Wednesday, December 5, 2007

KEM SMART SOLAT



Kem Smart Solat yang dianjurkan oleh KEMAS telah disertai seramai 23 orang pelajar A-Level dari Kolej Shahputra. Kem tersebut telah dijalankan di Taman Pertanian, Bandar Indera Mahkota Kuantan. Ketika menjalani kem tersebut pelajar telah didedahkan dengan perkara yang berkaitan dengan ibadah solat dan permasalahan yang berkaitan dengan solat. Antara penceramah yang menjayakan kem ini terdiri daripada Ustaz Badli Shah, Ustad Ahmad Shah dan Ustaz Asmadi. Selain daripada pengisian rohani, pelajar juga diberi pengisian jasmani yang dikendalikan oleh kakitangan Eco- Tech Explorer. Kem dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula jam 5 pm pada 16 November 2007 sehingga 17 November 2007 jam 3 petang. Kem ini mulakan dengan program ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah pada jam 530 pm sehingga jam 630pm. Setelah selesai ceramah tersebut pelajar dirahkan pulan ke khemah untuk persiapan makan malam dan seterusnya menunaikan solat Magrib dan Insyak berjemaah di surau kem tersebut. Ceramah seterusnya disambung oleh Ustaz Badlishah pada jam 900 sehingga 11 malam. Pada malam tersebut pelajar telah diaturkan program oleh pihak Eco-Tech Explorer dengan melakukan aktiviti Meneroka Rimba Malam sehingga jam 1 pagi.
Pada 17 November 2007, setelah menunaikan solat subuh berjemaah, pelajar telah diarahkan berkumpul di kawasan lapang untuk aktiviti senaman ringan yang dikendalikan oleh Abah, aktiviti senaman ini tamat pada jam 730 pagi. Setelah bersarapan pelajar dikehendaki berkumpul di dewan untuk mengikuti ceramah seterusnya yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Shah, bermula dari jam 9 sehingga 11 pg. Manakala ceramah penutup telah disampaikan oleh Ustaz Asmadi pada jam 1130 pagi sehingga jam 130 tengah hari. Acara penutup program tersebut bermula pada jam 230 petang, pelajar bertolak pulang ke kolej pada jam 300 petang dengan menaiki bas yang disediakan oleh pihak kolej.
Harapan daripada penganjur semoga kem ini dapat dimanfaatkan oleh pelajar dalam memperbaiki ibadah solah masing-masing, pada masa akan datang kem ini akan dilakukan selama 3 hari 2 malam bagi menampung kekurangan yang terdapat di dalam aktiviti kem smart solat siri pertama ini.