Friday, October 31, 2008

BETULKAH INI KHAIRI JAMALUDIN

persoalannya..betulkah ini calon pemuda umno...khairy jamaluddin..menantu PM..atau provokasi pembangkang semata2..siapa di sebelah beliau....kalau sahih gambar ini beliau..renungkanlah hadis di bawah.....hanya Allah s.w.t yang pasti tahu siapa dia dalam gambar tersebut....

Hadis Sayidina Ali k.w:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus satu pasukan tentera dan baginda telah melantik seorang lelaki sebagai pemimpin tentera itu. Lelaki tersebut telah menghidupkan api dan berkata: Kamu semua masuk ke dalam api itu. Maka sebahagian dari tentera ingin memasuki ke dalam api tersebut dan sebahagian dari tentera yang lain berkata: Kami telah melarikan diri daripadanya. Perkara itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w, lalu baginda bersabda kepada orang-orang yang ingin memasuki api tersebut: Sekiranya kamu memasukinya nescaya kamu akan terus berada di dalamnya sehingga Hari Kiamat dan Nabi berkata kepada pihak satu lagi dengan kata-kata yang baik serta bersabda: Jangan mentaati perintah untuk melakukan maksiat kepada Allah tetapi taatilah dalam perkara kebaikan ( Riwayat Muslim )...tidak perlu kita mentaati pemimpin yang zalim..dan melakukan maksiat kepada Allah s.w.t....

POKOK / ULAMAN DI SEKELILING RUMAH

ini antara deretan pokok2 ulaman di rumah aku..yang banyak menjimatkan duit dan tenaga untuk kekedai...halia...kunyit..ulam raja..peria katak..lada beso....ada belaka..termasuk la pokok2 herba..jarum tujuh...sabung nyawa..halia bara..hempedu bumi...bonglai..dan pelbagai lagi...nak tanam abik benih kat umah aku....
nih pokok pegaga kat umah aku..memang tak penah beli nih ulam nih...makan pun kadang2 je..kalau teringin datang la amik...nak tanam pun senang je....kalau sekali beli rm 1 ..ada lah dalam secekak kot..nak free tanam je....
nih pokok daun kesum sebenarnya..aku dah kerat dah..nak biar tumbuh pucuk baru..pakai kalau masak laksa ke..asam pedas ke..tak pun sedekah je kat jiran2..banyak dah jasa pokok nih kat jiran2...kalau sesapa nak tunggu dia berkembang biar semula la yek....
pokok nih kalau tak kenai melampau la..cabai kecik..pedas gile..amik kat sg koyan...pokok ini usia dia kat2 10 bulan kot..ke lebih tak pasti la...sekang nih buah pun dah kurang sket..may be dah tua agaknye....tapi pelapis dia ada dah...nak benih datang la amik...

PELAJAR HILANG DI AUSTRALIA

7 pelajar di Australia lesap



Norzarifah

KUALA LUMPUR: Tujuh pelajar Malaysia tajaan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di beberapa universiti di Australia dilaporkan 'lesap' tanpa diketahui ke mana mereka menghilangkan diri.


Tiga daripada pelajar terbabit termasuk Norzarifah Kamarauzaman, 21, menuntut di universiti sama - Curtin University of Technology, manakala empat lagi di universiti berasingan, semuanya di Perth.


Kehilangan pelajar itu didedahkan Pengerusi Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim semalam selepas menerima aduan ibu bapa mereka serta sumber di Australia..BERITA PENUH..

...PELAJAR NIH HILANG KE BERHENTI BELAJA..SEMALAM BERITA TV3 MAKLUMKAN..PELAJAR2 NIH KEBANYAKKAN BERHENTI BELAJO..THEN KERJA....PELIK KE TAK..PELAJAR YANG CERDIK ..IALAH DAPAT 9A..KALAU KAT MALAYSIA KIRA CERDIK LA...BOLEH BERHENTI BELAJAR..DAH SEMESTER AKHIR BARU TAK MINAT...TAK LOGIK LANGSUNG..BANYAK DAH PERABIH DUIT KERAJAAN TUH..WALAUPUN SYARIKAT GLC....KESIAN LA SKET KAT MAK AYAH..ENTAH2 SEBELUM G SANA DULU SIAP BUAT KENDURI LAGI...MALU OOO MAK AYAH.....KITA NIH BIAR TAKDE RUPE..TAPI JANGAN TAKDE OTAK....TAK GUNA OTAK LA MAKSUD NYE....

PELAJAR KOLEJ BERGADUH GUNA PARANG

Tiga penuntut kolej parah akibat ditetak

PERMASURI: Tiga penuntut sebuah kolej swasta di sini, parah akibat ditetak dengan parang dalam satu pergaduhan di asrama kolej itu, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu dipercayai bermula apabila dua penuntut bertengkar kerana masalah peribadi, sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang dan menyerang mangsa.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden, Sheikh Othman Abdul Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata, mereka kini dirawat ke Hospital Setiu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini..BERITA PENUH...


GANAZ BEBUDAK ZAMAN NIH..CERDIK..CERDIK DAH TAPINYE TAK PANDAI GUNA OTAK RASANYE...NAK GADUH JE KE...HANTAR KE PALASTIN SURUH GADUH NGAN ISRAIL BARU TAHU...NAK TUNJUK HANDAL SANGAT....

LAGI KISAH PEMBEBASAN RAZAK BAGINDA

Keputusan bebas Razak Baginda tiada campur tangan politik

SHAH ALAM: Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Alhabshi berkata keputusan Mahkamah Tinggi di sini hari ini yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tidak membabitkan campur tangan politik..BERITA PENUH...

Bapa Altantuya Kecewa, keputusan cemar imej kehakiman

M Khaleel Kas
Fri | Oct 31, 08 | 12:34:08 pm MYT

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Hrkh) -Tindakan dan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebaskan penganalisis politik, Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu telah mengecewakan bapa mangsa berkenaan..BERITA PENUH..

RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN

BEBAS: Abdul Razak Baginda (tengah) tersenyum selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Manakala gambar bawah, anak perempuan, Rowena Abdul Razak (kiri) dan isteri Mazlinda Makhzan turut bersama Razak di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - Foto AP


HARGA PETROL TURUN LAGI

Harga petrol turun lagi 15 sen

31/10/2008 5:36pm

KUALA LUMPUR 31 Okt. - Kerajaan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen berkuat kuasa 1 November ini.

Dengan penurunan itu, harga petrol RON97 dikurangkan daripada RM2.30 kepada RM2.15 dan RON92 dari RM2.20 kepada RM2.05.

Harga Diesel pula dikurangkan daripada RM2.20 kepada RM2.05.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang keempat dalam tempoh lebih dua bulan...BERITA PENUH


SYUKUR ALHAMDULILLAH..BOLEH SAVING BANYAK LAGI DUIT....HARAP2 NYE TURUN LAGI LA BULAN DEPAN....TURUN DAN TAK NAIK2 DAH..BOLEH KE.....