Sunday, July 31, 2011

SOLAT TARAWEH 4 RAKAAT 1 SALAM

hukum solat taraweh. solat 4 rakaat bg 1 salam jer. spttnya 2 kali salam. ialah habis 2 rakaat bg salam. habis 2 rakaat bg salam. cuma ada terjadi kadang2 imam terlupa duk thayyat akhir dia sambung terus jadi tiga. alang2 tiga imam akan terus tambah 1 lg jadi empat. maka jadi lah 4 rakaat 1 salam. apa hukumnya sahabat teman bertanya: maka kalau merujuk kepada kitab fiqh manhaji sembahyang tersebut tidak sah kerana khilaf masyru' atau dalam bahasa melayunya bercangan dengan syarak. wallahualam.

Saturday, July 23, 2011

PERINGATAN DIRI SENDIRI SEBELUM RAMADHAN

1- Menyambut kedatangan ramadhan dengan penuh keihklasan, kegembiraan. elakkan dari memikirkan perkara nagetif seperti takut kene gastrik, susu badan takde nak bagi baby, mabuk mengandung dll, insa'allah kalau kita memang semangat untuk sambut ramadhan perkara-perkara tersebut mudah untuk di atasi. juga nekad dalam hati untuk pertingkat segala kebaikan dan meninggal segala sifat buruk kita. bertawakal kepada allah.

2- Jangan termiss sahur. bangunlah sebaik-baiknya 1 jam sebelum masuk waktu subuh. Nikmati hidangan sahur dengan tenang. JANGAN GELOJOH.
PENUTUP SAHUR DENGAN KURMA DAN AIR MASAK

3- Mulakan kerja dengan membaca beberapa potong ayat suci al-quran. JANGAN SEKALI2 buka facebook sebelum membuka tafsiran al quran.

4- Cuba jangan tinggalkan DHUHA walaupun ditempat kerja. cube ye.

5- qailulah @ afternoon nap @ tido tengah hari jangan lebih 20 minit. selelap sudah boleh mengembalikan tenaga.

6- peruntukan khusus masa untuk MEMBACA AL- QURAN. berapa lama termampu. mulakan dengan 10 minit dulu.

7- cuba berbuka puasa dengan AIR + KURMA. makan lepas magrib. cube la dulu. bagi yang merokok cuba MEROKOK SELEPAS MAGRIB. yang yang mmg tak bleh berenti. jangan amalkan selepas berbuka terus isap rokok. kerana ia jelas menunjukkan nasfu itu telah menguasai kita.

8- sedekah harus perlu diperbanyakkan. sedekah wajib jangan dipandang ringan. khususnya untuk anak2 yatim.

9- guna ruang DAKWAH yang dianugerahkan oleh bulan ramadhan sebaiknya.

10-Hidupkan malam ramadhan dengan Qiam & membaca al quran agar beroleh TAKWA & lailatul qadr.