Thursday, April 30, 2009

GELAGAT 'ADI ZAHIN

video

SEMINAR SEHARI PEMANTAPAN AQIDAH

jadi pelayan tetamu je..dah takde org nak serve makanan...ust nazri dengan pegawai belia kuantan..

tetamu@penceramah program sehari pemantapan aqidah..
ust rujhan & ust badli shah
borak2 sambil makan...aku tolong tuang air...

siap tolong bubuh mee lagik...
program pemantapan aqidah ini adalah program bersama student utm shahputra dengan pejabat belia dan sukan kuantan. tahniah diucapkan kepada student dan pensyarah yang terlibat...

Tuesday, April 28, 2009

WAHAI ANAK

video

BERKELAH DI PANTAI SEPAT

25 April 2009. berkelah di pantai sepat bersama teman2 sekolah isteri aku...lauk rendang ngan nasi minyak koboi. teman2 yang dijemput je hadir. tak ramai sangat.tapi ok untuk aktiviti keluarga. pas makan balik...tak kuasa nak g mandi laut...


'adi zahin

'adl zahin (8 mei 2009) genap setahun..




TEPUK-TEPUK TERIMA KASIH


video

KEM PLKN INDERA PAHLAWAN. MARAN PAHANG

suasana selepas taklimat. biasa la..ramai serbu shahputra..tak tau le kot2 dia serbu sebab anis.tapi ok la feedback student tuh..semua peserta akan tamat pada 8 jun 2009. tak lama dah pun...
pelajar ingin maklumat lanjut dari pn anis. anis terpaksa layan walaupun tak sabar nak balik..sebab adrina duk sibuk tepon dia..

jam 530 dah mula gerak dah. selamat tinggal kem dan peserta2. ehh..peserta pun dah mula balik dah....

KEM PLKN INDERA PAHLAWAN. MARAN PAHANG

18 APRIL 2009. sahaja program taklimat pendidikan di plkn gambang. team shahputra terus gerak ke kem plkn indera pahlawan maran. memang sesuai sangat dengan namanye..nak masuk ke dalam nuh..bercinta..dengan jalan yang berlopak2..jauh dalam ladang sawit dan cuaca yang agak kepanasan menyebabkan nafas semakin menjadi sesak...


ini adalah stage di kem tersebut. taklimat di bawah stage tersebut. kat sini aku bagi taklimat 5 minit je.nak bagi panjang tak sesuai, dah petang dah. time tuh dah pkul 330. jadi aku lebih fokus cerita pasai program jururawat je la...lagipun lawak siket kem nih..slide tak boleh pasang..apa punya penganjur la..bayar mahal..rm 400. pasang slide pun tak boleh ka.....


keadaan dewan serbaguna (aku rasala) di kem indera pahlawan. agak tidak berapa nak bersih jika dibandingkan dengan kem di gambang,

wira & wirawati kata kat situ tak best sangat..sebb derang tak buat ape2 aktiviti lagi kot...air takde katanya...bila ditanya perasaan wira & wirawati semua tak seronok....time masuk kem nih..gambar najib takde lagi...masih gambar pak lah sebagai pm..tak alert ke ape tak sure la....

PLKN: KEM PLKN GAMBANG

selepas mendengar taklimat pendidikan dari semua kolej, pelajar akan diberi peluang untuk ke booth mana-mana kolej yang berkenan di hati. sambutan di booth shahputra memberangsangkan jugak..

peserta tekun mendengar taklimat dan lawak jenaka dari anis..w.zain ada kat tepi sambil2 menambah idea-idea lawak yang lain...

sampai jam 1230pm pun masih ada lagi student duk tanya..layan je..semua nih punca rezeki nih..kene layan nih ..... pukul 1245 dah gerak dah..nak g maran pulok...kem plkn gak....penat siot...

Monday, April 27, 2009

PLKN : KEM PLKN GAMBANG

18 April 2009. membantu bahagian pemasaran memberi taklimat di kem plkn gembang. dekat dengan semuji resort. program tersebut bermula jam 930 pagi. antara orang2 yang terpilih untuk ke kem tersebut aku, anis w.zain & abang mie. bergerak dari kolej jam 845 pagi..tunggu pn anis..dia paling lambat sampai..alhamdulillah sampai di kem on time..lebih kurang dalam 30 minit je perjalanan ke kem dari kolej.


anis duk takde keje..sebab time nih semua kolej yang datang sedang bagi taklimat. kat kem nih aku mintak untuk bagi taklimat yang terakhir sekali..biasalah teknik nak amik masa lebih kan..kolej lain 10 minit je..kolej shahputra 30 minute...hu hu hu...ada slide oleh la cakap lama..kalau main cakap nganga camtuh je..mmg la 10 minute jekan...mana w.zain ngan mie nih!!!

peserta plkn kem gambang. kebanyakan wirawati (pangilan pelajar perempuan di kem) dari terengganu & pahang...dalam ramai2 tuh takde pulak perasan budak cine..melayu ngan india je...

nih pulak sebahagian wira di kem. mmg ada gaduh2 di kem nih antara budak ganu ngan pahang..budak2 gitu le gayenye...
budak2 pahang di kem plkn gambang..kebanyakan pelajar seronok apabila berada di sini sebab aktiviti banyak...

MENGAPA OH MENGAPA

MENGAPA SEORANG RAHIB BOLEH MENUTUPI SELURUH TUBUHNYA KERANA MEPERHAMBAKAN DIRI KEPADA TUHAN DAN AGAMANYA...

TETAPI UMAT ISLAM APABILA DIMINTA MENUTUPI SELURUH TUBUHNYA DIKATAKAN TEKANAN....
MENGAPA JIKA ORANG YAHUDI MENYIMPAN JANGGUT DIKATAKAN MENGAMALKAN KEPERCAYAANNYA...

..TETAPI JIKA UMAT ISLAM MENYIMPAN JANGGUT DIKATAKAN EXTREEM @ PENGGANAS.....
MENGAPA KITA TERLALU MEMPERCAYAI CERITA-CERITA DALAM AKHBAR......

...TETAPI MERAGUI APA YANG TERKANDUNG DI DALAM AL QURAN

Monday, April 20, 2009

TINGKATAN 6 VS DIPLOMA

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Azam Md Atan Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Malaysia berkenaan belajar tingkatan 6. beliau mengatakan bahawa ' Pelajar di tingkatan 6 bertuah malah sebelah kaki terjamin ke IPTA. Mereka juga lebih bersedia sebelum meneruskan pengajian di universiti kerana sudah mendapat pendedahan awal di tingkatan 6. Pelajar yang memilih mengikuti pengajian peringkat diploma di ipts berbanding tingkatan 6 itulah merugikan masa belajar mereka. bior betoi pengetua nih....Sebenarnya kebanyakkan pengetuan kurang faham tentang pengajian diploma di ipts. Blogger yakin semua ipts mengalami masalah yang sama iaitu mencari ruang untuk menerangkan program2 di sekolah-sekolah..kalau ada pun..melalui kaunselor2..pengetua-pengetua nih susah nak join dengan ipts..kerana meletakkan tahap diri mereka peringkat tinggi sangat kot..dan kebanyakan mmg tak berapa nak amik tahu blogger yakin pengetahuan tentang diploma di ipts memang pengetua kurang tahu..

Blogger berani mengatakan diploma yang dibuat secara kerjasama dengan IPTA adalah jauh lebih baik dari amik STPM... ini disebabkan pelajar akan belajar perkara sama di IPTA..cuma lokasi sahaja yang berbeza. Sebagai contoh Program diploma UiTM yang dijalankan di kolej2 bersekutu. Pelajar belajar pelajaran yang sama, apabila periksa, mereka mendapat soalan yang sama daripada UiTM jugak. apabila konvo pun di UiTM jugak..nak sambung degree..sambung di UiTM jugak selama 2 tahun sahaja...membazir masakah itu. Cuma kalau nak masuk program tersebut kene ada syarat minima..ada 5 kredit termasuk kredit bahasa melayu & Bahasa Inggeris. kalaulah budak stpm tuh ada 5 keredit..blogger yakin ada lebeh...nak amik jurusan pengurusan apa2 ke...baiklah masuk IPTS yang buat usahasama dengan IPTA...kalau amik STPM pelajar belajar secara umum sahaja semua topik,,kalau diploma nih dah m belajar semua seara khusus..apabila amik degree..makin khusus la mereka belajar...kata la habis diploma malas nak sambung belajar..mintak kerja...n27 dah bleh dapat..kalau STPM...kalau pas periksa..keputusan tah ape2...nak apply kerja kene gak guna stpm...

Blogger tak nafikan lah kalau yang amik STPM tuh betul2 power dapat pulak 5p.. 4.00..mmg la dia dulu akan masuk U...tapi setakat nih berapa orang je yang berjaya..mungkin ada baiknya persatuan pengetua buat kajian tentang peratusan pelajar yang masuk ke IPTA berbanding dengan pelajar yang ke IPTA...




Tuesday, April 14, 2009

ANAK SIAPA

kesian anak tak berdosa nih..syukur allah telah memilih adik nur ainna untuk menemui baby comel nih...semoga allah s.w.t memberi hidayah dan petunjuk kepada si ibu supaya menyerah diri ke balai supaya dapat menjaga bayi nih semula suatu hari nanti.....

BANGKITLAH MELAYU

Bangkitlah Melayu

KUALA LUMPUR 14 April – Orang Melayu perlu bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain yang kini dilihat semakin keterlaluan.

Mereka juga perlu sedar dan insaf dengan situasi politik semasa yang menyaksikan pelbagai tuntutan hingga boleh menjejaskan kekuatan politik orang Melayu.

Sehubungan itu, orang Melayu diminta tidak tunduk kepada tuntutan keterlaluan tersebut sebalik bangkit bersatu bagi mempertahankan hak dan kepentingan mereka.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin bukan Melayu dalam hal ini perlu sedar yang sesebuah kerajaan itu boleh sahaja untuk tidak ‘melayan’ tuntutan mereka..berita lanjut click di sini


Blogger: Bangkitlah melayu...sedarlah melayu...jangan banyak merapu..di malaysia kalau kita tengok...yang duk bercakar semua melayu2 belaka..kat ganu...adun2 yang duk tak puas hati sesama melayu..umno duk hentam pas...melayu2...pas duk hentam umno..pun melayu, melayu..pkr hentam umno..umno hentam pkr..yang kebanyakan nye melayu...lebih malang lagi orang islam melayu...nak kata kayu..semua cerdik belaka.. tapi tak de kesedaran..inilah akibat daripada pemimpin yang kurang mempraktikkan tuntutan agama....ye la kalau tanya hukum semua tahu...sudut praktikalnya...Allah je yang tahu.....Ya Allah..sedarkanlah pemimpin melayu....

ANAK IKAN KELI

anak ikan keli makan roti daisy (kyri beli sbb nak dia nak tengok anak anak keli)

ikan keli nih, waktu beli 3 inci size dia..tapi nampak macam kecik je...cuma kyri order yang 3 inci..aku kata la 3 inci...

ikan ini telah dilepaskan di dalam kolam pada hari ahad 29 mac 2009. ikan nih beli di seri damai dengan harga rm0.13 sec je sekor. untuk 2 kolam sejumlah 1000 ekor anak ikan keli telah dimasukkan.

kaedah yang digunakan untuk ternak keli ni dinamakan kaedah kak yati (masuk majalah 3 dulu kisah kak yati nih) sebab aku g umah dia kat perak tuh tengok dia wat..so aku praktik macam yang dia buat..aku belajo ngan anak dia..hidayah student upsi.... cuma beza ternakan antara aku dan kak yati nih ialah ialah dia guna kolam aku guna tong air je.

menurut kak yati ikan akan dituai setelah 3-4 bulan..maknannya dekat2 bulan puasa nanti boleh dah tuai hasil....nak cuba buat boleh kontek aku yek....

TERNAK IKAN KELI ORGANIK

kolam ikan keli menggunakan pasir

kaedah kolam keli yang mengunakan tanah

Kaedah membina kolam ikan keli menggunakan pasir akan menyebabkan kolam menjadi lebih cerah jika dibandingkan menggunakan tanah. jika tak percaya sila lihat gambar di atas..nampak beza kan...


Monday, April 13, 2009

TERNAKAN IKAN KELI ORGANIK

2 kolam ikan keli organik di belakang rumah

Thursday, April 9, 2009

MENTERI BARU, MENTERI GUGUR

PANDANGAN TOKOH POLITIK TENTANG KABINET BARU NAJIB

Dr. M :

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan barisan Kabinet yang baru dilantik sebagai positif dan bukti 'pembersihan dalam parti' sedang berlaku.

"(Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) bertindak bijak dengan menggugurkan kebanyakan mereka yang dituduh mengamalkan rasuah walaupun seorang dua entah kenapa turut terselit," katanya kepada pemberita ketika ditemui hari ini di Tingkat 86, Menara Petronas.

Harakah :

Banyak kesangsian dalam Kabinet Najib
Mat Zain Mat Isa
Thu | Apr 09, 09 | 6:51:21 pm MYT

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.

DS Khir Toyo:

Barisan kepimpinan baru yang diputuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dapat mencapai hasrat itu kerana ia bersesuaian bagi memastikan agenda pembangunan negara dan rakyat dapat ditingkatkan.

Datuk Seri Mohd. Ali Rustam:

Kerajaan negeri agak kecewa dengan barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya, Melaka mengharapkan Perdana Menteri dapat melantik salah seorang dari dua timbalan menteri dari negeri itu iaitu Datuk Wira Abu Seman (Kementerian Pertahanan) dan Datuk Idris Harun (Kementerian Pengajian Tinggi) sebagai menteri penuh dalam senarai barisan Kabinet baru.

Suarakeadilan:

“Najib menolak Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin yang juga Ketua Pemuda Umno di dalam kabinet beliau semata-mata kerana Khairy bukan kroninya,”

blogger: Kata2 orang kadang2 kene amik kira juga..tapi tak semestinya ikut..iye la yang bercakap tuh pun manusia biasa jugak kan...apa yang penting laksana amanah yang diberi...kalah sekali tak bermakna kalah selama2nya..menang sekali tak bermakna takkan kalah untuk selamanya...

KABINET BARU NAJIB

  1. Prime Minister and Finance Minister 1 - Datuk Seri Najib Tun Razak
  2. Deputy PM and Education Minister - Tan Sri Muhyiddin Yassin
  3. Finance Minister 2 - Datuk Ahmad Husni Hanadzlah
  4. Ministers in PM dept - Datuk Seri Mohammed Nazri,Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon and Rtd Brigadier General Datuk Jamil Khir Baharum
  5. Transport - Datuk Seri Ong Tee Keat
  6. Science and Technology - Datuk Dr Maximus Ongkili
  7. Defence - Datuk Ahmad Zahid Hamidi
  8. Home - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
  9. Rural and Regional Development - Datuk Seri Shafie Apdal
  10. Housing and Local Government - Datuk Kong Cho Ha
  11. Health - Datuk Seri Liow Tiong Lai
  12. Tourism - Datuk Dr Ng Yen Yen
  13. Human Resources - Datuk Dr S. Subramaniam
  14. Natural Resources and Environment - Datuk Douglas Uggah Embas
  15. Women, Family and Community Development - Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
  16. International Trade and Industry - Datuk Mustapa Mohamed
  17. Higher Education - Datuk Seri Khaled Nordin
  18. nformation, Unity, Culture and Arts - Datuk Seri Dr Rais Yatim
  19. Agriculture - Datuk Noh Omar
  20. Works - Datuk Shaziman Abu Mansor
  21. Domestic Trade - Datuk Ismail Sabri Yaakob
  22. Sports - Datuk Ahmad Shabery Cheek
  23. Foreign - Datuk Anifah Aman
  24. Federal Territories - Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
mungkin ada perubahan tak tau la...tunggu bila tul2 kompem....

PETANDA UNTUK SIAPA

Pilihan raya kecil di 2 bukit dan satu batang sudah pun berakhir dengan keputusan 1 bn, 1 pas & 1 pkr. dalam kata lain 1 bn 2 pr..dalam kata yang lain lagi...sama macam dulu..tak de siapa rampas kerusi siapa bagi kawasan yang terlibat.

adat pertandingan..ada yang menang dan pasti ada yang kalah. yang penting masih menjalinkan hubungan silaturahim sesama islam...serta menjaga hak bukan islam.. tidak perlu wujud kepada fitnah menfitnah yang akhirnya akan membawa malapetaka.

yang kalah kene muhasabah diri..kenapa kalah..pasti ada sebabnya...jika perlu perubahan..haruslah melakukannnya..dalam TV3 semalam..Bung Mukhtar(kalau tak silap la nama dia) jaguh parlimen...dia kata "wakil bn di semananjung jangan mewah2"..kalau benar apa yang dikata..perlulah buat perubahan dari awal..bukan tiba masa nak pilihanraya baru sibuk buat macam2 program...rakyat makin lama makin pndai..tahun nih saje..berapa ribu dapat 10a1...tahun2 dulu... yang dah boleh mengundi...kene pikir2kanah...ini mungkin dugaan & cabaran kepada Datuk najib dalam mencorakkan semula politik dan ekonomi malaysia..takguna pemimpin kaya raya..tapi negara tak selamat..jadi pulak macam thailand...melingkup negara...biar tak kaya janji sama-sama senang....

yang kalah kene bersyukur..kadang2 manusia nih apabila allah uji dengan kesensaraan...spt kalah bertanding ...dia boleh hadapi dengan cara ingat allah selalu..tapi jika diuji dengan kesenangan..menang bertanding..dah tak berapa nak ingat kat Allah s.w.t dah..dah mula angkuh tak tentu pasai...mula nak ngata macam2 kat orang lain...ini semua kene beringat selalu untuk pemimpin yang menang.....

tak semua org2 bn tak betul...tak semua org2 pr betul..ini hakikat...kot mana pun kene pilih pemimpin yang mempunyai kuasa untuk pejuang rakyat... tetapi yang paling berkuasa hanya ALLAH......

Monday, April 6, 2009

DUA BUKIT SATU BATANG

Siapa akan bangkit dan siapa akan tumbang..siapa akan sakit siapa beroleh senang..semuanya akan ditentukan oleh pengundi pada malam ini. usah takut dah usah bimbang, perkara yang tersurat dan tersirat pasti akan datang...tungguuuu...!!!!

Thursday, April 2, 2009

Wednesday, April 1, 2009

KISAH NABI IBRAHIM A.S

Hadis Abu Hurairah r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Nabi Ibrahim adalah seorang nabi yang sama sekali tidak pernah berdusta kecuali dalam tiga keadaan. Dua keadaan yang melibatkan Allah, iaitu ucapan Nabi Ibrahim: إِنِّي سَقِيمٌ Yang bermaksud: Sesungguhnya aku sakit dan ucapan Nabi Ibrahim sendiri: بَلْ فَعَلَهُ كَبِيرُهُمْ هَذَا Yang bermaksud: Sebenarnya patung besar inilah yang memukulnya. Salah satunya adalah melibatkan diri Sarah. Sesungguhnya Ibrahim bersama Sarah pernah datang di wilayah seorang Raja yang diktator. Sarah adalah seorang wanita yang paling cantik. Nabi Ibrahim berkata kepada Sarah: Sesungguhnya jika raja yang diktator itu tahu bahawa kamu adalah isteriku, tentu beliau akan memaksaku untuk memiliki kamu. Jika beliau bertanya kepadamu, maka katakan kepadanya bahawa kamu adalah saudara perempuanku. Sesungguhnya kamu memang saudara perempuanku dalam Islam. Sesungguhnya di wilayah ini aku tidak melihat seorang muslim pun melainkan aku dan kamu. Ketika Nabi Ibrahim memasuki Wilayah Raja diktator tersebut ada seorang rakyatnya yang melihat Sarah. Beliau datang kepada Raja diktator tersebut dan melaporkan: Sesungguhnya telah datang ke wilayah kamu seorang wanita yang hanya patut menjadi milik kamu. Raja tersebut mengirimkan utusan kepada Sarah dan membawanya, lalu Nabi Ibrahim a.s mendirikan sembahyang. Ketika Sarah bertemu muka dengan Raja tersebut. Beliau tidak mampu menguasai tangannya untuk memeluk Sarah kerana tangannya tergenggam erat. Beliau berkata kepada Sarah: Berdoalah kepada Allah agar Allah melepaskan tanganku, aku tidak akan menyusahkan kamu, lalu Sarah berdoa. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama. Raja mengulangi ucapannya, maka Sarah melakukannya. Raja menggenggam tangannya sendiri dengan erat, lebih erat daripada yang pertama dan kedua. Raja berkata: Berdoalah kepada Allah agar dia melepaskan tanganku. Demi Allah aku tidak akan menyusahkan kamu. Sarah menurut saja. Kali ini tangan Raja tersebut terlepas. Lalu Raja tersebut memanggil orang yang membawa Sarah dan berkata: Sesungguhnya yang kamu bawa kepadaku adalah syaitan bukan manusia. Usirkan beliau dari wilayahku dan berikanlah Siti Hajar kepadanya. Abu Hurairah meneruskan kata-katanya: Sarah kembali dengan berjalan kaki. Ketika Nabi Ibrahim a.s melihatnya, beliau menyambutnya seraya bertanya: Bagaimana khabarmu? Sarah menjawab: Baik, sesungguhnya Allah telah mengunci tangan orang yang ingin berbuat jahat atau serong dan memberi seorang khadam (pelayan)

JIN

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesungguhnya Ifrit dari kalangan jin telah datang untuk menggodaku semalam agar aku lalai ketika sembahyang. Tetapi Allah telah melindungi aku daripadanya sehingga aku dapat menangkapnya iaitu menjerat lehernya. Aku mempunyai keinginan untuk mengikatnya di salah satu tiang masjid hingga ke waktu pagi supaya kamu semua dapat melihatnya. Kemudian aku menyebutkan kata-kata saudaraku Nabi Sulaiman a.s: رَبِّ اغْفِرْلِي وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي Tuhanku! Ampunilah aku, berikanlah kepadaku suatu kekuasaan yang tidak akan dicapai oleh seorang pun selepasku. Maka akhirnya Allah melepasnya secara menolak Ifrit tersebut dalam keadaan rugi, hina dan lemah