Saturday, May 7, 2011

CERAMAH OH! CERAMAH

minggu minggu lepas nih teman berkesempatan untuk join kuliah subuh di sebuah masjid di kuantan. permulaan yang menarik berkaitan dengan Nikmat Allah swt yang paling besar iaitu kita menjadi umat islam. Umat Islam beruntung kerana menggunakan sumber rujukan utama daripada dahulu sehingga kini iaitu al quran yang memang tiada perubahan di dalamnya. begitu diturunkan kepada nabi begitu juga sampai kepada kita hari ini. Hebatkan! umat Islam dahulu hebat kerana al-quran yang sama kita ada pada hari ini. Malah sunnah juga menjadi pelengkap kepada umat islam hari ini. cuma pelik sumber yang sama digunakan hasil berbeda. jika dahulu umat islam cukup gemilang kini tunggang langgan. di mana silapnya! tepuk dada tanya iman..orang dulu sibuk beramal dengan al quran. zaman sekarang sibuk menceritakan kehebatan al quran tp tak plak sibuk beramal...sibuk membicarakan tentang sunah..tapi tak sibuk untuk beramal...mungkin la...

dalam kepetahan membicarakan cerita tentang nikmat tak tahu terkonar ikut mana masuk isu sumpah dato T. tuh hebat penceramah..tambahan isu semasa...teman tak kisah pun isu tuh disebut..ustad tuh ade la sebut isu sumpah tak syarie...dosa besar penyaksian palsu bla..bla..bla...bla..bla.. apa yang disampaikan semua betul.. cuma teman sedikit terkejut, apabila dikatakan bahawa " orang2 camtuh tidak akan diampunkan dosa dia " bukan terkejut sebab apa.. setahu teman la..setakat ilmu yang ada..kita boleh kata sesuatu perkara itu bersalah atau berdosa, cuma bab ampun..syurga..neraka nih...itu urusan allah. mmg teman penah terbaca dalam kitab Riadul Solihin mafhum sebuah hadis mengatakan Allah s.w.t benci ke laknat teman tak berapa ingat dah orang yang mengatakan kepada saudara Islam " allah tak ampun dosa kamu" kerana 'memberi keampunan kerja aku [Allah]...' .

bahaya lidah kita...kita kene jaga lidah kita..teman rasa ustad tuh tersasul je dah tak bermaksud...harap2 gitu la...susah juga kalau petah berbicara...betulla sabda nabi tentang lidah nih..dan tak pelik dalam hadis ade sebut tentang orng pandai berbicara nih..semoga Allah s.w.t lindungi teman...

KEPERLUAN SUSU ANAK

dugro susu abang

enfagrow A+ untuk 'Adl
enfakid A+ untuk muhammad

susu ibu memang terbaik untuk anak anak kita dari awal kelahiran sehingga usia 2 tahun. selepas dua tahun kita digalakkan bagi susu tambahan supaya pembesaran dia berkembang sehat. tapi semua anak2 akan meneruskan susuan ibu sehingga ke 2 tahun. anak teman yang sulung hanya 2 bulan sahaja menyusu badan. then tak mau dah. akan meronta2 atau nagis kalau bagi. anak ke dua teman hampir2 tiga bulan. situasi yang sama berlaku. tak mau dah. mungkin faktor isteri bekerja kot. anak yang ke 3 nih..baru sebula dah menunjukkan tak berapa minat susu badan. kene bagi susu badan dan susu fomula. kalau tak bg susu fomula mungkin sukar untuk dia tidor. so teman kene bekalkan juga susu formula.

paling mahal susu fomula untuk baby la rasanya, biasa 1 tin berat 400g harga di pasararaya lebih kurang rm 40. seminggu 1 tin. tapi bebaru nih jumpa tempat yang ade refill lebih murah sebb 200g boleh dapat rm 18, kalau 400g dapat la rm36 kan..jimat rm 4 dah kan.

sekang nih anak yang kedua dah minta dugro abang dia, so boleh la jimat lagi belanja. boleh tranfer ke adik dia beli susu.. selalu kalau teman shoping susu secara borong rajin penjaga kaunter bertanya: berapa orang anak nih bang? 3 orang...ye la satu troli penuh susu jer kan...

so renung2kan kepada siapa yang nak berumah tangga...rezeki insaallah ade kalau kita usaha...