Sunday, August 23, 2009

SOLAT JAMAK

tajuk ini merujuk kepada permintaan seorang pengunjung blog ini yang bertanyakan perkara berkaitan dengan solat jamak.

sebagai muqaddimah nak bagi tau solat jama' ini asalnya adalah solat yang dilakukan untuk orang2 yang bermusafir, ini berdasar maksud hadis nabi: daripada ibn abbas r.a berkata: dahulu rasulullah s.a.w menghimpunkan sembahyang zohor dan asar apabila dia bermusafir dan menghimpunkan solat nagrib dan insyak (hadis riwayat bukhari).

solat jamak bermaksud kita menghimpun 2 solat dalam 1 waktu iaitu solat zohor dengan asar, magrib dengan insyak. subuh tidak boleh dijamak. hanya 4 waktu seperti yang disebut sahaja.

Ulama' membahagikan solat jamak kepada 2 iaitu: jamak taqdim dan jamak takhir.
jamak taqdim ialah menghimpukan solat yang terkemudian dalam waktu yang awal contoh; melakukan solat asar dalam waktu zohor..itu yang dikatakan jamak takqdim begitu juga dengan solat insyak dalam waktu magrib.
jamak takhir ialah melakukan solat dalam waktu yang terkemudian. contoh mudah solat zohor dalam waktu asar, maknanye time tuh, waktu solat zohor sudah habis, begitu juga solat magrib dalam waktu insyak.

hadis berkaitan jamak takdim dan takhir nih telah disebut dalam sebuat hadis yang diriwayatkan oleh abu daud dan imam al-tarmizi di dalam kitab hadis mereka. daripada ma'az r.a berkata; ketika peperangan tabuk, apabila bergerak sebelum naik matahari, baginda akan mengakhirkan solat zohor dalam solat asar, baginda melakukan solat jamak, namun jika matahari sudah tergelincir baginda akan melakukan solat zohor serta diawalkan solat asar..kemudia baginda meneruskan perjalanannya....begitu juga solat magrib dan insyak (rujuk hadis 1208 abu daud, dan hadis 553 sunan termizi).

solat jamak taqdim dan takhir mempunya syarat2 tertentu seperti berikut:
  1. tertib: maksudnye kalau nak buat solat taqdim, solat dahulu zohor kemudia asar, kalau nak buat takhir mana-mana dulu pun boleh. sebab dua2 waktu dah masuk.
  2. niat solat jamak. lafaz kene la hafaz.kalau tak reti nak lafaz cukup sekadar niat dalam hati.
  3. berturut2 dilakukan. lepas habis bagi salam solat magrib sambung terus solat insyak pula. kalau tidak jamak akan terbatal...
itu antara syarat yang perlu dijaga ketita nak solat jamak. lupa nak bagi tau, syarat yang dibolehkan jamak:
  1. musafir melebihi 81 km
  2. matlamat musafir itu jelas. contoh dari kuantan nak pergi ipoh perak. itu yang dikatakan jelas. tapi kalau rasa kejap nak bermalam kat maran dulu, kejap rasa nak lepak genting..itu tidak dibenarkan.
ini point penting juga: solat jamak juga boleh dilakukan jika berlaku salji yang teruk di musim sejuk. harus dilakukan jamak. taaaapiiiiiii solat tersebut hendaklah dilakukan di masjid dan jamak taqdim sahaja.

ini sahaja antara maklumat ringkas yang dapat diberi. jika ada masalah atau tidak clear tinggal sahaja komen anda..

DEMO : MEE GORENG BASAH 1/4


nih je video yang dapat diupload untuk tontonan sahabat sekalian. peristiwa ini berlaku pada hari puasa yang kedua..maksud nye sahur buat kali ke dua la..aku masak mee goreng basah... siap dalam masa 15-20 minit sahaja..dengan syarat barang2 dah stand by....kalau ada yang nak resepi dia bagi tau le.. he he he...sahur seterusnya..aku nak buat mee goreng mamak.....

DEMO : MEE GORENG BASAH 3/4