Monday, June 2, 2008

MAJLIS MARHABAN




Pertamanya jutaan terima kasih diucapkan kepada Kak Ani yang berusaha keras untuk mendapatkan kumpulan Marhaban yang berjaya dibentuk di saat-saat akhir. Kak Ani juga merupakan tukang urut isteri saya ketika berada dalam pantang, terima kasih sekali lagi diucapkan. Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada ustazah ( tudung hijau ) yang mengetuai kumpulan marhaban kali ini, begitu juga kepada ahli-ahli marhaban yang lain. Seramai 25 orang ahli marhaban telah menyumbangkan tenaga untuk menjayakan majlis aqiqah anak kami ini. Menurut Kak Ani, kebiasaannya ahli marhaban seramai 70 orang akan hadir, tetapi disebabkan musim cuti sekolah ramai yang pulang ke kampung halaman dan bercuti, walau bagaimana pun kami tetap bersyukur dengan jumlah yang ada. Pengesahan tentang kumpulan marhaban ini dimaklumkan kepada kami pada jam 9am, jadi kami sempat bagi cenderihati ala kadar sahaja, semoga Allah s.w.t memudahkan segala urusan mereka. Ini adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil oleh saya ketika majlis sedang berjalan. Majlis ini adalah pengalaman pertama saya menguruskannya, anak sulung dahulu, majlis ini dilakukan di kampung ( seekor kambing di kampung sebelah suami, sebahagian lembu di kampung sebelah isteri ), jadi segala pengurusan dilakukan oleh ayah dan ayah mertua, kali ini segala urusan 100% diuruskan oleh saya sendiri. Sangat memenatkan tetapi menyeronokkan. terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini secara langsung atau tidak langsung.