Tuesday, June 30, 2009

MC ZU MENAGIS...

perempuan..mmg suka menagis...huduh benor mc zu nagis...iye la iye sedih..sedih nak meninggalkan shahputra..nagis wat gapo mc...mu g pun bukan dok kembali doh..g uniteng jak...bunag jauh mana pung...bak po nye nak sedih ngat...semoga mu tabah hadapi kehidupang di sana..

dene biasa je..jumpa aku..cam hari2 biasa..tuh beza lagi ngan pompuan..laki nih dok berapa nak reti nagis ngat..dari pada zaman madiier...pastuh lokman...sukimang..ja...last sekali denan la...selain dari pada bong..zua...dll..... nanti nak amik tanah kat pertanian kene pakat2 cuti le kite dene...

emie..kak ina..dene mc zue...antara yang akan meninggalkan kolej shahputra.....hari nih derang berada di hari2 akhir..esok dah berpindah kene uniten...


Friday, June 26, 2009

FELDA TANAH BETUAH: LUBUK REZEKI

ternakan ayam kampung secara tak formal...ada la sket2...nih pun jadi sumber rezeki orang koyan yang rajin...nanti aku tunjuk tanaman2 lain..yang takleh dibuat di taman aku nih....

ini antara sumber rezeki lain..next time aku tunjuk pokok kantan nih kat mana...nih mak aku jual kat pasar gak...kat koyan jual 3 seringgit...kalau kat bandar raub ngan lepeh..1 rm 1..kat kontan tak pasti...rm0.50 sebatang...

LUBUK REZEKI: FELDA BUMI BERTUAH

musim durian di koyan..nih durian tepi rumah je..ayah aku tanam time mula2 masuk rancangan..umur aku dah 30 baru berbuah...biasalah benih bijik...sekang nih boleh buat duit dah..sehari ada la rm 30-50 ....orang datang beli..biasa jiran2 la...time2 camni..dulu2 boleh la hantam sampai 5 biji sekali makan...sekang nih..5 ulas pun kira banyak dah tuh....dah tak berapa nak muda dah....

atas nih gambar pucuk keledek sayur...sedap lagi pada kangkung kalau goreng...dug n abang mie drebar makan la dulu..aku suh mak aku goreng...kadang2 jual je kat pasar 1 ikat rm 1.....sekali mak aku bawak 5 ikat..rm 5...senang2 je..tuh pun bukan lama niaga..buka khemah kul 7..kul 10 dah tutup...untung betul orang felda nih....
pepagi buta..kul 7 pg dah gi cari durian da....kalau dak selesai rembet dek kutu...rembat je la..mak aku sedekah je dia kata...tapi tinggal le ke aku sket..nak balik makan takde pulok kang...

SELAMAT HARI BAPA: ABAH MASUK WARD

tahun ni sempena hari bapa..aku mendapat kejutan dari mak aku...ayah aku masuk ward pada hari rabu 24 june 2009...ini kali pertama ahli keluarga ditahan di wad lipis...darah rendah...demam berpanjangan...hari sabtu baru dibenarkan keluar...semoga allah sw.t memberi kesihatan yang baik buat ayah & bonda ku..serta aku ,isteri, anak2..serta orang2 islam seluruh dunia..khusus yang membaca blog ini...

Monday, June 22, 2009

PAHANG FM

tuh pintu konti...sementara aku duk tunggu kak wan kuar.. abang nan masuk aku lepak la kat bilik menunggu jap....
nih bilik tunggu..yang aku duk lepas bila sampai awai...kalau sampai lambat aku msuk terus konti...
inilah pintu depan rtm pahang fm suasana yang memang damai..sebab tiada orang pun datang..kete aku je paking kat sini....

AL FATIHAH UNTUK ARWAH PAKLONG AKU..

meninggal pada hari sabtu 20 jun 2009...jam 430 petang di hospital kuala pilah..sakit semput@asma..selamat dikebumikan pada hari ahad jam 1030 pagi...semua anak2 ada di sini..adik beradik paklong aku dari perak pun turut hadir..termasuk anak2 sedaranya macam aku nih...semoga allah mencucuri rohnya....

al-fatihah....

Thursday, June 18, 2009

GEMA JUMAAT 19 JUNE 2009 PAHANG FM

hari nih aku dijemput sekali lagi untuk menjadi tetamu di rancangan GEMA JUMAAT di pahang fm. program dikendalikan oleh abang adnan. bermula jam 915 am- 10 am.. kejap je..pagi nih kepala agak pening sikit...tapi ok je..

bulan lepas sistem keselamatan biasa je..tapi kali nih time aku nak masuk je ke pahang fm...ada pulok palang automatik...kene menapak la sket masuk dalam..amik kad tetamu di pondok keselamatan..baru boleh masuk.....

topik kali nih pasai syukur..tajuk mudah2 je..senang orang nak bincang dan paham..tajuk berat2 sangat takut orang tak paham..tapi paling takut..aku yang salah jawab..aku senang je..tak tau kata tak tau..maleh nak pandai2...lantok orang nak kate ape...

terima kasih kepada pendengar dan yang bertanya..dari kelana jaya..haji abd muin..dia tanya bagaimana nak bior konsisten je kite bersyukur..yang boleh aku rumuskan dari jawapan aku beri kat dia...jangan mengunakan nikmat kurniaan allah ke arah maksiat..selagi tuh lah kita bersyukur... syamsul taman tas...dia nih mmg pendengar setia gema jumaat kot..ada je soalan dia...dia tanya pasai artis ...aku tak berani nak kata alhamdulillah derang tuh tak diterima allah..sebab aku rasa derang tetap berusaha (artis2 yang ok la nih..pepaham le yek).....bukan dengan cara tikam nombor...cuma aku kata..kalau ada pilihan lain..pekerjaan yang lebih direda'i..pilih lah jalan tersebut....Tok Janggut pun ada kol..pn norihan dari bentong..dan msg dr abang Tan sahabat pahang fm..tanya pasai syukur orang menang no ekor.....pastuh talian ditutup...aku cite sket pasai kelebihan orang bersyukur...n penutup..ngam2 10 am kene stop....


Wednesday, June 17, 2009

AYAT SYIFA' ENAM

penah dengar tak ayat syifa' enam. diriwayatkan daripada al-syihab daripada al-qusyairi..sesungguhnya anak beliau sakit berpanjangan, pelbagai rawatan daripada tabib telah dilakukan tetapi masih belum sembuh. suatu malam beliau telah bermipi bertemu rasulullah s.a.w lalu belua mengadu kepada rasulullah s.a.w tentang masalah yang dihadapi...lalu rasulullah s.a.w telah mengajar beliau ayat syifa' enam. menurut kitab mafatihul al-farj..sama ada dibaca dan dihembus kepada air..atau ditulis atas bekas air dibaca..lalu disuruh minum....ayat2 tersebut ialah:

surah taubat: ayat 14.
surah yunus: 57
surah al-nahl: 69
surah al-isra' :82
surah al-syu'ara': 80.
surah fussilat: 44.

boleh lah mencuba ye....

Tuesday, June 16, 2009

KELEBIHAN SURAH WADDUHA ( والضحى )


maklumat ini diambil daripada kitab (من مفاتح الفرج لترويح القلوب ) . sesiapa yang membaca surah wadduha sebanyak 7 kali ketika terbit matahari dan membacanye semula 7 kali lagi ketika tenggelam matahari insa'allah dengan izin allah s.w.t pencuri tidak akan berjaya memasuki rumahnya, jika ada orang nak berbuat jahat terhadapnye, dengan izin allah s.w.t dia akan terselamat, akan dihindari penyakit berbahaya termasuk H1N1 (kalau dulu taun je). jika pencuri menghampiri rumah tersebut ia akan dapati terdapat tembok yang besar dan tidak akan bertemu dengan pintu untuk masuk rumah tersebut.

zaman nih, rumah hebat mana pun sistem keselamatnya, pasti akan diceroboh. selalu kita baca dalam paper kereta jenis2 mewah dicuri dan dilarikan..adakah kereta ini tidak mempunyai sistem keselamatan yang cangih..tentu jawapannya ada...begitu juga rumah2 yang siap lengkap dengan jaga..turut diceroboh...kenapa perkara ini terjadi....lain tidak bukan..allah mahukan hambanya kembali memohon perlindungan kepadanya...kerana allah yang berkuasa atas segala perkara.

tapi harus juga diingat, bukan bermaksud dengan beramal ayat2 ini, kita bior pintu rumah melopong je terbuka...amalan tersebut seharusnya dilakukan setelah kita berusaha untuk mengelakkan rumah kita dari diceroboh...insa'allah s.w.t....


Monday, June 15, 2009

CHIN PENG: BIARLAH YANG LAYAK BERBICARA

isu chin peng nih biar yang layak sahaja berbicara. maksud blogger yang memikul senapang untuk menjaga keamanan suatu masa dahulu..yang menentang kominis dan konco2 nye..yang patah riuk kene jerangkap samar..orang2 nih yang boleh bagi kebenaran pada chin peng atau nak balik semula ke mesia nih..bukan bermaksud rakyat malaysia yang terlibat tak maafkan dia..mungkin ada yang dah maafkan...tapi taknak dia kembali melukakan memori luka terdahulu...

memang la orang2 politik berkuasa untuk berkata...tapi baik jangan bercakap sangat..kerana ia akan kelihatan menjelekkan..nak..nak...yang menyokong pulak chin peng pulang ke malaysia...biar bekas2 askar ke..komando ke...polis ke...macam kes kat bukit kepong...derang yang buat keputusan....

teringat blogger suatu kisah..kisah seorang lelaki yang telah membunuh saidina hamzah...bukan ke dia lastly masuk islam..tapi time kuliah nabi..nabi mohon tak nampak muka dia...bukan nabi benci..tapi tak nak ingat ke pak sedara dia yang dibunuh oleh dia...pikir2 kan lah.....




Saturday, June 13, 2009

KUANTAN PARADE-13 JUN 2009

'adl menghilangkan kehausan di sebelah darul ansor store..sementara menanti mama & abang 'zahin g shoping... konsep shoping : mencari kasut mama dan ben 10 zahin...

abang sudah jumpa..tapi mama masih asyik membelek2 kasut...


selak bila nak amik gambar...abang cool je...suka jumpa mama dia...

MADAH IMAM AS-SYAFIE

Imam Syafiee bermadah :

1. Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita
2. tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita
3. kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA
4. sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita
5. tidak ada serigala yang memakan daging serigala tetapi sebahagian daripada kita memakan sebahagian yang lain secara nyata.

inilah realiti yang sedang berlaku di dunia yang dikatakan alaf baru.

Thursday, June 11, 2009

ISTERI AMBIL DUIT SUAMI YANG KEDEKUT

Hadis Saidatina Aisyah r.a katanya:
Hindun binti Utbah isteri Abu Sufian datang menemui Rasulullah s.a.w lalu berkata: Wahai Rasulullah! Abu Sufian adalah seorang yang bakhil, dia tidak memberikan nafkah yang cukup untuk aku dan anak-anakku, kecuali harta yang telah aku ambil tanpa pengetahuannya. Apakah dalam hal ini aku akan menanggung dosa? Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: Ambillah hartanya itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu (riwayat imam muslim ).

ada seorang hamba allah nih. sama tempat aku keje. suami dia kedekut dia bagi tau. duit tuh bagi tapi siket sangat..duit dia yang banyak keluar..dia tanya boleh dok nak amik senyap2...lalu aku mencarilah hadis2 yang berkaitan..alhamdulillah jumpa...hukumnya harus..tapi berpada-pada la..mintak lagi bagus kau kata...bukan ape takut kantoi..ngamuk lak suami...so suami pun jangan le kedekut kalau pun isteri kerja..

wallahhu a'alm.

Monday, June 8, 2009

HADKAN 10 SUBJEK UNTUK SPM: RELEVEN ATAU TIDAK


satu keputusan ini yang telah pun diumumkan sendiri oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. “Kita akan mengehadkan 10 subjek sahaja untuk peperiksaan SPM pada tahun 2010 dan kementerian perlu membuat beberapa perubahan dalam penggredannya”, katanya. ini bermakna tak de dah selepas ini pelajar yang akan mendapat lebih daripada 10A1. maka akan hilanglah warna-warni keputusan pelajar spm di malaysia. apakah yang akan terjadi kepada pelajar2 sekolah agama dan sekolah agama yang mempunyai aliran sains. adakah mereka ini dikecualikan daripada 10 subjek sahaja. perkara ini pun perlu dibincangkan dengan lebih detail lagi.

andaian yang mengatakan pelajar yang mengambil melebihi 10 subjek membebankan, pada blogger kurang tepat. ini kerana kebanyakan pelajar yang berjaya mendapat 20a1 atau 19a1 semuanya mengambil pelajaran tersebut kerana minat termasuk pelajar cemerlang tahun ini. bukan dipaksa ambil. apabila kita lakukan sesuatu perkara kerana minat, blogger yakin pembaca boleh tahu hasilnya bagaimana. tapi jika belajar kerana mengikut orang itu yang menimbulkan masalah.

blogger juga berpandangan bagi sebahagian subjek tidak perlu kepada kelas tambahan, cuma perlu ulangkaji atau membuat sedikit latihan sahaja, sebagai contoh subjek sains moden, mungkin bagi pelajar aliran sains yang mengambil fizik, biologi & kimia tiada masalah kalau ingin menambah subek tersebut. begitu juga subjek pengajian islam dan tasawwur islam yang kelihatan ringan pada pelajar aliran agama.

tunggu dan lihat sahaja warna-warni suasana keputusan spm nanti, mungkin tiada yang akan menanti2 untuk melihat siapakah yang mendapat pelajar berjaya mendapat keputusan tertinggi ..kerana seluruh malaysia sudah tahu..pelajar yang tertinggi akan mendapat 10a1 sahaja.

bebaru nih blogger ada dengar cerita dari seorang parent tentang nur amalina pelajar cemerlang tahun 200* , tapi cerita tak seronok...betul ke..sesiapa yang tahu..bleh cite sket.... azali azan pulak ape citer yek...takde dah ke nak wat liputan tentang pelajar2 tersebut...

BUAT SAHABAT SAHABAT NAK BERHIJRAH...

kata keramat buat yang akan berhijrah ke tempat lain. mungkin allah sudah memakbulkan doa hambanya yang inginkan sesuatu yang lebih baik dari pandangan mata. semoga kehidupan yang bakal dilalui lebih menyeronokkan.... dan bertambahlah ke syukuran kepada allah s.w.t atas perkenannya...doa2kan sahabat di sini supaya ditambah nikmat kesyukuran.

Thursday, June 4, 2009

UNIVERSITI APEX PUN TERSILAP....

100 pelajar, ibu bapa serbu USM


Kecoh di USM: Jawatankuasa siasatan bebas ditubuh

atas nama manusia, mesti ade kecacatannya walaupun menjadi universiti apex. itulah yang berlaku di usm bebaru ini. antara jadi mangsa adalah anak pakcik kat rumah aku.. dia kata: orang bodo macam kami nih dok kene pemain ngan depa je la. untuk meredakan keadaan dia. aku kata: sabaq la pakcik oi..ada hikmah tuh. dari riak wajah dia memang dia sangat sedih aku rasa, anak dia dapat result power kat matrik...3.50 above.kalau tak silap aku borok ngan anak dia hari tuh...macam mane bleh silap yek....harap2 pas nih anak dia dapat better offer la..pak cik tuh hanya jual goreng pisang je kat inderapura..

4 JUN 2009: ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE 5

doakan semoga allah s.w.t memanjangkan jodoh kami dan bahagia sehingga ke syurga.

Tuesday, June 2, 2009

REMP-IT : JADI DIRI PELAJAR- ICE BREAKING BY ARE-10

video ice breking by are-10. setiap fasilitator ada trade mark sendiri nak buat ice breaking..antara yang best are-10 la..nih antara yang dia buat sempat aku rakam...buku bertajuk ice breaking akan disusun oleh dia tak lama lagi...

KAMBING PELIHARAAN

kambing peliharaan di sg koyan...untuk dijual bagi kegunaan aqiqah dan kurban...

induk kambing...



first time 'adl dan 'adi tengok kambing di sg koyan...

Monday, June 1, 2009

AKTIVITI HUJUNG MINGGU


sebagai presenter sewaktu international conference on human capital development di ms garden pada 27hb mei 2009. tajuk paperwork aku ngan imad: Wahyu Sebagai Sumber Pembangunan Modal Insan.. paper nih telah dibentangkan pada 27 mei 2009 jam 12-1230 pm di dewan orkit ms garden kuantan.

gambar aku dengan student SHAH pekan ketika menjalankan program jati diri di taman pertanian pada 30-31 mei 2009.

sessi menghargai anugerah allah dlm LDK

kerana tersilap guna mesin rambut...'adi zahin terpaksa dibotakkan...

aksi ketika tiada berambut...

..TETAPI ALLAH LEBIH KASIH.....

allah sayang orang bertakwa, tetapi allah s.w.t lebih sayang pemuda yang bertawqa. allah sayang kepada orang yang bersedekah, tetapi allah s.w.t lebih sayang orang miskin yang suka bersedekah. allah s.w.t sayang kepada orang yang merendah diri, tetapi allah s.w.t lebih sayang orang kaya yang merendah diri...

......TETAPI ALLAH S.W.T LEBIH BENCI....

allah s.w.t benci orang2 fasiq, tetapi allah s.w.t lebih benci orang tua yang fasiq. allah s.w.t benci orang yang kedekut, tetapi allah s.w.t lebih benci orang yang kaya yang kedekut. allah s.w.t benci kepada orang yang sombong, tetapi allah s.w.t lebih benci orang miskin yang sombong.