Saturday, April 9, 2011

MAKANAN ORANG BERPANTANG

nasi panas + ikan haruan bakar + sup haruan

nih resepi teman buat kalau sapa yang brgelar suami nak sediakan untuk isteri dia bleh la cuba.

untuk bakar senang cap kacang je nak buat. cuci 2 katan ikan haruan gaul ngan garam sikit. bungkus dengan daun pandan. kepit dengan pembakar. biar atas dapur dalam 15 minit sambil balik2kan ikan tersebut.

nak buat sup haruan bagi orang berpantang juga tak la susah pun: ambil 2 ulas bawang putih sebesar ibu jari tangan anda, sedikit halia ( besar jari kelingking dah ok kalau banyak sangat nanti sup jadi pahit), sedikit lada hhitam jangan banyak sangat takut panas, bunga lawang yang digoreng sekuntum. masuk kesemua bahan2 tersebut dalam lesung. tumbuk bagi lumat. kalau dah siap masukkan je dulu dalam periuk nak masak sup. kemudia ambil 2 katan ikan ruan masukkan sekalu. bubuh sedikit sahaja air dulu. panaskan biar mengelegak. dah agak mengelegak tambah secawan kecil air nak bagi jadi kuah banyak sikit. biarkan. tambah garam sesedap rasa.

untuk bahan tambahan boleh masukkan lobak cina, lobak merah, bubuh serai pun sedap aroma dia akan bertukar, buuh batang saderi sikit nak bagi naik aroma sup.

selamat mencuba.
nih asli punya sup tak buh bahan2 tambahan.