Wednesday, October 29, 2008

KEMESRAAN DSAI ( PKR ) DENGAN PEMIMPIN UMNO

Dalam Parlimen bukan main lagi hantam...kat dalam ceramah2 pun sama gak..kat luar ok je..mesraaa....agak2 nye ape derang pikir yek...cuba tengok gambo dalam tuh..rasa seme kenai siapa kan...boleh je bebaik...harap2 mereka membincangkan perkara yang memartabadkan melayu...aku berfikiran positif je terhadap gambar yang aku dapat dari blog orang lain...

HUBUNGAN BAIK ANTARA PEMIMPIN PAS-UMNO



Kalau pemimpin sesama pemimpin boleh berbaik-baik..kenapa yang golongan2 awam tak berjawatan nak bebolok sesama sendiri..lebih malang lagi kalau sesama Islam pulak...

PKNS BAKAL DITERAJUI SEMULA BUMIPUTERA

PKNS: Pas serah nama

SHAH ALAM 29 Okt. - Pas akan menyerahkan nama dua tokoh korporat bumiputera untuk mengisi jawatan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Samad berkata, calon tersebut dipilih berdasarkan pengalaman serta latar belakang yang dimiliki.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu terbabit sebaliknya Pas yakin mereka antara yang layak untuk menerajui anak syarikat kerajaan negeri itu.

"Setakat ini kita ada dua nama yang sesuai berdasarkan kebolehan mereka. Kedua-dua individu itu tidak semestinya pegawai dari PKNS," katanya ketika ditemui selepas sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Semalam, Pas Selangor mahu mencadangkan beberapa nama calon kepada Abdul Khalid untuk dilantik sebagai Pengurus Besar PKNS..berita seterusnya..click di sini...


Baru la orang melayu selangor rasa lega sikit...