Wednesday, August 12, 2009

KASIH

rasulullah s.a.w mencium Hasan bin ali dan di sisinya al-akra' berkata; sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tidak pernah aku mencium seorang pun daripada mereka. maka rasulullah s.a.w memandangnya lalu berkata: sesiapa yang tidak memberi kasih dan sayang, maka dia tidak akan diberi kasih dan sayang ( riwayat bukhari ).

tip untuk kekasih
  • kasihlah allah s.w.t kerana itulah kasih yang sejati dan abadi
  • kasihi dahulu kemudian baru dikasihi
  • kasih itu menuntut pengorbanan, tanpa pengorbanan kasih tidak akan berpanjangan.
  • jangan mengharap balasan, kasih yang suci tidak mengharap balasan.
  • jangan bimbang jika tidak dikasihi, tetapi bimbanglah jika tidak mampu mengasihi
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::solusi 10:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::