Jangan makan dan minum dalam bekas yg pecah atau sumbing.
  Makruh kerana ia membahayakan.
  Jangan biarkan pinggan mangkuk yg telah digunakan tdk berbasuh.
  Makruh dan mewarisi kepapaan.
  Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (susah)  (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
    Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
  Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  Jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat kebaikan.
  Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  Jangan pakai sepatu atau selipar yg berlainan pasangan.
  Makruh dan mewarisi kepapaan.
  Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
  Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
  kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  Jangan ego utk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
  kalau memang kita bersalah.
  Jangan mengumpat sesama rakan taulan.
  Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
  Nanti kita sombong apabila berjaya.
  Kalau gagal kecewa pula.
  Jangan bakhil untuk bersedekah.
  Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
   ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
  Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
  Akhirat itu lebih utama
  dan hidup di 
  Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
  Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
  ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
 
 
 
 
