Tuesday, May 24, 2011

SEDIKIT VS SIKIT-SIKIT

Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan

Saturday, May 21, 2011

KITA @ TUAN-TUAN - KITA LAGI SELAMAT

isu kecil je. tapi bagi besar pada teman. pengunaan perkataan ketika berceramah@tazkirah dll. teman selesa guna 'kita' ' contoh ayat : menurut hadis tersebut kita kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2" contuh ayat 'tuan-tuan': menurut hadis tersebut tuan-tuan kene berusaha untuk datang solat berjemaah, pahala berganda2".. contoh pertama lbih kelihatan: memberi ingatan kepada jemaah dan diri sendiri. ayat kedua agak nampak yang bercakap agak bagus. barangkali sebab pengunaan perkata 'tuan-tuan ' menyebabkan ramai ahli jemaah orang2 biasa, sebaliknya ustad-ustad lebih banyak solat kat rumah...renung2kan lah..

Saturday, May 7, 2011

CERAMAH OH! CERAMAH

minggu minggu lepas nih teman berkesempatan untuk join kuliah subuh di sebuah masjid di kuantan. permulaan yang menarik berkaitan dengan Nikmat Allah swt yang paling besar iaitu kita menjadi umat islam. Umat Islam beruntung kerana menggunakan sumber rujukan utama daripada dahulu sehingga kini iaitu al quran yang memang tiada perubahan di dalamnya. begitu diturunkan kepada nabi begitu juga sampai kepada kita hari ini. Hebatkan! umat Islam dahulu hebat kerana al-quran yang sama kita ada pada hari ini. Malah sunnah juga menjadi pelengkap kepada umat islam hari ini. cuma pelik sumber yang sama digunakan hasil berbeda. jika dahulu umat islam cukup gemilang kini tunggang langgan. di mana silapnya! tepuk dada tanya iman..orang dulu sibuk beramal dengan al quran. zaman sekarang sibuk menceritakan kehebatan al quran tp tak plak sibuk beramal...sibuk membicarakan tentang sunah..tapi tak sibuk untuk beramal...mungkin la...

dalam kepetahan membicarakan cerita tentang nikmat tak tahu terkonar ikut mana masuk isu sumpah dato T. tuh hebat penceramah..tambahan isu semasa...teman tak kisah pun isu tuh disebut..ustad tuh ade la sebut isu sumpah tak syarie...dosa besar penyaksian palsu bla..bla..bla...bla..bla.. apa yang disampaikan semua betul.. cuma teman sedikit terkejut, apabila dikatakan bahawa " orang2 camtuh tidak akan diampunkan dosa dia " bukan terkejut sebab apa.. setahu teman la..setakat ilmu yang ada..kita boleh kata sesuatu perkara itu bersalah atau berdosa, cuma bab ampun..syurga..neraka nih...itu urusan allah. mmg teman penah terbaca dalam kitab Riadul Solihin mafhum sebuah hadis mengatakan Allah s.w.t benci ke laknat teman tak berapa ingat dah orang yang mengatakan kepada saudara Islam " allah tak ampun dosa kamu" kerana 'memberi keampunan kerja aku [Allah]...' .

bahaya lidah kita...kita kene jaga lidah kita..teman rasa ustad tuh tersasul je dah tak bermaksud...harap2 gitu la...susah juga kalau petah berbicara...betulla sabda nabi tentang lidah nih..dan tak pelik dalam hadis ade sebut tentang orng pandai berbicara nih..semoga Allah s.w.t lindungi teman...

KEPERLUAN SUSU ANAK

dugro susu abang

enfagrow A+ untuk 'Adl
enfakid A+ untuk muhammad

susu ibu memang terbaik untuk anak anak kita dari awal kelahiran sehingga usia 2 tahun. selepas dua tahun kita digalakkan bagi susu tambahan supaya pembesaran dia berkembang sehat. tapi semua anak2 akan meneruskan susuan ibu sehingga ke 2 tahun. anak teman yang sulung hanya 2 bulan sahaja menyusu badan. then tak mau dah. akan meronta2 atau nagis kalau bagi. anak ke dua teman hampir2 tiga bulan. situasi yang sama berlaku. tak mau dah. mungkin faktor isteri bekerja kot. anak yang ke 3 nih..baru sebula dah menunjukkan tak berapa minat susu badan. kene bagi susu badan dan susu fomula. kalau tak bg susu fomula mungkin sukar untuk dia tidor. so teman kene bekalkan juga susu formula.

paling mahal susu fomula untuk baby la rasanya, biasa 1 tin berat 400g harga di pasararaya lebih kurang rm 40. seminggu 1 tin. tapi bebaru nih jumpa tempat yang ade refill lebih murah sebb 200g boleh dapat rm 18, kalau 400g dapat la rm36 kan..jimat rm 4 dah kan.

sekang nih anak yang kedua dah minta dugro abang dia, so boleh la jimat lagi belanja. boleh tranfer ke adik dia beli susu.. selalu kalau teman shoping susu secara borong rajin penjaga kaunter bertanya: berapa orang anak nih bang? 3 orang...ye la satu troli penuh susu jer kan...

so renung2kan kepada siapa yang nak berumah tangga...rezeki insaallah ade kalau kita usaha...

Friday, May 6, 2011

SELAMAT HARI KELAHIRAN ANAKNDA 'ADL ZAHIN

kawan2 yang turut menjayakan majlis menyambut hari kelahiran 'adl

nyammy!

kasih sayang adik

kasih sayang abang

video hari ini bersamaam 6/5/2011 genap dah umur adl 3 tahun. sekejap je membesar dah anak ayah & mama. semoga menjadi anak yang soleh. tak lupa juga terima kasih kepada TADIKA SURIA yang membantu mengasuh adl dari berusia 2 bulan hingga kini. juga terima kasih kerana menjayakan majlis sambutan hari lahir adl.


Wednesday, May 4, 2011

JANGAN DUDUK ATAS KUBUR NABI LARANG!

jangan duduk atas batu kubur tuh! nanti punggung tuh kene bakor! ust nih bedo'oh je. rupe2 nyer memang ramai lagi orang yang tak tahu. teman ingat saje melangar larangan nabi s.a.w. rupenyer teman selidik betul2 memang tak tahu. bila teman explain baru cepat2 semua bangun dari duduk atas kubur.

maksud atas kubur mencakupi, duk atas batu nisan bentang tikar atas kubur betul antara 2 batu nisan atau atas binaan tepi yang menghalang dari tanah runtuh.

jadi kalau ke kubur kene lebih menjaga adab ke kubur, jangan duduk sembarangan pilih tempat2 antara dua kubur atau sebagainya.

sabda nabi: kalau seorang itu duduk atas bara api sehingga terbakar pakaian dan menembusi hingga ke kulitnya demikian itu lebih baik dari dia duduk atas kubur [riwayat muslim] semoga kita lebih berhati-hati

Monday, May 2, 2011

KENAPA AYAH TAK NAK PERGI JALAN-JALAN KUANTAN PARADE

kuantan parade adalah satu2 tempat yang teman bawak anak2 teman gi beli barang ketika memerlukan. time nak raya. time nak beli kasut baru. atau time teman nak tembah seluar or baju. kalau nak makan kfc teman bawak gi giant. nak makan pizza pun teman gi giant jer. senang .surau besar.. jarang sekali teman gi ECM bawak keluarga.seingat teman baru 2 kali bawak anak2 pergi sana. tu pun sbb mama nak beli apple donat. seingat teman. mega mall las sekali teman gi waktu wife ngidam makan di kenny rogers. anak2 teman mmg tak tau mega mall wujud. kesian.

tak tau macam mana hari nih boleh terpacul dari mulut anak teman soalan " ayah! jom kita jalan2 kuantan parade? nak wat ape? zahin nak beli apa? anak teman jawab: saje je, kita jalan2. teman jawab tak mau la, kalau ade mende baru kita gi k! nape ayah pulak ayah tak nak gi jalan-jalan? bukan ayah tak nak pergi, tak de ape nak beli, nanti kita penat! lagi pun allah tak suka kalau gi tempat camtuh kalau takde tujuan { kalau ade tujuan kira ok la } [ hadis abi hurairah: tempat paling disukai oleh Allah ialah masjid, tempat paling dibenci oleh Allah ialah pasar-pasar : riwayat muslim ] nape pulak Allah tak suka! sebab situ tempat syaitan bertelur , beranak berperang dan kat situ banyak jerat2 syaitan [ riwayat muslim oleh abi hurairah].

emmm! kalau camtuh kita gi tengok ikat kat kolej ayah lah! mana ada ikan dah..kolam semua kene simen dah! emmmmppmmh... kita gi bagi kucing mandi nak...jomm...