Monday, October 6, 2008

PUASA ENAM SYAWAL

Assalamualaikum w.b.t....

Dari Abi Ayoub, R.A, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan berpuasa 6 hari di bulan syawal, maka seolah-olah dia berpuasa setahun ( Riwayat Muslim ).

Soalan :
Ust..macam mana puasa tuh boleh jadi setahun pulak..bukan 36hari je la....

Ustad : dari satu hadis yang diriwayatkan oleh ibn majah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang berpuasa di bulan ramadhan, Allah s.w.t gandakan setiap hari tersebut seolah-olah berpuasa 10 hari biasa, kemudian diikuti 6 hari di bulan ramadhan maka seolah-olah dia berpuasa selama setahun ( Riwayat Ibn Majah ). jadi kalau kita kira sedniri 30 X 10 ganjaran = 300 kan, so tambah lagi 6 hari syawal X 10 = 60....campur dua-dua puasa tak ke jadi 360 hari..so setahunlah lebih kurang...

Soalan :
kene puasa berterusan ke ustaz...atau boleh selang seli je.....

Ustad : banyak pandangan ulama' tentang macam mana kita nak puasa...kalau ikut Imam As-Syafie : kene berterusan selepas hari raya...ini berdasarkan sebuah hadis...Sesiapa yang berpuasa 6 berterusan selepas Aidil Fitri, seolah-olah berpuasa setahun..hadis nih dikeluarkan oleh Tabrani..taraf dia daif..jadi sebahagian ulama' menolaknya..maknanya tak bulih pakai sangat la. Manakala pandagan ulama' lain sepeprti Imam Ahmad dan Waqi' pula : mereka mengatakan tiada beza sama ada berpuasa berterusan atau selang seli..yang penting berpuasa 6 hari di bulan syawal. terdapat satu lagi pandagan yang dikeluarkan oleh 'Ato pula: tidak digalakkan berpuasa di awal2 syawal sebab..hari untuk makan dan minum...wallah hualam...

itu adalah sebahagian pandagan ulama' sahaja...pada ustaz buat sahaja mana-mana cara yang agak selesa..jika tiada masalah buat berterusan..tapi jika ada kekangan lain..buat yang termampu...kerana s.w.t tidak menyusahkan hambanya...hadis yang berkaitan dengan puasa 6 tersebut bersifat mutlak....

soalan : boleh tak kalau kita gabungkan puasa sunat syawal dengan qada' sekali...

ustaz : dalam satu riwayat oleh Umm Salmah : Beliau berpesan kepada ahli keluarganya. Sesiapa yang perlu mengantikan puasanya bersegeralah berpuasa....

Berdasarkan hadis nih ulama' berpendapat hutang kepada Allah s.w.t perlu dilangsaikan dengan segera..jadi kalau kita tidak berpuasa di bulan ramadhaى..kenelah segera mengantinya...mungkin ada pandangan lain ..hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui..ust cakap nih berdasarkan ilmu yang ust ada je la ye....

wassalam....