Thursday, July 31, 2008

MUQABALAH UMNO-PAS

Isu yang paling menarik minggu ini mengikut pandangan saya, Muqabalah Umno-Pas. Seperti yang dijangka begitulah terjadi. Berdasarkan pengalaman belajar 10 tahun yang lepas, sewaktu di Jordan, orang melayu kebiasaannya akan bersatu padu apabila berada dalam 2 keadaan iaitu ketika bilangan mereka kecil dan jika berada dalam keadaan darurat.

Dalam keadaan sekarang, kedua-dua keadaan itu sebenarnya hanya mengundang malang yang tidak berkesudahan. Kita dapati ketika ini, perbalahan pemimpin yang tersangatlah cerdik sama ada pihak A atau B, menyebabkan rakyat tersepit. Betul kah pendapat yang pernah didengari, hanya melayu akan bunuh melayu, hanya melayu jatuhkan melayu....takkan melayu hilang di dunia..

Wednesday, July 30, 2008

BACALAH AL QURAN

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah lama tidak ku tinggalkan pesan. seorang2 demi seorang sahabat pergi membawa diri di samping rezeki yang dicari. Berterima kasih juga kita kepada mereka kerana Allah s.w.t tetap menambahkan rezeki kita di sini.

Berkaitan dengan tajuk di atas, Bacalah Al-Quran wahai manusia yang bergelar mukmin, di dalam hadis Rasulullah s.a.w telah bersabda : Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang di hari pembalasan nanti sebagai pemberi syafaat kepada kamu ( Riwayat Muslim ). Tidak perlu tunggu Ramadan baru nak baca Al-Quran, baca bila-bila kita mempunyai ruang. Kadang-kadang manusia terlalu terkejar-kejar cita-cita dunia yang tidak pasti lagi ganjarannya sehingga lupa untuk mengejar balasan akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang bersifat tidak akan memungkiri janji. Tidak disyaratkan ada diploma, degree, master atau PhD untuk mendapatkan ganjaran tersebut, apa yang perlu hanyalah belajar Al-Quran. Tidakkah kita berasa malu, mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang namun nasib agak malang kerana gagal untuk melaksanakan tuntutan agama agar membaca Al-Quran. Bukan kena baca 30 juzuk sehari, bacalah walaupun sepotong ayat, ganjarannya...subhanallah...

Perumpamaan mukmin yang membaca Al-Quran seperti yang disebut oleh nabi di dalam sebuah hadisnya yang bermaksud : Mukmin yang membaca Al-Quran itu umpama buah Buah Limau yang manis, Harum baunya, manis rasanya, perumpamaan bagi orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran adalah umpama buah kurma, tiada ianya berbau, namun rasanya tetap juga sedap. Manakala perumpamaan bagi orang munafiq yang membaca Al-Quran ibarat Buah Kemangin, sedap baunya, tapi rasanya pahit, manakala perumpamaan untuk orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran pula , ibarat buah peria, tiada berbau tetapi pahit rasanya ( Riwayat Muslim ). Bagaimana untuk mengenali orang munafiq nih, antara tandanya suka membuat kebaikan apabila dipuji orang, padai bicara agama tetapi sukar melaksanakan..nauzubillah min zalik....

Sekian dahulu coretan rohani untuk tatapan semua, sebenar-benarnya ia adalah peringatan buat diri aku yang sentiasa lupa.