Friday, April 29, 2011

NAK PANDAI MACAM AYAH

video ini dirakamkan oleh 'adi zahin

zahin nak jadi cam ayah jugak la! nak jadi ape..pandai mandi baby..aik ! tu je nak jadi.. anak2 sentiasa perati apa kita buat. dalam bab solat nih. biar dari kecik. ajak sembahyang. tak pun biar dia tengok kita sembahyang. sikit-sikit dia akan ikut. bila dah mula ikut kene terangkan falsafah solat.

Wednesday, April 27, 2011

HUKUM WANITA SEDANG HAID KE TANAH PERKUBURAN

ust ape hukum org perempuan masuk kubur? soal seorang student perempuan kepada teman. klu dia mati memang kene masuk kubur pun! ha ha ha..ayat lawak teman kalau lawak lah :) serius la ust! :) ok..awak tanya la spesifik sket..dia masuk kubur ke! kawasan perkuburan ker! masuk iring jenazah ker! masuk bersih kubur ker! masuk time raya ker!..

gotong royong bersih kubur la! biasa la kan perkuburan umat Islam jarang-jarang jumpa kubur dulu biasa selak rumput baru jumpa kubur. agak kalau kita bukan syarikat jaga kubur mintak bayaran yuran tahunan kepada waris si mati derang bayar dok. kalau bayo nak je teman bukak satu. bleh wat part time. ujung minggu jer. gi mesin kawasan kubur.

berbalik kepada soalan! sbnrnya dia nak tanya hukum perempuan datang bulan masuk kawasan kubur tujuan gotong royong. setahu teman la kalau merujuk kepada kitab2 fekah perempuan2 datang bulan nih memang ade perkara2 yang haram: seperti solat, baca al quran,tinggal dalam masjid, tawaf, berpuasa, & hubungan seks. tuh antara perkara yang dilarang atas perempuan haid.

hukum melawat kubur bagi perempuan adalah harus berdasarkan sebuah maksud hadis yang mengatakan melawat kubur mengingatkan kita kepada akhirat dan aisyah pernah bertanya rasulullah kalau pergi kubur nak baca apa lalu rasulullah s.a.w berkata ucapkan salam kedua2 hadis ini menunjukkan keharusan untuk perempuan pergi ke kubur. WALAUBAGAIMANA PUN mmg ade satu lagi hadis yang melaknati prempuan pergi menziarahi kubur. ulama' mentashihkan hadis tersebut untuk perempuan2 jenis yang menagis sambil mengoyak2 kan baju atau yang boleh menimbulkan kekecohan di kubur. MANAKALA perempuan2 yang mudah sedih kalau ke kubur hukumnya menjadi makruh.

bagi perempuan sedang datang bulan apa hukumnya? sama macam hukum perempuan ziarah kubur.

ini antara jawapan teman boleh bagi. mungkin penjengok2 blog boleh tambah atau perbetulkan jika ada kesilapan fakta..

SUP PAK ALI CENDERAWASIH

inilah lokasi Warong Sup Pak Ali di Cenderawasih terletak di medan selera yang baru. persekitaran yang tidak seperti dulu di tepi jalan bawah naugan pokok. teman yakin ramai yang mengeluh lokasi baru yang panas dek condng matahari yang nak tenggelam ke sebelah barat. teman makan semalam memang sangat panas. bawah pokok dulu best redup. sapa la punya idea pilih kawasan nih yerk...kesian .. kesian..panasss

teman cari juga sebuah lagi kedai Abang Nan Nasi Goreng Udang...tak jumpa...ke mana yerk.

Monday, April 25, 2011

GUNTING RAMBUT DI INDERAPURA

muka duarius

sudah siap! beres


Wednesday, April 20, 2011

Monday, April 11, 2011

BAHAN-BAHAN MANDI SERUM

mandi serum dalam istilah yang biasa digunakan di kampung. mungkin juga dikenali dengan mandian herba. tujuan mandi sebenarnya untuk kesegaran badan bagi ibu-ibu yang baru lepas bersalin. biasa ibu2 yang beru lepas bersalin badan akan menjadi lesu dan lesi. dengan mandia ini sedikit sebanyak mungkin membangkitkan semula tenaga dalaman.

banyak bahan-bahan yang boleh digunakan cuma kalau dirumah teman hanya ada beberapa bahan sahaja antaranya kendong rusa putih. kendong rusa hitam. daun inai.daun limau purut. daun serai wangi. daun pandan. daun belimbing. masuk dalam periuk rebus sahaja. cuci sebelum rebus takt ade ulat bulu kang miang satu badan.

KAMI SUDAH MENJADI ABANG SEKARANG

'ADI ZAHIN & 'ADL ZAHIN

Saturday, April 9, 2011

MAKANAN ORANG BERPANTANG

nasi panas + ikan haruan bakar + sup haruan

nih resepi teman buat kalau sapa yang brgelar suami nak sediakan untuk isteri dia bleh la cuba.

untuk bakar senang cap kacang je nak buat. cuci 2 katan ikan haruan gaul ngan garam sikit. bungkus dengan daun pandan. kepit dengan pembakar. biar atas dapur dalam 15 minit sambil balik2kan ikan tersebut.

nak buat sup haruan bagi orang berpantang juga tak la susah pun: ambil 2 ulas bawang putih sebesar ibu jari tangan anda, sedikit halia ( besar jari kelingking dah ok kalau banyak sangat nanti sup jadi pahit), sedikit lada hhitam jangan banyak sangat takut panas, bunga lawang yang digoreng sekuntum. masuk kesemua bahan2 tersebut dalam lesung. tumbuk bagi lumat. kalau dah siap masukkan je dulu dalam periuk nak masak sup. kemudia ambil 2 katan ikan ruan masukkan sekalu. bubuh sedikit sahaja air dulu. panaskan biar mengelegak. dah agak mengelegak tambah secawan kecil air nak bagi jadi kuah banyak sikit. biarkan. tambah garam sesedap rasa.

untuk bahan tambahan boleh masukkan lobak cina, lobak merah, bubuh serai pun sedap aroma dia akan bertukar, buuh batang saderi sikit nak bagi naik aroma sup.

selamat mencuba.
nih asli punya sup tak buh bahan2 tambahan.

Friday, April 8, 2011

MENERIMA KEHADIRAN ADIK

'Adl memerhati 'Amr. setakan nih memang ade sikit sindrom 2nd Child ke adl nih. biasa tak nak berdokong sekang nih nak dokong2 jer. sedikit pemarah. kene sabar lebih. Adi ok sebab dah besar so dia akan gi main ngan kawan2. dia nih jadi tak de geng...

KELAHIRAN PUTERA KE 3

gambar mama beberapa jam sebelum dimasukkan ke tempat nak bersalin. ketika ini di wad 1A melor bilik 2D. terima kasih kepada cikgu nor hasnida kerana melahirkan putera ke tiga kami.

alhamdulillah! syukur kepada Allah s.w.t kerana dikurniakan anak lelaki ke tiga dalam keluarga teman. MUHAMMAD 'AMR ZAHIN nama yang akan diberikan. lahir jam 1229 pagi 6 april 2011. nih kira2 hadiah besday teman yang paling besar la nih. sebb teman lahir pada 8 april 1976. remaja purba dah teman nih weh.

nih gambar 2 jam selepas kelahiran. masa baru2 lahir tuh satu badan warna biru. apa2 pul alhamdulillah sehat walafiat. cuma ade kuning sikit jer.
nih gambar sehari setelah kelahiran sebelum dibawa balik rumah. nampak dahkan kulit dia tuh merah kekuning2ngan. misi tuh kata merah pedo'oh nih. sian kecik2 lagi dah kene cucuk kaki amik darah.

terima kasih jugak nak ucap kepada yatie pengasuh di taska suria kerana bantu jaga 2 hero teman. disebabkan teman takde sedara mara dekat yang boleh tolong. teman tepaksa mintak tolong kat pengasuh anak2 teman. tak rugi buat baik ke orang2 nih. nak2 orang2 biasa la... time susah camnih sudi je menolong jaga anak2 teman. anak2 teman pun alhamdulillah malam tuh allah mudahkan urusan. dia jadi tak kisah je tido taska malam. iye la kul 1000 malam teman hantor anak ke sana.. pastuh terus ke HTAA ke wad bersalin....insa'allah pas nih bleh rajin up date citer sblm nih agak kesibukan sikit...insa'allah ada jalannya