Tuesday, December 4, 2012

BERCUTI DI TERENGGANU

puisng-pusing naik TTI CRUISE sepanjang sungai terengganu mengelilingi beberapa pulau berdekatan. time nih bot lalu kat masjid kristal 24juta.. pakej yang dikenakan kepada kami RM55 satu family...layanzzz...
sampai2 di TTI je. terus menunaikan solat zohor di sini. kalau bergambar mesti hilang sorang. maklumla juru kamera takde. time nih cikgu nida amik gambo..kat pintu masuk masjid kristal..nih masuk free je la..


duk memerhati biawak beso dalam sungai. tak sempat nak snap gambo biawak . tengok biawak pun free

sempat juga melawat muzium negeri terengganu. bapok ke luasnyer. mmg tak larat nak pusing habis. pusing sikit jer dalam muzium. kebetulan TV hijrah buat program kat situh...nih kat luar muzium lagi..bergambar tak kene bayar la..

pintu masuk muzium. nak masuk kene bayar rm5 untuk dewasa.dalam nih dilarang amik gambar..

ini kat pantai batu burok. kat sini kalau hari sabtu n jumaat meriah. tapi sabtu lagi meriah. boleh naik kuda berhias. kami duk dalam kete kuda yang bulat. dewasa kene RM5 anak kene RM3. naik kuda pusing 2 pusingan je pun... cepat la naik haji org nih...

nampak cam senang naik ATV nih..tapi..bapok susah nyer..rasa cam nak tergolek je bila koner..tapi tak tergolek...time nih brader tuh tengah bagi taklimat camne nak kendali motor ini. arahan diterima paham.

gambor nih nampak cam takde pe2..kalau sahabat2 zoommm..nampak teman terkandas kat tengah2 laluan.. berdebor2 time nih..koner rasa nak terbalik rasa time nih...

kembali stable..so bleh bawak selow2 dulu.. RM20 untuk 15 minit sahaja..naik 10 minit rasa nak berenti..sebab sakit tangan dah..

main layang-layang tepi pantai mmg best. sbb banyak angin.kalau main kat umah jenuh berlari nak bagi layang2 naikkan.. layang2 kene beli... 1 RM10..

check in kat permai inn..kebetulan teman akan membentang kertas kerja di INTERNATIONAL SEMINAR ON AL QURAN IN CONTEMPORARY SOCIETY di KUALA TERENGGANU.....

nih tempat wajib pergi untuk golongan wanita.khususnya isteri2..koman-koman beli baju sehelai..made in ganu..
kebetulan teman nak present papaer kat ganu pada 1-2 disember 2012. sambil2 tuh bawak la family gi sekali. sbb drive sendiri. kalau gi ngan transport kolej maybe tak bawak la.sempat la melawat beberapa tempat yang menarik untuk dikunjung. dulu dah penah gi dah time konvo di umt..kali nih gi sekali lagi..dulu banyak tempat tak sempat nak gi sebb rushing..kali nih agak tak terkejar2..sempat la pusing2 lagi...

DURIAN KOYAN BER KOYAN-KOYAN

buah durian yang belum di kutip belakang rumah tn hj rahman. ini baru sepokok. durian kali ini tak dijual kerana musim durian kali ini sangat menjadi.

durian yang dah dikutip akan dilonggokkan di sini. untuk dinikmati oelh tetamu2 yang datang sama ada anak2 tn hj rahman dan hjh rasimah atau biras atau jiran2 atau anak jiran2..semua akan merasa makan

durian yang baru dikutip. memang kelihatan segar bugar..tak macam yang jual kat pasar malam.
musim durian di koyan. sg koyan adalah kampung teman. tempat teman membesar. kalau tempat lahir adalah di perak, taiping, batu kurau, kg sempeneh. tapi teman dah jadi org pahang. sbb terrer cakap pahang. kalau kawan2 datang koyan hari nih..di kala pagi yang hening..kalau menghirup nafas segar...pasti akan terbau durian. nak menunjukkan banyaknya durian di koyan..disebabkan terlalu banyak durian kali ini. durian2 yang tidak larat utk dimakan akan dibuat tempoyok (rm5 sekilo.kalau amik borong) atau dibuat lempok (mau2 dua hari kalau kacau atas kawah)..