mentaati perintah Sulaiman a.s, serta ada pendapat yang mengatakan bahawa istana tersebut dipindahkan oleh malaikat. Berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud : Berkatalah seorang yang memnpunyai Ilmu dari Ahli kitab : Aku akan membawa singgahsananya kepada mu sebelum mata mu berkerdip( an-Naml:40). Merujuk kepada ayat ini jelas menunjukkan bahawa seorang hamba Allah s.w.t yang alim telah membawa istana kepada Balqis bukannya jin atau malaikat. Kisah ini bertujuan untuk menggangkat darjat kedudukan manusia yang berilmu di sisi Allah s.w.t bukan untuk menonjolkan kekuatan atau kekuasaan. Perkara ini sepatutnya dikupas ketika sesuatu cerita ditulis dan bukannya sekadar untuk berseronok di samping mengaut keuntungan sahaja.

Penyebaran israiliyyat di dalam penulisan di Malaysia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kekurangan pakar dalam bidang tafsiran dan hadis. Golongan ini juga sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Selain itu tiada badan pemantauan ditubuhkan untuk meneliti sebelum sesebuah penulisan itu dicetak khususnya dalam penerbitan kisah-kisah nabi yang semakin laris di pasaran. Penulisan biasanya dilakukan oleh individu yang pandai menulis tetapi tiada latarbelakang pendidikan agama, mereka merujuk kepada sumber yang dijumpai tanpa mengkaji terlebih dahulu. Selain daripada itu, israiliyyat biasa menceritakan perkara yang luarbiasa yang amat digemari pembaca tanpa memikirkan pengajaran disebaliknya. Justeru itu, bagi mewujudkan masyarat Islam yang bertamadun, maka kita sama-sama kembali menjaga ketulenan sumber ketamadunan Islam khusunya dalam penafsiran al-Quran dan hadis.

Pemakanan Sihat Menurut Islam

Allah s.w t telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud : Makanlah dan minumlah, maka jangan sekali-kali kamu membazir ( surah al-‘Araf:31). Allah s.w.t juga ada menyebut di dalam al-Quran yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman makanlah kamu daripada yang baik-baik, apa yang telah kami kurniakan kepada kamu ( al-Baqarah:172). Manakala rasulullah s.a.w ada menyebut di dalam sebuah hadis yang bermaksud: Wahai manusia makanlah apa yang terdapat di muka bumi ini selagi mana ianya halal dan memberi kebaikkan.

Firman Allah s.w.t dan hadis di atas adalah berkaitan dengan berkaitan dengan tuntutan kepada keperluan manusia iaitu makanan. Allah s.w.t telah menjadikan pelbagai bentuk makanan untuk dinikmati oleh manusia. Namun begitu Allah s.w.t telah mengariskan kepada manusia supaya memilih makanan yang berkhasiat dan halal sama ada diketegorikan sebagai makanan berat ataupun ringan. . Makanan yang berkhasiat akan menyebabkan badan menjadi sihat, akal menjadi sejahtera, manakala makanan yang halal pula menyebabkan Allah mudah memperkenankan doa hambanya, sepertimana sabda Nabi S.A.W : Pilihlah makanan yang baik dan halal semogamudah diperkenankan doamu. Selain daripada itu, Allah s.w.t juga melarang kita membazir dalam dalam hal yang melibatkan pemakanan. Ini kerana membazir itu adalah amalan syaitan. Meskipun makanan tersebut berkhasiat kita hendaklah memakannya seperti yang diajar oleh nabi iaitu makan ketika terasa lapar dan sebelum kenyang. Berlebihan dalam pemakanan akan menyebabkan mudah untuk mendapat penyakit sepertimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Setiap penyakit disebabkan oleh terlalu banyak makan, dan setiap ubat disebabkan oleh sedikit makan. Terdapat juga pandangan ulama’ yang mengatakan bahawa makan berlebihan menyebabkan timbulnya enam sifat tercela iaitu pertama lenyap rasa takut kepada allah s.w.t di dalam hatinya, kedua; menyetujui akan nafsunya, ketiga : berat untuk melakukan ketaatan, keempat: sukar menerima nasihat orang lain, kelima: ucapanya tidak memberi kesan kepada pendengar jika memberi nasihat, keenam menyebabkan pelbagai penyakit.

Islam telah menggariskan beberapa panduan untuk dilaksanakan oleh manusia, khususnya umat Islam bagi mendapat mutu kesihatan yang baik ketika memenuhi keperluan pemakanan. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Berwuduklah sebelum makan menimbulkan berkat begitu juga dengan membasuh kedua-dua tangan, Selain itu Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : Jika seseorang dari kamu ingin makan, maka mulakanlah dengan bismillah pada awalnya, jika ia terlupa maka ucaplah bismillah pada akhirnya. Kedua-dua hadis ini adalah sebagai tuntutan pertama sebelum kita makan iaitu mencuci tangan supaya bersih dan menghilangkan kekotoran yang membawa penyakit, kemudia dimulakan dengan bismilah sebagai penguat rohani. Di dalam hadis lain rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Jika ada empat perkara pada makanan, maka sempurnakanlah keadaannya. Makanlah makanan yang halal, jika ingin makan sebutlah nama Allah s.w.t, makanlah dengan beberapa orang, dan apabila selsai makan sebutlah Alhamdulillah. Berlembutlah ketika mengucapkan alhamdulillah kecuali apabila sahabat lain selesai makan, maka boleh dikuatkan. Hadis ini menyarankan kepada kita memakan rezeki yang halal, ini keraja jika kita memakan rezeki yang haram, syaitan turut sama menyertai makanan kita. Selain itu kita juga disarankan makan secara berjemaah dan mengucapkan Alhamdulillah setelah selesai makan. Selain itu terdapat larangan memakan makanan yang panas, ini kerana makanan yang panas tiada barakah dan boleh memudaratkan. Kita juga dilarang mencium makanan sebelum menjamahnya ini disebabkan perbuatan tersebut adalah perbuatan haiwan, sepertimana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Sejukkanlah makanan, kerana makanan yang panas tidak mengandunggi berkat, dan jangan mencium makanan kerana perangai tersebut adalah perbuatan haiwan. Begitu juga dengan perbuatan meniup ke dalam makan bertujuan untuk menyejukkan juga merupakan perbuatan yang buruk dan ditegah oleh nabi melalui sabdanya yang bermaksud: janganlah mencium makanan seperti haiwan, dan janganlah meniup ke dalam makanan dan minuman sebab perbuatan tersebut termasuk perilaku yang buruk. Jika makan mengunakan jari, kita disunatkan menjilat jari tersebut ketika selesai makan, sebelum membasuh tangan. Selain itu kita juga disunatkan makan makanan paling hampir dengan kita dan ditegah melangkaui orang lain ketika mengambil makanan.

Hakikatnya makanan bukanlah penyumbang utama kepada penyakit tetapi sikap manusia adalah penyumbang utama kepada penyakit yang berbahaya di dunia ini dan di Malaysia khususnya. Kebanyakan pengidap penyakit seperti obesiti, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya adalah disebabkan oleh sikap mereka yang tidak menghiraukan tentang bahaya sesuatu pemakanan yang berlebihan. Sepeti contoh, bahaya pemakanan terhadap gula dan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kencing manis dan darah tinggi. Kebanyakan pengidap penyakit ini mengetahui akan bahayanya gula serta lemak berlebihan tetapi akibat daripada sikap yang tidak ambil peduli akan bahaya yang bakal ditempuhi menyebabkan mereka meneruskan tabiat buruk mereka. Justeru itu, untuk menjadi rakyat yang sihat perlulah kita menukar sikap supaya lebih menyanyangi anugerah kesihatan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t dengan cara kembali mengamalkan kaedah yang dijelaskan oleh al-quran dan sunnah. Disamping memperoleh kesihatan baik, kita juga memperolehi keredaan Allah s.a.w.

Menziarahi Masjid dan Makan Nabi

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah dan mendoakan keberkatan terhadap penduduknya. Maka sesungguhnya aku pun memuliakan iaitu mengharamkan Kota Madinah sebagaimana Nabi Ibrahim a.s telah memuliakan iaitu mengharamkan Kota Mekah. Dan sesungguhnya aku juga telah mendoakan keberkatan makanan di Kota Madinah, sebagaimana yang pernah didoakan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada penduduk Mekah.

Hadis tersebut berkait rapat dengan Ibadah haji yang merupakan rukun Islam terakhir serta wajib dilaksanakan oleh umat Islam yang mempunyai kemampuan. Ibadah ini dilakukan pada bulan Zulhijjah di Mekah Mukarramah. Di samping menunaikan kewajipan haji di mekah kita juga perlu mengambil peluang untuk melakukan ziarah terhadap Makam Rasulullah S.A.W dan Masjid Nabawi yang berada di Madinah Munawarah. Kota mekah dimuliakan oleh Allah s.w.t kerana amalan ibadah hajinya di situ, manakala di Kota Madinah pula dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan wujudnya makam Rasulullah s.a.w dan Masjid Nabawi. Kedua-dua tempat ini tidak wujud di tempat lain kecuali di Madinah sahaja. Oleh yang demikian itu kita dituntut supaya mengambil kesempatan melawat tempat tersebut setelah selesai menunaikan haji.

Kedua-dua amalan ziarah ini merupakan tuntutan yang perlu kita lakukan bagi memenuhi kehendak Rasulullah s.a.w ketika hayatnya. Di dalam satu hadis Rasulullah s.a.w terlah bersabda yang bermasud : Nabi s.a.w pernah bersabda: Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali menuju ke tiga buah masjid iaitu masjidku ini iaitu masjid Nabawii, Masjidilharam di Mekah dan Masjidilaqsa(riwayat muslim). Hadis ini menerangkan kepada kita bahawa menziarah Masjid Nabawi adalah amat digalakkan kerana Allah s.w.t akan memberi ganjaran yang berlipat ganda jika kita mendirikan solat di masjid tersebut, sepertimana sabda nabi yang bermaksud: Nabi s.a.w pernah bersabda: Sembahyang satu waktu di masjidku adalah lebih utama daripada mendirikan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidilharam(Riwayat Muslim).

Manakala galakkan menziarahi Makam Rasulullah s.a.w pula berdasarkan kepada sebuah hadis Rasullullah s.a.w yang bermaksud : Sebelum ini aku telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahillah kubur-kubur. Hadis ini telah disokong oleh sebuah hadis lain yang berlaku kepada Muaz sebelum diutuskan ke Yaman: Rasulullah s.a.w telah berkata: Wahai Muaz! Jika engkau tidak dapat bertemu denganku pada tahun ini, semoga engkau menziarahi masjidku (Masjid Nabawi) dan kuburku. (Riwayat Ahmad dengan sanad yang soheh). Hadis ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa menziarahi makam Rasulullah s.a.w amat digalakkan. Perkara ini turut dipersetujui oleh para sahabat dan tabiin selepasnya. Begitu juga dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Thobrani yang bermaksud, Rasulullah s.a.w bersabda : Sesiapa yang menunaikan fardu haji ke Baitullah al-Haram di Tanah Suci Makkah dan tidak menziarahi aku (di Madinah), sesungguhnya ia menjauhkan dirinya daripada aku. Jika hayat Rasulullah s.a.w masih ada, kita mungkin boleh menziarahinya tetapi setelah kewafatannya apa yang ditinggalkan untuk kita di Madinah ialah menziarahi makam dan masjidnya. Dengan cara tersebut mungkin akan mendekatkan lagi diri kita kepada rasulullah s.a.w di samping dapat melakukan sunah-sunahnya yang lain.


Kedua-dua tuntutan ini bolehlah dilakukan ketika kita telah selesai menunaikan haji. Manakala bagi jemaah yang datang lebih awal, mereka boleh menziarahnya sebelum berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah Haji. Ketika ingin melaksanakan kedua-dua tuntutan tersebut, terdapat beberapa adab perlu dipelihara supaya memperoleh keberkatan daripada apa yang yang dilakukan.

Mempunyai azam untuk sampai ke Masjid Nabawi dan Makam Rasullullah s.a.w merupakan permulaan yang perlu ada pada setiap jemaah yang ingin ke Madinah. Ketika dalam perjalanan ke Madinah kita hendaklah memperbanyakkan berselawat ke atas Rasullullah s.a.w . Sebelum sampai di Madinah kita disunatkan supaya mandi terlebih dahulu. Namun begitu jika tidak berkesempatan kita boleh mandi dan menyucikan diri sebelum melangkah masuk ke masjid nabawi.

Ketika hendak melangkah ke dalam Masjid Nabawi kita hendaklah melangkah dengan kaki kanan sambil memohon perlindungan daripada Allah s.w.t daripada gangguan syaitan. Seterusnya memulakan sesuatu dengan bismillah dan diakhiri dengan ucapan alhamdulillah serta sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan berdoa memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan dibuka pintu rahmatNya kepada kita.

Ketika melakukan sunat tahiyyatul masjid, kita digalakkan melakukannya di raudah iaitu tempat yang dikatakan antara rumah dan mimbar Masjid Nabawi. Jika didapati kawasan tersebut penuh maka dirikanlah solat di mana-mana tempat di dalam masjid tersebut asalkan mampu memelihara ke khusukan solat tersebut.

Setelah selesai menunaikan solat tahiyyatul masjid di raudah, maka bolehlah kita menziarah makam Rasulullah s.a.w. ketika melihat makam tersebut ucaplah salam kepada baginda dan panjatkan puji-pujian baginya. Seterusnya ucapkan salam puji-pujian juga kepada Saidina Abu Bakar r.a dan Saidina Umar R.A. . Kedua-dua makam mereka bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w. Ketika menziarah makam rasulullah s.a.w kita dilarang mengelilinggi sekelilingnya, mengucup atau meratapi kubur tersebut kerana ini adalah perbuatan yang sesat dan dilarang sama sekali.

Setelah selesai menziarah makam tersebut, maka bolehlah kita kembali ke dalam masjid untuk meneruskan i’ktikaf sambil berdoa kepada Allah s.w.t memohon kesejahteraan kepada diri dan umat Islam seluruhnya. Ketika berada di Madinah kita juga amat digalakkan supaya sentiasa menunaikan solat 5 waktu di Masjid Nabawi dan sentiasa beri’itikaf di masjid jika berkelapangan berbuat demikian serta elakkan diri daripada melakukan pembaziran masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Oleh yang demikian, pada kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t ketika menunaikan ibadah haji, sama-sama kita mengambil peluang untuk menziarahi tempat-tempat yang penuh dengan sejarah permulaan Islam serta cukup bermakna buat umat Islam. Serta melawat makam-makam para sahabat dan isteri nabi. Selain daripada itu, kita boleh juga melawat tempat-tempat bekas peperangan tentera Islam serta melawat kubur para syahid Islam. Semoga dengan ziarah-ziarah tersebut dapat meningkatkan keimanan kita serta menambah lagi kasih sayang kita terhadap Nabi s.a.w, sahabat-sahabat serta para isterinya.

Memelihara Hati Kunci Kekuatan Ummah

Hati adalah anggota yang penting bagi memperolehi tubuh yang sihat. Apabila hati dihinggapi penyakit system badan manusia juga akan turut terganggu malah kerosakan yang kritikal dibahagian hati boleh membawa kepada kematian ini. Menurut Islam pula, selain hati berperanan untuk kebaikan kesihatan, hati juga berperanan dalam menentukan ibadah seseorang itu diterima Allah s.w.t atau tidak. Ini kerana melalui hati akan lahirlah apa yang dikenali dengan niat. Jika di lihat dari sudut perubatan kerosakan hati boleh membawa maut, manakal di dalam Islam kerosakan niat di dalam hati boleh menyebabkan rosak amalan. Niat yang lahir di dalam hati menjadikan setiap amalan mereka akan dinilai sama ada diterima Allah s.w.t atau pun tidak. Imam As-Syafie mengatakan perkara yang melibatkan niat mencakupi sehingga 70 bab ilmu.

Hal ini menunjukkan bahawa setiap manusia mempunyai dua jenis iaitu hati yang dapat dilihat dengan mata kasar dan yang kedua adalah hati yang tidak lapat dilihat dengan mata kasar ataupun dikenali sebagai hati maknawi. Di dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Tidakkah engkau mengetahui, bahawa di dalam jasad terdapat seketul darah, apabila ia baik, maka akan baiklah seluruh jasad, apabila ia rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad, tidakkah kamu mengetahui bahawa ia adalah hati (riwayat bukhari dan muslim). Di dalam hadis ini, menurut Imam An-Nawawi yang dimaksudkan dengan hati adalah hati maknawi iaitu hati yang terkandung di dalamnya niat-niat atau sifat-sifat yang tidak diketahui oleh manusia kecuali Allah s.w.t sahaja. Hati yang mana berperanan untuk menentukan sama ada amalan seseorang itu mendapat pahala atau dosa. Hati yang sentiasa mengigati Allah s.w.t adalah hati yang mendapat kesejahteraan Allah s.w.t.

Memiliki hati yang sejahtera atau di sebut di dalam al-quran sebagai qalb saleem adalah tanda orang-orang yang berjaya di dunia dan berjaya di akhirat. Sepertimana firman Allah s.w.t yang bermaksud : : ’Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera’[Surah Al-Syu’ara’:89]. Golongan yang hadapkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera di hari pembalasan nanti adalah golongan yang akan terselamat dari siksaan api neraka. Untuk memperolehi hati yang sejahtera Ibn al-Mulqin As-Syafie menyatakan bahawa : terdapat 5 perkara yang perlu dilakukan untuk memelihara hati supaya sejahtera iaitu membaca AL-Quran dan memahaminya, mengosongkan perut, beribadah di malam hari, segera memohon kepada Allah s.w.t ketika sakit dan mendampingi orang-orang soleh.

Al-Quran adalah ubat kepada penyakit hati ini dijelaskan di dalam al-Quran seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud : dan diturunkan bersama al-Quran penawar dan rahmat bagi orang-orang mukmun ( isra’: 82 ). Al-Quran bukan sekadar penawar bagi penyakit hati, malah al-quran juga mampu untuk menyembuhkan penyakit-penyakit jasmani. Selain dari membaca al-Quran, mendengar al-Quran juga mampun membuatkan seseorang itu mengubati penyakit hati ini, ini adalah kerana al-Quran itu keseluruhannya adalah mukjizat termasuk mendengar al-Quran. Ini dibuktikan melalui firman Allah s.w.t yang bermaksud : dan mereka ( orang-orang kafir ) berkata, janganlah kamu mendengar bacaan al-Quran, dikhuatiri ianya mampu menguasai hati kamu ( fussilat : 26). Ayat ini menjelaskan bahawa katika awal penyebaran Islam, orang kafir Qurais dilarang mendengar al-quran, kerana dikhuatiri mampu mempengaruhi hati-hati mereka. Justeru itu tidak mustahil kepada kita bahawa, al-Quran adalah ubat yang paling mujarab untuk menghilangkan penyakit-penyakit hati yang bersarang di jiwa kita. Apabila hilang penyakit tersebut maka akan terjalin kasih sayang yang mampu menguatkan lagi ukhuah orang Islam.
Amalan berpuasa juga merupakan cara untuk merawat hati-hati yang sakit. Kebiasaannya perasangka yang tidak baik di dalam jiwa kita menyebabkan datang penyakit hati. Manakala prangsangka pula disebabkan oleh kegagalan kita untuk menguasai nafsu-nafsu yang lebih membawa kepada keburukan. Apabila kita melakukan amalan berpuasa, secara tidak langsung sebenarnya menyekat penguasaan nafsu terhadap diri kira. Apabila hati berjaya dikuasai oleh akal yang lebih membawa ke arah kebaikan, maka mudah untuk menempatkan iman di hati. Selain daripada mensucikan hati, menuruh Imam An-Nawawi berpuasa juga mampu meninggikan kedudukan di sisi Allah serta memberi kesihatan yang baik kepada jasad selain mendapat keredaan Allah s.w.t.
Melakukan ibadah di malam hari juga merupakan cara untuk memelihara hati. Ini kerana apabila ibadah dilakukan di malam hari kebiasaannya ianya tidak dilihat oleh orang lain. Manusia kebiasaannya akan merasa bangga apabila melakukan sesuatu, bangga merupa syirik kecil yang menghapuskan setiap kebajikan yang kita lakukan dan merosakkan hati, tetapi jika ibadah dilakukan di malam hari, hanya Allah s.w.t yang mengetahui ibadah tersebut tanpa diketahui oleh orang lain.. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sebaik-baik solat setelah solat fardu adalah solat di malam hari ( Riwayat Muslim ). Allah s.w.t juga memberi ganjaran yang baik kepada orang mendirikan solat di malam hari seperti mana sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Wahai manusia dirikanlah solat di malam hari ketika manusia sedang tidur, maka kamu akan memperolehi syurga ( Riwayat Tarmizi ).
Amalan seterusnya yang mampu memelihara hati dari penyakit-penyakit yang merosakkan iman adalah bersegera memohon perlindungan dari allah s.w.t andai ditimpa sesuatu musibah sepeprti sakit, sihir dan sebagainya. Apa yang dapat dikatakan kebanyakan manusia tidak bergantung kepada Allah s.w.t sepenuhnya, ini kerana kebayakkan manusia apabila ditimpa sesuatu penyakit terlupa memohon pertolongan dari Allah s.w.t sebaliknya mencari ubatan atau tabib-tabib untuk rawatan. Sepatutnya kita memohon kepada allah s.w.t terlebih dahulu sebelum disusuli dengan usaha-usaha yang lain. Manakala amalan yang terakhir sekali menurut Ibn al- Mulqin as-Syafie adalah memperbayakan berdamping dengan orang-orang soleh, ini kerana golongan-golongan ini sering mengingatkan kita tentang nikmat dunia yang sementara, peringatan tersebut mampu membuatkan hati kita tidak mencintai dunia, sebaliknya sentiasa akan mengigati akan akhirat. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang bermaksud : perumpamaan orang yang bersahabat dengan orang soleh dan orang jahat adalah umpama pembawa wangian musk dan alat meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi sama ada menberika atau menyuruh kamu menjualnya nescaya kamu akan mendapat bau yang wangi, mana kala alat meniup dapur tukang besi pula mungkin akan membakar pakaian mu, selain kamu mendapat bau yang kurang enak (Mutafaqu’ alai).

Apabila kita melakukan amalan-amalan seperti yang disebutkan di atas, maka hati kita akan terjaga dari penyakit-penyakit hati yang merosakan keimanan umat islam pada masa kini. Apabila semua hati orang Islam terpelihara dari unsur-unsur kejahatan, maka akan wujudlah kekuatan seperti zaman kegemilangan Islam terdahulu. Sama- samalah kita berusaha untuk melakukan amalan tersebut bagi mencapai kegemilangan umat Islam.
Ketenteraan Menurut Islam

Agama islam adalah pegangan yang berasaskan tiga unsur yang penting iaitu aqidah, syariah dan akhlak. Aqidah bermaksud kepercayan kepada Allah s.w.t yang esa dan tidak menduakannya dengan sesuatu yang lain atau syirik. Syariah pula adalah undang-undang yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam al-quran dan sunnahnya. Manakala akhlak ialah nilai baik berdasarkan kepada al-quran dan sunnah yang diterjemahkan melalui tingkahlaku individu. Ketiga-tiga asas ini merupakan kekuatan dan ketahanan utama umat Islam sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang.

Namun begitu Islam juga tidak memandang remeh factor-faktor kekuatan lahiriyah yang berbetuk fizikal seperti ketenteraan, dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah s.w.t, musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya.( Surah al-Anfal:60). Berdasarkan ayat ini, selain daripada kekuatan akidah, syariah dan akhlak, Allah s.w.t juga telah memerintahkan kita supaya memperkuatkan diri dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan ketenteraan yang bertujuan untuk mempertahankan agama dan menumbangkan musuh-musuh Allah s.a.w.

Rasulullah s.a.w adalah contoh yang terbaik dalam kepimpinan tentera Islam. Setiap pertempuran ketenteraan akan diketuai oleh beliau sendiri. Baginda sentiasa menjaga qualiti kepimpinannya. Melalui aqidah yang dipegang menyebabkan baginda dn sahabat tidak gentang berperang biarpun bilangan tentera islam kecil jika dibandingkan dengan tentera-tentera musuh. Di dalam peperangan yang dilalui, kadangkala tentera Islam mengalami kekalahan, namun begitu rasulullah s.a.w terus menerus menunjukkan akhlak yang baik. Ini menyebabkan tentera Islam dan tentera musuh amat menyanjunginya. Selain itu, beliau juga seorang yang amat pintar dalam mengatur stategi ketenteraan, namun begitu beliau tidak membelakangkan pandangansahabat lain yang mahir dalam bidang ketenteraan, sebagai contoh beliau menerima pandagan Salman al-Farisi supaya mengali parid di sekeliling Madinah bagi menyekat kemaraan musuh Islam.

Kepentingan bidang ketenteraan ini memang tidak dapat dinafikan lagi pada masa kini, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan negaran. Kepentingan ini telah dibuktikan sejak zaman Rasulullah s.a.w. apabila beliau telah mewujudkan oraganisasi ketenteraan yang diketuai oleh beliau sendiri, dan melantik panglima-panglima dari kalangan sahabat yang berkelayakan . Pengorganisasian ketenteraan bermaksud mengumpul dan menyenaraikan segala rancangan yang diperlukan bagi mencapai tujuan tertentu. Di antara perkara penting yang telah dilaksanakan untuk menjaga kepentingan ketenteraan adalah seperti mewujudkan sistem gaji kepada tentera ketika itu. Ketika zaman Rasulullah s.a.w setiap tentera akan menerima bayaran tenrtentu, tetapi tidak dalam jumlah yang tetap. Namun begitu ketika pemerintahan Saidina Umar al-Khatab r.a pemberian gaji secara tetap telah dilaksanakan.

Selain daripada itu, tentera-tentera Islam juga dilengkapi dengan ilmu-ilmu ketenteraan yang canggih. Mereka diberi latihan yang khusus tentang teknik dan strategi. Ketiga zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w, golongan tentera telah didedahkan dengan penggunaan bom tangan yang dikenali sebagai manjaniq dan kereta kebal yang dikenali sebagai dabbabah. Selain itu sebelum berperang mereka juga menggunakan kemahiran kuasa tabi’ie iaitu menggunakan bantuan angin seperti yang berlaku ketika perang Hunayn, di mana tentera Islam mengikut arah angin manakala tentera musuh bergerak melawan angin.

Di dalam sejarah ketenteraan juga, kaum wanita turut terlibat secara langsung sebagai tentera, seperti Hindun iaitu ibu kepada Muawiah Bin Abi Sufian, beliau telah menyertai peperangan Yarmouk, Saidinati Aisyah juga pernah berperang ketika berlakunya perang Jamal. Manakala mereka yang terlibat secara tidak langsung seperti menjadi pembantu yang bertugas membawa air dan makanan, merawat pesakit-pesakit dan lain-lain yang berkaitan.

Kesemua perkara di atas, menunjukkan kepada kita bahawa bidang ketenteraan adalah keperluan dalam sesebuah negara yang perlu dititik beratkan dan dipertingkatkan qualitinya daripada masa ke semasa demi untuk mempertahan kedaulatan negara. Bersempena dengan hari tentera darat malaysia kali ini, marilah kita sama-sama meraikannya dengan menerapkan nilai-nilai yang dibawa oleh Islam dengan cara menjaga kedaulatan negara kita.
Keberkatan Dalam Punca Rezeki

Keberkatan bermaksud mendapat restu, keredaan atau rahmat dari Allah s.w.t . Dalam kehidupan kita sebagai seorang muslim, kita mengetahui bahawa kehidupan kita tidak hanya terhenti di dunia sahaja, sebaliknya kita mempercayai bahawa terdapat kehidupan yang lebih indah menanti kita seandainya setiap perbuatan kita di dunia ini mendapat rahmat dan keberkatan serta perkenan dari Allah s.w.t. Untuk mendapatkan keberkatan dan rahmat tersebut, sewajarnya kita mematuhi serta mentaati setiap perintah Allah s.w.t sepertimana yang telah digariskanNya di dalam al-Quran mahupun dalam hadis. Di antara perintah Allah s.w.t yang penting bagi mencapai keberkatan di dunia ini adalah berkaitan dengan punca rezeki yang diperolehi oleh setiap hambanya. Boleh dikatakan bahawa punca rezeki di sini adalah pendapatan kita untuk menyara kehidupan sendiri ataupun untuk keluarga.

Punca rezeki ataupun pendapatan boleh dibahagikan kepada 3 jenis iaitu pendapatan yang berpunca dari sumber yang jelas halal seperti bekerja sebagai guru, berniaga barang yang halal ataupun melakukan pelaburan yang telah dihalalkan oleh syariat untuk mendapat keuntungan. Pendapatan yang kedua adalah pendapatan yang bersumberkan kepada perkara yang haram seperti menjual arak, mencuri, membuat pelaburan ditempat perjudian dan pelacuran, sumber pendapatan seperti ini adalah jelas hukumnya adalah haram. Manakala sumber yang ketiga dikenali sebagai syubhah iaitu meragukan. Kebanyakkan perkara syubhah tidak diketahui oleh orang ramai, tetapi hanya diketahui oleh pengamal agama. Seperti isu yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu berkaitan dengan pelaburan internet sebagai sumber pendapatan, pelaburan ini telah diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan kerana terdapat unsur syubhah di dalamnya. Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara perkara halal dan haram dinamakan syubhah yang tidak diketahui oleh ramai. Sesiapa yang menjauhi dari perkara syubhah sesungguhnya dia telah menyelamatkan agama dan kehidupannya, barang sesiapa yang melakukan perkara syubhah sesungguhnya dia telah melakukan perkara yang haram [riwayat bukhari dan muslim]. Hadis ini menerangkan dengan jelas menerangkan tentang halal dan haram sesuatu sumber sama ada sumber makanan ataupun sumber pendapatan. Justeru itu amat tepat sekali apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa pelaburan internet adalah haram hukumnya. Ini kerana terdapat unsur-unsur syubhah di dalamnya yang perlu dihindari bagi menyelamatkan agama dan kehidupan orang Islam sendiri. Menurut Abu Darda’ R.a : Kesempurnaan taqwa adalah ta’atnya hamba kepada perintah Allah s.w.t sehinggakan apabila didapati keraguan sebesar zarah terhadap perkara yang halal, maka ditinggalkan perkara tersebut. Maka apabila terdapat unsur yang jelas tentang keraguannya, sewajarnya kita mengelakkan diri dari terlibat dengannya sepertimana yang yang telah difatwakan oleh majlis fatwa kebangsaan tentang pelaburan di internet.

Kemuliaan seseorang individu adalah berpunca daripada sumber pemakanan yang halal. Menurut al-Syafie : Terdapat lima perkara untuk memelihara hati iaitu, membaca al-Quran dan menghayatinya, sentiasa mengosongkan perut [berpuasa], menghadiri majlis ilmu dan bersama orang-orang soleh, mendirikan solat malam, serta sentiasa memohon pertolongan Allah s.w.t. Namun begitu punca kepada kemuliaan hati adalah makan makanan yang berpunca dari perkara halal. Menurut beliau lagi makanan adalah benih kepada perbuatan, apabila makan sumber yang halal akan lahirlah perbuatan yang mulia, apabila makan makanan berpunca dari sumber yang haram, maka lahirlah perbuatan yang tercela. Daripada sumber makanan yang bersih maka golongan yang akan dibagkitkan oleh Allah s.w.t dengan hati yang sejahtera seperti mana firman Allah s.w.t yang bermaksud : ’Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera’[Surah Al-Syu’ara’:89]. Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa di hari pembalasan nanti, tiada apa yang dapat membantu atau menyelamatkan kita dari siksaan Allah s.w.t kecuali sesiapa yang datang kepada Allah dengan hati dan jiwa yang sejahtera iaitu golongan-golongan yang sentiasa memelihara diri mereka dari melakukan perkara yang dilarang dan sentiasa menjauhi diri dari perkara-perkara yang syubhah.

Selain daripada itu, Rasulullah s.a.w ada meriwayat hadis yang menerangkan tentang syarat-syarat amalan yang diterima oleh Allah s.w.t , Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah s.w.t baik, tidak menerima apa perkara kecuali perkara yang baik sahaja. Sesungguhnya Allah s.w.t memerintahkan kepada semua golongan mukmin, sepertimana diperintahkan kepada para rasulnya: firman Allah s.w.t yang bermaksud : Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh; sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.[Surah al-Mukminun: 51]. Hadis ini menjelaskan kepada kita sesungguhnya, Allah s.w.t tidak menerima amalan hambanya kecuali melakukan dengan jiwa yang tulus suci, Allah s.w.t juga tidak menerima sedekah kita jika bersumberkan punca yang haram atau syubhah. Bagaimanakah Allah s.w.t ingin menerima ibadah kita jika kita mencari rezeki dengan bersumberkan perkara yang terdapat keraguannya, memakan makan yang berpunca dari pendapatan yang tidak pasti halalnya. Ini kerana setiap perkara yang haram atau syubhah akan merosakan setiap amalan kebaikan yang kita lakukan. Apabila seseorang itu tidak menitikberatkan soalan soal halal dan haram dalam kehidupan, maka doa yang dipohonnya sukar diterima oleh Allah s.w.t. Sepertimana yang dijelaskan dalam sebuah hadis, apabila Said Bin Abi Wuqaz meminta agar Rasulullah s.a.w mendoakannya supaya Allah s.w.t memperkenankan doanya, maka Rasulullah s.a.w berkata : perelokan sumber rezekimu, pasti doamu dimakbulkan.

Justeru itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri masing-masing agar mensucikan diri daripada perkara yang syubhah, agar Allah s.w.t memperkenankan setiap doa yang kita pohon kepadanya, khususnya dalam perkara yang berkaitan dengan pendapatan kita yang sudah semestinya digunakan untuk keperluan harian kita. Bagi mereka yang mempunyai simpanan hasil dari pendapatan yang syubhah, gunakanlah untuk bersedekah agar dapat digunakan oleh orang ramai, seperti mana yang diceritakan oleh Malik Bin Dinar, beliau bertanya kepada ’Ato’ Bin Abi Rabah bagaimana ingin menguruskan harta yang tidak bertuan dan harta yang haram, lalu beliau menjawab: bersedekahlah . Berpendapat ini turut disokong oleh Ibn Rajab. Semoga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk terus mencari keberkatan dalam setiap punca rezeki yang kita perolehi, dan membangkitkan kita dalam golongan hati yang sejahtera.



Hujan Menurut Perspektif al-Quran

Bulan Disember sering dikatakan sebagai musim tengkujuh atau musia hujan. Kejadian ini berlaku kerana corak tiupan angin monsun yang menyebabkan kawasan yang terdedah seperti Pantai Timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan Timur laut Sabah mengalami hujan yang lebat. Pada musim hujan begini, masyarakat sering diingatkan tentang bahayanya hujan jika berlarutan bukan sahaja kepada diri sendiri malah juga keluarga dan harta benda. Justeru itu kita diminta supaya bersiap sedia untuk menghadapi hujan yang berkemungkinan akan menyebabkan banjir. Tentera, bomba serta pelbagai pasukan keselamatan diminta bersiap sedia untuk memberikan bantuan kepada mangsa-magsa banjir atau kepada sesiapa yang memerlukannya.

Dalam al-quran terdapat beberapa perkataan atau bentuk ayat yang berbeza tetapi menerangkan perihal hujan yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia. Di dalam surah al-baqarah ayat yang ke 19 Allah s.w.t menyebut soiyibin sementara di dalam ayat yang ke 264 pula Allah s.w.t menyebut waabilun sebagai hujan. Manakala di dalam surah an-Nisa’ pula Allah menyebut matoriin sebagai hujan dan surah Hud:52 Allah s.w.t menyebut midraraan sebagai hujan. Allah s.w.t juga menyebut ghais dalam surah Yusuf:49 untuk menunjukkan pengertian hujan, tetapi kebanyakkan ayat di dalam al-Quran yang menunjukkan hujan disebut oleh Allah s.w.t yang bermaksud sebagai air yang diturunkan dari langit. Maka jika kita mengkaji hakikat kejadian hujan berdasarkan sumber al-quran dan as-sunnah kita akan dapati bahawa hujan adalah sebagai ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai tujuan yang tersendiri.

Hujan sebagai rahmat kepada manusia. Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Syura:28 yang bermaksud: Dan Dialah yang menurunkan hujan setelah mereka berputus asa dan Dia pula menyebarkan rahmatNya merata-rata dan (ingatlah) Dialah pengawal (yang melimpahkan ihsanNya), lagi Yang Maha Terpuji.(as-syura:28). Manakala ayat di dalam surah yusuf:49 pula bermaksud : Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".yusuf:49. Kedua-dua ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa hujan merupakan rahmat kepada menusia. Maka mungkin perkataan ghais di dalam al-quran dikhusukan bagi tujuan penurunan rahmat kepada kita.

Hujan berperanan menyirami tumbuhan dan menyingkir kekotoran. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam firmannya bermaksud : Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi).(al-Baqarah:265. Manakala ayat lain pula bermaksud : Adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya) dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.(al-baqarah:265). Kedua-dua ayat ini merujuk kepada perkataan waabilun yang menunjukkan hujan. Maka selain daripada sebagai rahmat kepada manusia Allah s.w.t juga memperlihatkan kepada manusia tentang tujuan yang lain diturunkan hujan.

Selain sebagai rahmat Allah s.w.t, hujan juga berperanan sebagai ujian kepada manusia. Ini disebut oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud : dan tidaklah kamu berdosa meletakkan senjata masing-masing, jika kamu dihalangi sesuatu yang menyusahkan disebabkan hujan atau kamu sakit. Dan hendaklah kamu mengambil langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya Allah telah menyediakan bagi orang-orang kafir itu azab seksa yang amat menghina(an-nisa’:102. Kebanyakan perkataan yang terbina daripada perkataan mator membawa maksud sebagai ujian kepada umat Islam dan azab kepada umat lain seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan(al-A’raaf:84).

Hujan juga berperanan untuk memenuhi keperluan manusia. Kemarau yang berpanjangan akan menyebabkan kita menjadi lemah manakala tanaman akan mati dan sungai akan kering pada ketika itu manusia amat mengharap supaya dikurniakan hujan untuk memenuhi keperluannya di samping memberi kekuatan yang baru. Hal ini di sebut oleh Allah s.w.t di dalam firmannya yang bermaksud : Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!(hud:52). Perkataan midraran di dalam al-Quran menunjukkan bahawa hujan lebat mampu memberi semangat baru kepada manusia untuk meneruskan kehidupan ibarat seperti kemarau panjang yang menungu kedatangan hujan.


Memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t melalui hujan, firman Allah s.w.t yang bermaksud : Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu. Ayat ini menerangkan keadaan hujan yang lebat mampu memperlihatkan kekuasaan Allah s.w.t. sehingga menyebabkan manusia memikirkan tentang kekuasaan Allah ia berperanan sebagai tentera Allah s.w.t

Hujan turut berperanan sebagai pemberi rezeki dan kepada manusia. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud : (dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). Kebanyakkan ayat yang bermaksud air yang diturunkan dari langit menunjukkan Allah s.w.t mengurniakan rezeki kepada manusia melalui hujan dengan cara menyuburkan lagi tanaman serta menghasilkan buah yang perbagai warna misalnya seperti firman Allah s.w.t yang bermaskud: Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur).

Justeru itu kita sebagai umat Islam perlulah bersyukur di atas anugerah yang tidak terhingga ini. Kita menanti kedatangan musim hujan dengan doa dan harapan semoga hujan yang diturunkan ini akan mendatangkan keberkatan dan menambah rezeki dalam memperbaiki kehidupan kita. Bordoalah kepada Allah s.w.t semoga kita sama-sama mampu menempuhi ujian daripada Allah s.w.t. dan tabah menghadapi segala kesukaran yang pastinya akan membawa kebaikan di akhirat nanti serta jangan sekali-kali kita menggangap hujan sebagai kecelakaan kepada manusia.










Tuesday, July 10, 2007

Hikmah Larangan Ketika Berihram

Ihram merupakan muqaddimah kepada ibadah haji. Merujuk kamus dewan bermaksud keadaan memakai pakaian untuk menunaikan haji ataupun umrah. Selain daripada itu ihram juga bermaksud pakaian yang dipakai ketika melaksanakan ibadah haji. Apapun jua pengertiannya. Ihram merupakan perkara penting yang perlu dipelihara oleh jemaah haji, bagi mencapai kesempurnaan melaksanakan ibadah tersebut terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi dan dijauhi.

Terdapat dua perkara yang diharamkan kepada kaum lelaki ketika melaksanakan haji tetapi tidak kepada kaum wanita iaitu larangan memakai pakaian yang berjahit. Kita tidak dibenarkan memakai pakaian yang berjahit sama sekali, sehinggakan memakai sepatu yang dijahit pun tidak dibenarkan ketika berihram apatah lagi memakai baju yang berjahit. Keadaan ini bertujuan untuk tidak membezakan manusia ketika itu. Semua jemaah haji akan memakai kain yang sama dengan warna yang sama.

Perkara kedua yang dilarang kepada kaum lelaki ketika berihram ialah meletakkan sesuatu ke atas kepala dengan tujuan untuk menutupinya. Jika terdapat keuzuran larangan diharuskan. Keadaan ini amat menguji kesabaran manusia ketika mana berada di kawasan yang panas. Namun begitu kita tidak dilarang jika menggunakan payung bagi menahan kepanasan tersebut. Ini adalah sebahagian daripada ujian fizikal yang kita patuhi bagi memperoleh kesempurnaan ibadah, disamping mendapat keredaan Allah s.w.t. Kedua-dua larangan ini merujuk kepada hadis Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Bagaimana cara pakaian orang yang ingin berihram? Rasulullah s.a.w menjawab dengan bersabda: Janganlah kamu memakai baju, kain serban, seluar, penutup kepala dan sarung kaki iaitu khuf kecuali untuk orang yang tidak memiliki selipar, diharuskan dengan syarat khuf tersebut dipotong hingga bawah buku lali. Jangan memakai pakaian yang dicelup dengan Za'faran iaitu sejenis pewarna warna kuning dan Wars iaitu sejenis pewarna warna merah. Maka apa yang boleh dipakai ketika itu hanyalah kain ihram yang dipakai kemas.

Perkara yang perlu tinggalkan seterusnya ialah menyikat atau menyisir rambut sama ada menggunakan sikat atau jari kecuali dalam keadaan darurat. Begitu juga memotong rambut ketika berihram adalah diharamkan. Ini merujuk kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud : Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam (al-Baqarah: 196). Berdasarkan maksud ayat ini ulama’ telah mengatakan bahawa larangan tersebut meliputi rambut-rambut seluruh badan termasuk jambang, misai dan sebagainya.

Seterusnya ketika berihram kita juga dilarang untuk memotong kuku tangan atau pun kaki. Ini adalah merujuk kepada qiasan larangan memotong rambut, tetapi jika terdapat kemudaratan kepada kuku dan perlu dipotong ianya diharuskan.

Memakai wangian ketika berihram juga dilarang sama sekali. Ini akan menjejaskan kesempurnaan ibadah haji tersebut. Maksud larangan di sini ialah kita menggunakan wangian dengan sengaja bertujuan untuk mewangikan bau badan. Seperti menyembur wangian, memegang alat yang sudah diketahui mempunyai bahan wangian, ataupun tidur atas sofa atau pelapik yang mempunyai wangian. Manakala mencium bunga mawar tidak menjadi larangan kepada jemaah haji. Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud keadaan orang yang menunaikan haji adalah kusut gemusai dan berdebu kerana berjalan. Apabila memakai wangian maka tidak mencapai keadaan yang digambarkan oleh rasulullah s.a.w. Walaupun tidak elok keadaannya kepada manusia namun tidak bagi Allah s.a.w , seperti bau mulut orang berpuasa busuk bagi manusia namun seperti wangian kasturi di sisi Allah.

Membunuh haiwan yang boleh dimakan sama ada haiwan tersebut jenis haiwan liar atau yang dipelihara juga termasuk kedalam perkara yang perlu dilarang daripada melakukannya. Ini merujuk kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu (al-maidah:95).

Melakukan pernikahan atau pun menjadi juru nikah adalah antara lain yang menjadi larangan ketika berada dalam keadaan berihram. Jika perkara ini terjadi maka akad tersebut menjadi batal. Ini berdasarkan kepada hadis rasulullah s.a.w yang bermaksud : janganlah kamu menikahkan seseorang ataupun kamu bernikah ketika kamu berihram.

Di dalam surah al-Baqarah : 197 pula, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud : (Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haj). Selain daripada larangan untuk bernikah, ayat ini telah menunjukkan larangan melakukan persetubuhan walaupun mumpunyai ikatan suami isteri ini bertujuan untuk menghormati ibadah yang sedang kita lakukan. Kita dilarang merangsang syahwat dengan mengunakan sebarang peralatan atau menggunakan tangan ketika berihram. Sesiapa melakukan perkara tersebut maka menyebabkan ibadah hajinya menjadi rosak.

Larangan-larangan yang telah ditetapkan kepada kita ketika berihram ini tidak bertujuan untuk menyusahkan umat Islam sama sekali tetapi bertujuan untuk mendisplinkan diri ketika beribadah. Untuk mencapai sebarang kejayaan di dalam kehidupan kita, perkara yang paling penting perlu ditekankan ialah disiplin diri. Begitu juga ketika kita beribadah, bagi mencapai haji mabrur kita perlu mendisiplinkan diri dengan mematuhi segala perkara-perkara yang telah dilarang oleh Allah s.w.t ketika berihram walaupun sekadar larangan memotong kuku. Oleh yang demikian itu, bagi mencapai kesempunaan ibadah haji pada musim ini sama-sama kita mendisiplinkan diri menjauhi segala larangan tersebut.

Hikmah Di Sebalik Ujian Allah S.W.T

Musibah atau ujian yang diturunkan kepada manusia adalah sebahagian daripada sunnahtullah kepada hambaNya beriman. Selain daripada itu Allah s.w.t juga tidak menjadikan bencana atau ujian yang dilalui oleh hambanya sebagai ingin membalas dendam atau pun menghina hambanya. Ini bersesuaian dengan firmannya yang bermaksud : Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku!] Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah (al-fajr:16-17). Justeru itu, disebalik ujian atau musibah yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai hikmah yang sediri jika kita memperhalusinya.

Di antara hikmah di sebalik ujian atau musibah dari Allah s.w.t ialah membuktikan kebenaran firman-firmannya di dalam al-Quran. Allah s.w.t tidak menghisab manusia kecuali dengan apa yang telah mereka lakukan sama ada dari segi perbuatan, perkataan atau pun niat. Setelah Allah s.w.t menjelaskan apa yang perlu dilakukan dan apa yang perlu dijauhi oleh manusia, barulah manusia akan dihisab di atas setiap apa yang telah dilakukan oleh manusia. Peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t menyebabkan manusia tidak boleh mempertikaikan mengapa mereka dihisab oleh Allah s.w.t. hal ini digambarkan oleh Allah s.w.t dalam firmannya : Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus) dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing) dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan (Yaasin:65). Begitu juga firman Allah s.w.t yang bermaksud : Sehingga apabila mereka sampai ke Neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan. Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab: Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). Kedua-dua ayat ini menunjukan kepada kita keadaan yang berlaku dihari pembalasan nanti. Justeru ini bagi yang melakukan kemaksiatan di muka ini , mereka pasti akan dapat melihat kebenaran kata-kata Allah s.w.t. di akhirat nanti.

Seian itu, musibah atau ujian Allah s.w.t juga bertujuan untuk memperlihatkan ketulenan jati diri seorang mukmin. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Allah tidak sekali-kali akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan yang kamu ada sekarang (bercampur aduk mukmin dan munafik, bahkan Dia tetap menguji kamu) sehingga Dia memisahkan yang buruk (munafik) daripada yang baik (beriman)( al-Imram:179). Ayat ini diturunkan ketika berlakunya peperangan Uhud. Terdapat golonggan yang ingin berperang dan terdapat golonggan yang ingin menakut-nakutkan umat Islam yang lain. Melalui peprangan tersebut maka zahirlah golonggan yang beriman dan golongan yang munafik. Begitu juga musibah yang berlaku sekarang, maka dapatlah kita menilai diri kita sejauh mana keimanan kita kepada Allah s.w.t. sama ada kita tergolong dalam golongan orang bersabar atau tidak.

Sebagai kaffarah dosa-dosa terdahulu .Ini juga merupakan hikmah di sebalik ujian yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya, ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : Selagi mana orang mukmin atau mukminat itu diuji, sama ada ke atas dirinya, anaknya atau hartanya, Maka Allah s.w.t menghapuskan segala dosa-dosa yang terdahulu( Riwayat Tarmizi). Sesungguhnya azab di dunia jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan azab di akhirat, seperti mana firman Allah s.w.t : Sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat(al-Qalam:33)

Hikmah di sebalik ujian atau musibah juga bertujuan untuk mengangkat darjat orang mukmin dan beroleh syurga di sisi Allah s.w.t, ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam sebuah hadis qudsi yang bermaksud: sesungguhnya Allah s.w.t telah berkata kepada hamba-hambanya yang diuji, apabila Aku timpa sesuatu musibah seperti yang dilalui oleh kekasihKu, maka aku akan menbalasnya dengan syurga( Riwayat Bukhari).

Himah Ujian atau musibah juga diturunkan untuk menyedarkan manusia daripada kelalaian terhadap mengigati kekuatan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran) dan Syaitan pula memperelokkan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan. Ayat ini memperingatkan kita supaya berdoa kepada Allah s.w.t apabila ditimpa musibah Allah s.w.t. tidak perlu menunding jari sesiapa yang perlu bertanggungjawab kerana hal itu akan menlalaikan kita dari terus berdoa kepada Allah s.w.t.

Seterusnya Allah s.w.t juga telah berfirman yang bermaksud: Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang yang melampau dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu kami menghancurkannya sehancur-hancurnya(al-Isra’a:16). Ayat ini jelas menunjukkan bahawa musibah yang diturunkan oleh Allah s.w.t juga bagi menghapuskan keegoan golongan yang melampau terhadap kesenangan dan juga lalai dari mengigati Allah s.w.t. walaupun telah diberi peringatan oleh Allah s.w.t.

Musibah yang menimpa manusia juga akan menyebabkan manusia semakin mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita, selain itu musibah yang diturunkan kepada kita juga menunjukkan bahawa nikmat dunia yang kita kecapi sekarang ini tidak bersifat kekal abadi.

Manakala dari sudut kemasyarakatan Islam, apabila berlaku sesuatu musibah, maka menjadi kewajipan umat Islam yang lain menghulurkan bantuan, dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksdu : Barang sesiapa yang tidak perihatin terhadap keadaan golongan mukmin yang lain, maka dia bukan dari kalangan umatku. Justeru itu, ini adalah peluang kepada umat Islam khususnya di Malaysia untuk menyumbangkan bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir yang melanda Johor baru-baru ini. Sama-sama juga kita mengambil pengajaran di sebalik kejadian yang telah terjadi dan kita doakan semoga diberi kekuatan oleh Allah s.w.t kepada mangsa banjir.





Hijrah Memartabatkan Peranan wanita

Hijrah merupakan titik permulaan kejayaan agama Islam dalam menyebarkan dakwahnya. Tanpa berlakunya penghijrah dalam sejarah Islam, mungkin umat Islam tidak akan mengecapi kejayaan seperti yang dinikmati pada masa kini. Ketika zaman Rasulullah s.a.w hijrah bermaksud berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain dengan membawa segala keperluan dan niat bermaustatin di tempat baru tersebut. Penghijrahan pada zaman tersebut adalah kerana ingin membina sebuah negara yang mampu diterajui oleh Rasulullah s.a.w dan menyelamatkan umat Islam daripada ditindas oleh orang kafir Mekah. Namun begitu penghijrahan seperti itu sudah tidak wujud pada masa kini, ini amat bersesuian dengan sebuah hadis yang bermaksud : Rasulullah s.a.w ditanya tentang Hijrah. Beliau menjawab dengan bersabda: Tidak ada Hijrah selepas pembukaan Kota Mekah, tetapi yang masih ada ialah jihad dan niat. Apabila kamu diminta berjihad, maka lakukanlah (riwayat muslim).

Hijrah telah memainkan peranan yang amat penting dalam kejayaan umat Islam. Namun begitu kita jarang sekali dihidangkan dengan peranan yang dimainkan oleh kaum wanita ketika berlakunya peristiwa hijrah. Sewaktu perinstiwa hijrah terdapat beberapa orang wanita yang telah menjayakan rancangan tersebut. Sumbangan yang telah diberikan oleh mereka telah membuktikan tentang peranan wanita dalam membantu menyebarkan dakwah ketika permulaan Islam.

Asmaa’ Binti Abu Bakar merupakan anak perempuan Saidina Abu Bakar r.a adalah contoh wanita yang menyumbangkan tenaga dalam menjayakan misi hijrah Rasulullah s.a.w. Beliau merupakan wanita yang dipercayai oleh Rasulullah s.a.w untuk membantunya berhijrah ke Madinah. Asmaa’ telah menjadi mata dan telinga rasullullah s.a.w sewaktu bersembunyi di gua. Selain daripada itu, Asmaa juga telah menghantar makanan dan minuman kepada rasulullah s.a.w dan Abu Bakar ketika masih lagi bersembunyi. Bagi mengelakkan jejaknya dikesan oleh pihak musuh, beliau telah menggunakan kebijaksanaannya dengan membawa segerombolan kambing ketika menghantar makanan ke tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan bapanya Abu Bakar r.a. Selain daripada itu beliau juga seorang yang sangat berani, apabila disoal siasat tentang bapanya dan Rasulullah s.a.w oleh Abu Jahal dan pengikutnya, beliau tidak pernah menceritakannya walaupun ditampar sehingga keluar dari telinganya.
Semasa ketiadaan bapanya, Asmaa telah berperanan sebagai ketua untuk menjaga adik-adiknya serta datuknya. Beliau selalu menenangkan datuknya Abu Quhafa’ tentang keselamatan Abu Bakar r.a. begitu juga adik-adiknya apabila bertanya tentang keselamatan ayah mereka. Pernah suatu ketika Asmaa telah memasukkan batu ke dalam tas tangannya untuk menunjukkan kepada datuk yang buta dan adik-adiknya bahawa ayah mereka telah meninggalkan sumber kewangan kepada mereka.

Selain daripada Asma’, kisah ketabahan Ummu Salamah juga patut menjadi contoh kepada wanita pada zaman sekarang dalam usaha menjadi seorang pendakwah. Ummu Salamah merupakan antara wanita terawal memeluk agama Islam bersama suaminya Abdullah Abu Asaad. Pengislamannya telah medapat tentangan yang hebat dari Quraish Mekah ketika itu, disebabkan tidak tahan dengan siksaan yang dihadapi maka Rasulullah s.a.w telah memerintahkan mereka berhijrah ke Habsyah. Ketika Islam makin tersebar beliau telah pulang semula ke Mekah setelah mendapati keadaan agak tenang di Mekah. Setibanya di Mekah, Rasulullah s.a.w telah menyeru kepada umat Islam ketika itu supaya berhijrah ke Madinah, seruan itu telah disambut oleh Ummu Salamah sekeluarga, tetapi ketika hendak meninggalkan Mekah beliau telah ditahan oleh kaumnya. Kaumnya telah menahannya daripada meneruskan hijrah bersama suami dan anaknya. Beliau telah bersendirian beberapa lama, sehinggalah beliau berjaya melarikan diri sendirian ke Madinah. Ketika dalam perlajanan ke Madinah beliau telah bertemu dengan Uthman Ibn Talhah, lalu membawanya ke Madinah untuk bertemu suaminya.

Memperlihatkan peranan yang dimainkan oleh kaum wanita merupakan agenda tersembunyi disebalik peristiwa hijrah. Peranan yang dimainkan oleh Asma’ telah membuktikan bahawa kedatangan Islam adalah bertujuan untuk memartabatkan kaum wanita. Ini dapat menolak tanggapan yang mengatakan bahawa Islam menindas kaum wanita. Pada masa kini kita dapati bahawa kaum wanita merupakan penyumbang kepada perkembangan ekonomi dan pendidikan. Selain itu terdapat juga kaum wanita telah berjaya menjadi usahawan yang berjaya dan menjawat jawatan tingi dalam kementerian. Manakala ketabahan yang dilalui oleh Ummu Salam berakhir dengan penemuan semula dengan suami dan anaknya haruslah dimiliki setiap wanita Islam dalam menghadapi dugaan kehidupan mereka sama ada dalam berkerjaya ataupun dugaan rumahtangga. Selain daripada itu, sewaktu ketibaan Rasulullah s.a.w di Madinah beliau juga telah disambut oleh kaum-kaum wanita. Ini menunjukkan bahawa kaum wanita juga terlibat dalam urusan kemasyarakan mereka.

Namun begitu hukum ahkam yang telah ditetapkan oleh Islam ada membataskan muamalah kaum wanita. Ianya bukan bertujuan untuk menyekat tetapi untuk membezakan antara wanita Islam dengan yang bukan Islam dalam muaamalah harian. Hukum akham tersebut bertujuan untuk mendisiplinkan diri dan memantapkan jati diri muslimat.

Wanita yang tidak berkerjaya juga sebenarnya secara tidak langsung berperanan dalam menyumbangkan kepada kemajuan sesebuah negara, khusunya kemajuan di dalam pembinaan moral. Isteri berperanan penting dalam membentuk peribadi anak-anak sambil dibantu oleh suami. Allah s.w.t telah memberi hak yang lebih kepada kaum ibu terhadap anak-anak berbanding dengan suami ini telah sebut dalam hadis nabi bahawa ibu lebih berhak terhadap anak kemudian suami. Pendidikan awal kanak-kanak haruslah bermula di rumah. Ibubapa perlu memperlihatkan tauladan yang baik ketika bayi masih lagi dalam kandungan. Asma’a Bin Abu Bakar telah membantu Rasulullah s.a.w dan bapanya ketika dia sedang mengandung. Tauladan yang telah ditunjukkan oleh Asma’ telah menghasilkan anak yang berkualiti seperti Abdullah Bin Zubir.

Justeru sejarah penghijrahan umat Islam ke Madinah telah memartabatkan peranan yang dimainkan oleh kaum wanita. Wanita tidak seharusnya merasakan diri mereka sebagai kaum yang ditindas sebaliknya hendaklah sama-sama memartabatkan agama Islam.