Tuesday, June 3, 2008

IBADAH AQIQAH

Pengertian Ibadah Aqiqah

Aqiqah العقيقة adalah perkataan yang berasal daripada Bahasa Arab yang terbina dari perkataan عقّ bermaksud potong. Apa yang dimaksudkan potong di sini adalah berkaitan dengan tradisi memotong atau mengunting atau mencukur rambut bayi selepas dilahirkan. Aqiqah daripada pandangan syarak pula bermaksud sembelihan atau apa-apa sembelihan yang dilakukan bertujuan untuk meraikan kelahiran seorang anak, maka haiwan yang disembelih itu dinamakan Aqiqah.

Hokum Melakukan Ibadah Aqiqah

Melakukan ibadah aqiqah adalah sunnat yang dituntut kepada wali anak tersebut. Ibadah ini telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sohabat yang lain. Terdapat riwayat daripada Sulaiman Bin ‘Amir al-Dhabi R.A berkata : aku telah dengar Rasulullah s.a.w bersabda : Bersama setiap kanak-kanak ibadah aqiqah, Maka ia akan mengelakkan daripada melakukan tumpah darah dan dijauhi penyakit ( Riwayat Bukhari: 5154 ).

Tidak terdapat dalil yang mewajibkan kepada setiap wali untuk melakukannya melainkan ianya adalah ibadah sunat sahaja, ini berdasarkan sebuah hadis daripada Abi Daud yang bermaksud : Sesiapa yang memperolehi anak, maka ia suka untuk melakukan ibadah aqiqah maka lakukanlah. ( Riwayat Abi Daud: 2842 ). Berdasarkan hadis ini, jelas kepada kita menunjukkan bahawa ibadah aqiqah adalah ibadah sunnat jika wali tersebut berkemampuan untuk melakukannya.

Waktu Melakukan Ibadah Aqiqah

Ibadah aqiqah boleh dilakukan sejurus selepas bayi tersebut keluar daripada perut ibu. Walau bagaimana pun jika sembelihan tersebut dilakukan ketika bayi masih berada di alam kandungan, sembelihan tersebut tidaklah dinamakan aqiqah mungkin hanya menjadi sedekah sahaja. Ibadah aqiqah boleh dilakukan kepada setiap anak sehingga mencapai umur baligh.

Setelah baligh wali atau bapa tidak lagi disunatkan untuk melakukan ibadah tersebut. Adalah lebih baik jika anak tersebut melakukan sendiri bagi pihak dirinya jika ia mengetahui bahawa dirinya masih belum melakukan aqiqah oleh penjaganya.

Terdapat waktu yang disunnatkan untuk melakukan ibadah aqiqah terhadap setiap anak iaitu hari ke tujuh selepas kelahirannya. Hal ini disebut dalam sebuah hadis oleh Abu Daud , daripada Samirah R.A berkata: Rasulullah s.a.w telah berkata : Kanak-kanak akan membesar sebagai seorang yang salih dengan melakukan sembelihan aqiqah atasnya , maka sembelihlah pada hati ketujuh selepas kelahirannya, serta menamakan dan mencukurnya ( Riwayat Abu Daud:1522 ).

Hikmah Melakukan Ibadah Aqiqah

Menzahirkan rasa kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana mengurnikan nikmat yang tidak terhingga dan melapangkan daripada penderitaan dengan menganugerahkan zuriat yang pasti menjadi idaman setiap pasangan hidup di dunia ini. Dengan melakukan ibadah aqiqah sebagai tanda kesyukuran , insa’allah akan ditambah nikmat oleh Allah s.w.t. sepertimana firman allah s.w.t yang bermaksud : Dan jika engkau bersyukur kepadaKu nescaya Aku akan tambah nikmat kepada kamu ( Surah Ibrahim : 7 ).
Kaedah yang penuh beradab untuk memaklumkan kepada jiran tetangga atau masyarakat setempat tentang kelahiran anak dan nasab baru dalam sesebuah keluarga. Justeru dengan melakukan ibadah aqiqah dapatlah ia disampaikan melalui cara yang terbaik. Kaedah ini juga mampu untuk megelakkan kata-kata yang tidak sedap didengar dilontarkan kepada sesebuah keluarga
Melatih diri mejadi seorang yang pemurah hati. Sifat kedekut adalah suatu sifat yang akan menyebabkan seseorang itu akan gagal dalam kehidupan kerana dipengaruhi oleh nafsunya, sebaliknya manusia yang pemurah adalah golongan yang berjaya di sisi Allah s.w.t, sepertimana firmannya yang bermaksud : Dan barang sesiapa yang dirinya dipelihara daripada sifat kedekut, maka mereka adalah orang-orang yang berjaya (Al-Hasyr : 9 ).
Mengeratkan hubungan silaturahim antara keluarga, saudara mara, sahabat handai dan masyarakat setempat. Apabila dapat berkumpul bersama-sama di majis aqiqah maka ini memberi peluang untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan terkini tentang keluarga dan sebagainya.

Haiwan Sembelihan Untuk Aqiqah

Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tarmizi, daripada Ali R.A berkata : Menyembelih Rasulullah s.a.w bagi Hussin seekor kibas ( Riwayat Al-Tarmizi ). Hadis ini menunjukkan bahawa memadai dengan menyembelih seekor kibas atau kambing atau seumpama dengannya untuk ibadah aqiqah. Namun begitu terdapat hadis yang menggalakkan supaya anak lelaki sunnat menyembelih 2 ekor kambing, manakala anak perempuan cukup sekadar seekor sahaja. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi daripada Aisyah R.A, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah memerintahkan supaya menyembelih 2 ekor kibas yang sama saiz bagi lelaki dan seekor bagi perempuan.( Riwayat Tarmizi : 1513 ).

ANAK-ANAK AYAH



'Adi Zahin & 'Adl Zahin. Kelahiran 'Adl Zahin sedikit sebanyak menimbulkan rasa cemburu 'Adi Zahin terhadap adiknya. Namun disebabkan 'Adi Zahin dihantar ke Taska Suria mungkin menyebabkan beliau sudah biasa didedahkan dengan kewujudan bayi-bayi lain. Maka dapatlah dikatakan kelahiran ini turut diraikan olehnya.

'ADL ZAHIN BIN ASMADI




'Adl Zahin Bin Asmadi, gambar yang berambut diambil ketika 'Adl baru berumur 2 hari. 'Adl bermaksuk pejuang keadilan, Zahin pulak bermaksud yang berotak, maknanya yang mengunakan akal yang dipandu oleh iman ketika membuat keputusan. harap2nya begitulah jadinya.

Menurut isteri, sehingga hari ini 'Adl nih tak banyak karenah sangat, kalau dia menangis maknanya dia telah mengeluarkan najisnya tetapi kalau dia menangis sambil mulutnya tercari2 sesuatu itu bermaksud dia lapar. Masalah kembung perut memang ada, setakat ini 'Adl sangat serasi menggunakan minyak yuyi cap limau. Gambar tidak berambut di atas diambil setelah selesai majlis marhaban.