Wednesday, October 28, 2009

SEKOLAH SATU ALIRAN

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.

Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.

Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

saranan yang baik pada dasarnya dalam usaha mewujudkan gagasan 1malaysia. sebelum itu adalah lebih baik juka kerajaan mengkaji terlebih dahulu kebaikan dan keburukan yang akan wujud jika sistem tersebut terlaksana. tak mahu jadi cam mengajar sains dan mate dalam bahasa isnggeris...dulu lain katanye..sekarang nih lain pulak katanye..

bagus DAP pun sokong tapi..apa dia kata...gini katanya:

Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.

‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.

Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.

so apabila sistem ini dilaksanakan adakah sekolah MRSM, INTEGRASI DAN sealiran dengannya akan dilupuskan..atau dibuka dengan seluas-luasnya peluang untuk bangsa-bangsa lain...maka adakah wujud lagi kelebihan untuk pelajar2 melayu....

bagaimana pulak sekolah2 agama SMA, SMKA. ma'ahad tahfiz, sekolah2 pondok....... agak2 ada dak pemimpin2 akan mencadangkan agar ia akan dikaji..dan last2 boleh ambil beberapa subjek sahaja.... jadi macam SPM... pelajar SMA@SMKA boleh ambil 12 subjek sahaja...

emmm.......................