Tuesday, June 16, 2009

KELEBIHAN SURAH WADDUHA ( والضحى )


maklumat ini diambil daripada kitab (من مفاتح الفرج لترويح القلوب ) . sesiapa yang membaca surah wadduha sebanyak 7 kali ketika terbit matahari dan membacanye semula 7 kali lagi ketika tenggelam matahari insa'allah dengan izin allah s.w.t pencuri tidak akan berjaya memasuki rumahnya, jika ada orang nak berbuat jahat terhadapnye, dengan izin allah s.w.t dia akan terselamat, akan dihindari penyakit berbahaya termasuk H1N1 (kalau dulu taun je). jika pencuri menghampiri rumah tersebut ia akan dapati terdapat tembok yang besar dan tidak akan bertemu dengan pintu untuk masuk rumah tersebut.

zaman nih, rumah hebat mana pun sistem keselamatnya, pasti akan diceroboh. selalu kita baca dalam paper kereta jenis2 mewah dicuri dan dilarikan..adakah kereta ini tidak mempunyai sistem keselamatan yang cangih..tentu jawapannya ada...begitu juga rumah2 yang siap lengkap dengan jaga..turut diceroboh...kenapa perkara ini terjadi....lain tidak bukan..allah mahukan hambanya kembali memohon perlindungan kepadanya...kerana allah yang berkuasa atas segala perkara.

tapi harus juga diingat, bukan bermaksud dengan beramal ayat2 ini, kita bior pintu rumah melopong je terbuka...amalan tersebut seharusnya dilakukan setelah kita berusaha untuk mengelakkan rumah kita dari diceroboh...insa'allah s.w.t....