Monday, November 30, 2009

BERAYA DI KONTI PAHANG FM

nih tengah tunggu turn kat ruang menuggu di luar konti...

tahun nih pengalaman baru aku...biasanye balik kampung tapi kali nih 2 perkara terlepas 1- tak dapat join rombongan ke UK 2nd-tak beraya kat kampung..kali pertama beraya di taman seri inderapura...sebb nak memenuhi jemputan prog gema jumaat bulan ini yang jatuh pada hari raya haji...so tapok pun pasai raya korban..... lepas solat raya di masjid l-hidayah..terus gerak ke rtm pahang...

dj yang bertugas pun bukan dengan abang nan..kali nih ngan afni suhaimi...dj baru yang mula start bertugas pada bulan september 2009...apa2 dia sangat2 ok..gambar tak dapat nak amik..kamera abis bateri lak.....


Sunday, November 29, 2009

HUJAN OH HUJAN FITNAH!


Hadis Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:
Biasanya apabila hari berangin atau mendung, wajah Rasulullah s.a.w kelihatan gelisah. Bila hujan mulai turun, wajah baginda menjadi berseri dan hilanglah kegelisahan baginda. Aisyah bertanyakan hal itu kepada baginda. Baginda menjawab: Aku bimbang angin atau mendung itu menjadi azab untuk menyeksa umatku. Jika baginda melihat hujan, baginda akan berkata: Itu adalah rahmat : hadis riwayat muslim...

Hadis Abu Musa r.a:
Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Perumpamaan Allah Azza Wa Jalla mengutusku menyampaikan petunjuk dan ilmu adalah seperti titisan hujan yang telah membasahi bumi. Manakala bumi tersebut sebahagian tanahnya ada yang subur sehingga dapat menyerap air serta menumbuhkan rumput dan sebahagian lagi berupa tanah-tanah keras yang dapat menahan air, lalu Allah memberi manfaat kepada manusia sehingga mereka dapat meneguk air, memberi minum dan menggembala ternaknya di tempat itu. Ada juga titisan air hujan tersebut jatuh di tanah yang lain, iaitu tanah gersang yang sama sekali tidak dapat menahan air dan tidak dapat menumbuhkan rumput rampai. Manakala itu semua adalah perumpamaan orang yang bijak pandai tentang agama Allah dan memanfaatkannya setelah aku diutus oleh Allah. Maka baginda tahu dan mahu mengajar apa yang diketahuinya dan juga perumpamaan orang yang keras kepala yang tidak mahu menerima petunjuk Allah yang kerana-Nya aku diutuskan : hadis riwayat muslim.


Hadis Usamah r.a:
Nabi s.a.w telah naik ke salah satu bangunan yang tinggi dari bangunan-bangunan di Madinah, kemudian baginda bersabda: Apakah kamu melihat apa yang aku lihat? Sesungguhnya aku melihat tempat-tempat berlakunya berbagai fitnah di sekitar rumahmu bagaikan tempat turunnya air hujan
: hadis riwayat muslim...

SALAM AIDIL ADHA


SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA DARIPADA KAMI UST ASMADI , CIKGU HASNIDA, 'ADI ZAHIN & 'ADL ZAHIN. MAAF ZAHIR DAN BATIN...SELAMAT MELAKUKAN IBADAH KORBAN.

Tuesday, November 24, 2009

HARI INI HARI TARWIAH

tahukah anda apakah hari tarwiah..tarwiah ialah hari ke 8 Dzul Hijjah. pada hari ini umat Islam yang ingin menunaikan haji mereka akan bergerak ke Mina Sebaik sahaja tiba di Mina, mereka berhenti untuk sembahyang Zuhur dan Asar. Mereka bermalam di sana pada malam Jumaat. Setelah sembahyang Subuh, mereka menunggu seketika sehingga terbit matahari kemudian jemaah haji meneruskan lagi perjalanan dari Mina ke Arafah untuk Berwuquf....

Sunday, November 22, 2009

JANGAN! JANGAN! JANGAN!

Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tdk berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (susah)
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yg berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Jangan ego utk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.
Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di
sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

Wednesday, November 18, 2009

BOLEH JE BEZIKIR BERAMAI!

Sabda Rasulullah saw : “sungguh Allah memiliki malaikat yg beredar dimuka bumi mengikuti dan menghadiri majlis-majlis zikir, bila mereka menemukannya maka mereka berkumpul dan berdesakan hingga memenuhi antara hadirin hingga langit dunia, bila majlis selesai maka para malaikat itu berpencar dan kembali ke langit, dan Allah bertanya pada mereka dan Allah Maha Tahu : “darimana kalian?” mereka menjawab : kami datang dari hamba hamba Mu, mereka berdoa padamu, bertasbih padaMu, bertahlil padaMu, bertahmid pada Mu, bertakbir pada Mu, dan meminta kepada Mu,

Maka Allah bertanya : “Apa yg mereka minta?”,
Malaikat berkata : mereka meminta sorga,
Allah berkata : apakah mereka telah melihat sorgaku?,
Malaikat menjawab : tidak,
Allah berkata : “Bagaimana bila mereka melihatnya”.
Malaikat berkata : pastilah mereka akan lebih memintanya,
Allah bertanya lagi : Apa yg mereka minta?
Malaikat berkata : mereka meminta perlindungan Mu,
Allah berkata : “mereka meminta perlindungan dari apa?”,
Malaikat berkata : “dari Api neraka”,
Allah berkata : “apakah mereka telah melihat nerakaku?”,
Malaikat menjawab tidak,
Allah berkata : Bagaimana kalau mereka melihat neraka Ku.
Malaikat berkata :: Pasti mereka akan lebih ketakutan.
Allah swt berfirman : Apa yg mereka lakukan?
Malaikat berkata : mereka beristighfar pada Mu,
Allah berkata : “sudah kuampuni mereka, sudah kuberi permintaan mereka, dan sudah kulindungi mereka dari apa apa yg mereka minta perlindungan darinya, Malaikat berkata : “wahai Allah, diantara mereka ada si fulan hamba pendosa, ia hanya lewat lalu ikut duduk bersama mereka,
Allah berkata : baginya pengampunanku, dan mereka (ahlu dzikir) adalah kaum yg tidak ada yg dihinakan siapa siapa yg duduk bersama mereka” (shahih Muslim hadits no.2689),

Monday, November 16, 2009

NAK TANYA KE NIH !

emm...aku masih memikir2...tapi tak pe aku dah berjaya menjawab sekadar kemampuan aku...al kisahnya..seorang student BBA di kolej.....waktu aku sedap menikmati nescafe O yang mie buat...datang seorang student lelaki....dengan aweqnye kot..baik sangka je lah..kawan sekelas dia..

ustad...nak tanya sket... tanya beliau tanpa beri salam... mai duk dulu..pelawa ayam ku kepada nyer..mende pe nak tanya...bukan ka hang duk xm la nih....pi la tanya pensyarah hang...

dak la.. nih masalah agama la ust... OooO... jawab ku sambil menghirup air... pi oder air.pelawa ku sekali lagi...jawab student tuh...amik nasi sekali boleh ustad... boleh kata ku...boleh penyepak.. Hua hua hua....

student tuh pun bertanya...soalan mudah je... boleh dak baca yassin malam jumaat... aku kata boleh je... dia kata..dia ada dengar ust lain kata tak boleh...aku jawab..ust tuh maleh baca la tuh..sebb tuh dia kata camtuh....jawab serius la ustad...aku nih mmg jawaapan lawak ke..kata dalam hati....dak aih..betul la ust kata tuh..boleh je baca takde masalah pun...derang kata bid'ah... tak de lah aku kata...boleh je...macam mana orang boleh kata tak boleh tuh...aku pun terang.... dia macam nih...baca yassin tuh boleh je malam2 jumaat...yang tak boleh tuh kalau kita memandai2 nak kata ibadah baca yassin tuh..tiap2 malam jumaat tuh wajib...takde msalahnye kalau kita nak isi kekosongan malam kita dengan baca yassin tuh...Dah tuh ust kenapa baca yassin malam jumaat je... looRR..nak baca tiap2 malam pun tak pe..baca je lah....takde masalah....

dalam ceramah yang saya dengor tuh kata..mende tuh bid'ah..mana ada hadis suruh baca yassin setiap malam jumaat...dalam hati aku budak nih nak tanya aku ken nak naya ke aku depan aweq dia nih.....emmm...hang pi tanya lak ust tuh...ada ka hadis larang umat islam baca yassin malam jumaat...kalau takdak kita amik mudah ja..camnih....menda nabi larang kita jangan buat na...jelas dak....stduent tuh..anguk2..menda nabi tak suruh..dan nabi tak larang..selagi tak bercanggah dengan larangan... on je kalau baik... Bersegeralah ke arah kebaikan...surah tak ingat..ayat tak ingat...tapi itulah jawapannye.....

ada 1 lagi masalah dia tanya...kemudia citer....

Friday, November 13, 2009

YAYASAN NURUL YAQEEN

Ybhg Prof Dato' Zainal selaku panel pada program melahirkan pejuang bangsa.

moderator....

Dato' Johan Jaafar sebagai panel pertama program tersebut....

program ini telah dijalankan dengan kerjasama antara kolej shahputra & yayasan nurul yaqeen. berlangsung auditorium kolej shahputra. panel terdiri daripada ybhg Dato' Johan Jaafar selaku panel pertama. manakala panel ke-2 ybhg prof dato' dr. zainal kling. moderator : aku ler.. he he he... sebenarnya yang sepatut jadi moderator Ybhg prof. dr ahmad atory hussin..tapi dia tak dapat hadir..atas masalah tertentu..so akulah bidan terjunnya.....majlis berjalan dengan lancar..bermula jam 10 am - 12 15 t/hari........

Monday, November 9, 2009

Sunday, November 8, 2009

Thursday, November 5, 2009

Tuesday, November 3, 2009

AHLI REHLAH KEMAMAN

bapak2 & anak2 mereka
. nih je pun yang join rehlah nih..

ibu2 & anak2. belakang tuh air terjun buatan manusia. nak mandi kene bayar rm 3. time petang ramai la mandi.

Monday, November 2, 2009

KHAZANAH DI ZOO MINI KEMAMAN

burung nih dia nak potong tali tuh guna paruh gamaknya...... video video video video

LAWATAN KE TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN

gerbang masuk ke taman dan zoo mini di kemaman..rehlah ke kemaman diisi dengan aktiviti melihat makhluk ciptaan allah s.w.t..dan keindahan lukisan alam...yang mungkin takde di kawasan perumahan aku..lagi pun boleh tunjuk kat anak2 kite yang tahu nama tapi tak penah lihat secara live....

video kunjungan ke zoo mini kemaman disambut oleh kepetahan burung tiong emas ini mengajuk cakap orang.... antara perkataan yang dia pandai sebut ialah....assalamualaikum.....

Sunday, November 1, 2009

KES DR ASRI ZAINAL ABIDIN

pantas betul JAIS nih tahan Dr Asri...kepantasan tuh sangat bagus jika dilaksanakan ketika berusaha mencegah maksiat yang melimpah ruah di kompleks2, taman2 serta tempat2 lain...

beliau ditahan kerana tiada tauliah...ulang taip tiada tauliah...main2 oOooo...seorang bekas Mufti...seorang ahli akademik USM...seorang Ahli Majlis Fatwa Perlis punnnnnn kene tauliah oooo...pepaleh la JAIS nih.....susah dah la ust2 nak buat dakwah2 pasnih..aku cukup yakin ramai sahabat2 aku yang duk ngajar kat surau2 atau taman2 perumahan mana ada suriat tauliah...tauliah macam nak jadi wali hakim tuh...jaga2 la korang kene tangkap ngan JAIS....geng2 tabligh pun takleh dah nak bantu dakwah pasnih....

takpe la Dr Asri...adalah yang dengki tuh..takpun anggap je ujian Allah s.w.t kepada Dr tuh....nak jadi orang hebat nih bukannye senang...mungkin pas nih lagi besar dugaan..yang nih kecil je..sebab rata2 tokoh politik atau agama menyebelahi Dr Asri...

Psai JAIS no commen la...tapi LAWAK!...sebab gaya penangkapan tuh macam tangkap ayah pin @ rasul melayu jek....


REHLAH KEMAMAN

atas nih gambar yang diambil dari hotel yang kami nginap.. 1 malam rm 80..bleh la..kat bandar kemaman...tepi je sungai..malam2 bleh rayau2 bawah..tengok orang lepak2....
menu wajib..ikan bakar + ayam bakar...aku punyer perencah..pergi 4 keluarga je...so takde la ramai sangat..ayam buat 3 ekor je...baju warna biru kuning tuh..kerja MD pekan..baju kotak2 tuh jurutera kete mes kat pekan tuh...baju biru sorang lagi..cikgu smk ubai...bersahabat nih kene pelbagai..asal ade orang nak kawan je kita layan......
nih orang2 pompuan yang hadir..yang selebihnya g amik tikar kot...gambar lain nanti akan ditunjukkan bilangan peserta semuanya + anak2...
baju belang2 tuh mandor...

aku QC..siap bakar..aku test dulu..bukan pe taku sakit perut je derang tuh...

KESALAHAN EJAAN

kesalahan ini ditemui di papan tanda pada pintu tandas lelaki di tandas telok mak nik...kesalahan pada ejaan jawi..sepatutnya lam yang pertama tiada alif...mohon majlis daerah kemaman perbetulkan semula....

TRANSFOMASI TANDAS DI PANTAI TELOK MAK NIK

gambar nih aku tak dan nank edit..so dari sisi je la..sila betulkan komputer sendiri...

weekend bebaru nihbuat rehlah ke kemaman..saje jalan2...bawak keluarga..nih idea wife aku le nih...kemaman adalah destinasi pilihan...dekat2 je..tu pun penat jalan ooo...pantai nih dipilih sebagai tempat buat bbq...n makan nasi pada hari sabtu tuh...bergerak dari rumah jam 12 sampai pantai kul 2 ptg...
tasdas nih digredkan sebagai tandas A...tahun 2008..nih sedikit gambar yang aku amik la...secara peribadi mmg bersih, cantik dan nyaman....pada aku la...
ada maklumat2 kesihatan turut ditampal....
kering sentiasa....